Assalammu'alaikum...wrt, alhamdulillah hari ini Rabu, 05/09/2012M bersamaan 18 Syawal 1433H. Pada artikel kali ini hamba persembahkan nasihat ulamak kepada para daie di Malaysia khususnya dalam usaha mendakwahkan agama Islam yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari nasihat tersebut. InsyaAllah.
Sifat Pertama : Sifat Sabar dan Syukur.
Bayan
Akhir Maulana Saad al-Khandahlawi selepas Istimak Malaysia pada 13 Julai 2009
di Nilai N9.
Tuan-tuan, saudara/i yang mulia,
Maksud dari setiap amal adalah mendapat keredhaan Allah s.w.t. Begitu juga tanda sempurnanya iman seseorang
itu bukanlah dari bantuan ghaib Allah s.w.t. kerana apabila para sahabat tanya
apakahtandanya seseorang itu beriman, Rasulullah s.a.w. menjawab maksudnya, “Apabila kamu membuat kebaikan
mengembirakan kamu dan bilamana kamu berbuat yang buruk (tidak baik) kamu berasa
sedih. Maka kamu adalah seorang yang beriman.”
Maulana Saad Al-Khandahlawi
Maulana Saad memberitahu, kita perlu cerita tentang iman
beserta alamat-alamat (tanda-tanda) iman. Satu masa sekumpulan sahabat telah
datang berjumpa Nabi s.a.w. dan menceritakan bahwa dalam diri mereka ada 15
perkara.
Nabi s.a.w. pun minta mereka terangkan. Mereka menerangkan;
5 perkara yang kamu perintah beriman ialah :
1.
Percaya
kepada Allah s.w.t.
2.
Percaya
kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul a.s.
3.
Percaya
Malaikat a.s.
4.
Percaya
kepada Kitab-kitab.
5.
Percaya
kepada Takdir.
5 perkara yang kamu perintah untuk beramal ialah :
1.
Kami
mengucap dua kalimah syahadah.
2.
Kami
menunaikan Sembahyang.
3.
Kami
berpuasa di bulan Ramadhan.
4.
Kami
keluarkan Zakat.
5.
Kami
tunaikan Haji.
5 perkara lagi adalah sifat-sifat masa kami zaman jahiliah
lagi iaitu :
1.
Kami
bersabar apabila dalam kesusahan.
2.
Kami
bersyukur apabila dalam kesenangan.
3.
Kami
redha dengan ketetapan Allah s.w.t.
4.
Apabila
kami berhadapan dengan musuh kami berani.
5. Apabila
musuh kami kesusahan kami tidak gembira atas musibah yang menimpa mereka.
Maka Nabi s.a.w. pun bersabda; “Fuqaha udabak kayadhu ambia”, maksudnya “Kamu ini fuqaha iaitu orang-orang fakeh (orang yang mempunyai
kefahaman yang sempurna tentang agama), udabak
ialah seorang yang mahir dalam adab Arab dan bahasa Arab (adab ialah
mengambil berat tentang sunnah Nabi s.a.w.), kalaulah pintu kenabian masih terbuka mereka layak menjadi nabi
kerana sifat-sifat yang mereka miliki.”
Inilah sifat-sifat yang patut ada pada orang beriman. Iman
adalah itaat kerana keimanan yang ada dalam hati seseorang itu tempat zahirnya
ialah ketaatannya. Iman adalah taat.
Tanda orang itu beriman ialah dia taat dengan segala perintah Allah s.w.t.
Dalam satu hadis Nabi s.a.w. kaitkan iman itu dengan 2 perkara iaitu sabar dan syukur.
Apakah sabar dan apakah syukur yang sebenar? Kita kena
faham…. Maulana Saad memberitahu, sabar
ialah kita menahan diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
s.w.t. Kesyukuran ialah kita
menundukkan diri kita, menggunakan diri kita mengikut perintah Allah s.w.t.
Syukur bukanlah balasan bagi nikmat,
apabila kita ada sesuatu kita bersyukur. Seseorang itu tidak ada apa-apa, tidak
ada duit, tidak ada rumah, dan tiada segalanya tetapi dia tetap gunakan dirinya
mentaati perintah Allah s.w.t. maka dialah orang yang bersyukur.
Begitu juga ibadat
bukan balasan bagi nikmat. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Nikmat-nikmat
dunia ini bukanlah balasan dari ibadat yang kita lakukan kerana nikmat dunia
ini hina di sisi Allah s.w.t., nikmat dunia tidak layak dijadikan balasan bagi
ibadat yang dilakukan. Seseorang yang telah mati, dia minta untuk balik ke
dunia sekejap sahaja untuk sebut satu Subhanallah
dan untuk itu dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya kalau dia ada harta
sebanyak dunia ini. Allah s.w.t. tidak akan terima permintaannya. Seluruh dunia
ini tidak ada nilai berbanding dengan satu Subhanallah.
Jadi bagaimana duni ini hendak dijadikan balasan untuk ibadat?
Kalaulah seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t., taat
dengan perintahNya dan mereka semua tidak diberi apa-apa balasan semasa di
dunia, ini adalah hak Allah s.w.t. Kalaulah seluruh manusia beriman kepada
Allah s.w.t., taat dengan perintahNya, tetapi di akhirat semua mereka
dimasukkan ke Neraka, tiada siapa boleh persoalkan kerana ini adalah hak Allah
s.w.t. HAK MUTLAK ALLAH S.W.T.
Tuan-tuan, saudara/i yang mulia,
Untuk seseorang itu diterima oleh Allah Ta’ala sebagai daie-Nya,
menjadi ikutan manusia dalam agama, terlebih dulu ia hendaklah berusaha supaya
Allah Ta’ala terima dia dengan cara dia menyempurnakan dalam dirinya segala
sifat-sifat yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala, samada dalam kehidupan infradi
(berseorangan) atau dalam kehidupan ijtimae (beramai-ramai). Kerana seorang
yang mula membuat usaha ini, kehidupannya bukan kehidupan infradi lagi bahkan
seluruh kehidupannya menjadi ijtimae; dia akan menjadi ikutan, menjadi
perhatian orang ramai, cara kehidupan dia, pergaulan dia, muamalah dia, nikah
kawin dia, segala pergerakannya akan menjadi perhatian.
Oleh itu dia perlu menyempurnakan semua sifat-sifat dan
ijtimaenya mengikut yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala supaya Allah s.w.t.
terima dia menjadi ikutan manusia, asbab hidayah kepada manusia.
Seperti Ayahnda Ibrahim a.s., Allah Ta’ala telah ujinya
dengan 30 perkara (ujian) dan Ayahnda Ibrahim a.s. telah sempurnakan ke semua
30 sifat tersebut samada dalam bentuk ibadat, fitrah atau dalam bentuk
pengorbanan meninggalkan keluarga, tanah air untuk agama Allah s.w.t. Apabila
Ayahnda Ibrahim telah Berjaya menyempurnakan sifat-sifat itu barulah Allah Ta’ala
berfirman, “Sesungguhnya Aku akan
jadikan kamu sebagai imam bagi manusia”.
Maulana Yusuf Al-Khandahlawi
Sifat Kedua : Sabar dan Tahamul (sanggup menanggug
kesusahan).
Sifat penting penting yang perlu ada bagi seorang daie ialah
dia ada kemampuan (keupayaan) untuk menanggung segala susah payah dalam usaha
agama. Segala perkara yang dia tidak suka atau tidak ingini yang berlaku semasa
dia buat usaha agama atau berlaku pada pihak yang didakwahkah, dia perlu
tanggung dengan penuh sabar. Maulana Yusuf Khandahlawi berkata, kesabaran atau kesanggupan seorang daie
menanggung kepayahan semasa ia berdakwah akan menjadi asbab hidayat. Inilah
sifat yang perlu ada pada setiap orang yang membuat usaha agama (Usaha atas
Iman) iaitu Sifat sabar dan TAHAMUL.
Sifat Ketiga : Tawadhuk (Rendah Diri).
Nabi-Nabi a.s. dan Rasul-Rasul a.s. telah dilatih oleh Allah
Ta’ala dengan mengembala kambing, kerana dengan mengembala kambing mereka
ditarbiah untuk mendapat sifat sabar, tahamul dan merendah diri sebab semasa
mengembala kambing mereka menghadapi bermacam-macam keadaan cuaca panas, sejuk
dan berbagai kesusahan untuk menjaga kambing-kambing tersebut. Allah s.w.t.
sengaja melatih Para Nabi dan Rasul dengan mengembala kambing untuk mewujudkan
sifat-sifat sabar, tahamul dan kanaah (merendah diri), kerana itulah sifat-sifat utama yang perlu ada bagi
seorang daie.
Sifat Keempat : Sifat Pemaaf (memaafkan
kesalahan sesama mukmin)
Sifat keempat ini khas untuk Karkun dan sesama umat Islam. Kita
perlu berlemah lembut, tidak keras, tidak kasar dalam usaha menjalankan usaha
agama terhadap saudara seIslam. Dalam usaha agama ini ada usul-usul (adab
usul), dan usul-usul ini untuk kita muzakarahkan. Usul bukan untuk kita buat
muhafadhah (hukuman), seorang yang melanggar usul kita tidak boleh hukum dia
bahkan ia untuk dimuzakarahkan. Kerana dalam usaha ini sudah pasti ada ‘rakan-rakan
seusaha’ yang langgar usul kerana mereka bukan malaikat, pasti mereka melakukan
kesalahan, dan kesilapan. Jadi jika ada rakan-rakan yang melanggar usul, kita perbaiki dengan cara muzakaharah
usul-usul tersebut untuk peringatan kepada rakan seusaha yang lain.
Pada zaman Nabi s.a.w., jika berlaku perkara tersebut,
baginda s.a.w. akan kumpulkan para sahabat dan muzakarahkan (bincangkan). Nabi
s.a.w. Cuma akan sebut, “Mengapa ada orang yang buat seperti ini dan seperti
itu”. Dengan cara itu, orang yang melakukan kesilapan terus sedar akan
kesilapannya. Oleh itu, jika ada rakan seusaha dalam usaha ini melakukan
kesilapan bukan tugas kita menangkap dan menghukum mereka tetapi kita perlu membuat hubungan baik dengannya
sehingga dia sedia terima cakap kita. Apabila kita muzakarahkan, dia akan
terima cakap kita. Kita jangan jauhkan diri kita dengan dia, bahkan kita makin rapat dengan dia,
menjadi sahabat baik dia sehingga dia dengan terpaksa atau redha menerima
nasihat kita.
Kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh rakan seusaha, hendaklah
kita tutup dan jangan kita ceritakan kesalahan-kesalahan tersebut dimana-mana. Inilah
cara supaya kesalahan itu dapat dihilangkan. Kata Saidina Umar r.a., “hapuskan kebatilan dengan kamu tidak
menyebutkannya”. Hari ini kebatilan semakin tersebar keseluruh dunia sebab
kita bercakap tentang kebatilan tersebut. Oleh itu, cara untuk membetulkan
kesalahan/kesilapan rakan kita ialah jangan kita sebut kesilapan dia, kita
hanya muzakarah/bincangkan tentang usul dan perkara yang baik/kebenaran.
Seterusnya kita kena anggap kesalahan mereka itu kecil
sahaja, supaya kita jangan besar-besarkan kesilapan kecil rakan seusaha kita. Kadang-kadang
niat baik untuk baiki rakan seusaha, kita besar-besarkan, kita hebah-hebahkan kesalahanya
sedangkan cara untuk membetulkan ialah jangan sebut kesilapan tersebut dan
anggap itu perkara kecil.
Dalam Al-Quran Allah s.w.t. ada berfirman, “Hilangkanlah keburukan dengan kebaikan,
maka kamu akan dapati musuh menjadi sahabat karib kamu, tetapi orang yang dapat
membuat perkara ini hanya orang yang ada sifat kesabaran”. Allah s.w.t.
telah perintah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. sebelum pergi berjumpa Firaun,
“Bercakaplah dengannya dengan lemah lembut”.
Begitu juga apabila Nabi Muhammad s.a.w. hantar sahabat pergi berdakwah, Nabi
s.a.w. berpesan; “Berlemah lembutlah
dengan mereka”. Oleh itu, dalam
usaha agama mestilah ada kelembutan sesama rakan seusaha (karkun).
Satu lagi perkara yang penting ialah apabila seseorang membuat kesilapan/kesalahan kita jangan keluarkan dia
dari usaha ini, tidak sisihkan dia dari usaha ini, kerana kita bukan satu
company atau syarikat dimana kita boleh pecat sesiapa dari jawatannya. Kita bukan
satu persatuan yang ada ahli-ahli yang mana kita boleh batalkan keahliannya. Usaha daie adalah usaha setiap umat Nabi
Muhammad s.a.w., kerja dakwah ini adalah kerja setiap umat Nabi Muhammad s.a.w.
tiada persoalan untuk kita pecat sesiapa atau kita buang sesiapa. Dalam usaha
ini tiada seorang pun dimakzurkan atau diuzurkan mungkin sebab kesihatan
dimaafkan. Kita perlu terus ambil usaha dari dia dan berusaha dekat dengan dia.
Sifat kelima : Tiada hasad dengki.
Diantara sifat para sahabat r.hum yang mulia ialah tidak
timbul rasa benci kepada orang yang membuat kesilapan dan apabila mereka melihat kebaikan atau kelebihan ada pada
seseorang mereka tidak berhasad dengki pada orang itu. Sifat ini amat-amat
penting dalam usaha agama kerana hasad
adalah bahaya yang paling besar kerana ia akan menghancurkan ijtimaeyat
(kesatuan) diantara rakan-rakan seusaha.
Perasaan hasad ialah apabila kita tengok kebaikan atau
kelebihan orang lain kita rasa cemburu dan kita rasa benci pada seseorang yang
membuat kesilapan. Sifat hasad dan benci
akan menghancurkan ijtimaeyat dalam usaha agama sedangkan ijtimaeyat dalam
usaha agama adalah amat penting.
Sifat keenam : Taat dengan keputusan amer (pemimpin).
Para sahabat r.hum telah dilatih oleh Nabi s.a.w. untuk
sentiasa taat dengan keputusan yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w., taat pada
amer (pemimpin) walaupun pemimpin itu kecil daripada mereka. Kalau orang yang
besar menjadi amer mudah untuk taat tetapi jika orang kecil menjadi amer, ini
merupakan ujian yang besar kepada orang yang besar untuk taat. Nabi s.a.w.
pernah bersabda marhumnya, “kamu kena
taat kepada amer kamu walaupun ia hamba Habsyi yang berkulit gelap”.
Sifat ketujuh : Boleh bergaul dengan
semua lapisan masyarakat.
Untuk tarbiah umat ini, kita kena ikhtilat umat. Kita kena masuk dalam umat, kita tidak boleh bergaul
dengan umat tertentu sahaja bahkan kita kena bergaul dengan semua lapisan umat
barulah segala kebaikan dalam golongan itu akan berpindah dalam diri kita.
Hari ini umat telah dipecah-pecahkan olehusaha batil,
dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu. Melalui usaha ini kita hendak
hapuskan perpecahan tersebut. Hari ini orang Islam berkata, kami adalah
golongan bisnessman/peniaga. Ulamak berkata, ‘mengganggap diri kita sebagai
peniaga bermakna kita menisbatkan/menghubungkan diri kita dengan kaum Nabi Suib
a.s., kalau kita kata kita petani atau tuan-tuan tanah maka kita menisbatkan
diri kita dengan kaum Saba’.
Hari ini umat telah dipecah-pecahkan mengikut
golongan-golongan seperti peniaga, petani, jurutera, peguam, ahli agama dan
bermacam-macam lagi. Usaha kita ini sekarang bagaimana kita hendak hilangkan
perpecahan ini dan berusaha bawa mereka kepada umat fana, dimana setiap orang
merasa dirinya adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. bukan dari golongan sekian,
bangsa sekian atau keturunan sekian.
Apabila perasan satu hati kepada umat
ini ujud dalam diri, mereka merasakan mereka adalah satu, tidak berpecah-pecah
maka akan wujud perasaan kasih sayang antara satu sama lain, inilah maksud dalam usaha kita ini.
Sifat kelapan : Bermesyuarat dan taat
dengan keputusan mesyuarat.
Perkara ini amat penting dalam usaha agama. Tanggungjawab yang
paling penting dalam usaha ini ialah setiap dari kita hendaklah jadikan
mesyuarat sebagai ijtimae. Mensyuaratlah atas dasar ketaatan.
Tiga perkara penting dalam mesyuarat ialah ijtimaeyat,
ahniyat dan taat. Pentingnya mesyuarat ini sehingga Allah Ta’ala sebut dalam Al-Quran;
“orang mukmin ialah yang mendirikan
solat dan menjalankan urusan-urusannya dengan mesyuarat”. Solat adalah satu
amalan ijtimae dan mesyuarat juga satu amalan ijtimae. Solat adalah perkara
yang paling penting dalam ibadat, begitu juga mesyuarat adalah perkara yang sangat
penting dalam usaha agama. Sebagaimana solat mendatangkan sifat taat begitu
juga mesyuarat mendatangkan sifat taat kepada Allah s.w.t.
Oleh itu kita hendaklah menjadikan mesyuarat ini ijtimae,
maknanya mesyuarat bukan untuk orang ‘tabligh’
sahaja tetapi mesyuarat untuk seluruh umat, kita satukan umat.
Maulana Saad bercerita, dalam satu safar (perjalanan) beliau
singgah di sebuah masjid, waktu belum masuk Asar. Dalam masjid ada ramai orang
dan masing-masing dengan amal mereka; ada yang membaca Al-Quran, ada yang
berzikir dan di satu sudut ada beberapa orang sedang mesyuarat. Maulana tanya, “Apa
kamu sedang buat?” Mereka jawab, “Kami sedang mesyuarat”. Maulana tanya, “Kamu
mesyuarat, tapi kenapa orang yang lain kamu tidak panggil sama?” Merika
beritahu, “Orang yang lain itu bukan ahli jemaah”. Maulana Saad terkejut kemudian
berkata, “Mengapa mesyuarat yang ijtimae
dijadikan seolah-olah program tabligh! Tujuan mesyuarat ialah untuk menjadikan
setiap orang Islam ada fikir bagaimana hendak menyelamatkan iman dan Islam yang
semakin tenat”. Kemudian Maulana telah pergi ke mimbar dan minta semua
orang berkumpul dan beritahu, “Ada masalah penting yang perlu kita mesyuaratkan”.
Semua orang telah berkumpul dan Maulana Saad telah berkata, “Bahawa hari ini
agama Islam di seluruh dunia telah semakin mundur, jadi bagaimana kita hendak selamatkan
agama kita? Jadi kita duduk di sini untuk mesyuarat”. Kemudian mereka berkata, “Sebelum
ini tiada orang yang beritahu mereka, kalau macam ini setiap petang kami akan
duduk bermesyuarat”.
Maulana Ilyas Al-Khandahlawi
Penutup
Tuan-tuan, saudara/i yang mulia,
Kerja ini (dakwah) adalah kerja Allah s.w.t. Maka Allah Ta’ala
boleh ambil siapa-siapa sahaja untuk buat kerja ini. Maulana Ilyas rah pernah
menulis surat kepada seorang yang membuat usaha, kata-katanya dalam surat
tersebut, “Kerja ini adalah kerja Allah
s.w.t., bukan suatu yang pelik jika Allah Ta’ala mengambil kerja dari kamu yang
Allah Ta’ala tidak pernah ambil dari sesiapa pun sebelum ini”.
Allah Ta’ala boleh ambil kerja dari sesiapa yang Allah Ta’ala
kehendaki. Allah Ta’ala telah ambil kerja dari burung ababil, dalam masa yang singkat
sahaja Allah Ta’ala telah hapuskan musuh-Nya. Oleh kerana Allah Ta’ala boleh
ambil kerja dari sesiapa pun maka jika
Allah Ta’ala ambil kerja dari seseorang, kita tidak boleh dengki atau tidak
setuju kerana ini menunjukkan kita seolah-olah tidak redha dengan keputusan
Allah s.w.t. sedangkan Allah Ta’ala berfirman maksudnya, “Allah yang pilih di kalangan
malaikat-malaikatNya dan rasul-rasulNya yang Dia kehendaki. Allah yang tahu di mana
Dia hendak letakkan risalahNya”.
Sebenarnya usaha dakwah ini akan maju dengan bantuan Allah
s.w.t. dan dengan berkat doa orang-orang yang hampir dengan Allah Ta’ala yakni para Aulia’ (wali-wali Allah). Dalam
sebuah hadis ada menceritakan, ada orang yang pakaiannya compang camping,
rambut kusut masai, badannya berdebu tapi apabila dia bersumpah maka Allah
s.w.t akan sempurnakan sumpahnya yakni orang
yang majzub (gila kepada Allah).
Sesungguhnya usaha-usaha batil yang berlaku di seluruh dunia
untuk menyesatkan orang Islam adalah terhadap orang miskin, orang yang tidak
dipedulikan oleh sesiapa, bukan kepada orang Khawas (orang ternama dan
berkedudukan). Oleh itu kita kena banyak buat hubungan dengan mereka supaya
mereka tidak dipengaruhi oleh orang-orang kafir.
Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan balik dari Thaif telah
singgah di satu tempat, Nabi s.a.w. telah dakwah Usybah bin Syaibah iaitu orang
khawas dan sebenarnya ketika itu Nabi s.a.w. sendiri tidak tahu dia orang
khawas. Usyabah bin Syaibah telah memeluk Islam. Nabi s.a.w. telah jalankan usaha dakwah kepada semua golongan sehingga
kepada raja-raja. Tetapi kebanyakan usaha Rasulullah s.a.w. tertumpu kepada
orang-orang miskin, orang yang tidak dipedulikan bukan kepada orang-orang
khawas.
Wallahu’alam.
Sekian wassalam…