Dzul Jalal Wal Iqram ذو الجلال و
الإكرام - Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan; The Lord of Majesty and Generosity
Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Jumaat 15/03/2013M bersamaan 03/05/1434H tergerak hati hamba untuk mengajak saudara/saudari merenung dan mengulangkaji sejenak tentang asas dan usul yang telah digariskan oleh Ayahnda Maulana Muhammad Ilyas rah sebagai pengasas usaha Dakwah Tabligh.
Jika sekiranya setiap 'karkun' atau rakan seusaha dalam gerakan jemaah ini menjaga adab usul dan berpegang teguh dengan asas-asas tersebut, maka mungkin dalam masa 23 tahun usaha Dakwah Tabligh akan dapat menjadi asbab seluruh umat manusia datang kepada Islam dan menjadi hamba Allah yang sehamba-hambanya. InsyaAllah.
Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh
Dua puluh lapan usul tertib dalam dakwah dan tabligh
sepertimana yang terdapat dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah,
Ustadz Muhammad Qosim At-Timori, Jahabersa, cetakan 2003. Di Malaysia, disebut dua belas
usul kerana di dalam muzakarah usul atau tertib ini, hanya memerhatikan dua
belas usul pertama dan kelazimannya, 16 usul akan dimuzakarahkan.
1. Empat perkara yang diperbanyakkan;
· Dakwah ilallah - Dakwah ijtima'i, dakwah
infradi, dakwah umumi dan dakwah khususi.
· Ta'lim wal ta'lum - Ta'lim infradi, ta'lim
ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
· Zikir dan Ibadah - Zikir: membaca Subhanallah, wal hamdulillah, walaa
ilaaha illallah, wallahu akbar; selawat, istighfar dan tilawah Al-Quran.
Ibadah: Ibadah fardhu, wajib, sunat dan mustahab.
· Khidmat - Khidmat kepada diri sendiri,
rombongan jemaah, (kariah)kampung dan amir jemaah.
· Kurangkan
masa makan dan minum.
· Kurangkan
masa tidur dan rehat.
· Kurangkan
percakapan yang sia-sia.
· Kurangkan
masa di luar masjid.
3. Empat perkara yang ditinggalkan;
· Ishraaf
(perbuatan boros atau membazir).
· Berharap
(dalam hati) kepada makhluk.
· Meminta
kepada makhluk.
· Menggunakan
barang orang lain tanpa izin.
4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;
· Perbedaan
aqidah.
· Khilafiah/
mazhab.
· Politik,
aib masyarakat, pangkat serta derma.
· Berdebat
(mujadalah).
· Mengutamakan
amal ijtima'i daripada amal infradi.
· Kehormatan
masjid.
· Ketaatan
kepada amir jemaah.
· Sabar
dan tahamul (ketahanan dalam menghadapi ujian).
6. Empat perkara yang dijauhkan;
· Tankish
(merendahkan).
· Tankind
(mengkritik).
· Tardid
(menafikan atau menolak sama sekali).
· Taqobul
(membanding-bandingkan).
7. Empat pilar (tiang/ dasar) agama;
· Ahli
dakwah (tabligh, da'ie, juru dakwah).
· Tadris
(para ulama, pengasuh/mudir pondok pesantren/ madrasah, majlis ta'lim).
· Kanka
(mursyid, ahli tareqat) dan
· Musanif
(para pengarang kitab).
Ustadz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas
usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah;
Jahabersa cetakan pertama 2003.
Asas Usaha Dakwah ini ialah:
1. Usaha melalui individu atau usaha berjamaah dan bukan usaha ijtima
besar-besaran. Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau
kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti
dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah.
2. Usaha melalui hati dan bukan pikiran. Sejauh mana
hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau atau sejauh mana terbakarnya hati,
atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bagaimana pemikiranmu bekerja,
atau bagaimana pemikiranmu membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiranmu
membuat rencana atau bukan bagaimana pemikiran filosofi yang tinggi-tinggi
untuk mendapatkan gagasan-gagasan.
3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah
pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kakimu bergerak, sejauh mana anda
bergerak melalui kaki-kakimu. Sebab anda mesti pergi kepada khalayak ramai.
Mereka yang sudah datang ke mesjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka
yang belum datang ke mesjid belum mencintai agama. Oleh karena itu maksud
dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jamaah yang sudah datang ke mesjid kita
beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan
terjun ke bawah, kita datang dari orang ke orang, dari toko ke toko, maksudnya
sejauh mana anda bergerak dengan kaki-kakimu, karena kerja ini bukanlah kerja
'sastrawan'. Anda harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan
mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang
dapat menerima fikir iman dan amal.
4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan
harta. Mal (harta) adalah
keperluan bagi kita, mal
untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika anda hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah
anda mesti membelanjakan puluhan atau ratusan ringgit untuk menghafal? Tentu
tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Karena itu tasykil (ajakan)
kita adalah orangnya bukan wangnya atau hartanya. Apabila anda hendak
mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami memerlukan diri anda dan bukan wang anda".
5. Usaha dengan tawadhu dan bukan aninah.
Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan
diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apanya.
Saya ini kecil. Kita mesti merendah. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan
buahnya maka ia merunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka
harus dicemlungkan. Demikian pula apabila anda hendak merunduk hatinya maka
anda akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak anda
akan mengalami berbagai kesulitan.
6. Usaha dakwah dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Anda mesti berdamai
dengan semua orang baru anda akan dapat buat usaha.
7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Asas usaha dakwah
adalah kesatuan dan bukan perbedaan-perbedaan. Anda berusaha menjauhi
perbedaan-perbedaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa pada
persatuan. Jikalau anda hendak menyatukan umat, maka sedapat mungkin menjauhkan
hal-hal yang membawa kepada perpecahan.
8. Usaha melalui musyawarah dan bukan melalui kediktatoran. Musyawarah adalah
mengambil usulan (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila
sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na
waatho'na. Tetapi seorang diktator tidak memerlukan musyawarah, tidak
memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang menyangkut
ummat, maka musyawarah adalah sangat penting.
9. Usaha melalui amru bil ma'ruf dan bukan nahi anil munkar. Asas usaha dakwah
kita adalah yad'una ilakhoir,
menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila
gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk
akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak
membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha
dakwah kita yaitu mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke mesjid, mari duduk
ta'lim, mari hadir dalam mesyuwarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah,
mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru
lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan
buah-buahan.
10. Usul dan bukan Furu. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan
bukan cabang-cabangnya.
11. Asas usaha dakwah kita adalah Qulyah dan bukan Juz'iyah. Hal-hal yang bersifat
universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi
hati-hati karena diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada
khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada shalat dapat diterima oleh semua
orang, tetapi bahasan shalat secara detail terdapat masalah masail.
12. Asas usaha dakwah kita adalah Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat,
tepat, pendek dan bukan tafsir artinya uraian-uraian secara panjang lebar,
penjelasan, argumentasi secara mendetail. Usaha dakwah adalah deklarasi
(keterangan atau maklumat), karena itu mesti pendek, tepat dan ringkas.
13. Asas usaha kita adalah Tamsir bukan Tanfir. Tamsir artinya kabar
gembira dan bukan tanfir artinya kabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini
kita sampaikan kabar gembira. Memberitahukan keutamaan-keutamaan,
pahala-pahala, fadhilah-fadhilah, menyampaikan perkara-perkara yang manis,
supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti
perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.
14. Asas usaha dakwah kita adalah Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya
secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar artinya propaganda dengan publikasi
untuk pamer kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini
telah berjalan 1000km tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini
adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas.
Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemasyhuran.
15. Asas usaha dakwah kita adalah Akhirat dan bukan Dunia. Setiap orang
berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, kebalikan dari ini dimana
semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang
berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, kebalikan dari ini, Da'i
berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan