Ayahnda

Ayahnda

Khamis, 13 Julai 2017

Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bergelar Shah Alam Yang Maha Mulia (Maharaja)

'

Balai Besar @ Berahman Indera

Tempat Rasmi untuk Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong


Arahan pembinaannya adalah atas titah perintah 
Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah, 
Yang Di Pertuan Agong ke-18 @ Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah ketika itu (1733M).


Di dalam UUK,muka surat 30 dan 47 disebut bahawa gelaran “Paduka” itu ertinya saudara kepada Raja dan “Seri” itu keluarga kepada Raja. Gelaran apakah yang digunakan oleh kerabat diraja di Malaysia bermula dari digunapakai sehingga ke hari ini kalau bukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Seri Paduka Baginda. Jika mereka ini keluarga dan saudara kepada Raja, dimanakah Raja kita hari ini, 
Raja yang disebut sebagai Khalifah di Nusantara Benua Siam Nagara Kedah? 

Ingatlah, dizaman dahulu RAJA itu lebih BESAR dari sultan dan bukannya sultan lebih besar dari RAJA. Tidak akan sewenangnya Angkatan polis dan Angkatan Tentera meletakkan DIRAJA MALAYSIA sebaris dengan ayat yang telah digunapakai pada nama angkatan tersebut. 
Masih tidak nampak lagi?


Yang Di Pertuan Agong @ Maharaja 

Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah (Semenanjung Malakka)

(Susunan ikut turutan YDPA dari yang terAKHIR hingga terAWAL) 

1. Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Mudazam Syah (YDPA - 22)
    Memerintah selama 14 tahun dari tahun 1862 - 1876 M 



  

Di kenali sebagai Encik Long Jaafar di Perak sebelum menaikki takhta sebagai Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah. Long Jaafar disebut-sebut sebagai Orang Kaya @ Penghulu. Ketika itu Penghulu adalah bertaraf Raja Daerah. Long Jaafar juga adalah Bendahara @ bakal pengganti Maharaja di zaman itu. 

Encik Long Jaafar ini, nama sebenarnya ialah Tengku Syed Long Jaafar (bahasa Siam disebut Nai Long Jaafar). Long Jaafar dilantik oleh ayahandanya yaitu Shah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin sebagai Menteri untuk mengawasi pengeluaran bijih timah di Larut. Apabila ayahandanya mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar ditabalkan di Berahman Indera (sekarang Balai Besar, Alor Setar) bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah. Sultan Jaafar kemudiannya melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempatnya.

Tahun 1876 Masihi Sultan Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat. Lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu. Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid

Jemputan pun diterima, Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambutnya hanya orang lelaki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan kanak-kanak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kakinya lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Sultan Jaafar ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang Maha Kuasa mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh Sultan Jaafar tidak luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.



Musuh tidak berputus asa, Sultan Jaafar dibawa ke satu tempat (lokasinya sekarang adalah di belakang Balai Polis Gurun, Kedah) dan dihumban kepada gajah-gajah yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang Sultan Jaafar dilumat oleh kaki-kaki gajah walaupun kulit Sultan Jaafar tidak cedera. Berpindahlah Sultan Jaafar dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Puak Tentera Thai, Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.

Thai menjajah Kedah selama 5 tahun, sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh ini, mereka memusnahkan bukti-bukti sejarah seperti istana dan kota-kota bersejarah (lebih 15 kesemuanya). Kemudian dalam tahun 1881 barulah mereka melantik Paduka Seri Sultan Abdul Hamid, Raja Daerah Kota Kuala Muda sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang pertama. 

Kenapa sejarah ini digelapkan?


Makam Sultan Jaafar Mudazam Syah Ibni Sultan Syed Alang Alauddin terletak di Kg Tualang Kedah. 



2. Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Syed Alang Alauddin (YDPA - 21)
 Memerintah selama 38 tahun dari tahun 1824 - 1862 M




Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Songkhla merangkap Bendahara Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda. 

Sebelum itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.


Semasa Nagara Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah untuk menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.

Sultan Syed Alang Alauddin mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, ‘Sanai’ yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. 


Apabila tentera Sultan Syed Alang Alauddin @ Datuk Panglima Bukit Gantang berjaya mengusir keluar tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai, mereka mendapat berita buruk bahawa datukmya, Maharaja Benua Siam Dinasti Ayut’ia ke 33, Boromoraja V Ekataat Yang DiPertuan Sharif Abu Bakar Shah telah terkorban di Istana Kota Meang Kuang. 


3. Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muzaffar Shah III (YDPA - 20)
 Memerintah selama 3 tahun dari tahun 1821 - 1824 M



Nama sebenarnya ialah Koya Long. Koya Long bermaksud Putera Sulong @ Pe-du. Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama. Baginda merupakan anakanda sulong (yang pertama) Yang DiPertuan Agong Sharif Abu Bakar Shah dengan Tengku Suriyamarin. Sultan Muzaffar Shah III mempunyai beberapa orang adinda iaitu;

“Maka telah sudah muafakat Datuk Bendahara (Po Chan Koya Long Sultan Muzaffar Shah III) dan Datuk Paduka Maharaja (Koya Nai Chau Abu Kasim Megat Manja) dan Datuk Ku Raja Cenak (Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang) dan Datuk Paduka Raja (Koya Fai Megat Iskandar) dan Datuk Seri Raja Putera (Tengku Long Putera) dan Paduka Seri maharaja Jalil (Koya Ngah Megat Teraweh) dan hakim-hakim dititahkan, adat inilah dipohonkan titah Yang Maha Mulia di kepala surat ini.”  
Rujuk Undang-Undang Kedah, ms 43.

Nama Sultan Mudzaffar Shah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut Sultan Muzaffar Shah III sebagai putera atau anakanda Raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Yang DiPertuan Sharif Abu Bakar Shah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981). 

Sementara itu di dalam Buku “A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Shah III melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Sultan Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).

Pho Chan pula adalah gelaran kepada Sultan Muzaffar Shah III sewaktu menjadi Raja Kemboja Cempakasari. Semasa disana telah berlaku peperangan besar di antara tentera Islam dan tentera Buddha Aluangpaya (Thai) yang bukan saja menyerang Ayuthia malah turut menyerang Kemboja bagi memusnahkan Kerajaan Islam Benua Siam. Pho Chan Koya Long bersama tentera dan pengikutnya telah berundur ke Langkawi dan Pendang. Di situ mereka telah membuka penempatan baru yang dinamakan Kg Kemboja.


Pada tahun 1758, Raja Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Muzaffar Shah III telah membawa pengikut-pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Islam dari Kemboja balik ke Kedah. Sejarah penduduk Kampung Pedu, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap Kedah kebanyakkannya adalah dari keturunan Syed yang berasal dari Kampung Syed Pew dan Kampung Syed Sofoun dalam negeri Kemboja Cempakasari. Dahulunya kawasan ini pernah berada dalam Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah, sekitar sebelum tahun 1758.

Pengikutnya ditempatkan di kawasan Pedu. Pedu bermaksud, Abang @ Kekanda. Tindakan berpindah ini adalah berikutan serangan tentera Buddha Aluangpaya (Thai) yang telah mula menyerang negeri Islam Kemboja.

Pelarian Kemboja keturunan Syed ini selain dari bermustautin di Kelantan dan Trengganu turut juga bermastautin di sekitar pekan Kuala Nerang. Perkataan Nerang ialah bahasa siam yang bermaksud Tempat Ulu Sunyi. Di Kuala Nerang inilah terdapatnya kawasan Bendang Raja. Raja yang dimaksudkan ini ialah Sultan Muzaffar Shah III. 

Istana Kuning, Alor Setar Kedah

Pada tahun 1821 Masihi Sultan Muzaffar Shah III ditabal menjadi Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah lalu bersemayam di Istana Kota Serjana, Alor Ganu. Puteranya iaitu Raja Siam Songkhla Datok Panglima Bukit Gantang @ Sultan Syed Alang Alauddin dilantik menjadi Bendahara dan bersemayam di Istana Kuning, Alor Setar Kedah. Istana Kuning telah dibina pada tahun 1668 Masihi oleh datoknya iaitu Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam Boromokot @ Sultan Muhiyuddin Mansor Shah.

Di Mukim Rambai, dalam daerah Pendang Kedah juga terdapat Bendang Raja milik Sultan Muzaffar Shah III yang pernah menjadi Bendahara sewaktu ayahandanya Yang DiPertuan Agong Sharif Abu Bakar Shah masih ada. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa Dan Pustaka di muka surat 43 “... Dititah Bendahara Suruh Salin...” . Bendahara pada ketika itu ialah Sultan Muzaffar Syah III.

Apabila pulang ke Kedah, Yang DiPertuan Agong Sharif Abu Bakar Shah telah menghantar Po Chan Koya Long untuk menjadi Sultan Kuala Kangsar, Perak. Nama Po Chan Koya Long @ Sultan Muzaffar Shah III, masih lagi ada dalam salasilah kesultanan Perak. 

Oleh kerana Sultan Muzaffar Shah III berada jauh di Istana Kuala Kangsar, Sultan Muzaffar Shah III tidak berjaya dibunuh oleh tentera Thai yang datang dari Benua Siam menyerang Nagara Kedah. 


Gambar Istana Negara di Kuala Kangsar sekitar tahun 1897. 
Istana Negara atau Istana NAGA-ra?

Sebelum tahun 1930an terdapat sebuah istana yang dinamakan Istana Negara di Kuala Kangsar, Perak. Istana ini menggunakan senibina Siam dan ia kelihatan seperti senibina Cina. Malangnya istana ini telah dirobohkan  dan didirikan sebuah  istana baru iaitu Istana Iskandariah. Persoalannya kenapa Istana Negara berada di Kuala Kangsar? Bukankah Istana Negara sepatutnya berada di Lembah Kelang? Lagipun pada masa itu, siapakah negarawan yang bersemayam di Istana tersebut? 

Serangan Kedah ke atas Perak adalah arahan Raja Thai yang ingin membunuh Sultan Muzaffar Shah III (dalam sejarah disuruh tunduk dan menghantar bunga emas, tetapi Sultan Muzaffar Shah III enggan) kerana mereka tahu Sultan Muzaffar Shah III adalah anakanda kepada Sharif Abu Bakar Shah. Lagipun mereka ini adalah bangsa penghapus keturunan, yang mencari keturunan satu-satu raja itu sehingga ke anak cucu untuk dibunuh. Serangan ini dilakukan oleh Raja Kota Setar, si pengkhianat bangsa dan agama iaitu Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang telah bersubahat dengan Thai demi kuasa, pangkat dan kekayaan dunia. Sepatutnya mereka sepakat sebagai orang islam untuk mempertahankan Nagara Kedah yang beragama Islam dari musuh yang menceroboh.

Seterusnya, Sultan Muzaffar Shah III menggantikan ayahandanya dalam tahun 1821 sehingga 1824. Kurang pasti kenapa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III singkat, cuma tiga tahun sahaja. Mungkin Sultan Muzaffar Shah III tidak menaruh harapan lagi kerana empat orang adindanya telah dibunuh thai, selain dari faktor usia yang telah meningkat. 

Makam Koya Long @ Po Chan Sultan Muzaffar Syah III di Kedah. 
Lihat batu nisan yang sengaja dipatahkan oleh pihak yang ingin menutup sejarah.



4. Shah Alam Yang Maha Mulia Syarif Abu Bakar Shah (YDPA - 19)
 Memerintah selama 63 tahun dari tahun 1758 - 1821 M



Dikenali sebagai Mahadammayaza (gelaran sahaja, bahasa Arab bermaksud darah dari berlainan raja) di Toung Oo, Burma. Apabali kembali ke Ayuthia, dikenali sebagai Boromoraja Ekataat V. Setelah puak Alaungphaya (Sukho Thai) menyerang Ayuthia dalam tahun 1767, Mahadammayaza kembali ke Kedah seterusnya menetap di istana Kota Meang Kuang (Nagara Luas). Di Kedah Mahadammayaza dikenali dengan nama sebenar iaitu Syarif Abu Bakar Shah. Walau pun 3 nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama.

Syarif Abu Bakar Shah ialah anaknda kepada Sultan Muhiyuddin Mansur Shah dengan Puteri Raja China Hang Li Poh, berasal daripada keturunan Raja China, Kaisar Indochina Dinasti YuanSultan Muhiyuddin Mansur Shah bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Sultan Syarif Abu Bakar Shah mempunyai seorang adinda perempuan bernama Pumintharaja yang mempunyai gelaran Nang Che Puan.

Syarif Abu Bakar Shah berkahwin dengan Tengku Suriyamarin (puteri Sultan Marin Langkat, Sumatera Pasai). Daripada perkahwinan tersebut, mereka mendapat lima orang anakanda iaitu;
  • Koya Long
  • Koya Ngah
  • Koya Shuib
  • Koya Nai Chau Abu
  • Koya Fai

Gambar pintu masuk ke Istana Raja Siam Ligor yang terletak di Kota Nakhon Si Thammarat, Thailand. 
Chau Pija Boromoraja V Ekataat @ Yang DiPertuan Agong Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah pernah bersemayam di Istana ini dari tahun 1767 hingga 1782 sebelum berpindah ke Istana Kota Meang Kuang, Kedah. 




Lihat petikan ini yang menunjukkan Syarif Abu Bakar Shah sebagai Raja Ligor atau selengkapnya Raja Siam Ligor Nambang,

"Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di Kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani." 
Semak di sini,

Raja Bakar yang duduk di Kampung Teluk tak lain tak bukan adalah Syarif Abu Bakar Shah @ Raja Siam Ligor Nambang. Nam-bang bermaksud air-telok. Kenapa Raja Bakar dipilih? Mudah sahaja, kerana Raja Bakar adalah cucu Puteri Nang Kemuning (yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah @ Khalifah Akhirul Zaman) dan cicit kepada Nang Che Yam (yang berkahwin dengan Pija Tuk Nakpa @ Sultan Ismail Jammu Kashmir). Sesudah berundur dari Ayuthia, Raja Bakar tidak lagi menggunakan nama gelaran Boromoraja Ekataat V.


Di muka ssurat 27 dan 28 UUK tercatat, 

“Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun Alif (1812 Masihi ) dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. 

Maharaja Kerajaan Islam Benua Siam pada tahun 1812 masihi ialah Raja Siam Ligor Nambang @ Syarif Abu Bakar Shah. Pada masa itu Sultan Syarif Abu Bakar Shah bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, mukim Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu Kedah Darul Aman. 


Perkataan Meang Kuang ialah bahasa Siam yang bermaksud, ‘Negara Luas’. Negara luas yang dimaksudkan disini tak lain tak bukan ialah, Benua Siam Nagara Kedah.


Jenazah Almarhum Syarif Abu Bakar Shah telah disemadikan ditanah perkuburan Islam, Makam Di Raja Kampung Tualang, Mukim Tualang, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. 

Pada masa inilah Po Chan Koya Long @ Sultan Muzaffar Syah III menggantikan ayahandanya sebagai Raja Besar Benua Siam dan ditabal di Berahman Indera (Balai Besar). Di dalam buku Konvension Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia 1981 ada catatan mengenai Putera Raja Siam Ligor pernah bersemayam di Alor Ganu Anak Bukit, Kedah diantara tahun 1821-1839.


Nama Syarif Abu Bakar Shah tidak ada dalam salasilah raja-raja Kedah dan tidak sepatutnya ada kerana Sharif Abu Bakar Shah bukannya Paduka Seri Sultan atau Raja daerah tetapi bergelar 
Shah Alam Yang Maha Mulia.




5. Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansur Shah (YDPA - 18)
 Memerintah selama 90 tahun dari tahun 1668 - 1758 M




Istana Bandar di Jugra

Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dikenali sebagai Boromokot. Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah yang membina Istana Bandar di Jugra dan kemudiannya baginda bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka di Pulau Langkawi bermula tahun 1668 berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Bagindalah yang dikatakan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. 

Istana Bandar di Jugra dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah (bergelar Boromokot di Ayuthia), setelah baginda dan ayahanda baginda berpindah ke Selangor dari istana Melaka di Kota Lukut. Baginda mangkat di Pulau Langkawi dalam tahun 1758 dan dimakamkan disana.

Sebagai Maharaja Siam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerentahkan supaya Balai Besar dibina bersama Istana Kuning dan Menara Balai Nobat, dulunya menara masjid dan mahkamah syariah. Didalam Mahkamah Syariah inilah Tunku Sulaiman (Raja Bersiong) dijatuhkan hukuman kerana membunuh dan memakan tentera China Manchu Islam yang membina Balai Besar atau dulunya di panggil Berahman Indera.


 
Istana Kuning dan Balai Nobat

Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka (cop mohor dijumpai baru-baru ini), Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning. Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia dibina atas arahan Sultan Nai Nal Azilin II, Sultan Kedah pada masa itu. Maklumat ini tidak benar kerana Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II adalah Paduka Seri Perdana Menteri dan Penghulu Berahman Indera. Sesetengah buku sejarah pula telah menukar nama baginda kepada Zainal Abidin sedangkan Nai dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) bermaksud 'Syed'.



Semasa pembinaan Berahman Indera sedang berjalan, Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Seri Sultan Sulaiman. Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera. Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka. Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi. Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24). 



Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah. Makam ini dilabelkan sebagai makam purba, terbiar tanpa pagar dan penyelenggaraan sepatutnya. Lebih mengaibkan ia di katakan sebagai makam seorang perempuan.Makam Puteri Hang Li Po terletak disebelah makam baginda walau bagaimana pun telah dicabut batu nisannya.

Makam ini disembunyikan dengan cara di timbuskan dengan tanah bagi menghalang ia di musnahkan oleh tentera Burma yang menyerang Pulau langkawi suatu ketika dahulu. Tentera Burma turut membakar hangus Kota Palas tempat baginda bersemayam.


Di muka surat 17 Undang Undang Kedah dicatit,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun (1668 masihi), tahun Dal, pada bulan Rabiulawal hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”


Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dikenali sebagai Boromokot, Sri Tammaraja II, Cau Pija Kersan mengikut rekod pemerintahan Maharaja Benua Islam Ayuthia. Semasa itu, baginda bersemayam di Istana Kota Palas Pulau Langkawi. Jika hari ini Bandar Hilir terletak di Bandar Melaka, Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan merupakan menantu Maharaja Cina. Perkahwinan ini membuahkan dua orang cahayamata iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah dan adindanya Nang Che Puan. Khalifah Syarif, kemudian nanti menggantikan ayahandanya, sementara adindanya, Nang Che Puan dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II, Perdana Menteri Kedah. 



6. Shah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Shah (YDPA - 17)
 Memerintah selama 40 tahun dari tahun 1628 - 1668 M





Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar Lama)

Istana ini dibina oleh Sultan Mahmud Syah setelah baginda berpindah ke Kelang dari Kota Lukut berikutan serangan Belanda keatas Melaka dalam tahun 1641.Baginda membuka Ban Ting, bermaksud Kampung Cik untuk permaisurinya Puteri Nang Kemuning dan membina Istana Bandar untuk putera baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 di istana ini dan dimakamkan di Kota Beruas. 




Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar baru)

Dalam tahun 1641 Sultan Mahmud Syah ibni Nai Hisbu Madazam Syah (cucu Sultan Zahiruddin) telah membina Istana Alam Syah di Kelang berikutan serangan Belanda keatas Kota Lukud yang merupakan Kota Melaka. (Hari ini Kota Portugis Porta De Santiago pula dikatakan Kota Melaka). Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani. Pada masa yang sama, anakanda baginda yang bernama Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah membina Istana Bandar di Jugra dan bersemayam disana. 

Berikutan kemangkatan baginda Sultan Mahmud dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas Perak, anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah pun berpindah dan membina Istana Kota Palas di Pulau Langkawi (Dibakar hangus sewaktu serangan Thai keatas Pulau Langkawi).Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Siam dan bergelar Boromokot di Ayuthia. Secara tidak langsung Sultan Selangor yang pertama telah diizinkan untuk bersemayam di kedua-dua istana ini sehinggalah ke hari ini kerana keturunan baginda juga adalah keturunan Sultan Mahmud Syah Melaka.





BERSAMBUNG DALAM ARTIKEL YANG AKAN DATANG



Isnin, 26 Disember 2016

Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah



ORTELIUS MELAKAR PETA INI DALAM TAHUN 1603. 
Negara China turut dimasukkan kerana Maharaja Ming dan kemudiannya Manchu beragama Islam. Mereka menguasai India yang diperintah oleh Monggol India yang beragama Islam.
Ini lah yang dimaksudkan "Kerajaan Islam BENUA Siam Nagara Kedah".




Peta La Loubere tahun 1691, menunjukkan Kerajaan Islam Siam (bukan Thailand) berhampiran Bancok @ Bangkok.
Lihat nama Pulo @ Pulau yang menggunakan perkataan Melayu di Telok Siam (bukan Telok Thailand), yang dibulatkan merah.




Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767.
 
Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand di zaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. 
Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha.
 
Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu.



"Empire of the Great Monggol"
Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India 
dan sebahagian Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka.
Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja.
Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah bercantum dengan Kerajaan Islam Monggol India apabila Zahiruddin Bahadur @ Babur Shah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral @ Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Shah (Parameswara Melaka) dalam tahun 1530.




Peta Belanda ini lebih fokus kepada Riau Lingga. 

Peta penuh menunjukkan Melaka, Selatan Perak, Selangor Johor, Singapura dan Riau Lingga. 
Itulah jajahan Melaka, bukannya kecil seperti yang kita ketahui hari ini. 

Peta lama, sebelum kedatangan Inggeris menunjukkan seluruh semenanjong sebagai Malacca. 
Bahasa Malayu adalah bahasa Perdagangan, bukan BANGSA. 
Di mana Semenanjong Tanah Melayu ketika itu? 



Kerajaan ini merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah seperti juga Acheh, Kemboja Chempaka Sari dan Melaka. 
Sebab itulah di sebut Benua atau Meang Kuang bermaksud Negara Luas.



Ayuthia bermaksud tempat bersemayam raja-raja 
ibarat sebuah pulau memungkinkan ia ditawan sukuthai diketuai Alaungpaya dalam tahun 1767.

Segalanya dikatakan bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. 
Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah. 

Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Siam Nagara Kedah, di zaman dinasti Ayuthia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Shah masih lagi memerintah  sebagai  Shah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah. 

(Rujuk : Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17)


Negara Thailand hari ini asalnya adalah Negara Siam Islam (Siam Lancang). 
Mereka adalah puak tantera sukothai yang menawan Ayuthia, Ibu Negara Siam Islam dalam tahun 1767. 

Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767.

Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa Siam Islam.
Pada masa inilah, ramai orang-orang Islam Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka. 
Menantu Chulalongkorn, iaitu Sultan Abdul Hamid yang menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.



Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming (1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah pada 1767. Selepas kejatuhan Ayuthia pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayuthia). 
Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. 

Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa Thai Buddha yang mana sebelum Ayuthia dijajah Arakan (kerajaan Islam Toung Oo di Burma) telah menjadi mangsa mereka yang pertama.
 
Rentetan daripada kemenangan pertama ini semangat mereka membuak-buak ingin menjarah tanah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah.



Rujukan :

Buku Undang-Undang Kedah
http://sejarahnagarakedah.blogspot.my/
http://rawzones.blogspot.my/2014/06/sejarah-digelapkan-kejatuhan-ayuthia.html



Masjid Telok Manok, Narathiwat, Thailand.