Ayahnda

Ayahnda
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mac 2015

Harut dan Marut


Assalammu'alaikum...wrth, saudara dan saudari yang dihormati sekalian. Hari ini Selasa 03/03/2015 Masihi bersamaan 13 Jamadil Awwal 1436 Hijriah.

“Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (30)

“Dan telah kami jadikan di bumi ini gunung ganang yang kukuh (pasak) supaya bumi itu tidak goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” (31)

“Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling daripada segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” (32)

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kedua-duanya itu beredar di atas garis edarnya masing-masing.” (33)

“Kami tidak menjadikan hidup kekal bagi seorang manusia pun sebelum kamu; maka jika kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (34)

“Tiap-tiap yang berjiwa (bernyawa) akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (35)

Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Anbiya’ ayat : 30 hingga 35.


Harut dan Marut

Prakata oleh Muhammad Yasin Owadally penulis buku Harut & Marut Malaikat Yang Dimurkai.

Walaupun ramai penulis Islam menggelakkan diri untuk menghuraikan hakikat disebalik dua malaikat Allah yang disebut di dalam Al-Quran, saya dengan sepenuh hati mengambil tugas berat ini untuk menuliskan kepada anda kisah yang paling tepat mengenai dua malaikat Harut dan Marut.

Sebenarnya, anda akan mendapat maklumat yang diperlukan mengenai dua malaikat ini melalui penulisan ini. Dua malaikat ini yang sehingga kini masih tergantung kepala ke bawah di dalam sebuah telaga di tempat yang tidak diketahui. Harut dan Marut tinggal di dunia ini pertamanya sebagai ibrah (pengajaran) dan keduanya sebagai ujian kepada manusia. Bakal murid yang mengamalkan sihir mengerumuni mereka untuk belajar, tetapi mereka berdua selalu memberitahu: “Kami hanyalah sebagai ujian, berhati-hatilah! Selalulah ingat Allah dan jangan syirik.” Mereka mengajar manusia segala liku-liku ilmu khusus dan lain-lain sains kesihiran : Astrologi (ilmu Nujum), kimia, kira-mengira, ilmu kesembuhan dan lain-lain.

Siapakah Harut dan Marut? Mengapa mereka rosak (sesat)? Apa yang mereka ajarkan? Di mana mereka sekarang? Persoalan-persoalan ini dan banyak lagi jawapan di dalam penulisan ini. Saya berharap anda sekalian akan dapat memahami kisah yang sebenar mengenai Harut dan Marut. Semoga Allah menerima penulisan ini serta mengampuni pembaca dan penulis.

ALLAH MAHA MENGETAHUI KISAH SEGALA UMAT.



Siapa Harut dan Marut?

Al-Suddi rah. berkata, salah satu perkara mengenai Harut dan Marut ialah kecaman dan penghinaan mereka terhadap manusia di muka bumi dan hukuman ke atas mereka. Jadi mereka pun dihantar ke dunia bersama dengan 10 keinginan hawa nafsu sebagaimana manusia dan mereka berjanji kepada Allah untuk menjalankan keadilan di antara manusia. Mereka dihantar ke Babylon, Dunbawand.

Harut telah dihantar sebagai hakim sedangkan Marut sebagai guru dengan arahan supaya mengelakkan perlakuan dosa-dosa besar, penyembahan berhala, perzinaan, pembunuhan dan minum arak. Mereka hidup seperti manusia dengan makan dan minum. Penghakiman mereka pun dipuji. Mereka mengadilan dan mengajar sehingga petang kemudian mereka naik ke langit dan pada pagi esoknya mereka turun semula.

Mereka meneruskan pengadilan dengan cemerlang sehinggalah seorang wanita datang mengadu tentang suaminya. Namanya ialah Zuhrah (Venus), Baidhakht dalam bahasa Nabaten dan Anahidh dalam bahasa Parsi. Dia sangat cantik. Kecantikan dan daya tarikannya menggoda Harut dan Marut.

Zuhrah tahu bahawa Harut dan Marut ini bukanlah manusia biasa. Dia berfikir bahawa mereka mestilah makhluk lain yang menjelma sebagai manusia yang mempunyai suatu rahsia tertentu. Maka dia pun cuba sedaya upayanya membongkar rahsia mereka dengan menggunakan kecantikan dan tipu dayanya.



Rahsia Harut dan Marut

Harut dan Marut selalu naik ke langit dan turun semula ke tempat tinggal mereka di dunia dengan sekelip mata apabila menyebut nama Allah Yang Maha Agung.

Zuhrah yang tahu sejak awal lagi bahawa dua orang ini adalah makhluk yang luar biasa cuba dengan segala cara yang terbaik untuk mengcungkil rahsia mereka. Dia pun menjemput Harut dan Marut ke rumahnya. Zuhrah menyediakan mereka dengan makanan yang sangat enak dan layanan yang istimewa.

Hasilnya kedua-dua malaikat ini telah terpikat kepada kecantikan Zuhrah. Mereka benar-benar terpikat dengan kecantikannya sehingga salah satunya berkata kepada yang lain, “Bagaimana sekiranya dia menggembirakanku!” Dan yang kedua pun berkata, “Aku mahu berkata yang sama, tetapi aku malu di depanmu.” Yang pertama berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku sebutkan itu di depannya?” Yang kedua menjawab, “Ya, tetapi bagaimana Allah Ta’ala akan menghukum kita?” Maka yang pertama berkata lagi, “Kita akan mengharapkan Rahmat Allah.”

Di suatu masa yang lain, apabila Zuhrah datang untuk membawakan aduan terhadap suaminya, mereka berkata kepadanya mengenai dirinya. Zuhrah berkata, “Tidak, sehinggalah kamu memberi kemenangan kepadaku terhadap suamiku.” Maka mereka pun membuat keputusan yang memihak kepada Zuhrah. Dengan ini dia berjanji untuk bertemu dengan mereka. Kedua-dua malaikat ini pun pergilah kepadanya.

Ketika mereka cuba melakukan perbuatan zina dengannya, Zuhrah berkata kepada mereka, “Tidak! Sehinggalah kamu mensyirikkan Allah, minum arak, membunuh seorang dan sujud di depan berhala ini!” Kemudian salah seorangnya berkata, “Kembali kepadanya.” Tetapi Zuhrah berkata, “Tidak sehingga kamu meminum arak.” Mereka pun diberi minum arak. Tarian Zuhrah disertai dengan muzik dicucuk dengan suasana kesyaitanan. Jadi mereka tidak boleh menolaknya. Mereka lupa dengan tujuan perutusan mereka. Mereka telah melakukan beberapa dosa untuk memenangi Zuhrah.

Pada ketika mereka melakukan perzinaan, seorang peminta sedekah lalu dan melihat apa yang sedang berlaku di dalam rumah Zuhrah. Untuk memelihara nama baik mereka, peminta sedekah itu dibunuh. Walau bagaimanapun ketika mereka berkeadaan mabuk mereka pun mendedahkan rahsia besar mereka kepada Zuhrah, yang mana Allah telah kurniakan kepada mereka. Nama Agung Allah Ta’ala. Maka Zuhrah telah mengetahui rahsia yang dia inginkan itu.

Zuhrah yang telah mengetahui akan nama Allah Ta’ala, suatu ketika menyebut nama itu lalu dia hilang daripada permukaan bumi. Dia tidak kelihatan lagi. Allah Ta’ala melupakannya akan perkataan untuk dia turun semula ke bumi. Walau bagaimanapun Allah Ta’ala mengampuninya tetapi dia tidak dibenarkan masuk syurga. Sebaliknya Allah Ta’ala menukar dan menjelmakannya kepada bentuk planet (Bintang) Zuhrah (Venus). Dia tetap begitu sehingga akhir zaman. Zuhrah (Venus) boleh dilihat di angkasa raya pada waktu pagi atau malam.



Iktibar kepada Malaikat yang lain

Ketika Harut dan Marut sedang melakukan dosa akibat kemabukan arak, Allah Ta’ala pun membuka pintu langit dan para malaikat di langit dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh dua malaikat tersebut. Para malaikat di langitpun berkata: “Maha Suci Engkau, Engkau Maha mengetahui.”

Malaikat-malaikat yang lain mengambil iktibar dari kejadian ini sebagai pengajaran dan amaran. Mereka pun berhenti mengecam dan mengutuk manusia. Mereka juga berhenti daripada menganggap diri mereka dapat melakukan lebih baik walaupun diberikan keinginan nafsu syahwat.

Allah Maha Sempurna IlmuNya mengenai kelemahan manusia kerana nafsu dan keinginannya. Tetapi bagaimanapun Dia mahu manusia mencapai maksud yang paling tinggi walaupun manusia menjurus ke arah maksiat. Fikirkanlah betapa sifat tamak dan keinginan-keinginan manusia menariknya melakukan dosa. Tetapi jika selalu ingat kepada Allah, sebenarnya inilah amalan yang terbaik yang perlu dilakukan dan ganjaran baginya ada di dunia ini dan di akhirat tidak terbatas banyaknya.

Sekarang, manusia bukan sahaja menjadi sasaran syaitan. Justeru manusia terpaksa berjuang menghadapi nafsunya sendiri. Betapa tinggi darjat seorang manusia walaupun ia diletakkan dengan semua rintangan dan jerat-jerat ini, lalu menuju ke pintu Jannah.

Seorang penyair sufi pernah berkata: “Dengan penuh gembira aku meluncur mengharungi ombak badai yang ganas, kerana kehidupan tanpa kesukaran (kepayahan, mujahadah) merupakan neraka bagi si berani.”

Semoga Allah Ta’ala menolong kita mencapai tempat (maqam) tujuan kita dengan jayanya dan tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu dan keinginan kita tetapi menjadikan kita penguasa ke atas keinginan-keinginan kita. Semoga Allah Ta’ala memelihara kita daripada pemikiran-pemikiran kesyaitanan.

Aaminn….



Allah mengazab Harut dan Marut

Dua malaikat, Harut dan Marut juga terdedah dan tidak kebal sebagaimana manusia, mereka juga tidak Berjaya keluar daripada jerat dan tipu daya wanita. Sepuluh keinginan nafsu syahwat ini yang Allah berikan kepada mereka seolah-olah seumpama sepuluh syaitan (kejahatan) yang terpaksa mereka berjuang untuk menghapuskannya, tetapi itu bukanlah tugas yang mudah walaupun mereka adalah malaikat.

Mereka tidak tahu sama sekali betapa manusia terpaksa berjuang dan bermujahadah menghadapi desakan dan suruhan kejahatan keinginan hawa nafsunya; betapa manusia kena tegak dan istiqamah seumpama gunung untuk berhadapan dengan angin taufan godaan, bisikan-bisikan jahat dan lain-lainnya.

Harut dan Marut dengan bongkaknya mengatakan mereka boleh buat lebih baik daripada manusia untuk mengekalkan keadilan dan keamanan di muka bumi, tetapi malangnya mereka menjadi mangsa seorang wanita cantik.

Apabila Harut dan Marut kembali deperti sediakala, mereka sedar bahawa mereka telah melanggar batas dan apa yang telah berlaku ke atas mereka. Mereka cuba naik ke langit dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Agung tetapi mereka tidak boleh lagi kerana telah dilupakan. Justeru itu, tahulah mereka betapa benarnya firman Allah Ta’ala itu.


Allah berfirman kepada mereka: “Kamu menghina manusia lantaran sifat tabii mereka yang suka membuat kesilapan, sekarang kamu telah lihat betapa dengan diberikan keinginan syahwat sebagaimana mereka, kamu juga tidak ada bezanya melakukan sebagaimana mereka dan semua kezalimannya menjadi milik kamu!”

Harut dan Marut diberi pilihan samada menerima azab di dunia atau azab sengsara yang kekal abadi di neraka. Mereka memilih untuk menebus dosa mereka di dunia ini. Mereka dibelenggu (dirantai) di pergelangan kaki (buku lali) sehingga ke tengkuk dan dimasukkan ke dalam sebuah perigi di Babil. (Juga disebut bahawa Allah telah mengilhamkan Nabi Sulaiman a.s. memberi pilihan kepada dua malaikat akan azab di dunia atau azab di akhirat.- riwayat Ibnu Masud, Ibnu Abbas dan Kaab Al-Ahbar)

Harut dan Marut digantung kedua-dua kaki mereka dalam keadaan azab, sejak itu sehingga ke hari ini. Dikatakan mereka digantung setiap hari pada kaki mereka di antara Magrib dan Isyak. Beginilah azab ke atas mereka sehingga hari kiamat. Mereka akan diampun dan akan dikembalikan kepada keadaan asal mereka sebagai malaikat. 
Inshaa Allah. (menurut Ibnu Abbas – lihat Syarahul Quran oleh Tabari jilid 2, m/s 484)



Guru Sihir yang besar

Harut dan Marut diletakkan di dalam perigi dan mereka mulalah bercakap kepada manusia yang datang untuk belajar, ucapan-ucapan yang diajar oleh Harut dan Marut itulah SIHIR. Kedua-duanya mulalah mengajar manusia ilmu sihir dan mereka adalah guru sihir yang besar.

Harut dan Marut diikat dan dirantai di dalam perigi di bumi Babylon sehinggalah ke hari Kiamat; Dikatakan juga bahawa mereka hanya dilarang naik ke langit tetapi menjadi sebagaimana mereka (malaikat). – Kisah para Anbia oleh Abdullah Al-Kisai, m/s 48.

Di dalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102:


“Dan mereka mengikuti apa (yakni kitab-kitab sihir) yang dibawa oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan; ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa-apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manafaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarkannya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tidaklah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka, menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”

Al Rabi bin Anas rah meriwayatkan: “Mereka berkata bahawa orang-orang Yahudi suatu ketika bertanya Nabi Muhammad s.a.w. mengenai perkara-perkara di dalam Taurat, tetapi bagi setiap pertanyaan mereka, Allah Ta’ala turunkan ayat Al-Quran untuk menjawab pertanyaan mereka lalu mematahkan hujah mereka. Apabila mereka lihat begini, lalu mereka berkata: “Orang ini mengetahui lebih banyak daripada apa yang telah diturunkan kepada kita”. Kemudian mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai sihir dan berhujah mengenainya. Maka Allah Ta’ala menurunkan ayat yang tersebut (Ayat 102 dalam surah Al-Baqarah).

Dan syaitan-syaitan itu pergi kepada sebuah kitab dan menulis di dalamnya mengenai sihir, wahyu dan apa-apa yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala dengannya; kemudian mereka menanamkannya di bawah takhta Nabi Sulaiman a.s., tetapi Nabi Sulaiman a.s. tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Apabila Nabi Sulaiman a.s. wafat, mereka gali dan keluarkan kitab sihir itu dan menipu orang ramai dengannya, mereka berkata: “Ini adalah ilmu di mana Sulaiman sembunyikan dan menyakiti orang ramai.”

Maka Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu mereka (orang Yahudi) riwayat ini dan mereka meninggalkannya dan kecewa kerana Allah Ta’ala telah membatalkan bukti-bukti (hujah) mereka. (Al Rabi 1647, juga Ibn Zaid 1648, Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al Tabari di dalam Jamiul Bayan dan Tawil Al-Quran jilid 1 m/s 476)


Ibnu Ishaq meriwayatkan: “Apabila syaitan menyedari akan kewafatan Nabi Sulaiman a.s., mereka pun mulalah menulis beberapa bahagian ilmu sihir. Ditulis – Barang siapa hendak mencapai sesuatu ini dan itu, maka lakukanlah demikian dan demikian. Kemudian setelah mereka menyusun berbagai-bagai bentuk sihir, mereka masukkan ke dalam buku dan mengecap dengan cap mohor yang sama bentuknya dengan cap mohor Nabi Sulaiman a.s. Kemudian mereka menulis tajuknya demikian, ‘Ini adalah khazanah ilmu yang Asaf, anak kepada Brakhya, yang soleh menulis untuk Raja Sulaiman’. Kemudian mereka tanam di bawah takhtanya. Kemudian keturunan-keturunan Bani Israil menggalinya, apabila mereka melakukan maksiat dan apabila mereka mendapatinya mereka berkata: ‘Ini pastilah apa yang dilakukan oleh Sulaiman’. Kemudian mereka menyebarkan dengan meluas sihir itu di kalangan manusia. Mereka mengajar dan belajar mengenainya dan yang paling biasa ialah di kalangan orang-orang Yahudi.”

Sebenarnya syaitan adalah kafir bukannya Nabi Sulaiman a.s. Sebahagaian manusia pada zaman tersebut telah diyakini dengan tipu daya syaitan sebagaimana yang telah mereka sebutkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mendapat kekuasaannya menerusi sihir. Malahan orang Yahudi pada zaman Rasulullah s.a.w. percaya Nabi Sulaiman a.s. mengamalkan sihir. Kita telah diberitahu bahawa orang-orang Yahudi Madinah berkata sesame mereka, “Tidakkah kamu kagum dengan Muhammad. Dia mendakwa Sulaiman anak Daud sebagai Nabi! Demi Allah dia seorang ahli sihir.”

Berkenaan dengan itu, Allah Ta’ala menurunkan ayat 102 dalam surah Al-Baqarah mengesahkan imej Nabi Sulaiman a.s. yang sebenarnya dan menunjukkan kepada dunia bahawa Sulaiman a.s. adalah hamba Allah yang percaya kepada Allah, seorang Nabi dan bukannya ahli sihir.

Daripada ayat tersebut juga kita diberitahu bahawa dua malaikat akan mengajar manusia ilmu sihir hanyalah setelah mereka memberi amaran kepada bakal-bakal murid ilmu sihir itu. (Kami hanyalah sebagai ujian, maka lantaran itu percayalah dengan petunjuk Allah).


Walau bagaimanapun bukanlah daripada peristiwa itu sihir mula diamalkan, sebenarnya Firaun telah disebut di dalam Al-Quran mengamalkan sihir dan juga kaum Nabi Nuh a.s. telah menuduhnya mengamalkan sihir. Maka sihir bukanlah baru pada zaman Nabi Sulaiman a.s. walau bagaimanapun berbagai-bagai jenis sihir telah dipelajari oleh manusia untuk membinasakan manusia, tetapi  sihir ini ialah untuk mencerai-beraikan si suami daripada isterinya telah tersebar pada zaman itu bukannya baru hendak bermula. Allah Maha Mengetahui.

Mengenai Harut dan marut kita dapati dalam karya Imam Al-Ghazali kitab Ihya Ulumuddin jilid 3, bab Cinta kepada Dunia m/s 184.

Sebuah hadis yang diriwayatkan di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jaga-jagalah dengan dunia kerana ia adalah sihir yang lebih besar daripada Harut dan Marut.”

Dengan ini sahlah dua malaikat ini pernah mengajar manusia tentang sihir tetapi setelah member amaran berikut: “kami hanyalah ijian, lantaran itu berimanlah dengan petunjuk Allah.”


Wallahu’alam.


Kampung Sungai Baru Utan Aji,
Perlis Indera Kayangan.

Khamis, 10 Julai 2014

Bumi Dihamparkan dan Langit Ditinggikan

Di mana Bumi dipijak di situ Langit dijunjung

Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Khamis 10 Julai 2014 Masihi bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah. Alhamdulillah hari ini genab 12 hari kita berpuasa, bererti sudah 12 hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ini.

Sempena bulan yang mulia ini, hamba ingin berkongsi ilmu tentang hakikat Bumi yang telah Allah hamparkan dan Langit yang telah Allah tinggikan. Sebenarnya teori yang disebarkan oleh ilmuan dan saintis barat (yang tidak beriman) selama ini tentang Bumi berbentuk sfera dan Langit yang mempunyai pelbagai planet itu adalah bertentangan dengan Hakikat sebenar Bumi dan Langit sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t. melalui ayat-ayat dalam kitab Al-Quran ul Karim. Tujuan sebenar ilmuan barat yang tidak beriman itu adalah untuk menetang atau mencabar firman-firman Allah Taala yang terdapat dalam kitab-kitab samawi (yang diturunkan dari Langit).

Maka, dalam artikel kali ini, Hamba nukilkan beberapa firman Allah Ta'ala mengenai Bumi yang dihamparkan dan Langit yang ditinggikan oleh Allah S.W.T. Semoga dengan ini akan bertambahlah iman dan keyakinan kita kepada ALLAH S.W.T dan RASULULLAH Nabi Muhammad s.a.w.


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 22; 

"Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah (yakni segala sesuatu yang disembah disamping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa dan sebagainya) padahal kamu mengetahui."



Bumi Dihamparkan

"Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah. Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (berserah diri kepada Allah)."
Al-Quran surah Qaf : ayat 7 dan 8.

"Dan bumi telah kami hamparkan. Maka (Kami) sebaik-baik yang menghamparkan."
Surah Az-Zaariyat : ayat 48

""Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air, maka bertemulah (air-air) itu sehingga (membuak dan menimbulkan) keadaan (bencana) yang telah ditetapkan."
Surah Al-Qamar : ayat 12

Nota : Ayat Al-Quran dalam surah Al-Qamar ini menceritakan keadaan air yang Allah Ta'ala keluarkan dari bumi melalui mata-mata air sehingga air dari sekian banyak mata air bertemu dan menyebabkan berlakunya bencana banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Keadaan air yang betakung dan berkumpul sehingga menyebabkan bumi ditenggelami air tidak mungkin berlaku jika bumi bersifat 'spera', keadaan banjir besar ini hanya akan berlaku jika bumi terhampar dan terbentang. Teori tarikan 'graviti' juga tidak boleh diguna pakai lagi.... Wallahu'alam.

"Dan bumi telah dibentangkanNya untuk mahluk(Nya). Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum baunya."
Surah Ar-Rahman : ayat 10,11 dan 12

"Dia yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNya kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
Surah Al-Mulk : ayat 15

Nota : Perkataan 'penjurunya' menunjukkan bumi ini terhampar, tiada wujud penjuru jika bumi ini berbentuk sfera.... Wallahu'alam.


"Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan. Agar kamu dapat pergi ke sana ke mari di jalan-jalan yang luas."
Surah Nuh : ayat 19 dan 20

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, Dan gunung-gunung sebagai pasak?"
Surah An-Naba' : ayat 6 dan 7

"Dan Dia menjadikan malamnya (gelap gelita) dan menjadikan siangnya (terang-benderang). Dan setelah itu bumi Dia hamparkan. Darinya Dia pancarkan mata air, dan (ditumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung, Dia pancangkan dengan teguh. (Semuanya itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu."
Surah An-Nazi'at : ayat 29, 30, 31, 32 dan 33

"Dan milik Allah lah yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)."
Surah An-Najm : ayat 31



Langit Ditinggikan

"Maka tidakkah mereka memperhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunkan serta menghiaskannya dan tidak terdapat retakan sedikit pun?"
"Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi keberkatan, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohonan yang rendang dan biji-bijian yang dapat dituai. Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun."
Surah Qaf : ayat 6, 9 dan 10

"Dan langit Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya."
Surah Az-Zaariyat : ayat 47

"Demi atap yang ditinggikan (langit)."(5) "Atau apakah mereka mempunyai tangga (ke langit) untuk mendengarkan (hal-hal yang ghaib?) Maka hendaklah orang yang mendengarkan di antara mereka itu datang membawa keterangan yang nyata." (38) "Dan jika mereka melihat gumpalan-gumpalan awan berjatuhan dari langit, mereka berkata: 'Itu adalah awan yang bertompok-tompok'." (44)
Surah An-Najm : ayat 5, 38 dan 44

"Lalu Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah-curah."
Surah Al-Qamar : ayat 11

"Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan. Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu. Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan jaganlah kamu mengurangkan keseimbangan itu."
Surah Ar-Rahman : ayat 7, 8 dan 9


"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Sekiranya Kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?"
Surah Al-Waqiah : ayat 68,69 dan 70

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis? Dan di sana Dia menciptakan bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita (yang terang benderang)?"
Surah Nuh : ayat 15 dan 16

"Dan Kami bina  di atas kamu tujuh (lapis langit) yang kukuh. Dan Kami jadikan pelita (matahari) yang terang benderang. Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang mencurah dengan lebatnya. Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman. Dan kebun-kebun yang rendang."
Surah An-Naba' : ayat 12, 13, 14, 15 dan 16

"(Wahai golongan yang ingkarkan hari kebangkitan) Apakah penciptaan kamu yang lebih sukar ataukah langit yang telah dibina oleh Allah itu? Dia telah meninggikan binaan langit itu, lalu menyempurnakannya."
Surah An-Nazi'at : ayat 27 dan 28



Langit dan Bumi milik Allah S.W.T

"MilikNyalah kerajaan langit dan bumi, Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan."
Surah Al-Hadid : ayat 5

"Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak tidak ada yang kurang daripada itu atau lebih banyak, melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 
Surah Al-Mujadalah : ayat 7

"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa (makhluk-makhlukNya mengikut kehendakNya), Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Hasyr : ayat 24

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu (tujuh petala bumi). Perintah Allah berlaku terus-menerus di antara alam langit dan bumi, agar kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu."
Surah At-Talaq : ayat 12


Wallahu'alam.

Selamat Berpuasa, beribadah dan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Semoga saudara dan saudari sekalian beroleh ganjaran nikmat keredhaan Allah s.w.t. sehingga keakhir hayat. Doakan kejayaan saudara Islam kita yang sedang berjuang dan berjihad di Gaza, Palestin,  di Syiria serta di seluruh pelusuk muka bumi ini.

Sekian Wassalam... at Mildura, Australia. 

Jumaat, 13 Jun 2014

Hakikat 7 Lapis (Petala) Langit dan 7 Lapis (Petala) Bumi


Assalammu'alaikum... wrth, hari ini Jumaat 13 Jun 2014 Masihi, bersamaan 15 Sya'aban 1435 Hijrah dan bersamaan 23 Juzak 10,002 PuSaka. Sempena malam Nisfu Sya'aban yang penuh keberkatan dan hari Jumaat penghulu segala hari, hamba nukilkan beberapa firman Allah Ta'ala mengenai hakikat langit dan bumi. Semoga sama-sama kita dapat berfikir dengan menggunakan akal yang waras untuk memahami firman Allah Ta'ala Tuhan seluruh alam. Sebaik-baiknya saudara saudari rujuklah kepada Ulama', Mu'alim, Auliya' atau Arifbillah yang dikenali mengenai tafsir sebenar setiap ayat Al-Quran yang hamba nukilkan dalam artikel ini. 
Wallahu'alam.

Maksud Firman Allah Ta'ala Rabbul 'alamin...

Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus pelbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki.
Surah Faatir (Pencipta) ; ayat 1

Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka mengapa kamu berpaling (daripada menyembahNya).
Surah Faatir ; ayat 3

Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. 
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Surah Faatir ; ayat 5 dan 6

Dan Allah lah yang mengirimkan angin, lalu (angin itu) mengerakkan awan, maka Kami arahkan awan itu ke suatu negeri yang mati (tandus), lalu dengan hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati (kering). Seperti itulah kebangkitan nanti.
Barang siapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. KepadaNya lah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan, Dia akan menggangkatnya. Adapun orang yang merancang kejahatan, mereka akan mendapat azab yang sangat keras dan rancangan jahat mereka akan hancur.
Surah Faatir ; ayat 9 dan 10

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing (malam, siang, matahari dan bulan) beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, milikNya lah segala kerajaan. Dan orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tidak mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.
Surah Faatir ; ayat 13

Malam beredar mengikut paksinya (waktunya), siang juga beredar mengikut paksinya (waktunya). Begitu juga Matahari beredar mengikut paksinya (waktunya), bulan juga beredar mengikut paksinya (waktunya). Masing-masing (malam, siang, matahari dan bulan) ada paksi (waktu) tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah Ta'ala. Jadi munculnya Bulan tidak bergantung kepada tibanya Malam, dan hadirnya Siang tidak bergantung kepada terbitnya Matahari. Adakalanya Bulan kelihatan di Siang hari, adakalanya Siang cerah tanpa Matahari. Yang pastinya Matahari tidak dapat mengejar Bulan dan Malam tidak dapat mendahului siang.
Hakikatnya : Semuanya bergerak mengikut kehendak dan perintah Allah Yang Maha Berkuasa.

Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.
Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu (untuk mengantikan kamu).
Dan yang demikian itu tidak sukar bagi Allah.
Surah Faatir ; ayat 15, 16 dan 17



Langit dan Bumi adalah makhluk dari sekian banyak makhluk yang beredar sesuai dengan perintah Allah Ta’ala.

Sesungguhnya Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak lenyap, dan jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang mampu menahannya selain Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun, lagi Maha Pengampun.
Surah Faatir ; ayat 41

Dan tidakkah mereka berjalan di bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka (yang mendustakan rasul), padahal orang itu lebih besar kekuatannya daripada mereka? Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah, baik di langit mahupun di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka lakukan, nescaya Dia tidak akan mensisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman untuk) mereka, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hambaNya.
Surah Faatir ; ayat 44 dan 45


Semuanya bergerak mengikut kehendak dan perintah Allah Yang Maha Berkuasa

Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang tidak mereka ketahui.
Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam, Kami hilangkan siang daripada (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan.
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehinmgga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir), kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarannya.
Surah Yasin ; ayat 36, 37, 38, 39 dan 40


Pada awal bulan, bulan itu kecil berbentuk sabit, kemudian sesudah menempati manzillah-manzilah, ia menjadi purnama (penuh), kemudian pada manzilah terakhir kelihatan seperti tandan kering yang melengkung (berbentuk sabit).

Dan bukankah (Allah) yang menciptakan langit dan bumi, mampu menciptakan kembali yang serupa itu (jasad mereka yang sudah hancur itu)? Benar, dan Dia Maha Pencipta, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya urusanNya apabila Dia Menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata: “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.
Surah Yasin ; ayat 81, 82, dan 83




Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar Esa.
Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbitnya matahari.
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia (yang dekat) dengan hiasan bintang-bintang.
Dan (Kami) telah menjaganya daripada setiap syaitan yang derhaka.
Mereka (syaitan-syaitan itu) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru.
Untuk mengusir mereka dan mereka akan mendapat azab yang kekal.
Kecuali (syaitan) yang mencuri (pembicaraan); maka nia dikejar oleh bintang yang menyala.
Surah As-Saffat (Yang Bersaf-saf) ; ayat 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan 10

Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (daripada syirik). Dan orang yang mengambil pelindung selain Dia (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan (berharap) agar mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” Sesungguhnya, Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta dan orang yang sangat ingkar.
Sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang Dia kehendaki daripada apa yang telah diciptakanNya. Maha Suci Dia. Dialah Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia memasukkan malam atas siang dan memasukkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Mulia, lagi Maha Pengampun.
Surah Az-Zumar (Rombongan-rombongan) ; ayat 3, 4, dan 5

Di atas mereka ada lapisan-lapisan daripada api dan di bawahnya juga ada lapisan-lapisan yang disediakan bagi mereka. Demikianlah Allah mengancamkan hamba-hambaNya (dengan azab itu). “Wahai hamba-hambaKu, maka bertakwalah kepadaKu.”
Surah Az-Zumar ; ayat 16

Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal yang sihat.
Surah Az-Zumar ; ayat 21

Dan sesungguhnya, jika engkau tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?“ Nescaya mereka menjawab: “Allah.” Katakanlah: “Kalau begitu tahukah kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan bencana kepadaku, apakah mereka mampu menghilangkan bencana itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat mencegah rahmatNya?” Katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku. kepadaNya lah orang yang bertawakal berserah diri.”
Surah Az-Zumar ; ayat 38


Allah lah yang menjadikan malam untukmu agar kamu beristirehat padanya; (dan menjadikan) siang terang benderang. Sesungguhnya, Allah benar-benar memiliki kurnia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
Surah Az-Zumar ; ayat 61

Allah lah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap dan membentukmu, lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam.
Dialah yang hidup kekal, tidak ada tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
Surah Az-Zumar ; ayat 64 dan 65

Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
Katakanlah: “Patutkah kamu ingkar kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagiNya? Ituah Tuihan seluruh alam.
Dan Dia ciptakan padanya (bumi) gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dan kemudian, Dia berkati dan Dia tentukan makanan-makanan (bagi penghuni)nya dalam empat masa, memadai untuk (memenuhi keperluan) mereka yang memerlukannya.
Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya (langit) dan kepada bumi: “Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa.“ Keduanya menjawab: “Kami datang dengan patuh.”
Lalu diciptakanNya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi), Kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu) untuk memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah Fussilat (Yang Dijelaskan) ; ayat 8, 9, 10, 11, dan 12

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari dan janganlah (pula) sujud kepada bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika betullah kamu hanya menyembah kepadaNya (Allah).
Surah Fussilat ; ayat 37


Sekian Wassalam.

Derang Kedah Darul Aman.

Isnin, 13 Januari 2014

Ya Rasulullah S.A.W.





Wahai Anakku Muhammad!

Allah melimpahkan berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu yang sedang menghadapi maut.
Engkau diutus Allah kepada manusia
Dalam lingkungan Halal dan Haram.
Engkau dibangkitkan Allah
Membantu Tauhid dan Iman
Agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau,
Tidak boleh mendekati berhala,
Jangan bersama golongan itu (penyembah berhala).

(Nukilan sajak Aminah binti Wahab, Ibunda Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu akan wafat meninggalkan Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sampingnya)

Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin 13 Januari 2014 Tahun Masihi, bersamaan 12 RabiulAwal 1435 Tahun Hijrah, juga bersamaan 23 Jadi 10,002 Tahun PuSaka. Selamat tahun baru masihi kepada semua saudara saudari yang hamba hormati sekalian. Sempena bulan RabiulAwal yang juga bulan sempena Maulidul Rasul s.a.w., hamba ingin berkongsi kisah mengenai Rasulullah s.a.w. dan sifat-sifat Baginda s.a.w. yang mulia. Semoga kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menghayati dan mengambil iktibar sebagai suri tauladan untuk kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. InsyaAllah.


Sifat Rasulullah s.a.w.



Dalam satu riwayat yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum, dikemukakan bahawa beliau pernah bertanya kepada pamannya yang bernama Hind bin Abi Halah tentang sifat Rasulullah s.a.w. Hind menjawab;

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan rembulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang pendek dan lebih pendek dari orang yang tinggi. Baginda berjiwa pelindung. 

Rambutnya bergelombang, apabila baginda menyisir (rambutnya) maka dibelahnya menjadi dua. Apabila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih.

Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah. Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar, hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. 


Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagikan leher kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang saja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang persendiannya besar.

Badannya yang tidak ditumbuhi rambut Nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat, tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain yang disebut tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bagaian atas berbulu halus. Kedua ruas tulang tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel.

Apabila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan-akan baginda turun ke tempat yang rendah. Apabila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh badannya. 

Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Apabila ada sahabat berjalan, maka baginda berjalan di belakangnya dan bila berpapasan maka disapanya dengan salam.

(Diriwayatkan oleh Sufyan bin Wahi’ dari Jami’ bin ‘Umair bin “Abdurrahman al-‘Ajali, dari warga Bani Tamin bernama Aba ‘Abdullah, dari Hind putera Abi halah yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum.)


Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia’ yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia’ yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!


Wasiat Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani  رضي الله عنه

 
Diantara wasiat beliau rah.:
  • aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
  • aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  • aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
  • aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
  • aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
  • aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
  • aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
  • aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …
 

Beliau rah.  mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:

Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.

Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.


Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal.

Berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya.

Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di atas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya.


Kezuhudan Rasulullah s.a.w.

Kerap berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sebulan dan dua bulan, padahal dapurnya tidak pernah dinyalakan api untuk memasak makanan dan sebagainya. Malah hidupnya selalu dengan memakan kurma dan meminum air saja.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata : Keluarga Muhammad s.a.w. tidak pernah kenyang dari makanan selama tiga hari berturut-turut sehingga Baginda s.a.w. wafat (meninggal dunia).

Manakala Ibnu Abbas r.a. berkata : Adalah Rasulullah s.a.w. kerap tidur bermalam-malam sedang kaum keluarganya mengikit perut kerana tidak menemui makan malam, dan jika makan, maka makanannya hanya roti keras dari sya’iir.

Suatu riwayat daripada Ibnu Umar r.a. pula katanya : Pernah kami keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w. sehingga kami memasuki kebun-kebun kaum Ansar, maka Baginda s.a.w. pun mengutip-ngutip kurma yang jatuh di bawah pepohonannya seraya memakannya. Kemudian Baginda berkata kepadaku ; Hai putera Umar! Mengapa engkau tidak ikut makan? Aku menjawab : Aku tiada menyukainya, duhai Rasulullah! Maka Baginda pun menjawab : Tetapi aku menyukainya, kerana hari ini adalah pagi yang keempat sejak aku tiada merasakan apa-apa makanan. Kiranya aku mahu, boleh aku memohon Tuhanku yang Maha Agung untuk menyerahkan kepadaku kekayaan Kisra (Parsi) dan Kaisar (Romawi). Maka bagaimana nanti, wahai putera Umar, jika engkau masih hidup melihat suatu kaum yang menyimpan rezekinya untuk jangka masa setahun dan lemah keyakinannya.


Ibnu Umar menyambung lagi riwayat ini dengan berkata : Demi Allah, tidak berapa lama turunlah pula fitman Allah Ta’ala yang berikut : 

“Dan betapa banyak dari binatang melata yang tidak memikul rezekinya sendiri. Allah pulalah yang member rezeki kepadanya dan juga kepada kamu, sedang Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Ankabut ayat 60)

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala tiada pernah menyuruhku untuk menyimpan dunia, dan menurutkan nafsu syahwat, jadi barangsiapa menyimpan dinar dengan maksud hendakkan hidup yang panjang, maka sesungguhnya kehidupan itu adalah di tangan Allah azzawajalla. Sebab itulah aku ini tiada menyimpan dinar atau dirham (yakni wang ringgit), dan aku juga tiada menyimpan makanan untuk hari besok.

Baginda s.a.w. pernah bersabda lagi :

“Tuhanku telah menawarkan untuk dijadikan bumi Makkah emas, tetapi aku berkata kepadaNya; Tidak, duhai Tuhanku! Biarlah aku kenyang suatu hari, dan aku lapar di hari yang lain. Bila aku merasa lapar, niscaya aku akan menghadapkan wajahku kepadaMu serta mengigatiMu. Dan jika aku kenyang pula, niscaya aku akan mensyukuri nikmatMu serta memuji-mujiMu.”


Tersebut daripada Al-Hasan Al-Bishri rahimahullah, katanya : Adalah Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu orang lain dengan tangannya sendiri sampai menampalkan pakaian yang koyak pun pernah Baginda melakukannya supaya menjadi contoh tauladan kepada ummatnya. Baginda s.a.w. tidak pernah mengumpulkan makanan siang dengan makanan malam (yakni tiada memakan makanan yang sama siang dan malam) selama tiga hari berturut-turut, sehinggalah Baginda kembali ke rahmatullah azzawajalla, moga-moga Allah menambahnya keutamaan dan kemuliaan.

** Orang-orang dalam kategori ini tidak mesti semuanya fakir dan miskin keadaannya, tetapi mereka memang suka hidup dalam keadaan sempit dan serba kekurangan, tidak ingin membiasakan diri hidup senang dan mewah kerana bimbang hidup yang semacam itu akan menarik diri kepada kelalaian dan kurang ingat kepada Allah dan hari kemudian.
Wallahu’alam.


Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله


قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ
مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ

Beliau rah. berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai Muhammad s.a.w. inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita mengikuti Baginda atau tidak?
Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.


Petunjuk Kebenaran

Padahal kamu adalah tetap akan memerlukan seseorang untuk membimbing diri kamu ke  jalan yang benar.

Siapakah yang dapat kamu harapkan dan beri sepenuh kepercayaan untuk menunjukkan jalan kebenaran itu?

Melainkan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan Aulia’-Nya.
(Nukilan A.M. Latif  21/09/1995)


Pondok Derang Kedah Darul Aman.