Assalamu’alaikum..wrt,
sebelum hamba sambung kisah Ayahnda Ibrahim a.s. marilah sama-sama kita ulangkaji
berita tentang ARMAGEDDON. Hamba yakin kebanyakan saudara/i telah maklum
siapakah penulisnya. Sekadar peringatan ulangan untuk Umat Islam Sejagatraya
walau mungkin telah ramai blogger menulis tentang ARMAGEDDON.
Hari ini Rabu 23/5/2012 @ 5/5/5 bersamaan 2/7/1433 @ 2
Rejab 1433
Bulan REJAB merupakan BULAN HARAM berperang,
Jadi JANGAN BERPERANG.
Jadi JANGAN BERPERANG.
ARMAGEDDON:
MEDAN PERANG DUNIA KETIGA
Apakah yang anda tahu tentang
Armageddon (هرمجدون) ?
Ia adalah satu pertempuran dunia
terhebat, peperangan senjata nuklear
yang menghancur leburkan, beberapa tempat strategi peperangan yang besar,
tempat tumpuan peperangan negara sekutu dunia yang menunggu-nunggu semua
penduduk dunia hari ini, tempat percaturan dari segi agama serta politik,
peperangan salib moden, dragon war yang
melibatkan pelbagai pihak, peperangan yang paling dahsyat serta amat buruk
dalam sejarah, detik permulaan berakhirnya umur dunia.
Peperangan Dunia Ketiga
‘Armageddon’
Perkataan ini adalah bahasa Hebrew
yang terdiri daripada dua potong
ungkapan kata, iaitu هر (bermakna gunung) dan مجيدو (bermakna satu perlembahan di bumi Palestin). Oleh itu,
perkataan ‘Armageddon’ bermaksud gunung Mageddo di Palestin.
Sekalipun kita lihat perkataan ini
amat ringkas, tetapi mempunyai banyak maksudnya yang tersembunyi. Ianya
menguasai dalam pemikiran para sarjana kristian khususnya para presiden
Amerika, malahan dianggap sebagai satu penggerak utama dan hala tuju asasi bagi
politik Amerika dan barat kristian secara umumnya.
Penulis telah mencatatkan dalam kitab
‘Usia Umat Islam’ secebis daripada kata-kata ungkapan para presiden,
para sarjana, cendekiawan mereka tentang huraian maksud perkataan ‘Armageddon’
ini. Di sini penulis hanya menukilkan satu keterangan setiap kelompok kaum
untuk memberikan sedikit gambaran tentang pegangan mereka tentang perkataan ‘Armageddon’
ini.
Presiden Amerika terdahulu, Ronald
Reagen pernah berkata, “Generasi ini dengan makna tepatnya merupakan satu
generasi yang akan melihat peristiwa Armageddon.”
Ketua usul kristian, Gerry Followel
berkata, “Armageddon merupakan satu hakikat berstrategi, tetapi kita bersyukur
kepada tuhan kerana gunung ini akan mengakhirkan orang ramai.”
Seorang penulis berbangsa Amerika,
Gress Hallsel berkata dalam bukunya ‘Hikayat dan Politik’, “Kita percaya
seperti orang kristian bahawa sejarah manusia akan berakhir dalam satu
peperangan yang dikenali dengan Armageddon. Pertempuran ini akan memahkotakan
pengembalian Isa. Dengan kembalinya, beliau akan menguasai semua orang hidup
dan orang mati secara sama rata.”
Nukilan ini dipetik daripada buku ‘Hikayat
dan Politik’ karangan Gress Hallsel, buku ‘Drama Berakhirnya Zaman’
karangan Oural Robertson dan buku ‘Berakhirnya Keagungan Bulatan Bumi’
karangan Hall Liendsey. Kedua-dua penulis terakhir ini yang termasyhur di Amerika
mengandaikan bahawa bulatan bumi akan berakhir secara totalnya pada tahun 2000
Masihi atau tahun-tahun sekitarnya.
Adakah anda tahu apakah rahsianya
orang barat beragama kristian sama ada pemimpin, sarjana, cendekiawan dan
kebanyakan orang awam mereka amat mengambil berat dengan perkataan Armageddon
ini?
Perkataan ini dirujukkan di dalam
kitab Injil, kitab suci mereka yang menyebutkannya lebih dari satu tempat,
sekalipun kitab Injil sudah diseleweng dan diubah-ubah. Oleh sebab itulah, satu
perkataan yang suci, mempunyai maksud yang suci juga menurut pandangan mereka.
Dari sinilah, mereka amat prihatin terhadap perkataan ini.
Terdapat dalam Safar Rukyah (16/16),
“Roh-roh syaitan akan menghimpunkan tentera-tentera dunia semuanya di sebuah
tempat yang dinamakan dengan Armageddon.”
Ini adalah pegangan orang awam, para
cendekiawan dan para sarjana mereka. Inilah rahsia mereka amat mengambil berat
terhadap istilah ‘Armageddon’ kerana ianya merupakan salah satu dari
pegangan mereka. Semua ketua turus angkatan perang dan para tentera
menyelaraskan kepada rahsia ini untuk diambil prihatin terhadap ‘Armageddon’
dengan satu sebab lain yang didedahkan oleh salah seorang penulis, Gress
Hallsel dalam bukunya ‘Hikayat dan Politik’ halaman 40. Beliau mengatakan,
“Para tentera, khususnya serangan golongan terdahulu, mengambil kira kawasan
ini sebagai satu tempat yang strategik, di mana mana-mana ketua turus perang
mampu menguasainya untuk menentang siapa sahaja yang melawan.”
Penulis kira, sebab inilah yang
mendedahkan kepada kita tentang apakah sebabnya Amerika beriya-iya benar hendak
menempatkan bangsa Yahudi dengan mendirikan sebuah negara di Palestin
menggunakan ‘Perjanjian Balfore’ (Balfore ialah mengambil sempena Author
James Balfore yang hidup antara 1848 – 1930 Masihi, yang menjadi Perdana
Menteri Britain dalam tempoh jangkamasa 1902 – 1905 Masihi dan menjadi Menteri
Luar dalam tempoh jangkamasa 1916 – 1919 Masihi. Pada tahun 1917, beliau telah
mengadakan satu perjanjian yang akan menjamin hak bangsa Yahudi untuk
mendirikan negara kebangsaan mereka di Palestin) dan berusaha
mempertahankannya, kerana negara yang akan dibangunkan ini (selaras dengan
ketamakan mereka) ialah satu perkhemahan ketenteraan mereka di ‘Armageddon’. Di
sinilah mereka akan merangka pelbagai tektik peperangan untuk menyusun sebarang
strategi akan datang demi menghadapi sebarang kemungkinan.
Apa yang menghairankan kita, ketika
kita lihat pelbagai kata-kata ungkapan Ahli Kitab yang bersepakat untuk
mengambil kira ‘Armageddon’ sebagai satu pegangan dan satu hakikat
kebenaran yang mereka tunggu-tunggu, kita lihat kebanyakan orang Islam, malahan
lebih ramai lagi tidak tahu menahu tentang istilah ‘Armageddon’ sedikit
pun. Sebaliknya, mereka sering menyanggah siapa sahaja yang hendak mengingatkan
mereka tentang bahayanya satu masa yang akan datang dan begitulah seseorang itu
memusuhi apa yang mereka sendiri tidak tahu.
Semua penganut agama kristian percaya
bahawa Nabi Isa AS ialah tuhan mereka yang sebenarnya (The Jesus is the
Christ), beliau akan turun pada akhir zaman dan datang dari arah langit
semata-mata hendak menyusun strategi peperangan di ‘Armageddon’
menggunakan senjata nuklear yang amat dahsyat. Lalu, Nabi Isa AS mereka akan
mengambil para pengikutnya untuk mengangkat mereka di atas gumpalan awan
sehinggalah mereka tidak merasai kehebatan suasana peperangan yang amat
menghancurkan. Mereka percaya, para pengikut agama kristian akan sentiasa
berada di atas awan sehingga peperangan selesai untuk menghapuskan segala
bentuk kejahatan atau dengan nama yang lebih tepat bagi mereka ialah hendak
menghapuskan golongan pengganas.
Dalam Injil Lukes (12: 25 – 37), Nabi
Isa AS dikatakan berbicara kepada para pengikut agama kristian, “Aku akan
datang juga dan akan mengambil kamu semua. Laksanakanlah usaha kamu sebaik
mungkin yang boleh diperkukuhkan dan isyarat kamu sentiasa dinyalakan. Kamu
seperti manusia yang sentiasa menunggu-nunggu ketuanya sehinggalah kembali dari
singgahsana raja. Bila dia datang dan mengetuk pintu, kamu berikanlah peluang
waktu kepadanya. Berbahagialah kepada para hamba kerana bila ketuanya datang,
mereka tidak tidur malam …”
Oleh sebab itulah, para penganut
agama kristian sentiasa menunggu peristiwa ‘Armageddon’, malahan mereka
berdoa agar Nabi Isa AS dapat segera muncul. Mereka sentiasa mendendangkan,
“Wahai Masih! Marilah. Kekasih kami Yasu’. Amin, marilah.”
Kita tahu, mereka percaya Nabi Isa AS
hanya akan muncul bila satu kawasan sudah disiap sediakan baginya untuk
menghapuskan semua umat lain atau segala kejahatan dalam pertempuran ‘Armageddon’.
Dari sini, pentingnya untuk diambil tahu tentang bahayanya perkataan ini dan
kita mesti menjelaskan secara khusus tentang hakikat sebenar ‘Armageddon’.
Penjelasan
maksud istilah ‘Armageddon’
Untuk menghilangkan salah faham yang
berlaku pada sebahagian orang, kita katakan, maksud sebenarnya tentang istilah
‘Armageddon’ bukannya terletak pada lafaz dan perkataannya, tetapi apa
yang dimaksudkan sebenarnya ialah pada kefahaman dan makna yang tersirat di
dalamnya. Perkataan ini mengandungi banyak rahsia. Jika sebahagian orang Islam
hanya memerhatikan istilah luaran perkataan tersebut tanpa meneliti apa yang
tersirat di dalamnya dan hanya melihat kulitnya sahaja tanpa mengupas isi
dalamnya, mereka akan terus memalingkan diri semata-mata bila disebut kalimah ‘Armageddon’
dengan alasan perkataan ini tidak terdapat dalam sunnah. Berdasarkan kepada
alasan ini, mereka terus memejamkan mata, menutup hatinya dan meletakkan jari
telunjuk di kedua lubang cuping telinganya sehingga tidak dapat mendengar lagi
bid’ah ini.
Penulis katakan kepada mereka,
biarkanlah perkataan itu sebagai sebuah kalimah dan fahamilah maksud yang tersirat di dalamnya,
iaitu sebuah peperangan yang akan dilakukan oleh negara pakatan dunia
bersenjatakan nuklear yang menghancur leburkan dalam masa yang terdekat ini.
Anda boleh juga menamakan peperangan ini dengan ‘Peperangan Dunia Ketiga’
dengan mengambil kira semua Ahli Kitab sentiasa menyalakan api peperangan ini
lalu mereka menamakannya dengan istilah ‘Armageddon’. Nama ini adalah
berasal dari bahasa Hebrew yang dicipta. Anda lihat, kita boleh menghuraikan
permasalahan ini dan dapat menghilangkan sebarang keraguan hebat yang sentiasa
berkisar dalam dada kita semata-mata hanya mendengar istilah baru ‘Armageddon’.
Adakah
‘Armageddon’ satu pertempuran yang hebat?
Jawapannya, pertempuran di Armageddon
hebat juga, tetapi pertempuran yang lebih hebat berlaku sebaik-baik sahaja
selepas peristiwa di Armageddon selesai.
Kita boleh menghuraikan ciri-ciri peperangan
di Armageddon dengan perkara di bawah ini, iaitu:
a) peperangan yang berlaku antara negara pakatan
dunia blok barat (Amerika, Eropah dan sekutunya) dengan negara pakatan blok
timur (Russia, China, Iran dan sekutunya) yang turut sama diikuti oleh
sebahagian besar penduduk dunia.
b) negara utama
tempat pertempuran ialah tanah dataran gunung Mageddo di Palestin.
c) satu peperangan
senjata nuklear pemusnah yang boleh menghancurkan kebanyakan peralatan perang
strategik untuk menghapuskannya secara total.
d) satu pengantar
kepada sebuah pertempuran yang lebih hebat, kerana Amerika, Eropah dan
sekutunya akan meminta bantuan daripada orang Islam untuk menghancurkan negara
blok timur berfahaman komunis dan Syiah, iaitu China, Russia, Iran dan negara
sekutunya).
Kemudian, negara sekutu blok barat
(Amerika, Eropah dan sekutunya) akan menajamkan pedang dan mengilatkan mata
pedang mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam di dalam satu pertempuran
yang lebih hebat lagi, iaitu,
a) berlaku selepas
peristiwa di Armageddon sejagat dan berlaku sebaik-sebaik sahaja selepas
peristiwa itu tamat dalam masa beberapa bulan sahaja.
b) pertempuran
secara langsung antara barat pembawa salib dengan orang Islam.
c) berlaku di Syria
berhampiran dengan bandar Damsyik.
d) sebuah peperangan
menggunakan kuda dan pedang.
e) tempohnya hanya
selama 4 hari sahaja.
f) kemenangan di
akhirnya ialah di pihak orang Islam di bawah teraju kepemimpinan Imam Mahdi.
Kita katakan, terdapat ciri-ciri
khusus antara dua buah pertempuran yang akan berlaku, iaitu Armageddon
dan sebuah peperangan salib yang lebih hebat lagi. Dalam pertempuran di Armageddon,
kemenangan berada di pihak negara sekutu blok barat (Amerika, Eropah dan
sekutunya) bersama sebahagian negara Islam yang bersekongkol dengan mereka.
Dengan makna yang lebih sahih sebagaimana yang disebutkan dalam sebahagian
hadis Rasulullah SAW ialah para musuh negara sekutu blok barat, iaitu
negara-negara blok timur berfahaman komunis dan Syiah. Kemenangan dalam peperangan
Salib yang lebih hebat lagi ialah berada di pihak orang Islam yang dapat
mengalahkan negara sekutu blok barat (Amerika, Eropah dan sekutunya).
Kita boleh ringkaskan, dua buah
peperangan ini adalah satu peperangan dalam satu kali perjalanan. Ketika pihak
Amerika, Eropah serta sekutunya dan sebahagian negara Islam kembali dari
peperangan di Armageddon ke negara masing-masing, tetapi pihak Amerika
mempunyai niat hendak belot dan menyalahi janji kepada sebahagian negara Islam
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
(وفي
نيتهم الغدر)
yang bermaksud: “Mereka mempunyai
niat hendak memungkiri janji dan belot.”
Ianya adalah satu peperangan yang
lama dalam dua buah hala tuju yang berbeza, malahan beberapa buah hala tuju
yang dimulai dengan memusnahkan negara Iraq dan ditamatkan dalam satu
peperangan salib yang lebih hebat lagi. Kemungkinan peristiwa tersebut
mengingatkan mereka tentang peristiwa di Armageddon sahaja tanpa melibatkan
satu peperangan Salib yang lebih hebat lagi. Sedangkan peperangan di Armageddon
itu adalah sebuah peperangan lama yang termasuk dalam tahapnya yang terakhirnya
ialah pertempuran Salib yang lebih hebat lagi.
Berdasarkan kepada makna yang
tersirat ini juga termasuk di dalamnya satu ungkapan kata salah seorang ketua
bala tentera pihak blok barat, Bush, “Ianya satu peperangan salib yang berlaku
dalam satu jangkamasa lama yang berlangsung selama 10 tahun.”
Sebelum kita berpindah kepada fakta
lain, kita sebutkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang kita jadikannya sebagai
satu panduan asas untuk memahami rentetan peperangan ini.
Rasulullah SAW bersabda:
(ستصالحكم الروم
صلحا آمنا، فتغزون أنتم وهم عدوا من وراءهم، فتنصرون وتغنمون وتسلمون، ثم تنزلون
بمرج ذي تلول، فيقول رجل من الروم فيرفع الصليب، ويقول: غلب الصليب، فيقوم إليه
رجل من المسلمين، فيقتله. فغدر الروم وتكون الملاحم فيجتمعون لكم في ثمانين غاية
مع كل غاية اثنا عشر ألفا)
yang bermaksud: “Pihak Rom
(Amerika, Eropah dan sekutunya) akan saling mengadakan sebuah perjanjian baik
dengan kamu. Lantas kamu bersama dengan mereka akan terus memerangi musuh dari
sebalik mereka (Russia, China, Iran dan sekutunya). Kamu mencapai kemenangan,
memperolehi harta rampasan perang dan mendapatkan keselamatan. Kemudian kamu
kembali dan tiba di sebuah tempat bernama Maraj Zi Thulul di Lubnan. Tiba-tiba
salah seorang tentera pihak sekutu Amerika mengangkat salib, seraya berteriak,
salib akan menang! Salah seorang pihak kaum Muslimin bangun untuk datang
menemuinya, tetapi dia dibunuhnya. Dengan itu, jelaslah pihak Amerika dan
sekutu telah memungkiri janjinya. Berlakulah satu pertempuran salib terhebat.
Mereka menyerang kamu dari arah 80 penjuru dan setiap serangan penjuru itu
mempunyai kekuatan 12,000 orang tentera.”
Hadis ini hadis sahih diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban.
Serangan di Afghanistan
memarakkan lagi peristiwa di Armageddon
Bagaimana boleh terjadi dua pasukan
tentera berkumpul di satu tempat, blok barat dan timur menuju ke arah tempat
perkhemahan yang sama dan mereka boleh berhimpun di Armageddon untuk
bertempur hebat? Adakah Amerika menyerang Afghanistan pada lewat akhir beberapa
tahun lalu merupakan satu nyalaan untuk menyemarakkan lagi pertempuran dan
kehebatannya?
Penulis rasa, gerakan Amerika dan
Britain (Rom pembawa salib) dengan beralasan menghancurkan tempat persembunyian
golongan pengganas di Afghanistan hanyalah semata-mata sebagai satu pengantar
pendedahan yang buruk terhadap ketetapan niat mereka mempercepatkan lagi
peristiwa di Armageddon. Memerangi orang Islam di Afghanistan yang
dimaksudkan sebagai golongan pengganas, tidak perlu (di samping kekuatan Amerika
yang besar) lebih dari beberapa jam atau lebih pun beberapa hari kerana mereka
tahu peperangan akan dilangsungkan selama 10 tahun. Dengan ini, mereka datang
untuk meninggalkan sisa tempoh tersebut, datang menyerang dan mengepung. Secara
pastinya, negara sekutu blok timur tidak sekali-kali akan merasa takjub secara
umumnya sebagaimana yang mereka beritakan.
Kemungkinan berlakunya salah satu
senario berikut sehingga boleh berlakunya peperangan di Armageddon,
kedua negara sekutu barat serta timur akan pergi menuju ke tempat yang sama dan
kedua angkatan tentera akan terus bertarung menunjukkan taringnya:
a) Negara sekutu Amerika dan Britain
akan menyerang Iraq dengan andaian Iraq yang mula menunjukkan kekuatan senjata
nuklearnya sekali lagi. Atau diandaikan Iraq yang sengaja menempah diri
menghentam puak pengganas biologi di Amerika, Eropah atau Israel. Dengan
isyarat daripada Russia dan China, Iraq membantah dan terus menyerang Israel
menggunakan peluru berpandu. Serangan berterusan, para tentera kedua pihak
terus bersedia, lalu kekuatan Amerika serta negara sekutunya membuat
perkhemahan tentera di Israel kerana di Israel tempatnya tumpuan pertempuran
yang dimaksudkan. Kekuatan negara sekutu blok timur terdiri dari Russia, China
dan sekutunya bergerak ke arah Israel. Kedua angkatan tentera bertemu di Armageddon.
Peperangan dunia berlaku, Armageddon menjadi tempat tumpuan utama dan
tempohnya semuanya bebas. Ini adalah salah satu andaian yang mungkin akan
berlaku.
b) China dan Russia meminta kekuatan
Amerika dan Britain kembali semula ke negara masing-masing kerana penempatan
mereka di sesebuah kawasan terlalu lama dan melampaui had batasannya. Tujuan
kedatangan mereka sebagaimana yang mereka beritahu sentiasa melemahkan
kedudukan negara lain dan sengaja berdusta. Khususnya, kewujudan mereka dalam
satu jangkamasa yang amat lama di Laut Mediterranean, di Lautan Hindi, di Teluk
Arab akan menimbulkan ketakutan China serta Russia, seterusnya mengancam
keamanan antarabangsa. Negara blok timur cuba membataskan ketamakan mereka
untuk mengaut minyak petrol di negara Teluk, di Asia dan di Laut Khazwin.
Tetapi, kekuatan angkatan tentera
Amerika, Britain dan negara sekutunya daripada negara Eropah tetap berdegil
serta menolak permintaan tersebut, malah terus mengekalkan perkhemahan mereka.
Malahan mereka beralasan tindakan mereka itu mendapat restu dari Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu.
Dari sini, negara blok barat dan
timur sering bertukar-tukar memberikan peringatan dan amaran. Akhirnya mereka
akan bertempur di Armageddon. Walau macam manapun, tempat peperangan dan
medan utamanya ialah di Israel di Armageddon, kerana Amerika dan Eropah sudah
mengumpulkan kekuatannya di sana.
Walau bagaimana pun, menurut setiap
senario yang berlaku, negara sekutu barat yang terdiri dari Amerika, Eropah dan
negara sekutunya akan meminta bantuan dari sebahagian negara Islam dan saling
membuat perjanjian. Mereka sama-sama bersepakat bersekongkol dalam satu pasukan
perang menentang musuh mereka. Mengapa Amerika, Eropah dan negara sekutunya
beriya-iya benar hendak meminta bantuan agar sebahagian negara Islam turut sama
berkecimpung dalam peperangan sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa Amerika
mengusir keluar Iraq dari negara Kuwait pada tahun 1990 Masihi dahulu? Begitu
juga sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa pengusiran keluar golongan
Toliban di Afghanistan, Amerika meminta bantuan dari puak pakatan Utara
beberapa tahun yang lalu? Jawapannya jelas!! Amerika meletakkan golongan Islam
yang tertipu ini di barisan hadapan untuk menghadapi serangan saudara seIslam
mereka atas daratan, lalu nasib mereka akan mengalami kerugian seumur hidup, di
mana roh mereka dapat diterbangkan. Kebanyakan golongan Islam ini terkorban
dalam perang saudara, sementara Amerika dan sekutunya hanya menunggu habuan
rampasan perang di belakang dengan ketawa terbahak-bahak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan