Assalammu'alaikum..wrth, hari ini Rabu malam Khamis, 3 Disember 2014 Masihi bersamaan 11 Safar 1436 Hijrah. Marilah sama-sama kita menghayati beberapa kisah yang berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s.
Doa ketika memakai cincin.
“Sesungguhnya itu daripada Sulaiman
yang isinya, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.”
Surah An-Naml ayat 30
Sulaiman bin Daud a.s.
“Dan kepada Daud, Kami kurniakan
(anak bernama) Sulaiman; dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat
taat (kepada Allah).”
Surah Sad ayat 30
“(Ingatlah) ketika pada suatu petang dipertunjukkan
kepadanya (kuda-kuda) yang jinak, (tetapi) sangat cepat larinya. Maka dia
(Sulaiman) berkata;’Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuatkan
aku ingat akan (kebesaran) Tuhanku’, sampailah matahari terbenam.”
Surah Sad ayat 31 dan 32
“Bawalah semua kuda itu kembali
kepadaku’. Lalu dia mengusap-usap kaki dan leher kuda itu.”
Surah Sad ayat 33
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian) dan Kami letakkan di atas takhta
kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya), kemudian dia kembali
(merayu kepada Kami).”
Surah Sad ayat 34
Keterangan yang kuat mengenai ujian
yang dikenakan kepada Nabi Sulaiman a.s. ialah sebagaimana yang tersebut dalam
hadis-hadis yang sahih; Bahawa Nabi Sulaiman a.s., pada suatu malam bersumpah
akan bersatu dengan isteri-isterinya supaya setiap seorang daripada mereka
melahirkan anak lelaki yang akan menjadi pehlawan yang berjuang pada jalan
Allah, tetapi Nabi Sulaiman a.s. tidak menyebut “InsyaaAllah” di dalam
sumpahnya itu sekalipun dia diingatkan oleh malaikat supaya berbuat demikian.
Dia pun bersatu dengan isteri-isterinya, tetapi disebabkan kesilapannya itu,
hanya seorang sahaja di antaranya yang telah hamil dan melahirkan seorang anak
yang tidak cukup sifatnya, lalu bidan meletakkannya di atas takhta kebesaran
Nabi Sulaiman a.s. untuk dilihatnya. Di dalam hadis tersebut, Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda; ‘Demi sesungguhnya! Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. berkata
“InsyaaAllah” tentulah dia mendapat anak-anak yang sanggup berjuang pada jalan
Allah.
“Dia berkata; ‘Ya Tuhanku,
ampunkanlah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh
sesiapa pun setelahku. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
Surah Sad ayat 35
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya
angin yang berhembus dengan baik menurut perintahnya ke mana saja yang
dikehendakinya. Dan (Kami tundukkan juga kepadanya) syaitan-syaitan, semuanya
ahli bangunan dan penyelam. Dan (syaitan) yang lain (yang ingkar) terikat dalam
belenggu. Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau
tahanlah (untuk dirimu sendiri) tanpa perhitungan. Dan sesungguhnya, dia (Nabi
Sulaiman a.s.) mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami dan tempat kembali
yang baik.”
Surah Sad ayat 36, 37, 38, 39
dan 40
Hud-hud
Nabi Sulaiman a.s. dan angkatannya
terus berjalan menuju ke selatan meninggalkan Lembah Semut. Mereka membawa bekalan air dan
makanan. Perjalanan itu menempuh padang pasir yang luas dan tandus. Tiada
telaga atau tasik yang ditemui. Kalau ada pun sudah kering. Mereka hanya
mengharapkan air yang mereka bawa.
Setiap kali berhenti mereka cuba
mencari tasik atau telaga. Di tempat-tempat yang rendah mereka cuba menggali
kolam, tetapi hampa. Asif, perdana menteri Nabi Sulaiman a.s., mengarahkan
orang berjimat menggunakan airyang
mereka bawa. “Perjalanan kita masih jauh,” katanya kepada orang ramai. “Kita
mesti jimat menggunakan air dan bersabar,: katanya lagi, ketika berhenti di
satu tempat rendah.
Nabi Sulaiman a.s. tersenyum
mendengar kata-kata Asif, menterinya yang bijak itu; menteri yang dapat
memimpin orang ramai dalam keadaan yang cemas. Diperhatikan orang ramai berlari
ke sana ke mari mencari air. Beberapa orang lari ke bukit. Di atas bukit itu
ada yang mengimbau-imbau padang pasir yang luas. Kemudian mereka turun menuju
bayangan air di padang pasir. Akhirnya mereka kembali ke pengkalan dengan
hampa.
Diperhatikan juga burung yang
terbangan akhirnya pulang dengan letih. Semuanya dahaga. Semuanya memerlukan
air. Terasa benar betapa mahalnya air ditengah-tengah padang pasir yang tandus.
Dahaga semakin mencerut leher, matahari terus memancarkan panasnya ke setiap
rongga roma lalu menyerap air dari tubuh mereka. Nabi Sulaiman a.s. dengan
tenang dan sabar mengajak mereka terus berjalan sambil mencari air. Tidak
segera Nabi Sulaiman a.s. memohon hujan dari Allah Ta’ala, semata-mata untuk
menguji keimanan dan kesabaran angkatannya dalam menghadapi cabaran tersebut.
“Mudah-mudahan kita semua bersabar!
Kita teruskan perjalanan kita kerana di sini tidak ada air!” laung Asif. Nabi
Sulaiman a.s. mengangguk-anggukkan kepalanya, mempersetujui kata-kata perdana
menterinya.
Di bawah panas yang membakar dan
tiupan angin kering mereka melangkahkan kaki dengan bekal iman,sabar dan
tawakkal, meskipun langkah mereka tidak sederas kemarin. Panas dan dahaga,
padang pasir dan perjalanan jauh adalah merupakan ujian bagi setiap yang
berjuang untuk agama Allah. Mereka yang beriman dan bertaqwa tidak akan merasa
cemas dan bimbang menghadapi ujian ini, seperti Nabi Sulaiman a.s. dan Perdana
Menterinya Asif.
Panas dan dahaga mereka rasai dengan
syukur, mereka terima dengan “al-hamdulillah,” di samping hati yang terus
berharap kepada kurniaan dan lindungan Allah Ta’ala. Padang pasir itu mereka
rentasi bersama-sama, sehingga mereka sampai di San’a. Di situ mereka berhenti,
dengan harapan mereka boleh mendapatkan air. Namun di situ juga tidak ada air.
Semua memerlukan air. Semuanya dahaga. Bekalan air sudah habis. Sudah puas
mereka mencari air ke bukit dank e lembah, air tidak ada. Panas matahari terus
memeras kulit mereka.
Orang ramai menemui Asif dan Nabi
Sulaiman a.s., mereka memohon belas kasihan kepada Nabi Sulaiman a.s. supaya
memberi jalan untuk mendapatkan air. Mendengar rayuan, rintihan dan keluh kesah
orang ramai, Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan jin menggali kolam, namun air
tiada juga. Bumi tidak menyimpan air lagi.
Kemudian Nabi Sulaiman a.s. memanggil
burung Hud-Hud (sejenis burung Belatuk), tetapi burung Hud-hud tidak menyahut
panggilan Nabi Sulaiman a.s. Orang ramai
melihat ke atas dan ke sekeliling, meninjau-ninjau burung Hud-hud. Hud-hud
tidak kelihatan, “Hud-hud!, Hud-hud!” mereka memanggi lagi. Tiada sahutan,
burung Hud-hud tidak kelihatan terbang. Biasanya Hud-hud akan segera datang
apabila dipanggil atau namanya disebut orang. Dia begitu baik dan taat kepada
Nabi Sulaiman a.s. Tetapi kali ini Hud-hud tidak menjelma, menyahut pun tidak.
Asif dan beberapa orang yang
ditugaskan mencari Hud-hud balik mengadap Nabi Sulaiman a.s.. “Burung Hud-hud
tidak ada, ya Nabi” kata mereka. Terkejut Nabi Sulaiman a.s. mendengar jawapan
itu. Dia keluar meninjau-ninjau untuk memastikan Hud-hud benar-benar tidak ada.
Dilihat-lihatnya arah kumpulan burung. Gagak ada, merpati ada. Burung-burung
yang lain juga ada, hanya hud-hud yang tidak ada.
“Saya tidak Nampak hud-hud di sini.
Adakah dia di situ?” Tanya Nabi Sulaiman a.s.
Burung merpati menoleh ke kanan dank
e kiri. Burung hud-hud tidak kelihatan. Dia diam. Burung gagak menjawab, “Saya
Nampak dia terbang kea rah selatan, bersama-sama belatuk yang lain.”
Firman Allah Ta’ala dalam surah
An-Naml ayat 20 dan 21;
“Dan dia (Nabi Sulaiman a.s.)
memeriksa burung-burung, lalu berkata, ‘Mengapa aku tidak melihat hud-hud,
apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan aku hokum id dengan hukuman
yang berat, atau aku sembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan
yang jelas.”
“Ya Nabi, inilah kali pertama burung
hud-hud menderhaka. Tentulah ada rahsia di sebaliknya,” sampuk Asif cuba
memujuk Nabi Sulaiman a.s.
“RAHSIA?”
“Ya! Mungkin ada. Allah yang Maha
Mengetahui. Boleh jadi kita sudah sampai ke tempat jin yang melarikan mutiara
yang kita cari. Boleh jadi jin itu pula menawan hud-hud,” jelas Asif. Nabi Sulaiman
a.s. bersetuju dengan penjelasan Asif yang bijak itu. Dia bersyukur kepada
Allah, lalu dia berdoa semoga Allah menurunkan rahmatNya, menurunkan air hujan.
Dengan izin Allah Ta’ala, Nabi
Sulaiman a.s. memerintahkan angin supaya membawa awan hujan ke kawasan itu.
Dengan patuh angin segera bertiup mengumpulkan awan hitam di langit.
Bergulung-gulung awan itu berarak, lalu hujan turun dengan lebatnya. Nabi
Sulaiman a.s. dan semua yang ada disitu bersyukur kepada Allah. Orang ramai
menjadi segar, burung-burung dan binatang segar, bumi lembab di bawah udara
segar.
Dengan perkenan daripada Allah Ta’ala
dan berkat mesyuarat dengan angkatannya, Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan tenteranya
dari golongan jin untuk membina sebuah istana di tempat tersebut yakni tanah
San’a. Dalam beberapa ketika sahaja istana tersebut siap terbina. Bersemayamlah
Nabi Sulaiman a.s. berserta pasukannya di dalam sambil menunggu kedatangan
burung Hud-hud.
Firman Allah Ta’ala dalam al-Quran
pada surah Al-Anbiya’ ayat 81 dan 82;
“Dan (telah kami tundukkan) untuk
Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya
ke negeri yang Kami telah berkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala
sesuatu. Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan
(bangsa jin) yang menyelam (kedalam laut) untuknya serta melakukan pekerjaan
yang lain daripada itu, dan Kami yang memelihara mereka itu.”
Surat Untuk Ratu Balqis
Burung Hud-hud tiba ditempat
terbinanya sebuah istana yang besar, ia tahu itulah istana Nabi Sulaiman a.s.
kerana sebelum itu ia sedar bahwa tiada istana di tempat tersebut. Dan ia sedar
istana yang tersergam indah dan besar itu hanya mampu dibina oleh tenteranya
Nabi Sulaiman a.s. sahaja. Hud-hud hinggap di tangga istana Nabi Sulaiman a.s.
Termengah-mengah ia, kepenatan. Ia baru sampai dari istana Ratu Balqis, membawa
pengalaman baru yang tidak diduganya.
Hud-hud menarik nafas sambil
mengumpulkan segala tenaganya. Tidak mudah untuk mengadap raja dan Nabi yang
hebat ini. Lebih-lebih lagi ia pergi tanpa memberitahu terlebih dahulu. Hud-hud
melompat-lompat dari anak tangga ke anak tangga, seperti ia melompat-lompat di
atas batu. Sayapnya gementar. Dicubanya untuk mengembangkan sayap
perlahan-lahan. Orang ramai di dalam istana menyebut-yebut namanya. Ia tahu
semua orang mencarinya.
Dengan sepenuh kekuatan ia cuba
terbang rendah menuju singgahsana Nabi Sulaiman a.s. ekornya dicedukkan ke
bawah sebagai tanda hormat.
“Aa, itu pun Hud-hud!” kedengaran
sara orang ramai yang ada dihadapan Nabi Sulaiman a.s. Gemuruh darah burung
Hud-hud. Dirasakan ada sesuatu yang tidak menyenangkan. Ia pun turun berdiri
dengan hormat di hadapan Nabi Sulaiman a.s.
“Wahai Hud-hud!” seru Nabi Sulaiman
a.s. Hud-hud tunduk sahaja. Di kepalanya terbayang negeri Saba’ dengan Ratu dan
istananya yang indah. “Hari ini kamu derhaka kepada aku,” kata Nabi Sulaiman
a.s. Serasa bergegar bumi dipijak oleh Hud-hud. Kata-kata itu yang paling
ditakutinya.
“Kemana kamu pergi dengan tidak
mendapat izinku?” Tanya Nabi Sulaiman a.s.
Hud-hud mendongakkan kepalanya,
matanya menatap wajah Nabi Sulaiman a.s., kemudian tunduk semula. Lalu, dengan
sopan dia menceritakan pengalamannya di negeri Saba’ – task yang luas, air yang
mengalir, taman bunga, istana indah dan Ratu Balqis.
“Maka tidak lama kemudian (datanglah
Hud-hud), lalu ia berkata; ‘Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui.
Aku datang kepadamu dari negeri Saba’ (nama kerajaan pada zaman dahulu, ibu
kotanya Ma’rib yang letaknya dekat kota San’a, ibu kota Yaman sekarang) dengan
membawa suatu berita yang meyakinkan. Sesungguhnya aku dapati ada seorang
perempuan (Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Sab’iyyah pada zaman Nabi
Sulaiman a.s.) yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan segala sesuatu
serta memiliki singgahsana yang besar. Aku (Hud-hud) dapati dia dan kaumnya
menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa
indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang
mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk. Mereka juga tidak
menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan
yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak
ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang agung.”
Firman Allah Ta’ala dalam
surah An-Naml ayat 22, 23, 24,25, dan 26.
“Dia (Sulaiman a.s.) berkata; ‘Akan kami
lihat, apakah kamu benar atau termasuk yang berdusta.”
Surah An-Naml ayat 27
Nabi Sulaiman a.s. mengambil qalamnya
lalu menulis surat. Burung Hud-hud bimbang, takut-takut Nabi Sulaiman a.s.
menuliskan hukuman terhadapnya. Mukanya pucat. Paruhnya terkatup rapat. Orang
ramai dan makhluk lain yang ada di situ juga cemas. Terbayang di kepala mereka
penjara, rantai besi, sebat dan sembelih. Gambaran ini amat mengerikan.
“Hud-hud!” seru Nabi Sulaiman a.s.
“Pergilah dengan (membawa) suratku
ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka,
lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”
Surah An-Naml ayat 28
“Baik, Nabi.” Sahut Hud-hud dengan penuh
hormat. Dengan rasa gementar Hud-hud mengambil surat itu. Surat yang mulia
bercop mohor kalimah Allah. Terasa lapang dada Hud-hud kerana ia tidak dihukum
apa-apa. Diterbangkannya surat itu ke arah selatan. Sekali lagi burung yang
bertubuh kecil itu menempuh udara padang pasir. Namun, Hud-hud tetap gembira
kerana ia masih dipercayai oleh Nabi Sulaiman a.s.
Dia juga meninjau-ninjau kalau-kalau
kawannya, burung belatuk selatan ada melihatnya. Ia terus terbang sendirian,
sampailah ke kawasan istana. Ia meninjau-ninjau tingkap singgahsana. Dilihatnya
Ratu Balqis sedang bersemayam, dihadap oleh orang-orang besarnya.
Dengan pantas ia terbang masuk ke
dalam ruang singgahsana. Surat yang diparuhnya itu dijatuhkan ke riba Ratu
Balqis, dan dengan segera juga ia keluar bersembunyi di sebalik tabir jendela.
Ratu Balqis terperanjat menerima
surat yang tidak diduganya itu. Dia cuba-cuba meninjau burung Hud-hud, tetapi
dia tidak dapat melihatnya. Disangkanya burung Hud-hud sudah terbang keluar.
Dia tercengang sejenak, tidak sepatah kata pun terkeluar dari mulutnya.
Setelah sejenak termenung barulah dia
membuka surat itu. Tulisannya cantik, bahasanya tersusun dan menarik. Dibacanya
dalam hati sepatah demi sepatah. Para pembesar yang hadir senyap sambi
memerhatikan Ratu Balqis membaca surat itu. Terkumat-kamit bibirnya, kemudian
terkatup rapat. Matanya merenung arah tingkap yang menghala utara. Dia
mengangguk-anggukkan kepalanya. Terangkat sedikit bibirnya yang nipis itu,
tetapi sekejap sahaja, bagaikan senyuman yang tidak jadi. Semuanya ini
diperhatikan oleh burung Hud-hud.
“Nabi Sulaiman,” kata hatinya
menyebut nama itu.
Surat ditangannya ditatap lagi.
Kemudian, dia berkata kepada para pembesarnya.
“Dia (Balqis) berkata; ‘Wahai para
pembesar! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.’
Sesungguhnya (surat) ini daripada Sulaiman yang isinya; ‘Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku
dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri.”
Surah An-Naml ayat 29, 30 dan
31
“Dia (Balqis) berkata; ‘Wahai para
pembesar! Berilah aku pertimbangan (pendapat) dalam perkara ini. Aku tidak
pernah memutuskan suatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis
(bermesyuarat).’ Mereka menjawab; ‘Kita memiliki kekuatan dan keberanian yang
luar biasa (untuk berperang) tetapi keputusan berada di tanganmu, maka
pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan’.”
Surah An-naml ayat 32 dan 33
Berdebar-debar Hud-hud mendengar
jawapan ini. Terbayang di kepalanya orang Saba’ berperang dengan orang
Palestin. “Tetapi Ratu Balqis belum membuat keputusan,” bisik hatinya. Ia
menunggu. Ia tidak terbang pulang.
“Dia (Balqis) berkata; ‘Sesungguhnya
raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan
menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka
perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada mereka dengan
(membawa) hadiah dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para
utusan itu’.”
Surah An-Naml ayat 34 dan 35
Lega burang Hud-hud mendengar
kata-kata ratu Balqis yang cantik dan
bijak itu. Ia pun terus terbang ke istana Nabi Sulaiman a.s. yang berada di
San’a. Semua yang dilihat dan didengarnya diceritakan kepada Nabi Sulaiman a.s.
Tersenyum Nabi Sulaiman a.s. mendengarnya.
Tidak berapa lama, maka utusan yang
membawa hadiah itu pun sampai. Mereka disambut baik oleh Nabi Sulaiman a.s.
Beberapa buah peti dibuka di hadapan Nabi sulaiman a.s. Peti-peti itu berisi
permata, berlian dan emas dan segala jenis perhiasan yang mahal.
“Apakah ini?” Tanya Nabi Sulaiman
a.s. dengan nada tinggi. Utusan itu terdiam melihat tingkah laku Nabi Sulaiman
a.s.
“Kamu datang dari mana?” Tanya Nabi
Sulaiman a.s., meskipun dia telah tahu.
“Ini semuah hadiah dari raja kami,
Ratu Balqis. Kami bawa untuk tuanku, Nabi Sulaiman,” kata salah seorang wakil
Ratu Balqis.
Nabi Sulaiman a.s.
menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak mahu menerima hadiah itu.
“Maka ketika para utusan itu sampai
kepada Sulaiman, dia (Sulaiman a.s.) berkata; ‘Apakah patut kamu memberikan
harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa
yang Allah berikan kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.
Kembalilah kepada raja kamu! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi negeri
kamu dengan bala tentera yang kamu tidak mampu melawannya dan akan kami usir
kamu dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan kamu akan menjadi tawanan yang
hina dina.”
Surah An-Naml ayat 36 dan 37
Segala keputusan telah dibuat oleh Ratu Balqis, setelah mendengar keterangan dari utusannya yang balik dari Istana Nabi Sulaiman a.s. Baginya tidak ada maknanya menentang Nabi yang dapat menguasai sekalian makhluk. Begitu juga segala persiapan telah diatur untuk pergi mengadap Nabi Sulaiman a.s. Rombongan mengadap yang tidak membawa senjata.
Burung Hud-hud yang mengetahui semua
keputusan dan persiapan ini telah mengadap nabi Sulaiman a.s. Diberitahunya
bahwa Ratu Balqis dan rombongannya akan datang ke Baitul Maqdis, mengadap Nabi
Sulaiman a.s.
Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan
seluruh angkatannya segera berangkat pulang ke Baitul Maqdis di Palestin.
“Dan kami (tundukkan) angin bagi sulaiman, yang perjalanannya pada waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (Apabila Nabi Sulaiman a.s. mengadakan perjalanan dari pagi sampai tengahari, maka jarak yang ditempuhnya sama dengan jarak perjalanan unta yang cepat dalam sebulan. Begitu pula apabila dia mengadakan perjalanan dari tengahari sampai petang, maka kecepatannya sama dengan perjalanan sebulan) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka (jin) daripada perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
Surah Saba’ ayat 12
“Mereka (para jin itu) bekerja untuk
Sulaiman sesuai dengan apa yang dikehendakinya di antaranya (membuat)
bangunan-bangunan yang tinggi, arca-arca, piring-piring yang (besarnya) seperti
kolam dan periuk-periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah wahai
keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali daripada
hamba-hambaKu yang bersyukur.”
Surah Saba’ ayat 13
Lord Of The Ring
Pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman
a.s., syaitan telah Berjaya menjelmakan dirinya sebagai Nabi Sulaiman a.s.
selama 40 hari. Syaitan itu berupaya melakukan jelmaan tersebutsetelah Berjaya
mencuri cincin bercop mohor milik nabi Sulaiman a.s. Cincin itu bukanlah cincin biasa, sebenarnya nama Allah telah diukir di atasnya.
Akibat daripada tipu daya syaitan
tersebut, Nabi Sulaiman a.s. telah menjadi orang asing di dalam kerajaannya
sendiri dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya sebagai raja dan Nabi. Di
dalam masa 40 hari itu, syaitan telah menulis beberapa kitab mengenai sihir dan
menanamnya di bawah singgahsana Nabi Sulaiman a.s.
Syaitan itutelah menggunakan segala
jenis tipu muslihat untuk menyakinkan orang ramai bahawa Nabi Sulaiman a.s.
mendapat kuasanya melalui ilmu sihir. Untuk memperkukuhkan dengan apa yang
dikatakannya, dia menggali kitab-kitab dari bawah singgahsana dan menunjukkannya
kepada orang ramai. Dengan itu orang ramai pun mula berhasrat besar ke arah
ilmu sihir. Mereka berfikir boleh menguasai takdir dengan mengamalkan sihir.
Mereka meletakkan harapan kepada sihir. Mereka percaya kuasa terakhir akan
tertanam di dalam diri mereka melalui sihir.
Syaitan memperdayakan
pengikut-pengikut Nabi Sulaiman a.s., dia menyebarkan rasuah, perbalahan dan
huru-hara di kalangan orang ramai. Hanyalah sebahagian kecil yang bertakwa.
Tetapi itu bukanlah usaha mudah bagi orang-orang yang beriman untuk memahamkan
orang-orang yang hati-hati mereka sudah condong ke arah sihir.
Keadaan menjadi bertambah runcing!
Maka Allah Rabbul ‘Alamin, Tuhan bagi manusia dan jin membelah langit dan
membiarkan para malaikat melihat apa yang sedang dilakukan oleh manusia.
Apabila para malaikat melihat manusia sedang melakukan perbuatan maksiat dan
kerosakan, mereka berkata, “Manusia yang Eangkau ciptakan dengan tangan
Eangkau, yang mana Eangkau perintahkan malaikat untuk sujud, yang mana Engkau
ajarkan segala nama, sedang mereka melakukan amal perbuatan yang berdosa.”
Pemandangan yang disaksikan oleh para
malaikat itu, memaksa mereka mengeluarkan kata-kata menghina terhadap manusia
dan perbuatan dosa mereka. Maka Allah Ta’ala pun berfirman kepada malaikat yang
bermaksud, “Tetapi jika kamu berada di tempat mereka, kemu juga akan melakukan
perkara yang sama.”
Di dalam riwayat yang lain kita
dapati Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “Aku beri sepuluh nafsu syahwat
kepada manusia dan melalui ini mereka ingkar kepadaKu.”
Lalu Allah Ta’ala mencabar malaikat
membuat amal yang lebih baik jika mereka ditakdirkan berada di tempat manusia
dengan keadaan yang sama. Para malaikat pun menyahut dan berkata, ”Ya Rabb!
Jika Eangkau beri kami keinginan nafsu syahwat ini, kami akan turun dan kami
akan mengadili dengan adil.”
Para malaikat diperintah memilih
siapa yang akan dihantar ke dunia dan akhirnya mereka memilih Harut dan Marut.
Allah Ta’ala berfirman kepada mereka
yang bermaksud, “Pergilah kamu turun, Aku telah beri sepuluh nafsu syahwat
kepada kamu, maka berilah pengadilan di kalangan manusia.”
Lalu maaikat Harut dan Marut pun
dihantar ke Kota Babylon (Ibu kota Babylon kuno di tepi tebing sungai Euphrates
bahagian hilir kawasan itu sekarang berada di Iraq – 88km ke utara Hilla yang
dibuat daripada bata-bata daripada runtuhan Babylon)
Di dalam Al-Quran kota Babylon dan
dua malaikat itu dirujuk sebagai, “Dengan nama Allah yang Awal dan yang Akhir.
Mereka mengajar sihir kepada manusia. Dan apa-apa yang telah diberikan kepada
dua malaikat Harut dan Marut di Babil (Babil ialah nama lain bagi Babylon atau
Babel sahaja).
Kisah malaikat Harut dan Marut ini
akan hamba nukilkan dalam artikel yang akan datang, insyaaAllah.
Sekian Wassalam....
Derang Kedah