Ayahnda

Ayahnda

Sabtu, 17 November 2012

Madrasah Nurul Iman



Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 17/11/2012M bersamaan 3 Muharram 1434H, salam Ma'al Hijrah kepada semua saudara/i se-Islam di mana jua kalian berada di dunia juga di alam barzah. Nukilan kali ini hamba ingin berkongsi bersama saudara/i dan sahabat rakan taulan serta keluarga yang disayangi tentang Madrasah Nurul Iman. 

Madrasah Nurul Iman merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlatar belakang Syariat dan Thoriq. Untuk makluman umum, amalan kerohanian di sini adalah berasaskan kepada amalan tareqat Ahmadiah-Qadiriyyah di bawah pimpinan Ayahnda Syeikh Mahmud Al-Majzub. Pusat-pusat pengajian kesufian bimbingan beliau dimulakan di Semenanjung Malaysia. 
Sila lawat ke blog Madrasah Nurul Iman untuk bacaan selanjutnya.

Asas (akar umbi) madrasah ialah Madrasah Nurul Iman, Batu Lima, Daerah Sik, Kedah yang dibuka pada tahun 1970M.


Senarai Zawiyah Madrasah Nurul Iman

Malaysia
1) Madrasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, Kedah.
2) Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.
3) Madrasah Nurul Iman, Felda Selancar 1, Pahang.
4) Madrasah Nurul Iman, Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.
5) Madrasah Nurul Iman, Pulau Pangkor, Perak.
6) Madrasah Nurul Iman, Pulau Langkawi, Kedah.
7) Madrasah Nurul Iman, Lorong Seri, Alor Setar.
8) Madrasah Nurul Iman, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
9) Madrasah Nurul Iman, Felda Lepar Hilir 1, Pahang.
10) Madrasah Nurul Iman Pengkalan Kubo, Tumpat, Kelantan.


Thailand
1) Madrasah Nurul Iman, Kok Sira, Narathiwat.
2) Madrasah Nurul Iman, Satun (Setoi).
3) Madrasah Nurul Iman, Bangkok.
4)'Muhyiddin' Nurul Iman, Bangkok. (Semua Zawiyah namanya dimulai dengan Madrasah tetapi pada tahun 2006, Syeikh Mahmud telah menamakan ianya dengan 'Muhyiddin' Nurul Iman di Bangkok.

Lain-Lain
1) Singapura
2) Jiyad, Mekah

Antara Halaqah Zikir yang pernah dipimpin oleh
Allahyarham Ayahnda Syeikh Muhyiddin Mahmud Al-Majzub


Terjemahan 
Nasyid Madrasah Nurul Iman

Inilah Madrasah Nurul Iman
Maktab kami Maktab menghayati Iman
Kami berikrar untuk mempelajari Iman
Kami belajar berbagai ilmu pengetahuan
Kami belajar ilmu Hadis dan Al-Quran
Di Syurga Firdaus, kami diredhai Tuhan
Terhadapnya hati penuh kecintaan
Wahai kebanggaan setiap masa dan zaman
Ya Allah! Ya 'Alim! Ya Rahim! Ya Rahman!
Hidupkanlah kekalkanlah Madrasah ini
hingga ke akhir zaman.


Visi, Misi, Matlamat dan Moto Madrasah Nurul Iman

Visi : Liya'budun yang bermaksud untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala (menjadi hamba Allah sehamba-hambanya di bumi Allah.

Misi : Untuk menjadi hamba Allah sehamba-hambanya di bumi Allah. Oleh itu, ahli jemaah Nurul Iman perlu menghayati dan menerapkan dalam kehidupan sifat-sifat berikut :

1. Zuhud - yakni kosong tangannya daripada memiliki sesuatu dan memandang hal keduniaan itu lekeh dan hina serta menyucikan kesannya dari hati.

2. Yakin - yakni menghilangkan keraguan pada sesuatu yang ghaib serta tetap pada ilmunya, tidak berdolak-dalik dan tidak berubah-ubah hati.

3. Khusyuk - yakni perasaan sentiasa takut dan hina kepada Tuhan yang mengetahui alam ghaib, yang berkekalan dalam hati.

4. Tawahu' - yakni tunduk, patuh dan melaksanakan perintah Allah serta dapat menerima teguran.

5. Tazallul - yakni hina diri.

6. Tamalluq - yakni rintihan hati untuk bertemu Allah dengan pada permulaannya timbul perasaan kasih sayang (mahabbah) kemudian datangnya rindu (tamalluq - hati sentiasa rindu untuk bertemu Allah)

7. Takhauwwuf - yakni rintihan ketakutan sehingga timbul rasa tenang dalam hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Matlamat : "Tanha 'anil fahsha iwal munkar" yakni menegah atau menghalang daripada melakukan kekejian dan kemungkaran.

Moto : "JADI HAMBA ALLAH, BUAT KERANA ALLAH, MASYA ALLAH"



TAFSIRAN LOGO NURUL IMAN


TIGA BINTANG GEMERLAPAN
  • Kepimpinan kerohanian di bawah pancaran Kerasulan Nur Muhammad Sallallahu’alaihi Wassallam

KUBAH
  • Tampuk kepimpinan kerohanian yang mantap dan sentiasa mengadap KEHADRAT Yang Maha Agung

ENAM JALUR HIJAU PADA KUBAH
  • Tauhid yang tinggi berdasarkan enam rukun Iman. Keyakinan yang bulat. Tiada Yang lain selain Allah.

WARNA PUTIH BERAIR DI BAWAH KUBAH
  • Hati yang bersih
  • Jiwa yang suci
  • Keikhlasan yang tinggi
  • Kebenaran Ilmu dan Kerohanian yang di bawa adalah “NYATA” & “JELAS”
  • Guru mendapat “ILMU” dengan AIRMATA bukan melalui cerita atau dengan gelak tawa.

HIJAU MUDA
  • Cahaya Ke Islaman bersinar kembali

LINGKARAN TASBIH
  • Huruf Q – sebagai lambang KUALITI
  • Organisasi Nurul Iman di pimpin oleh seorang yang berkualiti dan Ahli Jemaah Nurul Iman juga seharusnya memiliki ciri-ciri yang berkualiti.
  • Rapatnya susunan biji tasbih menggambarkan satu saf yang rapat dan ikatan ukhwah/mahabbah dan silaturrahim.

WARNA BIRU
  • Mengajak kita supaya marilah sama-sama mengharungi lautan kesufian yang tidak bertepi dan tenggelam dalam Kebesaran Allah.

FAJAR DI UFUK
  • Nurul Iman semakin gemerlap dan semakin menyerlah

  • Nurul Iman sebenarnya sudah mencapai taraf “INTERNATIONAL @ Antarabangsa”

BULATAN DI LUAR LOGO
  • Untuk mengikuti acara kerohanian mestilah memBULATkan hati kepada ALLAH.


    Sekian wassalam. Wallau'alam...

    Nukilan dibuat d'Studio Loonaq Records, Kundang Selangor

43 ulasan:

  1. as salam AB yang sangat bertuah,


    maaf ye....orang jahil (dan 'jakun'...huhu) nak bertanya....
    'jakun' macam tak pernah tengok orang asli
    'jakun' juga sebab tak pernah pergi madrasah/sekolah pondok...rasa macam adala..dulu pernah ikut kawan sekali..tapi sekejap sangat...ingat2 lupa

    masa sekolah dulu...best je tengok orang lain boleh jadi imam dan baca surah panjang2..camna dia orang boleh hafal camtu...??

    saya ni baru mengesot2 macam kura2....

    MNI ni madrasah AB ke??

    agaknya camni kot madrasah kat utara yang cikgu srikandi pernah pergi tu...??

    bagusnya....orang2 camnilah yang MO selalu sebut sebagai 'pedang2 malam' yg menjadi abid di malam hari, bangun rukuk,sujud dan berdoa memohon kepada Tuhan akan kesejahteraan ummat...

    ceritalah lagi tentang madrasah AB ni....
    orang jahil dan 'jakun' nak tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. KISAH NYATA..............
      Ass.Saya IBU SERI HASTUTI.Dari Kota Surabaya Ingin Berbagi Cerita
      dulunya saya pengusaha sukses harta banyak dan kedudukan tinggi tapi semenjak
      saya ditipu oleh teman hampir semua aset saya habis,
      saya sempat putus asa hampir bunuh diri,tapi saya buka
      internet dan menemukan nomor Ki Jaya,saya beranikan diri untuk menghubungi beliau,saya dikasi solusi,
      awalnya saya ragu dan tidak percaya,tapi saya coba ikut ritual dari Ki Jaya alhamdulillah sekarang saya dapat modal dan mulai merintis kembali usaha saya,
      sekarang saya bisa bayar hutang2 saya di bank Mandiri dan BNI,terimah kasih Ki,mau seperti saya silahkan hub Ki
      Jaya Taat Pribadi di nmr 0823 4704 5525 Kiyai Jaya,indahnya berbagi,assalamu alaikum.

      KEMARIN SAYA TEMUKAN TULISAN DIBAWAH INI SYA COBA HUBUNGI TERNYATA BETUL,
      BELIAU SUDAH MEMBUKTIKAN KESAYA !!!

      ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))

      Pesugihan Instant 10 MILYAR
      Mulai bulan ini (juli 2015) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal, serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar, Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

      Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
      Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
      dll

      Syarat :

      Usia Minimal 21 Tahun
      Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
      Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
      Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
      Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

      Proses :

      Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
      Harus siap mental lahir dan batin
      Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
      Pada malam hari tidak boleh tidur

      Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

      Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
      Ayam cemani : 2jt
      Minyak Songolangit : 2jt
      bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

      Prosedur Daftar Ritual ini :

      Kirim Foto anda
      Kirim Data sesuai KTP

      Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 10 MILYAR

      Kirim ke nomor ini : 0823 4704 5525
      Atau kunjungi web http://pesugihaninstan.jw.lt/
      SMS Anda akan Kami balas secepatnya

      Maaf Program ini TERBATAS .

      Padam
  2. aslmkum...annur datang singgah kacau sini pulakkk...hehe

    BalasPadam
  3. as salam AB yang sangat bertuah dunia dan akhirat

    kita owang ada permintaan utk AB

    sudi kiranya AB menjelaskan dengan lebih lanjut sufism dan melayu dlm 'madrasah' ini

    juga sudi kiranya AB kongsikan 'dunia' madrasah/pondok kepada kami2 yg tak biasa ni - peranan penting dlm kelansungan-hidup (survival) terutamanya bangsa melayu

    puteri annur ada cerpen bersiri chermin nya itu

    AB juga boleh ketengahkan dua tajuk itu disini
    (suka-suki je saya bagi tajuk tugasan kat AB..hahahah)

    madrasah/pondok adalah institusi yg cuba dijauhkan drpd orang melayu - lantas 'kononnya' sekolah missionari zionis/jesuits itu dikatakan lebih baik

    namun sekarang ramai ibu/bapa sedar peri-penting utk mendapatkan pendidikan dr madrasah/pondok disamping anak2 juga mengikuti silibus sekolah2 yg rasmi

    contoh yg menyentuh hati ialah keazaman rizalman ibrahim, pereka fesyen yg terkenal itu utk menjadikan umar nail (anak angkat) seorang tahfiz walaupun dia sendiri hidup dikelilingi dunia yg penuh glamor

    tapi rizalman adalah seorang yg sgt merendah diri, sentiasa ingat asal-usul dirinya agar tidak tenggelam dlm dunia fesyen yg penuh dugaannya itu

    1 Cinta 1 Lagu, Episode 7 : Rizalman & Umar

    http://www.youtube.com/watch?v=HgmTNK44dIw&feature=channel&list=UL

    p/s - umar sekarang sudah bersekolah tahfiz & selalu pergi umrah mengikut babahnya

    BalasPadam
  4. Wassalam... kepada saudara Wangsa dan Saudari Annur serta saudara/i sekalian,

    "Orang yang tahu bahwa dia tak tahu adalah lebih baik dari orang yang tak tahu bahwa dia tak tahu".

    Ya MNI adalah madrasah tempat AB belajar dan berguru sekarang ini.

    Terima kasih atas sokongan, pendapat dan cadangan yg Enchik Wangsa berikan...amat AB hargai...
    InsyaAllah memang ada niat AB nak berkongsi Ilmu dan Pengalaman di blog ini bersama saudara se-Bangsa dan se-Islam sekaliannya.... Semoga Allah mengizinkan...Mungkin sudah sampai masanya dan sudah tiba zamannya Sufism dan Melayu bangkit...

    Sikit info saja sebagai ingatan untuk diri sendiri dan makluman buat kawan2 : AB belajar feqah dan tariqat kesufian sejak berumur 7 tahun lg dr arwah Atuk dan Nenek juga dgn beberapa orang Ustaz dan Ustazah... Selama 13 tahun AB belajar tariqat dan adab usul dakwah dlm Jemaah Dakwah Tabligh sebagai madrasah bergerak... Dan sudah hampir 13 juga jasad AB tinggal di Pondok Derang Kedah sebagai madrasah mukim@tak bergerak...Baru 3 tahun AB belajar Tariqat dan Hakikat di Madrasah Nurul Iman....

    AB fikir dan rasa tidak layak diri ini untuk menceritakan atau menyampaikan 2 tajuk besar yg Enchik Wangsa cadangkan... namun AB akan cuba berkongsi sikit sebanyak pengalaman buat renungan dan berkongsi sikit sebanyak Ilmu bersama kawan2 dan saudara/i sekalian... semuanya dengan IZIN ALLAH SEMATA-MATA.

    Kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan, AB sgt2 berharap sesiapa sahaja sudi memberi teguran dan pembetulan...insyaALLAH.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Puteri Jalanan aka Annur kerana sudi singgah ke sini.... rajin-rajinlah berjalan-jalan sekitar halaman... jalan sorang2 ye, tak dapat AB nak temankan selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. AB yang sangat bertuah dunia dan akhirat


      puteri annur ada bertanya tentang bunga teratai AB..

      rasanya bunga tu tak jadi berkembang kan..??

      ada tak bunga teratai dr pokok yg lain...??
      boleh kongsi kat madrasaah ni

      hhmmm.....tetamu bertandang tanya bermacam2 la pulak...

      Padam
    2. aahla raksasa,kenapa tanya macam2?jaga sikit budi bahasa,tgok macam annur ni,sopan je...kan Ab? =p

      Padam
    3. Bunga teratai??? ada kisah di
      sebalik kuntuman dan dedaunan si bunga teratai...

      emm...sungguh bersopan puteri annur....
      enchik wangsa juga penuh dgn adap tatasusila-nya...

      Padam
    4. hehe,oleh kerana Ab puji annur,jadi annur nak buat sikit perkongsian disini...hehe

      "hati yang suci,ibarat teratai yang melahirkan bunga yang indah dipandangan walaupun tumbuhnya dari tanah yang berlumpur...tanah lumpur sikitpun tak mengusik sejati sang teratai...biarpun teratai sakit menyerap segala macam makanan di dalam tanah yang kotor dan berlumpur,ia tetap gembira mengeluarkan sebuah bunga yang indah dipandangan segenap yang melihat...teratai rela diciptakan sebagai teratai...tidak pernah ia gusar kenapa tidak dilahirkan sebagai mawar merah yang menggoda,melor yang suci dan harum,malah tidak sedih walaupun ia hanya sekuntum teratai,penyeri tasik yang sunyi...teratai tidak perlu dijaga,ia hidup dengan sendiri dan berdikari..."

      Padam
  6. AB,

    makin banyak AB bercerita, makin banyak yang saya nak tahu tentang dunia madrasah AB

    'rasa tidak layak' ttg ilmu & pengalaman yang AB fikirkan itu adalah sesuatu yg saya dan kebanyakan orang lain tidak punyai langsung - kosong tiada dlm memori mahupun hati kerna tidak pernah merasai dan menjalani kehidupan sedemikian rupa

    AB lah orang yg paling layak utk berkongsi cerita ttg dunia kehidupan yg satu lagi - jauh dari hiruk-pikuk kehidupan sekular

    Pierre Andre juga telah berhijrah dengan menyertai jemaah tabligh

    Ucapan penuh dakwah Pierre Andre ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 minggu lalu:

    " Anugerah Yang Paling Hebat Adalah LA ILA HAILLALLAH (Kalimah Syahadah), Yang Allah Berikan Pada Kita, Letak Dalam HATI Kita, Jaga Lah Kalimah Ini, Cari Lah Ia, Kerana Itu Lah Kemenangan Yang Sebenar Allahu Akbar, Assalamualaikum..Peace, LOVE ALLAH, LOVE MUHAMMAD. "
    -Pierre Andre, ASK 2012-

    Baguskan....??!!
    Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bagus ucapan Pierre Andre tu....
      Semoga Allah kekalkan kita dlm Hidayah-Nya dan sentiasa dikurniakan Taufiq untuk melaksanakan segala perintah-Nya juga menjauhi segala larangan-Nya..inshaaAllah...

      Bersama-sama kita sebarkan Kebenaran dan Kebaikan ke seluruh alam....

      Padam
  7. Wah..Wah...Puteri Annur yg rupawan... pantang dipuji terus bermadah...sunguh indah dan bermakna segala madah sang puteri... mngkin madah sang puteri telah berjaya membakar semangat sang naga...

    AB terasa nak mulakan cerita ttg Rahsia Teratai dan Sang Naga...tapi cerita ini berkaitan dgn alam kerohanian....insyaAllah pd nukilan akan datang AB akan cuba persembahkan SESUATU....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe,sdr wangsa,Ab da nak start movie ni...sit back,and enjoy...:D

      ps:Ab post cepat2,annur tak sabar nak tau pasal naga ni...annur ni sebenarnya pemalu,pantang dipuji...lalala~

      sebuah nukilan lama...

      "naga lah naga,
      keluar dikau dari tasik sana,
      usah sembunyi berdiam saja,
      kini masa kau keluar mencari mangsa,
      menjadi penolong puteri cinta,
      yang bersenjatakan keris kata,
      berselendang kuning penyeri rupa,
      elok bersanggul terselit senjata,
      kini dizaman moden peperangan bermula,
      bukan dengan realiti itu semua,
      tapi bersimbolikkan senjata lama,
      keris kutukar jadi kata pujangga,
      cucuk sanggul kutukar jadi hijab kepala,
      gerak tari kutukar jadi gerak langkah semasa,
      gendang rebana kugubah menjadi muzik dunia,
      dunia bertukar aku juga harus sembunyi dari semua,
      dalam sembunyi ku ketawa,
      melihat gelagat kalian semua.."

      Padam
  8. saya susun semula puisi sang puteri annur yang chantek rupawan tempawan bermata kuyu muyu...
    senang sikit nak baja...

    hati yang suci,
    ibarat teratai yang melahirkan bunga yang indah dipandangan walaupun tumbuhnya dari tanah yang berlumpur...

    tanah lumpur sikitpun tak mengusik sejati sang teratai...

    biarpun teratai sakit menyerap segala macam makanan di dalam tanah yang kotor dan berlumpur,

    ia tetap gembira mengeluarkan sebuah bunga yang indah dipandangan segenap yang melihat...

    teratai rela diciptakan sebagai teratai...

    tidak pernah ia gusar kenapa tidak dilahirkan sebagai mawar merah yang menggoda,

    melor yang suci dan harum,
    malah tidak sedih walaupun ia hanya sekuntum teratai,
    penyeri tasik yang sunyi...

    teratai tidak perlu dijaga,
    ia hidup dengan sendiri dan berdikari...

    BalasPadam
  9. semoga Tuhan permudahkan penulisan AB

    kami tungguuuuu.............!!

    BalasPadam
  10. assalamualaikum, , madrasah ni boleh tak ajar orang yang xtahu apa2 tentang islam??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam, saudara Tanpa Nama.
      Ya madrasah Nurul Iman sememangnya mengajar sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang Iman dan Islam untuk yang dah tahu ataupun yang tak tahu apa-apa tentang Islam amat-amat digalakkan untuk datang belajar, insyaAllah.. Untuk maklumat lanjut bolehlah saudara ke Madrasah Pusat di Hulu Langat, Selangor berjumpa dengan mudir Ustaz Syujak atau ke Madrasah di Batu 5 Sik, Kedah berjumpa dengan mudir Ustaz Zahari (Ustaz Ali).

      Padam
  11. Assalaamu'alaikum.minta maaf tumpang tanya.nak tanya tentang syarat-syarat kemasukan ke madrasah nurul iman (ulu langat) bagi pelajar lelaki.apakah syarat-syaratnya.sebab saya tak tahu kat mana untuk bertanya.mohon tuan boleh membantu...syukran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam..wrth, Syaratnya beriman dan boleh taat arahan dan ajaran guru. Madrasah Nurul Iman Ulu Langat ada kelas Tahfiz utk pelajar lelaki (13 hingga 17thn) dan kelas pengajian feqah dan tasawwuf utk dewasa. InsyaAllah.

      Padam
  12. Assalamualaikum.madrasah ini terbuka utk kaum wanita tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam..wrth, Ya madrasah ini juga sememangnya terbuka utk kaum wanita di semua cawangannya. Kelas untuk 'alimah hanya di Madrasah Nurul Iman Batu 5 Sik Kedah.

      Padam
  13. Maaf , saya ingin bertanya, kelas untuk 'alimah itu bagaimana yang Encik maksudkan? Saya kurang jelas. Dan tidak disediakan di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat?

    BalasPadam
  14. Maaf , saya ingin bertanya, kelas untuk 'alimah itu bagaimana yang Encik maksudkan? Saya kurang jelas. Dan tidak disediakan di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat?

    BalasPadam
  15. Kelas 'Alimah hanya disediakan di Madrasah Nurul Iman cawangan Batu 5, Sik sahaja. Di cawangan Hulu Langat ada kuliah umum utk orang dewasa lelaki dan perempuan. Jadual kuliah perlu rujuk penghulu madrasah yakni Pak Su Ayop... Jazakallah.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikumm nak tanya..madrash nurul iman di kota tinggi ..boleh x am bil budak bljar berumur 10 tahun

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum nk tanya...madrasah nurul iman di kota tinggi ada asrama x? Saya tgh mencari skolh utk anak saya yg berumur 12 dan 11 tahun pada 2015.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam...wrth, maaf saudaraku, madrasah Nurul Iman di kota Tinggi tiada kelas pengajian untuk anak2 berumur bawah 18 tahun... hanya pengajian tasawwuf untuk orang dewasa sahaja... harap maklum.

      Padam
  18. Assalammualaikum, sye tumpang bertanya.. adik saya sangat mengharapkan bimbingan agama tetapi kewangan sering menjadi penghalang, saya ingin mendapat kepastian tentang yuran kemasukan bagi madrasah Nurul Iman... adik juga sering di ganggu mahkluk halus..

    BalasPadam
  19. kami sekeluarga sedih melihat keadaannya, tapi tak berdaya membuat apa2.. kami tidak tahu perlakuan peliknya berlaku atas dasar mental atau gangguan mahkluk halus seperti yang dia sendiri ceritakan.. hidup kami sekeluarga sangat terumbang ambing sekarang,

    BalasPadam
  20. assalamualikum,,sya ingin bertnya madrasah nurul iman di felda selancar 1..mengambil pelajar perempuan?? n umr kelayakn plajar??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam... inshaaAllah ada pengajian di MNI Felda Selancar... saudara/i boleh terus berjumpa dengan orang tanggungjawab yang ada di sana...

      Padam
  21. salam, ustaz....pondok tuan guru haji salleh di sik dengan pondok syeikh mahud di sik adakah lokasi yang sama atau berlainan...ana pernah pergi ke pondok tuan haji salleh dan berjumpa dengan tuan guru haji salleh tapi anajuga pernah ke bukit tembaga kuala nerang berjumpa dengan pak su mid atau pak su haji hamid...alhamduliah ana baru dapat membaca tentang Syeikh Mahmud ...ana sedang istifar sedikit demi sedikit sampai cukup 40000 dan selepas itu boleh selawat 40 ribu...adakah ana boleh mendapat zikir daripada anak didik syeikh Mahmud...sayang ana tidak sempat bertemu dgn syeikh Mahmud .....Al-Fatihah dihadiahkan kepada syeikh Mahmud...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam, saudara Ahmad Zaki.
      Pondok Tuan Guru Haji Salleh dan Pondok Syeikh Mahmud tak sama lokasinya, tapi daerahnya sama di Sik. Pondok Syeikh Mahmud di Batu 5, Sik.
      Saudara boleh terus datang ke pondok Madrasah Nurul Iman, Batu 5, Sik dan berjumpa dengan Mudir Madrasah, Ustaz Ali. Alhamdulillah saudara cukupkan istigfar 40ribu kali dan selawat 40ribu kali kemudian datang berjumpa Ustaz Ali... InshaaAllah.

      Padam
  22. Assalamualaikum wrb.
    Ustaz, ana (ummu hadie 46 thn) berhajat utk belajar di madrasah nurul iman di sik, kedah.Dan berhajat utk 3 org anak ana (15 thn[p], 14 thn[p] & 13 thn[l]) sama2 belajar di sana. Madrasah ni lokasinya kat mana, sebelum pekan Sik atau selepas pekan Sik(kalau dari arah Jeniang)? Ada signboard ke?
    Ustaz ada contact no Mudir Madrasah di Sik? Mohon sangat2. Tkasih banyak2 Ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketiga2 orang anak ana ni sedang beransur sembuh dari sakit misteri yg dihidapi sejak hujung tahun 2010 dulu. AlhamduliLLAH, hikmah dari sakit mereka, kehidupan kami sekeluarga berubah hampir 100%...dlm hati kami suami isteri dan anak2 sekarang ni, hanya nak usaha jadi hambaNYA yg sebenar, nak kenal ALLAH sungguh2, tanpa hijab dan perantaraan. Sepanjang 4 tahun kebelakangan ni, anak2 asyik bertukar2 sekolah/madrasah...sehingga kini masih berusaha mencari sekolah yg dpt bantu didik jiwa dan rohani anak2 dan kami mak ayahnya. Disamping berjumpa kerap dgn tuan2 guru tasawwuf di Kelantan dan Kedah ( tapi ramai yg dah kembali ke rahmatuLLAH thn lepas - Pak Su Mid Gunung, Tok Ayah Isa Tanah Merah, Tok Ayah Mat Tanah Merah, Tok Ayah Mat Tumpat, Baba Mid, Tok Ayah Mat Lundang Paku[masih hidup]). Pak Su Mid Bkt Tembaga, Pak Su Yob Bakai, Tuan Guru Hj Salleh tempat kami menadah muka bila berpeluang, nak sangat kenal ALLAH sepertimana mereka ....

      Mohon Ustaz dpt bantu kami dlm hal ini. Tkasih banyak2 Ustaz, maaf zahir dan batin. Wassalam.

      Ummu Hadie

      Padam
  23. Assalamualaikum, suami sy berumur 27 yg dahulu nya jahil, alhamdulillah skg dpt hidayah dan beliau ingin mendalami agama dan belajar mengaji al quraan, lokasi di johor bahru, bolehkah suami sy masuk madrasah nurul iman?

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum, suami sy berumur 27 yg dahulu nya jahil, alhamdulillah skg dpt hidayah dan beliau ingin mendalami agama dan belajar mengaji al quraan, lokasi di johor bahru, bolehkah suami sy masuk madrasah nurul iman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama pun sama jahil dan ign belajar mula bulan puasa ini..sekarang suami puan sudah belajar ke?

      Padam
  25. Assalamualaikum wbt..
    Sy azura berumur 33tahun.. Jahil tntang ilmu agama.. Sy brminat nk masuk ke sekolah pondok utk mmpelajari ilmu disni.. Mudah2an dpt bekalan yg boleh dijadikan bekal...

    BalasPadam
  26. ASSALAM, TUAN, TLG BAGI ALAMAT PENUH MADRASAH MUHIYIDIN NUR IMAN BANGKOK, TLG WHATAPP SAYA 0107747230

    BalasPadam