Ayahnda

Ayahnda

Jumaat, 26 September 2014

Pelajaran dan Teladan dari Kisah Ayahnda Daud a.s.


Assalammu'alaikum..wrth, hari ini Jumaat 26 September 2014 Masihi bersamaan 01 Zulhijjah 1435 Hijrah sempena bulan harram yang mulia ini dan di awal bulan Zulhijjah (bulan haji) hamba nukilkan sedikit pelajaran dan teladan yang boleh sama-sama kita hayati daripada kisah Ayahnda Daud a.s.

Sebagaimana yang ramai maklum, bahawa salah satu mukjizat Ayahnda Daud a.s. ialah suaranya yang amat lunak dan merdu sehinggakan ketika mana dibacanya kitab Zabur; makhluk yang ada disekitarnya seperti tumbuh tumbuhan, gunung ganang, bukit bukau dan haiwan juga turut terpesona dengan kemerduan suara Ayahnda Daud a.s. Sehinggakan burung-burung yang sedang terbang juga berhenti dan turun ke tanah mendengarkan bacaan Ayahnda Daud a.s Dikatakan juga angin juga berhenti bertiup, hatta besi yang ada di tangannya juga menjadi lembut dan mudah dibentuk oleh jari jemari Ayahnda Daud a.s.

Diriwayatkan juga bahawa di akhirat nanti seluruh penghuni syurga dapat mendengan dan menghayati kemerduan dan kelunakan suara Ayahnda Daud a.s. ketika membaca isi kitab Zabur. Wallahu'alam.


Rawatan CUCI SUARA : Rahsia perubatan Melayu Islam.

Suara yang lunak merdu amat penting untuk menyebut dan mengumandangkan ayat-ayat suci Al-Quran (kalamullah) dan berzikirullah, kerana dengan suara yang lunak dan merdu dapat menarik perhatian hati juga menjadi kesukaan semua hamba-hamba Allah Ta'ala. Suara yang baik, lunak dan merdu juga menjadi kesukaan Allah Rabbul'alamin. 

Dikesempatan ini, hamba ingin berkongsi sedikit ilmu Rawatan Cuci Suara yang diamalkan oleh para ulama' terdahulu dan para auliya' Allah sehingga ke saat ini. InsyaAllah.

Empat bahan asas dan satu alat yang diperlukan dalam amalan atau rawatan cuci suara ini.
1. Garam Jantan
2. Air Asam Jawa
3. Jaddam
4. Madu Asli
5. Alat Pengasah Lidah 

Kaedah asasnya;
1.  Rawatan perlu dilakukan diawal pagi sebelum masuknya waktu solat Subuh.
2.  Alat pengasah lidah perlu diembunkan semalamam (Petua)
3.  Rawatan perlu dilakukan ketika tarikh bulan sedang turun (kalendar Islam)
4.  Ambil segengam garam jantan dan masukkan ke dalam segelas air (gunakan gelas kaca)
5.  Minum air garam tersebut, pastikan garam telah dikacau sehingga larut terlebih dahulu, tujuannya untuk membersihkan tekak dan kerongkong.
6.  Kemudian cuba keluarkan semula air garam yang telah diminum tadi dengan cara menjolokkan jari ke dalam kerongkong. Selepas air garam keluar (sekadar yang mampu), bersihkan badan dan solat subuh dahulu.
7.  Setelah selesai solat subuh dan selesai wirid (secara perlahan), sedut sedikit air asam jawa ke dalam rongga hidung kemudian hembus keluar.
8. Kemudian minum setengah gelas air asam jawa (tanpa gula) tujuannya untuk menyejukkan kembali tekak dan kerongkong yang perit sebabkan oleh air garam tadi.
9.  Kemudian telan (satu sudu teh) jaddam (rasanya pahit).
10.  Kemudian minum secukupnya madu asli untuk menghilangkan rasa pahitnya jaddam tadi.
11. Yang terakhir, asah lidah dengan menggunakan alat pengasah lidah (boleh dibeli di kedai farmasi).

Sekian, semoga ilmu ini bermanafaat untuk kita semua. Sebaik-baiknya semasa proses rawatan ini dilakukan harus ada guru (atau ahlinya) yang mengawasi dan memberi tujuk ajar yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Wallahu'alam.




Pelajaran tentang keadilan

Dalam kisah Ayahnda Daud a.s., terdapat pelajaran tentang keadilan dan pembatasan terhadap pemahaman-pemahaman yang wajib berjalan dengan sendirinya untuk menjaga agar hakim dan pemerintah jagan sampai jatuh ke dalam kezaliman.

Hal ini terlihat di dalam seruan Allah Ta’ala kepda Nabi-Nya, Daud a.s. :

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana dia (hawa nafsu) akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Al-Quran Surah Shod ayat 26.


Dalam ayat ini,  Allah berwasiat kepada Daud a.s. agar memberi keputusan kepada manusia secara benar dan lurus, sehingga segala urusan akan menjadi lurus dan umat pun akan menjadi baik.

Akan tetapi, apakah sebab-sebab dan faktor-faktor yang menyebabkan pemerintah atau penguasa berpaling dari jalan yang benar? Sesungguhnya hal itu adalah hawa nafsu yang gejala-gejalanya adalah sebagai berikut, Dendam terhadap musuh, cinta terhadap orang-orang kuat dan kaum kerabat, penindasan terhadap orang-orang lemah dan musuh-musuh, serta kerelaan terhadap pelepasan jiwa dari cintanya kepada ketinggian dan kemasyhuran. Hal seperti ini sangat jelas pada beberapa pemerintah. Oleh sebab itu, setelah Allah berwasiat kepada Nabi-Nya Daud a.s. agar memerintah secara benar, Dia berfirman kepadanya, "Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu".

Akhirnya, Al-Quran menerangkan bahwa pengaruh-pengaruh yang ditimbulkan akibat hawa nafsu manusia itu ialah, berpaling dan tersesat dari jalan Allah yang akan menghantarkannya kepada kebahagiaan dan kemenangan yang benar, dan sebaliknya keluar dari jalan yang telah digariskan Allah, yang mengakibatkan adanya siksaan pedih pada hari kiamat.

Ini adalah salah satu di antara wasiat-wasiat yang disebutkan di dalam Al-Quran untuk memelihara pemerintah dan hakim dari kesalahan, dan menjauhkan mereka dari berlaku zalim yang mengakibatkan rosaknya peraturan-peraturan negara dan wibawa keputusan yang sah, sehingga goyahnya dasar-dasar pembangunannya.




Waktu-waktu yang Diutamakan untuk Beribadah

Di dalam kisah Ayahnda Daud a.s. terdapat pula pengkhususan waktu yang diutamakan untuk beribadah. Hal ini dapat dimengerti dari firman Allah Ta'ala;

"Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi."
Surah Shood ayat 18.

Pengkhususan dan waktu ini menunjukkan adanya keistimewaan dan bertambahnya kemuliaan. Kerananya pengkhususan ini patut kiranya dijadikan alasan untuk selalu beribadah di dalam dua waktu tersebut. Kerana sesungguhnya waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu mempunyai pengaruh terhadap keutamaan ibadah yang dilaksanakan.

Ketika matahari terbenam dan malam pun mulai datang, jiwa-jiwa menjadi tenang, lalu mendatang alam dengan penuh kekaguman sambil merenungkannya. Sungguh ia telah dicekam kesunyian! Kemudian tampaklah di langit bintang-bintang yang bersinar dan bercahaya, melepaskan jiwa-jiwa dari belenggu yang mengikatnya akibat sibuknya pekerjaan dan hiruk-pikuknya kehidupan. Sehingga mempercepatkan manusia untuk segera bertasbih kepada Maha Pencipta dengan memuji dan memuliakan keagungan-Nya.

Demikian pula waktu matahari terbit, ketika alam tampak terang cemerlang, digenangi dengan embun pagi, dan manusia, burung-burung serta binatang-binatang yang ada di dalamnya mulai bergerak. Semua itu memberikan pengaruh kejiwaan ke dalam hati manusia dan memanggilnya untuk memuliakan Penciptanya.





Perpaduan Antara Dunia dan Akhirat

Banyak orang menyangka bahwa antara dunia dan akhirat mustahil dapat dipadukan. Kerana menurut pandangan mereka, beragama itu adalah meninggalkan keduniaan, selalu berada pada tempat-tempat peribadatan, dan tidak mengambil bagian kesempatan dunia. Sangkaan seperti ini terlah tersiar hingga para penyeru kekufuran mengeluarkan pernyataan yang sangat membahayakan, yaitu, "Agama adalah candu bagi setiap bangsa."

Di antara masalah yang tidak diketahui oleh kaum materialistis, bahwa sesungguhnya Islam memandang dunia dan akhirat itu saling berhubungan dan melengkapi antara yang satu dengan yang lainnya. Ajaran-ajaran Islam pun menyerukan supaya mengambil bagian dunia serta membekali diri untuk akhirat.

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagian kamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kepada (orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu."
Al-Quran surah Qashoos ayat 77.

Sebagaimana Islam memerintahkan untuk mengambil sarana-sarana kekuatan yang melindungi negeri dari serangan musuh.

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh), kekuatan apa saja yang kamu sanggupi."
Surah Al-Anfal ayat 60.

Inilah pengertian agama dalam pandangan Islam. Dan ini pulayang telah diwasiatkan kepada Ayahnda Daud a.s. untuk menjadi pelajaran bagi kita.

"Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang soleh."
Surah Sabak ayat 11.

Allah Ta'ala menyuruh Ayahnda Daud a.s. supaya membuat baju-baju besi. Sebab pada zamannya, peperangan itu menggunakan peralatan seperti panah, lembing dan pedang. Sedangkan baju besi adalah salah satu di antara alat untuk melindungi diri. Zaman sekarang, setelah diketemukan persenjataan-persenjataan untuk membunuh, telah berkembang pula peralatan-peralatan penangkisnya. Adapun kewajiban orang yang beriman adalah membuat peralatan yang dapat menahan persenjataan yang dapat mengakibatkan kemusnahan itu.

Renungkanlah, bagaimana Allah Ta'ala setelah mewasiatkan kepada Ayahnda Daud a.s. untuk membuat baju-baju besi, lalu Dia (Allah) menyuruh Ayahnda Daud a.s. bersama para pengikutnya untuk beramal soleh demi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kerana dunia dan akhirat menurut pandangan agama adalah saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lainnya. Kerananya, kekuatan militer dapat menjaga umat dari serangan musuh dan penindasan penjajah. Sedangkan kekuatan rohaniah yang merupakan manifestasi dari iman dan amalan soleh akan dapat memperbaiki umat dan menjaga dari kerosakan.




Introspeksi (Perasaan Dalam Lubuk Hati)

Dalam kisah Ayahnda Daud a.s. terdapat pelajaran tentang introspeksi dari kesalahan-kesalahan dan niat-niat buruk yang lahir dari dalam jiwa. Hal seperti ini tampak jelas bagi kita dalam firman Allah Ta'ala;

"Dan Daud mengira (merasakan) bahwa Kami mengujinya, maka dia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat (kepada Tuhannya)"
Surah Shood ayat 24.

Kemudian, apakah yang dimaksudkan dengan "Kami mengujinya"? Apakah Allah Ta'ala menguji Ayahnda Daud a.s. atau benar-benar telah menjatuhkannya dalam suatu cobaan? Hal itu mungkin saja terjadi. Tetapi yang jelas, Ayahnda Daud a.s. telah memohon ampun kepada Tuhannya kerana dia berbuat kesalahan. Maka bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang yakin akan kesalahan? Di dalam masalah ini, terdapat pelajaran sempurna dalam kaitannya dengan introspeksi diri dan mengekang kejahatan jiwa ketika terbetik di dalamnya niat untuk berbuat sekehendaknya akan menyebabkan kerosakannya.

Kerananya,bagi kaum berlainan apabila jiwa membisikkan untuk membuat kemungkaran atau terdetik adanya niat menghasut sesama umat manusia, hendaklah kita mengikut Ayahnda Daud a.s., yaitu menyungkur ruku atau sujud dan kembali kepada Allah Ta'ala dengan bertaubat, maka Allah pasti akan mengampuni. Hal tersebut lantaran Allah Ta'ala akan membuat perhitungan terhadap suatu perbuatan sampai kepada apa yang disembunyikan dalam jiwa.

"Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu."
Surah Al-Baqarah ayat 184.

Ini adalah salah satu di antara cara-cara Allah Ta'ala yang Maha Bijaksana di dalam memperbaiki jiwa. Kerana jika perbuatan-perbuatan yang mungkar dan bisikan-bisikan kejahatan itu dibiarkan berada pada manusia tanpa ada perbaikan, maka pasti akan membahayakan tingkah lakunya. Dalam hal ini Saiyidina Usman r.a. mengatakan;

"Tidak ada suatu rahsia pun yang dirahsiakan seseorang kecuali Allah akan menampakkannya pada air mukanya dan perkataannya yang spontan tanpa pemikiran."

Dan Zuhair bin Abi Salma r.a. mengatakan, 

"Walaupun seseorang mempunyai perangai (Baik atau Buruk), lalu disembunyikannya daripada manusia, pasti perangai itu pun akan diketahui oleh mereka."

Maka kesimpulannya; "Jadilah dirimu sendiri."


Wallahu'alam.

Sekian Terima kasih, Wassalam.


Surau Kedah Medical Centre (KMC), Alor Merah, Kedah &
Surau Kg. Sungai Baru Utan Aji, Perlis.

Ahad, 31 Ogos 2014

Kisah Seorang Nabi, Hamba, Raja dan Hakim (Ayahnda Daud a.s.)


Assalammualaikum...wrth, hari ini Ahad 31 Ogos 2014 Masihi bersamaan 05 Zulkaedah 1435 Hijrah. Alhamdulillah  sama-samalah kita bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana dikurniakan kepada kita umur untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan MALAYSIA kali yang ke 57.

Disini Lahirnya sebuah CINTA.... 

Semoga saudara dan saudari sekalian sihat sejahtera selalu hendaknya. Dalam artikel kali ini hamba ingin mengajak saudara saudari sekalian bersama-sama hamba mengimbau kembali kisah Ayahnda Daud a.s. selepas baginda menjadi Raja dan Utusan Allah bagi anak cucu Bani Israil serta Yahudi seluruhnya.


Ayahnda Daud a.s. sebagai Hakim

Nabi Daud a.s. telah membahagi hari-harinya menjadi empat bahagian: sehari untuk beribadah, sehari untuk menjadi hakim, sehari untuk memberikan pengajaran, dan sehari lagi untuk kepentingan peribadinya.

Pada suatu hari, pada hari-hari yang dipergunakan untuk kepentingan peribadi, ketika Dia menyepi dan tidak ada seorang pun yang berani mengganggu ketenangannya, tiba-tiba tanpa sepengetahuan para penjaga, dua orang lelaki telah melompati pagar dan masuk ke dalam mihrabnya, Ayahnda Daud a.s. terkejut melihat kedatangan mereka yang secara tiba-tiba itu, dan mengira bahwa mereka akan berniat jahat kepadanya. Mereka berkata, "Jangan takut! kami hanyalah dua orang yang berselisih. Kami datang kepadamu untuk meminta keputusan. Maka berilah kami keputusan yang benar, jangan zalim, dan bimbinglah kami ke jalan yang lurus dan jelas".

Mulailah orang yang teraniaya mengadukan perkaranya, seraya berkata, “Sesungguhnya teman dan saudaraku seagama ini (sambil menunjuk kepada temannya) memiliki 99 ekor kambing, ingin memiliki seekor kambingku. Aku telah berusaha memberikan penjelasan kepadanya bahwa permintaannya itu adalah salah. Tetepi aku gagal dan kalah dalam mendebat dan melawanya”.


Setelah mendengar cerita ini, Daud a.s. menyalahkan si pemilik 99 kambing yang akan mengambil kambing satu-satunya milik temannya itu. Kemudian Daud a.s memberikan keputusan bahwa si pemilik 99 kambing itu telah berbuat aniaya dengan permintaannya itu, dan keadaannya seperti kebanyakan teman yang berusaha menganiaya teman-teman mereka sendiri. Padahal kewajipan mereka adalah berlaku adil terhadap sesamanya.

Watak seperti inilah yang dimiliki oleh kebanyakan manusia, selain orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh dan sedikit sekali ditemui did lam masyarakat. Di sini, tampaklah bahwa Ayahnda Daud a.s. berhati-hati terhadap dua orang yang berselisih dengan perkara semacam ini, bahwa mereka utusan Allah sebagai cobaan. Hal itu agar Ayahnda Daud a.s. selalu waspada terhadap sesuatu urusan yang patut menjadi perhatiannya, sesuai dengan kedudukannya. Oleh kerana itu, Ayahnda Daud a.s. memohon ampun kepada Allah Ta’ala, lalu menundukkan diri sambil bersujud dan kembali kepadaNya, agar Dia berkenan menerima taubatnya.

Maka Allah s.w.t. pun menerima taubatnya, dan menenangkannya bahwa Daud a.s. didekatkan kepadaNya, dan tempat kembalinya adalah syurga.

Rujuk firman Allah s.w.t. dalam surah Shod ayat 21 hingga 25.


Suatu pendapat mengatakan ; bahwa cobaan yang dimaksudkan adalah keluarga Ayahnda Daud a.s. yang ditutupinya daripada manusia ramai. Padahal kewajipan seorang hakim adalah senantiasa mempersiapkan diri untuk menghakimi dan tidak meletakkan tabir penghalang antara dia dengan orang-orang yang berselisih. Hal ini seperti telah dilakukan Ayahnda Daud a.s. terhadap dua orang yang berselisih yang menaiki mihrabnya, lalu menemuinya.

Pendapat lain mengatakan ; bahwa cobaan itu adalah keputusannya yang dibuat terhadap dua orang yang berselisih, yaitu setelah mendengar alas an dari salah seorang di antara keduanya, sedangkan dia belum mendengar alas an dari yang lainnya.

Pendapat lain mengatakan pula ; bahwa cobaan itu ada pada perasaan Ayahnda Daud a.s. sebagai seorang raja dan seorang yang mempunyai kekuatan. Dalam semua itu dia melihat adanya cobaan dan ujian dari Allah yang diberikan bagi dirinya, sehingga dia takut apabila jatuh ke dalam kezaliman sebagaimana halnya kebanyakan pemerintah.

Kemudian Ayahnda Daud a.s. bermaksud akan memperlihatkan keagungan pemberian yang telah diberikan kepadanya, yakni bahwa Allah menjadikannya pemimpin di muka bumi. Kepemimpinan inilah biasanya menjadikan manusia berbuat sewenang-wenang dan memerintah menurut hawa nafsunya. Oleh sebab itu, Allah Ta’ala menyeru agar memerintah manusia dengan benar dan bukan dengan hawa nafsu. Kerana hal itu akan memalingkan dari jalan Allah yang berdiri tegak di atas keadilan yang mutlak. Dan orang-orang yang berpaling dari jalan Allah akan mendapatkan siksaan yang amat pedih pada hari kiamat nanti, yang disebabkan oleh kelupaan mereka kan akibat kezaliman dan berpaling dari kebenaran inilah yang telah diwasiatkan Allah Ta’ala kepada Ayahnda Daud a.s. dengan firmanNya :

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan jangan kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang pedih, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Surah Shod ayat 26.


Ayahnda Daud a.s. Sebagai Hamba

Allah Ta’ala menggambarkan ibadah Ayahnda Daud a.s. dengan firmannya :

“Dan ingatlah hamba Kami, Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan). Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.”
Surah Shod ayat 17 hingga 19.


Dalam ayat-ayat ini, Allah Ta’ala memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar mengingati hamba-Nya dan Nabi-Nya Daud a.s. Hal ini dimaksudkan agar Baginda s.a.w. dapat mengambil contoh yang baik daripadanya, kerana Ayahnda Daud a.s. mempunyai sifat dza’l aid, yaitu mempunyai kekuatan dalam beragama, yang tidak lemah kerana kekerasan dan tidak luluh kerana penganiayaan. Allah Ta’ala juga mensifatkan Ayahnya Daud a.s. dengan sifat awwab, yaitu banyak kembali kepada Allah dan bersandar diri kepada-Nya dalam menghadapi kekejaman dan kesusahan, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan.

Allah Ta’ala juga telah menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama Ayahnda Daud a.s. pada waktu petang dan pagi hari dengan bahasa khusus yang tidak dapat dimengerti oleh manusia biasa. Tetapi dapat dimengerti oleh Ayahnda Daud a.s. dengan pancaindera, pengetahuan dan kelebihan khusus yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala kepadanya. Demikian pula burung-burung, mereka berkumpul di sekeliling Ayahnda Daud a.s. ketika dia bertasbih kepada Allah Ta’ala, bahkan mereka mengikutinya. Hal ini pun disebutkan oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya :

“Dan sesungguhnya Kami berikan Daud karunia dari Kami. (Kami berfirman), ‘Wahai gunung-gunung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.”
Surah Shod ayat 10.


Kerajaan dan Hikmah Ayahnda Daud a.s.

Allah Ta’ala menyebutkan nikmat-nikmatNya yang telah dilimpahkan kepada Ayahnda Daud a.s. dengan firmanNya :

“Dan Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.”
Surah Shod ayat 20

Yang dimaksudkan dengan ‘Kami kuatkan kerajaannya’ ialah ; Allah Ta’ala menguatkan kerajaannya dengan wibawa kemenangan, kekuatan tentera dan nikmat yang berlipat ganda. Dan yang dimaksudkan dengan ‘Kami berikan kepadanya hikmah’ ialah ; kenabian, ilmu yang sempurna dan ilmu perundangan (undang-undang). Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan’ ialah ; kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan yang terjadi antara orang-orang yang berselisih dengan memisahkan antara yang benar dan yang salah.



Mukjizat Ayahnda Daud a.s.

Allah s.w.t. telah menunjukkan kelebihan Ayahnda Daud a.s., iaitu hal-hal luar biasa yang tidak dapat diperbuat oleh manusia biasa.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan Kami lunakkan besi untuknya, (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.”
Surah Saba’ ayat 10 dan 11.

Maksudnya Allah Ta’ala telah melunakkan dan menundukkan besi untuknya, hingga menjadi seperti dian lilin yang dapat diubah sekehendaknya tanpa menggunakan api ataupun palu (pengetuk). Dan dari besi itu Ayahnda Daud a.s. membuat baju-baju besi yang dikukuhkan dengan tenunan dari bulatan-bulatan rantai yang jalin-menjalin. Jenis baju besi seperti ini tidak akan mengganggu pemakainya semasa bergerak, tidak seperti baju-baju besi yang terdiri dari satu lembaran.

Al-Quran telah menunjukkan hal itu juga :

“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperangan.”
Surah Al-Anbiya’ ayat 80.

Maksudnya, Allah Ta’ala telah mengajarkan kepada Ayahnda Daud a.s. bagaimana cara membuat pakaian, yaitu baju yang terbuat dari besi untuk menjaga sebatan pedang dan tikaman lembing dalam peperangan melawan musuh.



Kitab Ayahnda Daud a.s.

Al-Quran menyebutkan bahwa Allah Ta’ala telah memberikan sebuah kitab kepada Ayahnda Daud a.s. yang bernama Zabur.

“Dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Daud.”

Para ahli kitab menamakannya dengan Al-Mazamir, yaitu syair-syair keagamaan yang menyentuh perasaan hati dan berlagu. Di antaranya terdapat nyayian-nyayian merdu dan pantun-pantun yang mengandungi pujian-pujian terhadap Allah dan kekaguman terhadap ciptaanNya, selawat-selawat, pengajaran wasiat-wasiat Tuhan beserta pahala-pahala dan siksa-siksaNya.

Kebanyakan Muzamir itu kepunyaan Ayahnda Daud a.s. dan setelah Muzamir Ayahnda Daud a.s., dibuatkan beberapa Muzamir lainnya. Beberapa Muzamir itu adalah buatan Haman, Athan, Sulaiman, Asap, Jadwathan, Musa dan putra-putra Cyrruh.

Wallahu’alam.



Sekian Wassalam…

Derang, Kedah MALAYSIA...

Khamis, 10 Julai 2014

Bumi Dihamparkan dan Langit Ditinggikan

Di mana Bumi dipijak di situ Langit dijunjung

Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Khamis 10 Julai 2014 Masihi bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah. Alhamdulillah hari ini genab 12 hari kita berpuasa, bererti sudah 12 hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ini.

Sempena bulan yang mulia ini, hamba ingin berkongsi ilmu tentang hakikat Bumi yang telah Allah hamparkan dan Langit yang telah Allah tinggikan. Sebenarnya teori yang disebarkan oleh ilmuan dan saintis barat (yang tidak beriman) selama ini tentang Bumi berbentuk sfera dan Langit yang mempunyai pelbagai planet itu adalah bertentangan dengan Hakikat sebenar Bumi dan Langit sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t. melalui ayat-ayat dalam kitab Al-Quran ul Karim. Tujuan sebenar ilmuan barat yang tidak beriman itu adalah untuk menetang atau mencabar firman-firman Allah Taala yang terdapat dalam kitab-kitab samawi (yang diturunkan dari Langit).

Maka, dalam artikel kali ini, Hamba nukilkan beberapa firman Allah Ta'ala mengenai Bumi yang dihamparkan dan Langit yang ditinggikan oleh Allah S.W.T. Semoga dengan ini akan bertambahlah iman dan keyakinan kita kepada ALLAH S.W.T dan RASULULLAH Nabi Muhammad s.a.w.


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 22; 

"Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah (yakni segala sesuatu yang disembah disamping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa dan sebagainya) padahal kamu mengetahui."



Bumi Dihamparkan

"Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah. Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (berserah diri kepada Allah)."
Al-Quran surah Qaf : ayat 7 dan 8.

"Dan bumi telah kami hamparkan. Maka (Kami) sebaik-baik yang menghamparkan."
Surah Az-Zaariyat : ayat 48

""Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air, maka bertemulah (air-air) itu sehingga (membuak dan menimbulkan) keadaan (bencana) yang telah ditetapkan."
Surah Al-Qamar : ayat 12

Nota : Ayat Al-Quran dalam surah Al-Qamar ini menceritakan keadaan air yang Allah Ta'ala keluarkan dari bumi melalui mata-mata air sehingga air dari sekian banyak mata air bertemu dan menyebabkan berlakunya bencana banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Keadaan air yang betakung dan berkumpul sehingga menyebabkan bumi ditenggelami air tidak mungkin berlaku jika bumi bersifat 'spera', keadaan banjir besar ini hanya akan berlaku jika bumi terhampar dan terbentang. Teori tarikan 'graviti' juga tidak boleh diguna pakai lagi.... Wallahu'alam.

"Dan bumi telah dibentangkanNya untuk mahluk(Nya). Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum baunya."
Surah Ar-Rahman : ayat 10,11 dan 12

"Dia yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNya kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
Surah Al-Mulk : ayat 15

Nota : Perkataan 'penjurunya' menunjukkan bumi ini terhampar, tiada wujud penjuru jika bumi ini berbentuk sfera.... Wallahu'alam.


"Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan. Agar kamu dapat pergi ke sana ke mari di jalan-jalan yang luas."
Surah Nuh : ayat 19 dan 20

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, Dan gunung-gunung sebagai pasak?"
Surah An-Naba' : ayat 6 dan 7

"Dan Dia menjadikan malamnya (gelap gelita) dan menjadikan siangnya (terang-benderang). Dan setelah itu bumi Dia hamparkan. Darinya Dia pancarkan mata air, dan (ditumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung, Dia pancangkan dengan teguh. (Semuanya itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu."
Surah An-Nazi'at : ayat 29, 30, 31, 32 dan 33

"Dan milik Allah lah yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)."
Surah An-Najm : ayat 31



Langit Ditinggikan

"Maka tidakkah mereka memperhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunkan serta menghiaskannya dan tidak terdapat retakan sedikit pun?"
"Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi keberkatan, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohonan yang rendang dan biji-bijian yang dapat dituai. Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun."
Surah Qaf : ayat 6, 9 dan 10

"Dan langit Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya."
Surah Az-Zaariyat : ayat 47

"Demi atap yang ditinggikan (langit)."(5) "Atau apakah mereka mempunyai tangga (ke langit) untuk mendengarkan (hal-hal yang ghaib?) Maka hendaklah orang yang mendengarkan di antara mereka itu datang membawa keterangan yang nyata." (38) "Dan jika mereka melihat gumpalan-gumpalan awan berjatuhan dari langit, mereka berkata: 'Itu adalah awan yang bertompok-tompok'." (44)
Surah An-Najm : ayat 5, 38 dan 44

"Lalu Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah-curah."
Surah Al-Qamar : ayat 11

"Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan. Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu. Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan jaganlah kamu mengurangkan keseimbangan itu."
Surah Ar-Rahman : ayat 7, 8 dan 9


"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Sekiranya Kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?"
Surah Al-Waqiah : ayat 68,69 dan 70

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis? Dan di sana Dia menciptakan bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita (yang terang benderang)?"
Surah Nuh : ayat 15 dan 16

"Dan Kami bina  di atas kamu tujuh (lapis langit) yang kukuh. Dan Kami jadikan pelita (matahari) yang terang benderang. Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang mencurah dengan lebatnya. Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman. Dan kebun-kebun yang rendang."
Surah An-Naba' : ayat 12, 13, 14, 15 dan 16

"(Wahai golongan yang ingkarkan hari kebangkitan) Apakah penciptaan kamu yang lebih sukar ataukah langit yang telah dibina oleh Allah itu? Dia telah meninggikan binaan langit itu, lalu menyempurnakannya."
Surah An-Nazi'at : ayat 27 dan 28



Langit dan Bumi milik Allah S.W.T

"MilikNyalah kerajaan langit dan bumi, Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan."
Surah Al-Hadid : ayat 5

"Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak tidak ada yang kurang daripada itu atau lebih banyak, melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 
Surah Al-Mujadalah : ayat 7

"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa (makhluk-makhlukNya mengikut kehendakNya), Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Hasyr : ayat 24

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu (tujuh petala bumi). Perintah Allah berlaku terus-menerus di antara alam langit dan bumi, agar kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu."
Surah At-Talaq : ayat 12


Wallahu'alam.

Selamat Berpuasa, beribadah dan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Semoga saudara dan saudari sekalian beroleh ganjaran nikmat keredhaan Allah s.w.t. sehingga keakhir hayat. Doakan kejayaan saudara Islam kita yang sedang berjuang dan berjihad di Gaza, Palestin,  di Syiria serta di seluruh pelusuk muka bumi ini.

Sekian Wassalam... at Mildura, Australia. 

Jumaat, 13 Jun 2014

Hakikat 7 Lapis (Petala) Langit dan 7 Lapis (Petala) Bumi


Assalammu'alaikum... wrth, hari ini Jumaat 13 Jun 2014 Masihi, bersamaan 15 Sya'aban 1435 Hijrah dan bersamaan 23 Juzak 10,002 PuSaka. Sempena malam Nisfu Sya'aban yang penuh keberkatan dan hari Jumaat penghulu segala hari, hamba nukilkan beberapa firman Allah Ta'ala mengenai hakikat langit dan bumi. Semoga sama-sama kita dapat berfikir dengan menggunakan akal yang waras untuk memahami firman Allah Ta'ala Tuhan seluruh alam. Sebaik-baiknya saudara saudari rujuklah kepada Ulama', Mu'alim, Auliya' atau Arifbillah yang dikenali mengenai tafsir sebenar setiap ayat Al-Quran yang hamba nukilkan dalam artikel ini. 
Wallahu'alam.

Maksud Firman Allah Ta'ala Rabbul 'alamin...

Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus pelbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki.
Surah Faatir (Pencipta) ; ayat 1

Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka mengapa kamu berpaling (daripada menyembahNya).
Surah Faatir ; ayat 3

Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. 
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Surah Faatir ; ayat 5 dan 6

Dan Allah lah yang mengirimkan angin, lalu (angin itu) mengerakkan awan, maka Kami arahkan awan itu ke suatu negeri yang mati (tandus), lalu dengan hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati (kering). Seperti itulah kebangkitan nanti.
Barang siapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. KepadaNya lah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan, Dia akan menggangkatnya. Adapun orang yang merancang kejahatan, mereka akan mendapat azab yang sangat keras dan rancangan jahat mereka akan hancur.
Surah Faatir ; ayat 9 dan 10

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing (malam, siang, matahari dan bulan) beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, milikNya lah segala kerajaan. Dan orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tidak mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.
Surah Faatir ; ayat 13

Malam beredar mengikut paksinya (waktunya), siang juga beredar mengikut paksinya (waktunya). Begitu juga Matahari beredar mengikut paksinya (waktunya), bulan juga beredar mengikut paksinya (waktunya). Masing-masing (malam, siang, matahari dan bulan) ada paksi (waktu) tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah Ta'ala. Jadi munculnya Bulan tidak bergantung kepada tibanya Malam, dan hadirnya Siang tidak bergantung kepada terbitnya Matahari. Adakalanya Bulan kelihatan di Siang hari, adakalanya Siang cerah tanpa Matahari. Yang pastinya Matahari tidak dapat mengejar Bulan dan Malam tidak dapat mendahului siang.
Hakikatnya : Semuanya bergerak mengikut kehendak dan perintah Allah Yang Maha Berkuasa.

Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.
Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu (untuk mengantikan kamu).
Dan yang demikian itu tidak sukar bagi Allah.
Surah Faatir ; ayat 15, 16 dan 17



Langit dan Bumi adalah makhluk dari sekian banyak makhluk yang beredar sesuai dengan perintah Allah Ta’ala.

Sesungguhnya Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak lenyap, dan jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang mampu menahannya selain Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun, lagi Maha Pengampun.
Surah Faatir ; ayat 41

Dan tidakkah mereka berjalan di bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka (yang mendustakan rasul), padahal orang itu lebih besar kekuatannya daripada mereka? Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah, baik di langit mahupun di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka lakukan, nescaya Dia tidak akan mensisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman untuk) mereka, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hambaNya.
Surah Faatir ; ayat 44 dan 45


Semuanya bergerak mengikut kehendak dan perintah Allah Yang Maha Berkuasa

Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang tidak mereka ketahui.
Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam, Kami hilangkan siang daripada (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan.
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehinmgga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir), kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarannya.
Surah Yasin ; ayat 36, 37, 38, 39 dan 40


Pada awal bulan, bulan itu kecil berbentuk sabit, kemudian sesudah menempati manzillah-manzilah, ia menjadi purnama (penuh), kemudian pada manzilah terakhir kelihatan seperti tandan kering yang melengkung (berbentuk sabit).

Dan bukankah (Allah) yang menciptakan langit dan bumi, mampu menciptakan kembali yang serupa itu (jasad mereka yang sudah hancur itu)? Benar, dan Dia Maha Pencipta, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya urusanNya apabila Dia Menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata: “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.
Surah Yasin ; ayat 81, 82, dan 83




Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar Esa.
Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbitnya matahari.
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia (yang dekat) dengan hiasan bintang-bintang.
Dan (Kami) telah menjaganya daripada setiap syaitan yang derhaka.
Mereka (syaitan-syaitan itu) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru.
Untuk mengusir mereka dan mereka akan mendapat azab yang kekal.
Kecuali (syaitan) yang mencuri (pembicaraan); maka nia dikejar oleh bintang yang menyala.
Surah As-Saffat (Yang Bersaf-saf) ; ayat 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan 10

Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (daripada syirik). Dan orang yang mengambil pelindung selain Dia (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan (berharap) agar mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” Sesungguhnya, Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta dan orang yang sangat ingkar.
Sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang Dia kehendaki daripada apa yang telah diciptakanNya. Maha Suci Dia. Dialah Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia memasukkan malam atas siang dan memasukkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Mulia, lagi Maha Pengampun.
Surah Az-Zumar (Rombongan-rombongan) ; ayat 3, 4, dan 5

Di atas mereka ada lapisan-lapisan daripada api dan di bawahnya juga ada lapisan-lapisan yang disediakan bagi mereka. Demikianlah Allah mengancamkan hamba-hambaNya (dengan azab itu). “Wahai hamba-hambaKu, maka bertakwalah kepadaKu.”
Surah Az-Zumar ; ayat 16

Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal yang sihat.
Surah Az-Zumar ; ayat 21

Dan sesungguhnya, jika engkau tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?“ Nescaya mereka menjawab: “Allah.” Katakanlah: “Kalau begitu tahukah kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan bencana kepadaku, apakah mereka mampu menghilangkan bencana itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat mencegah rahmatNya?” Katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku. kepadaNya lah orang yang bertawakal berserah diri.”
Surah Az-Zumar ; ayat 38


Allah lah yang menjadikan malam untukmu agar kamu beristirehat padanya; (dan menjadikan) siang terang benderang. Sesungguhnya, Allah benar-benar memiliki kurnia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
Surah Az-Zumar ; ayat 61

Allah lah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap dan membentukmu, lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam.
Dialah yang hidup kekal, tidak ada tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
Surah Az-Zumar ; ayat 64 dan 65

Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
Katakanlah: “Patutkah kamu ingkar kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagiNya? Ituah Tuihan seluruh alam.
Dan Dia ciptakan padanya (bumi) gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dan kemudian, Dia berkati dan Dia tentukan makanan-makanan (bagi penghuni)nya dalam empat masa, memadai untuk (memenuhi keperluan) mereka yang memerlukannya.
Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya (langit) dan kepada bumi: “Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa.“ Keduanya menjawab: “Kami datang dengan patuh.”
Lalu diciptakanNya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi), Kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu) untuk memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah Fussilat (Yang Dijelaskan) ; ayat 8, 9, 10, 11, dan 12

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari dan janganlah (pula) sujud kepada bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika betullah kamu hanya menyembah kepadaNya (Allah).
Surah Fussilat ; ayat 37


Sekian Wassalam.

Derang Kedah Darul Aman.