Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Khamis 09/08/2012M bersamaan 20/09/1433H sempena malam ke 21 Ramadhan, hamba paparkan Urutan Peristiwa dibawah ini sebagai sessi ulangkaji dan peringatan untuk diri hamba dan saudara/i pembaca sekalian. Di samping itu marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah dan hidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadhan kali ini, semoga kita semua akan mendapat kurniaan Ilahi mengecapi nikmat malam Lailatul Qadar, "Satu malam nilainya Seribu Bulan", insyaAllah.
1) Iraq memerangi Kuwait dan saling serang menyerang
Pada
tahun 1990 Masihi, Saddam Hussein Presiden Iraq merasa tamak hendakkan hasil
minyak petrol yang dimiliki oleh Jabir pemerintah Kuwait, lalu akhirnya Jabir
melarikan diri meminta bantuan Amerika, Eropah dan sekutunya (negara barat berbangsa Nasrani dan beragama
kristian). Jabir mengajak mereka mengusir Saddam dari negaranya, lantas mereka
menyerang Iraq dan menghancur leburkan di persekitaran bumi Arab dalam rangka
perjalanan pertama peperangan dunia ketiga dari awal pertempurannya.
iaitu
satu pengepungan dari segi ekonomi, politik, ramai antara rakyat yang
dipenjarakan dan sistem negara mereka dilumpuhkan. Semenjak bermulanya
penyerangan Iraq berterusan sehingga ke hari ini tidak ternyata di horizon
dunia sebarang tanda satu kuasa yang boleh membinasakan dan menghapuskan sama
sekali negara Iraq. Ini benar-benar berlaku di salah satu pengepungan negara
bukan Islam dan ianya dikongsi bersama oleh beberapa negara bukan Arab.
3) Pengepungan negara-negara Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan)
Negara
Palestin kini benar-benar dikepung, sekalipun rakyat mereka sentiasa berjuang
habis-habisan, bermula pada September, 2000 Masihi yang berterusan sehinggalah
ke hari ini. Diketahui bahawa negara-negara Syam ialah mengandungi negara
Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan. Adakah negara Syria dan Lubnan yang
berdekatan dengan pihak negara Amerika, Eropah dan sekutunya akan berterusan dikepung? Kemungkinan, keadaan
peristiwanya berlaku secara khusus dan Amerika sendiri memainkan peranan dengan
menyerahkan dua buah negara ini kepada ketua negara-negara pengganas untuk
meneruskan gerakan keganasannya. Pengepungan ini dinamakan sebagai ‘pengepungan
Amerika’ kerana pemain peranan utamanya ialah Amerika dan medan kubu
ketenteraannya ialah di Israel. Peristiwa ini memang berlaku sebagaimana yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW satu pengepungan yang dilakukan dari pihak
negara Amerika,
Eropah dan sekutunya. Untuk diketahui,
pengepungan ini akan berterusan, perjuangan rakyat Palestin yang tidak mengenal
sampai bila akan tamat, pembunuhan pelbagai golongan orang Islam yang berlaku
berdekatan dengan pintu Baitul Maqdis serta persekitarannya sehinggalah
munculnya Imam Mahdi.
4) Satu Tempoh Jangkamasa yang pendek
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang disebutkan dalam bab
Fitnah dalam sahihnya, iaitu menerangkan tentang urusan peristiwa dari awalanya
dari hadis Rasulullah SAW tentang pengepungan Iraq, negara-negara Syam dikepung
dan kemudiannya peristiwa lain berlaku dalam tempoh jangkamasa yang pendek
sebelum munculnya Imam Mahdi. Kita sekarang ini berada pada zaman antara
pengepungan negara-negara Syam dan munculnya Imam Mahdi.
5) Munculnya pasukan tentera pemegang bendera hitam (Toliban)
Gerakan
puak Toliban muncul dengan membawa benderanya berwarna hitam, iaitu berserban
hitam dan memakai satu fesyen baju berwarna putih. Orang lain melihatnya merasa
takjub dengan bentuk gayanya dan penampilannya. Kemunculan gerakan ini di
sekitar tahun 1996 Masihi. Sunnah dan Athar Nabawi mengistilahkannya sebagai
‘Pasukan Tentera Kecil Pembawa Bendera Hitam’ untuk membezakan dengan pasukan
tentera pembawa bendera hitam yang lebih besar dari Bani Abbas (dari Iran
bermazhab Syiah). Memang berlalu satu masa kemunculan pasukan tentera kecil
pembawa bendera hitam, iaitu puak Toliban di Afghanistan. Pasukan inilah yang
dimaksudkan dalam athar Nabawi dan dalam sebahagian athar lainnya menceritakan tentang
satu jarak masa antara munculnya pembawa bendera hitam dengan kemunculan Imam
Mahdi, iaitu selama lebih kurang 72 bulan sahaja, iaitu lebih kurang selama 6
tahun. Jika sahih athar tidak kekal melainkan sedikit yang dikira dengan
beberapa bulan.
Diketahui
bahawa pasukan tentera pembawa bendera hitam ini adalah golongan pertama yang
membantu Imam Mahdi dan bersekongkol sama untuk memperkuatkan kekuasaannya.
Rasulullah
SAW bersabda:
(يخرج ناس من
المشرق فيوطئون للمهدي سلطانه)
yang bermaksud: “Segolongan
manusia muncul dari negara sebelah timur, lalu bersetuju bersama menguatkan
kekuasaan Imam Mahdi.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam
Tabrani dan selainnya).
Rasulullah SAW bersabda:
(تخرج من خراسان
رايات سود فلا يردها شيء حتى تنصب بإيلياء)
yang bermaksud: “Beberapa pasukan
ketenteraan pembawa bendera hitam akan muncul dari negara Khurasan. Sesuatu pun
tidak dapat menghalangnya sehinggalah mereka dinobatkan di Iliya’ (Baitul
Maqdis).” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Termizi, Imam Nu’aim
bin Hammad daripada Abu Hurairah RA).
Ibnu Kathir berkata, pasukan
ketenteraan pembawa bendera hitam ini muncul untuk membantu perjuangan
bersama-sama Imam Mahdi.
Rasulullah SAW bersabda:
(إذا
رأيتم الرايات السود قد أقبلت من خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج، فإن فيها
خليفة الله المهدي)
yang bermaksud: “Jika kamu melihat
beberapa buah pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam yang datang dari negara
Khurasan, kamu hendaklah datang menemuinya sekalipun kamu merangkak di atas
salji kerana di dalamnya akan wujudnya khalifah Allah bernama Imam Mahdi.”
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Nu’aim bin Hammad, Imam Hakim dan Abu
Nu’aim dari hadis Thauban. Hadis ini disahihkan oleh Imam Hakim dan
dipersetujui oleh Imam Zahabi, begitu juga disahihkan oleh Mustaffa al-Adawi
dalam kitab sahih Musnad yang mengandungi hadis-hadis Fitan dan Pertempuran).
6) Serangan pasukan
tentera barat menentang pasukan Afghanistan (pembawa bendera hitam)
Peristiwa
ini telah berlaku dalam jangkamasa yang terdekat iaitu sekitar bulan Oktober,
2001 Masihi. Athar juga memberitahu kepada kita bahawa antara sebab kedatangan
barat dengan membawa panji ketenteraannya (pakatan ketenteraan antara Amerika,
Britain dan beberapa negara Eropah) adalah berlakunya perselisihan antara
beberapa golongan pasukan pembawa bendera hitam ini sesama sendiri, lalu
pasukan tentera barat muncul untuk menghancurkannya. Sedangkan tujuan lain yang
lebih jelas ialah ingin menguasai dunia bermula dari negara-negara sebelah
timur berfahaman komunis serta Syiah dan diakhiri dengan negara sebelah timur
tengah beragama Islam.
Ketua
pasukan pakatan ketenteraan barat ialah berkaki tempang, berbangsa Kanada, dan
mengetuai pasukan kekuatan bersekutu, Richard Mairez. Ini juga salah satu
daripada tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi, iaitu peristiwa terakhir yang
berlaku sehingga ke hari ini. Peristiwa berikutnya ialah pelbagai peristiwa
yang kita akan nanti-nantikannya menurut urutan masa yang berikut.
7) Peperangan Dunia ketiga di Armageddon
Dalam
tahap perjalanan kedua mempamirkan kepada kita beberapa buah negara timur serta
barat mula berpecah dan bergerak di mana beberapa kekuatan mula menjalan
operasi konspirasi dan gerombolan ketenteraan lain dihalau serta dihancurkan di
bawah beberapa kuasa pasukan terkuat. Negara barat dari pihak sebelah Amerika,
Eropah dan sekutunya sekarang ini sudah
bersiap sedia. Negara pakatan sebelah timur berfahaman komunis, athies dan
berfahaman Syiah (Russia, China dan Iran) yang sesat pula sedang
menunggu-nunggu kejahatan mereka yang lebih sedikit lagi untuk menggerakkan
peranannya. Sebahagian orang Islam akan berkumpul bagi kemaslahatan beberapa
pihak puak sebelah barat, iaitu Amerika, Eropah dan sekutunya kerana mereka dipaksa bersekongkol untuk mengadakan
persepakatan menentang puak sebelah timur dengan dua belah pihak. Kecuali
negara Iraq sahaja yang menyebelahi dan mengadakan persepakatan dengan negara
sebelah timur. Peperangan nuklear akan menghancur leburkan dan tidak akan
meninggalkan baki bagaikan padang jarak padang tekukur dan kemenangan berada di
sebelah pihak ketenteraan barat dari pihak Amerika, Eropah dan sekutunya serta sebahagian puak Islam.
8) Sungai Furat dari banjaran gunung melimpah ruahkan jongkong emas
Kemungkinan,
salah satu sebab berlaku pertempuran di Armageddon dan kawasan sekitarnya
adalah disebabkan pelancaran perang nuklear kepada negara Iraq. Ini kemungkinan
besar akan berlaku dan salah sebab mereka memerangi sesama mereka untuk
mendapatkan kawasan air yang boleh dijadikan sebagai tempat perkhemahan
tentera.
Sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Imam Nu’aim bin Hammad dalam kitab Fitnah melalui
sanadnya:
(لا
تدع الروم على الساحل أيام الملاحم ماء إلا عسكروا عليه)
yang bermaksud: “Pada hari pertempuran
nanti, negara bersekutu Rom (Negara Amerika, Eropah dan sekutunya) tidak
sekali-kali akan meninggalkan kawasan perairan air melainkan mereka terus
membuat perkhemahan tentera di situ.”
Kemungkinan besar, Sungai Furat
melimpahkan isi kandungannya adalah hasil daripada tindakan jenayah serangan
pihak Turki berfahaman sekularisma, di mana fahaman negaranya menjadi hancur
sedikit demi sedikit sehingggalah benar-benar menjadi kafir serta sekular yang
sebelum itu menjadi pusat pemerintahan khilafah Islamiah. Sekarang ini negara
Turki mempunyai puluhan empangan yang diakhiri dengan ‘Empangan Ebliso’.
Kekuatan empangan ini mampu menghalang air sungai Furat yang berpunca dari
negara Iraq secara total. Sungai Furat akan melimpahkan airnya dari banjaran
gunung berupa emas. Ini satu kemungkinan juga yang boleh jadi akan berlaku
sebagaimana peristiwa sebelumnya.
Jangan hampiri longgokan emas ini!!
Begitulah sebagaimana yang
diisyaratkan oleh Rasulullah SAW agar kita menjauhkan diri dari banjaran
pergunungan emas ini kerana di persekitarannya akan berlakunya satu pertempuran
hebat dan tanah menjadi hangus terbakar. Dalam setiap 100 orang, 99 orang
daripadanya akan terbunuh. Sesiapa yang sempat melihat peristiwa ini, jangan
sekali-kali mengambil sedikit pun dari harta bumi tersebut. Ianya adalah
benar-benar emas kuning, bukannya sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian
orang yang mengatakan bahawa ianya adalah emas hitam (minyak petrol). Sebabnya
yang ringkas ialah kerana minyak petrol memang wujud di sebahagian besar negara
di dunia dan berada di pedalaman bumi, bukannya di permukaan dengan sebab
sungai Furat melimpah ruahkan segala isi kandungannya. Ini adalah sebagai untuk
membezakan antara Sungai Furat dengan banjaran gunung emas.
9) Pemerintah Arab Saudi
meninggal dunia
Sesiapa sahaja yang menjadi
pemerintah dan menjadi pengganti raja serta tampuk pemerintahan dikenali
sebagai khalifah. Penulis katakan sebelum ini, ianya kemungkinan adalah Malik
Fahad, tetapi Insya Allah, Allah SWT akan memanjangkan usianya dan jika Allah
SWT tidak mengkehendakinya, Dia akan melakukan apa sahaja. Ini adalah satu
takdir Allah SWT yang tidak boleh ditolak sama sekali.
Selepas itu, bila satu pembunuhan
dilakukan kepada Malik, lalu 3 orang daripada ahli keluarganya berebut sesama
sendiri untuk menduduki takhta singgahsana pemerintahan serta pentadbiran.
Prof. Muhammad Hussein Haikal mengkhususkan sebuah fasal khas dengan tajuk ‘satu
pandangan terhadap peristiwa di Saudi’ dalam kitabnya yang bernilai ‘Beberapa
Makalah orang Jepun’. Dia menerangkan di dalamnya tentang beberap pihak
pengintip untuk menunggu peluang keemasan yang terdiri daripada saudara kandung
seibu sebapa Malik Fahad sendiri, iaitu Amir turus angkatan tentera, menteri
pertahanan dan Amir Salman. Dari pihak saudara bukan seibu sebapa ialah Amir
Abdullah bin Badawiah, putera mahkota dan ketua keamanan negara.
Selepas dia membentangkan tentang hal
ehwal politik di sana, dia berbicara, “Semuanya itu adalah beberapa bukti
peristiwa yang menggegarkan. Jika ditambahkan beberapa suasana yang berlaku di
persekitaran negara jiran Arab Saudi dan negara-negara di persekitaran yang
memanjang pantai Teluk, nescaya zahirlah beberapa bahaya. Bahaya ini bukan
sebuah negara sahaja yang akan menghadapinya secara khususnya, tetapi ianya
tertumpu di kawasan persekitarannya secara total. Untuk menunggu agar semuanya
lega kembali, negara gerakan orang Islam dan dunia ini berkeadaan dalam suasana
kacau bilau menurut beberapa perkiraan yang amat teliti dan sensitiviti.”
Urutan peristiwa yang ke 8 dan ke 9
ini, penulis tidak dapat memastikannya untuk berurutan sedemikian. Mungkin
salah satunya akan terjadi lebih dahulu dan penulis tidak dapat memastikannya
kerana penulis tidak ada bahan rujukan yang lengkap untuk membantu menyelesaikannya.
Penulis hanya berpada kepada susunan urutan yang ada.
10) Tanda-tanda peristiwa yang
berlaku pada bulan Ramadhan
Dalam masa ini, di mana semua orang
merasa tidak tenang, kacau bilau, tidak tenteram, masyarakat semakin berselisih
dengan sebab kematian khalifah dan berlakunya fitnah, tiba-tiba orang ramai
dikejutkan dengan pelbagai tanda menakjubkan yang muncul dari arah langit dalam
bulan Ramadhan. Penulis sebutkan tanpa menurut urutan yang mana satu akan
muncul lebih dahulu dan yang mana akan muncul selepasnya. Bulan Ramadhan belum
lagi, orang ramai sudah dapat melihat satu peristiwa yang besar dan hebat.
Peristiwa itu adalah antaranya:
a) Pada awal
bulan Ramadhan, gerhana bulan akan berlaku.
b) Munculnya bintang
berekor yang berlaku hampir dengan bumi dan memancarnya cahayanya dari langit
seperti terdapatnya tiang cahaya. Dikatakan, selepas berlakunya kejadian
kemunculana bintang berekor ini, bumi akan mengalami musibah semula jadi, iaitu
seperti sebahagian negara di bumi akan ditenggelami oleh air lautan dan bah
besar, antaranya ialah bandar New York dan Florida, Amerika. والله
أعلم sejauh mana benarnya fakta ini,
tidak jauh berbeza daripada peristiwa berlaku pada zaman keajaiban.
c) Pada
pertengahan Ramadhan malam Jumaat, terdengar bunyi yang kuat dan suara
besar menakutkan yang boleh didengari oleh semua orang. Ianya muncul dari arah
langit yang akan mengakibatkan sebahagian manusia akan ditimpa musibah.
d) Pada
pertengahan Ramadhan juga, berlakunya gerhana matahari.
Kedua-dua
peristiwa terakhir ini atau salah satunya berlaku pada satu hari. Apa yang
pastinya, suara yang kuat berlaku pada waktu malam, sedangkan gerhana matahari
berlaku pada waktu siang hari. Tetapi, penulis tidak dapat pastikan secara
yakin mana satukah yang berlaku terlebih dahulu.
11) Peperangan, gegak
gempita, panas terik, kacau bilau, gempar, huru-hara dan fitnah berlaku
sepanjang bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah
Jika berlakunya beberapa tanda
menakjubkan yang muncul dari langit dalam bulan Ramadhan, jangan bertanya
tentang bilakah berlakunya sebarang fitnah. Pintu kegemparan telah dibuka, air
lautannya telah bergelombang, suasana kepanasan gegak gempita di daratan sudah
mula terik, lalu semua umat terkena percikannya.
Pada bulan Syawal, suara gempita
peperangan sudah mula kedengaran, perjalanan beberapa puak menuju ke arah puak
yang lain untuk saling berperang.
Pada bulan Zul Kaedah, beberapa buah
negara Islam sering bertelagah dan bermulalah berlakunya pertarungan senjata
antara mereka.
Pada bulan Zul Hijjah, orang ramai
mengerjakan haji tanpa mempunyai seorang pemimpin. Mereka terus saling
berperang pada musim haji, darah suci mengalir di atas Jamrah Aqabah.
12) Imam Mahdi muncul pada
bulan Muharram
Imam Mahdi muncul di Mekah berdekatan
dengan Masjidil Haram sebaik-baik sahaja selepas berlakunya peperangan, gegak
gempita, kegemparan, huru-hara dan fitnah yang tersebut. Para ulamak yang
mengetahui ciri-ciri sifat Imam Mahdi terus memberikan bai’ah kepada Imam Mahdi
antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim agar beliau menenangkan keadaan suasana
kekacauan dan pengaliran darah.
13) Pasukan tentera ditelan
bumi dan tersebarnya nama Imam Mahdi
Anak keturunan Saddam Hussein (atau
beliau sendiri) yang berketurunan as-Suffiani menghantar pasukan tentera
Iraqnya dari pihak negara Syam menuju ke arah Mekah untuk memerangi Imam Mahdi.
Pada permulaannya, pasukan itu menyokong Imam Mahdi. Pasukan tentera yang
berniat jahat itu berjalan sehinggalah sampai ke persekitaran bandar Madinah,
lalu membelok menuju ke arah Mekah. Bila sampai ke sebuah tempat yang bernama
Baida’ di kawasan bandar Madinah, dengan kuasa Allah SWT semua pasukan tentera
ini ditelan bumi kecuali seorang. Seorang tentera itu memberitahu tentang hal
yang sebenarnya. Dari sinilah, nama Imam Mahdi menjadi tersebar di mana-mana
dan orang ramai dari segenap penjuru dunia menuju ke Mekah untuk memberikan
bai’ah dan membantu Imam Mahdi. Seramai 12,000 atau 15,000 orang lelaki
berkumpul di sekelilingnya untuk sanggup berperang bersama-sama Imam Mahdi yang
kebanyakannya ialah puak pembawa bendera hitam. Golongan berserban dari Iraq, kumpulan
wali daripada Syam dan para ulamak yang mempunyai kelebihan dari Mesir.
Anak-anak keturunan as-Suffiani tidak
mendapat sebarang pengajaran dan tidak mengambil iktibar dari peristiwa
angkatan tentera bersenjatanya yang ditelan bumi. Dia meminta bantuan dari
saudaranya dari puak Kalab, lalu menghantar seangkatan tentera lain untuk
menentang Imam Mahdi. Dengan mudah, Imam Mahdi dapat menghancurkannya dengan
kekalahan yang amat teruk dan mendapat banyak harta rampasan perang.
Rasulullah SAW bersabda:
(والخيبة
لمن لم يشهد غنيمة كلب)
yang bermaksud: “Tidak sampai apa
yang dimaksudkan sesiapa yang tidak dapat menyaksikan harta rampasan puak Kalab.”
15) Imam Mahdi menawan
Semenanjung Tanah Arab
Imam Mahdi memegang tampuk
pemerintahan dan kemuliaan pentadbiran di semua penjuru Semenanjung Tanah Arab,
iaitu Arab Saudi, Yemen, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Oman dan semua
negara semenanjung Arab.
16) Imam Mahdi menawan negara
Iran
Puak Syiah amat marah terhadap
orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah, malahan mereka mengkafirkan orang Sunni.
Oleh sebab itulah negara Syiah lebih utama untuk ditawan. Imam Mahdi menyerang
negara mereka, lalu menawannya.
17) Imam Mahdi menyerang
bangsa Yahudi, menawan Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid Aqsa yang tertawan
Ini adalah negara terakhir orang
Israel dan bukannya negara terakhir bangsa Yahudi. Segolongan dari mereka
sentiasa menunggu-nunggu raja mereka yang ikhlas, iaitu Dajjal. Di mana, 70
ribu bangsa Yahudi menjadi pengiringnya dan dia tidak sekali-kali mengaku
kalah, sekalipun pengikutnya dihapuskan sama sekali selepas itu. Berakhirnya
negara Israel adalah di tangan Imam Mahdi dan saki baki bangsa Yahudi akan
dihapuskan sama sekali selepas turunnya Nabi Isa AS, lalu beliau membunuh
sekali Dajjal.
18) Pertempuran yang amat
hebat
Negara Amerika, Eropah dan sekutunya
dengan membawa benderanya sebanyak 80 panji-panji perang dan angkatan tentera
bersenjatanya yang jumlahnya hampir sejuta orang (960,000 orang tentera).
Selepas meninggalkan Armageddon, mereka kembali ke negara mereka untuk terus
meninggalkan medan pertempuran. Di pertengahan jalan kepulangan ke negara
mereka, lalu mereka sampai ke satu medan pertempuran yang lebih hebat dalam
satu jangkamasa selama 9 bulan. Di sana, mereka mendapati Imam Mahdi dan
tentera-tenteranya sudah menunggu dan membuat satu perkhemahan tentera di
Ghoutah.
Peristiwa pertempuran berlaku dengan
amat dahsyat di persekitaran bandar Damsyik, yang mereka sentiasa mencirikannya
sebagai puak pengganas dan mereka meletakkannya sebagai pusat pemerintahannya.
Ini dialah puak pengganas, sebagaimana yang mereka sangkakan, yang mereka
sentiasa mengingatinya sebagai satu pengajaran. Sekalipun baki umur dunia tidak
mungkin diingati atau terlupa, mereka tidak mempunyai peluang lagi untuk terus
menyerang sebagai satu pengiktibaran. Tetapi, maksudnya yang jelas ialah orang
Islam di bawah kepemimpinan Imam Mahdi yang tulus dapat menghancurkan Amerika,
Eropah dan sekutunya dengan satu kekalahan yang amat teruk dan dapat membunuh
kebanyakan daripada mereka sehingga aliran darah menyamai tali kekang kuda atau
darah mereka mengalir ke dalam sebuah takungan.
Peperangan berlangsung selama 4 hari,
sebagaimana yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Mereka berperang menggunakan
pedang dan menaiki kuda. Pelbagai senjata strategi yang dianggap sebagai satu
peralatan yang boleh menghancurkan dengan sekali lontaran sahaja dapat
dihancurkan atau tidak berfungsi sama sekali dengan salah satu sebab. Kalau
senjata yang canggih itu ada pun dan boleh digunakan, apakah sebabnya yang
membuatkan Amerika bersama-sama Britain dan negara-negara Eropah bersusah payah
bergerak melalui jalan darat untuk bertemu dengan orang Islam di Syria?
Bukankah lebih mudah mereka kembali semula ke negara mereka dan menghancurkan
Syria dari jarah jauh menggunakan senjata peluru berpandu atau nuklear,
sebagaimana yang mereka lakukannya di bandar Hiroshima dan Nagasaki, di Iraq
atau Afghanistan? Peperangan ini adalah satu pertempuran daratan dan bertempur
secara berdepan menggunakan senjata mudah sebagaimana yang digunakan pada
peringkat permulaan Islam.
19) Menawan Russia, China dan
India
Mereka adalah bangsa Khouz dan
penduduk yang tinggal di salah sebuah daerah Iran yang ibu negaranya ialah
Khirman. Angkatan tentera Islam ini tidak disertai oleh Imam Mahdi kerana
ketika mereka kembali dari berperang dengan sekutu Amerika, mereka berjumpa
dengan Nabi Isa AS yang telah turun dari langit. Imam Mahdi menghantar pasukan
tenteranya selepas selesainya pertempuran yang hebat tersebut. Dalam
pertempuran ini, pasukan Islam menghabiskan satu jangkamasa tertentu untuk
menawan negara Russia, China dan India. Selepas mencapai kemenangan, pasukan
tentera Islam membawa kembali ‘Fajbaiyi’ dan seumpamanya dalam rantai besi yang
ditarik. Mereka merasa gembira dapat bertemu dengan Nabi Isa AS.
20) Menawan kota
Konstantinapel (Turki)
Kota Konstantinapel, Astana atau
Intanbul adalah ibu kota Turki dan bekas negara Khilafah Islamiah. Angkatan
bersenjata berjumlah 70 ribu orang tentera dari kalangan bani Ishak (Ahli
Kitab) menyerangnya dan mereka akhirnya masuk Islam pada akhir zaman. Kota
Konstantinapel dapat ditawan dengan teriakan لا إله إلا الله،
والله أكبر , lalu benteng kota tersebut hancur
lebur dan mereka dapat memasuki ke dalam, sebagaimana yang terdapat dalam Sahih
Muslim. Maha Suci Allah SWT!! Pembukaaan kota ini lebih dahulu daripada
keluarnya Dajjal, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Orang Islam
dapat menawan semula kota Konstantinapel sebagaimana mereka dapat menawannya
buat pertama kalinya sebelum ini.
Orang Islam berjaya menawan semula
kota Konstantinapel ini sehingga keluarnya Dajjal menyebabkan Dajjal tersangat
marah disebabkan orang Islam mencapai kemenangan cemerlang berturut-turut.
Dajjal terus bergaduh dengan sesiapa sahaja selama 40 hari. Hari pertama
seperti setahun lamanya, hari kedua seperti sebulan lamanya, hari ketiga seperti
seminggu lamanya. Bakinya iaitu sebanyak 37 hari seperti hari kita sekarang
ini. Rasulullah SAW bersabda, kita mesti menentukan solat kita untuk
menganggarkan hari yang panjang ini. Kita hendaklah mengkadarkan hari pertama
itu selama mana kita bersolat selama setahun, kita menentukan hari kedua selama
mana kita bersolat selama sebulan, kita menentukan hari ketiga selama mana kita
bersolat selama seminggu dan hari keempat serta hari seterusnya kita bersolat
sebagaimana biasa.
22) Nabi Isa AS turun, Dajjal
dibunuh dan munculnya Yakjuj serta Makjuj
Nabi Isa AS turun pada hari-hari
terakhir umur Dajjal. Lalu Nabi Isa AS mengejarnya sehingga sampai di pintu
Luddi di Palestin dan Nabi Isa AS dapat membunuhnya menggunakan lembingnya.
Para pengikut Dajjal seramai 70 ribu orang Yahudi yang bersembunyi di sebalik
pokok-pokok dan baju besar dapat dibunuh oleh orang Islam di bawah kepemimpinan
Imam Mahdi dan di bawah pengawasan Nabi Isa AS. Dengan ini, bumi dapat
dibersihkan dari sebarang najis dan kekotoran fahaman bangsa Yahudi.
Kemudian, Yakjuj dan Makjuj keluar
dan bumi dipenuhi dengan bangsa ini. Nabi Isa AS melaknat mereka, lalu mereka
semuanya mati. Selepas itu, Nabi Isa AS berdoa dan banyak burung yang datang
dari lautan mengutip semua bangkai Yakjuj dan Makjuj yang ada di mana-mana
sehingga semua kawasan bumi bersih dari bangkai serta bau busuk mereka.
23) Kota Rom (Itali) ditawan
Selepas itu, orang Islam menuju ke
arah selatan untuk menawan kota Rom ibu kota Itali dan mereka dapat menceroboh
masuk kawasan Vatikan.
24) Imam Mahdi wafat dan
kemudian Nabi Isa AS pula wafat
Selepas Nabi Isa AS turun dari
langit, tidak lama selepas itu, iaitu lebih kurang 2 atau 3 tahun menurut
pendapat kebanyakan ulamak, Imam Mahdi wafat. Orang Islam menjadikan seorang
lelaki lain bernama ‘al-Kahthani’ sebagai khalifah di bawah pengawasan Nabi Isa
AS. Lelaki Kahthani ini seperti Imam Mahdi juga dari segi kelebihan dan
kebaikannya.
Kemudian Nabi Isa AS pula wafat
selepas 5 atau 6 tahun kewafatan Imam Mahdi. Orang Islam menyembahyangkannya.
25) Kaabah runtuh dan
bermulanya tanda-tanda hari kiamat yang besar
a) Seorang lelaki berbetis kecil berbangsa Habsyi
menguasai Kaabah, meruntuhkannya dan mencabut dinding Kaabah sedikit demi
sedikit.
b) Tidak lama selepas
itu, matahari terbit dari sebelah barat.
c) Binatang berkaki
empat keluar dari celah rekahan di bukit Safa, penampilannya amat besar, boleh
bercakap dengan manusia, mengajar mereka berdekatan dengan wajah mereka, lalu
muka orang beriman nampak bercahaya, sedangkan muka orang kafir gelap gulita.
d) Asap tebal besar
muncul dari langit sebagai kerahmatan kepada orang beriman dan satu azab kepada
orang kafir.
e) Angin lembut
sepoi-sepoi bahasa muncul pula dari arah negara Syam untuk mematikan semua orang
beriman. Hanya tinggal orang kafir sahaja.
f) Gerhana bulan
berlaku sebanyak 3 kali, iaitu di sebelah timur, di sebelah barat dan di bumi
Arab.
g) Api keluar dari
pihak negara Yaman untuk mengepung orang kafir menuju ke arah padang
perkumpulan di negara Syam.
h) Kemudian, hari
kiamat berlaku, semua makhluk akan binasa dan kembali sebagaimana sedia kala.