Assalammu'alaikum...wrth. Hari ini Jumaat 06/09/2013M bersamaan 30 Syawal 1434H, sempena penghulu segala hari, hamba nukilkan beberapa khutbah Baginda Rasulullah s.a.w. tentang kedatangan 3 insan yang ditunggu-tunggu di akhir zaman ini untuk renungan diri hamba dan saudara saudari seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w.
Kedatangan
Imam yang Dinantikan.
Abu
Umamah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah kepada
mereka dan menyebutkan masalah Dajjal. Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Lalu
Madinah dibersihkan dari hal-hal kotor sebagaimana tungku api yang
membersihkan besi dari karat. Hari itu disebut yaumul-khalash.”
Ummu
Syarik bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah orang Arab pada masa
itu?”
Rasulullah
s.a.w. menjawab, “Ketika itu jumlah mereka hanya sedikit dan
kebanyakan mereka berada di Baitul-Maqdis. Imam mereka adalah
al-Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Ketika imam mereka, al-Mahdi
maju ke hadapan bagi mengimami solat subuh, tiba-tiba Isa putera
Maryam turun tepat pada waktu solat subuh. Lalu imam itu mundur
secara spontan agar Nabi Isa dapat maju ke depan. Isa meletakkan
tangan di bahu al-Mahdi dan berkata, “Maju ke hadapan dan teruskan
solat, kerana solat ini didirikan bagi kamu.”
“Lalu
Nabi Isa pun solat bersama imam mereka.”
Ibnu
Mas’ud r.a. menyatakan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Sekiranya
kehidupan dunia hanya berbaki satu malam, tentu Allah Ta’ala akan
memanjangkan malam itu, hingga seseorang berkuasa terhadap anggota
keluargaku, Dia memasukkan namanya ke dalam namaku, memasukkan nama
ayahnya ke dalam nama ayahku. Dia mengisi dunia dengan keadilan dan
persamaan, sebagaimana sebelumnya mengisi dunia dengan kezaliman. Dia
membahagikan harta dengan adil, menjadikan orang kaya ada di dalam
hati umat, al-Mahdi hidup selama tujuh atau sembilan tahun, kemudian
tidak ada lagi kebaikan dalam hidup setelah al-Mahdi.”
Ibnu
Mas’ud r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Ada
berita gembira bagi kalian tentang kedatangan al-Mahdi, seorang
lelaki dari umatku yang berasal dari Quraisy, yang muncul ketika
manusia sedang berselisih dan bergaduh, lalu dia memenuhi dunia ini
dengan keadilan, sebagaimana dunia itu sebelumnya dipenuhi dengan
penyelewengan dan kezaliman. Setiap penghuni langit dan penghuni bumi
redha kepadanya. Dia membahagikan harta secara saksama di antara
manusia, memenuhi hati umat Muhammad dengan kekayaan dan mencipta
keadilan di tengah mereka, hingga dia menyuruh seorang penyeru untuk
berseru,
‘Siapa
pun yang mempunyai keperluan, hendaklah menemui saya.’
Ternyata
yang menemuinya hanya seorang saja, yang datang untuk meminta-minta.
Dia berkata kepadanya orang itu, ‘Temuilah seorang pelayan, nescaya
dia akan memberikannya.’
Orang
itu lalu menemui pelayan yang dimaksudkan dan berkata, ‘Saya adalah
utusan al-mahdi kepadamu agar engkau memberikan harta kepadaku.’
Pelayan itu memberinya harta hingga dia tidak mampu membawanya. Maka
dia hanya mengambil harta menurut kemampuan membawanya, lalu dia
beranjak pergi. Tetapi kemudian orang ini menyesal dan berkata, ‘Aku
adalah umat Muhammad yang paling rakus. Setiap orang memiliki harta
ini, lalu orang lain meninggalkannya.’ Maka dia meninggalkan harta
itu dan berkata, ‘Kami tidak mahu menerima sesuatu pun yang
diberikan kepada kami.’
Al-Mahdi
hidup selama enam atau tujuh atau Sembilan tahun, dan tidak ada
kebaikan dalam hidup sepeninggalannya.”
(al-Jawab
Al-Muqni’. Al-Imam Muhammad Asy-Syanqaithy)
Intisari
Khutbah
- Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira kepada umatnya mengenai kedatangan seorang pemimpin yang soleh dan adil di akhir zaman nanti.
- Madinah akan dibersihkan daripada orang munafik dan kafir pada hari yang dikenali sebagai yaumul-khalash.
- Ketika kemunculan Dajjal, jumlah orang Arab sangat sedikit dan kebanyakannya berada di Baitul-Maqdis.
- Ketua orang Islam pada masa itu adalah Imam al-Mahdi, seorang lelaki yang soleh.
- Nabi Isa akan diturunkan kembali ke dunia ketika Imam Mahdi dan pengikutnya mahu mengerjakan solat subuh.
- Nabi Isa bersolat di belakang Imam Mahdi sebagai penghormatan kepada beliau sebagai seorang ketua.
- Imam Mahdi adalah seorang pemimpin yang adil dan saksama. Dia menghapuskan kezaliman dan penganiayaan.
- Imam Mahdi hidup dalam masyarakat Islam selama enam, tujuh atau Sembilan tahun.
- Selepas pemergian Imam Mahdi, kehidupan masyarakat kembali tidak harmoni.
Rujukan
: Kitab Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta oleh
Rohidzir Rais terbitan PTS Islamika 2011.
Kedatangan
semula Nabi Isa a.s. ke Dunia.
Abu
Hurairah r.a. menceritakan, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Demi
Tuhan yang diriku ada pada tangan-Nya, begitu cepat putera Maryam
turun di tengah kalian sebagai hakim yang adil. Lalu dia
menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta
benda melimpah sehingga tidak seorang pun mahu menerimanya. Sehingga
satu sujud lebih berharga daripada dunia dan seisinya.”
Kemudian
Abu Hurairah r.a. berkata, “Bacalah sesuka kalian,
“Setiap
ahli Kitab akan beriman kepadanya (Nabi Isa) sebelum kematiannya.
Hari kiamat itu akan menjadi saksi terhadap mereka.”
(Surah
an-Nisa’ ayat 159)
(Direkodkan
oleh al-Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi)
Abu
Hurairah r.a. juga melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
“Di
antara saya dan Nabi Isa tidak ada seorang nabi dan dia akan turun.
Sekiranya kamu melihatnya pasti kamu mengenali dirinya sebagai
seorang lelaki berperawakan sederhana. Kulitnya putih
kemerah-merahan. Mengenakan dua helai pakaian. Rambutnya seakan-akan
meneteskan air sedangkan tidak ada air yang membasahinya. Lalu dia
memerangi manusia atas nama Islam, memusnahkan salib, membunuh babi
dan membebaskan jizyah. Pada masa itu pula, Allah memusnahkan semua
agama kecuali Islam dan membinasakan al-Masih Dajjal. Kemudian, bumi
menjadi aman, hingga singa merumput dengan unta, harimau dengan
lembu, serigala dengan kambing dan anak-anak bermain-main dengan ular
berbisa. Nabi Isa berada di bumi selama empat puluh tahun. Kemudian
meninggal dunia dan orang Islam menyembahyangkannya.”
(Direkodkan
oleh Abu Daud, al-Hakim dan Ahmad)
Intisari
Khutbah
- Rasulullah s.a.w. menjelaskan peristiwa penting yang akan berlaku pada masa hadapan, iaitu kemunculan semula Nabi Isa yang diangkat ke langit.
- Nabi Isa a.s. akan menjadi seorang pemimpin manusia yang adil dan saksama.
- Kemakmuran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. membawa kesejahteraan kepada rakyatnya sehingga digambarkan tiada lagi orang mahu menerima zakat atau sedekah. Ini menunjukkan semua orang mendapat keperluan hidup yang mencukupi.
- Golongan ahli kitab yang masih beriman dengan ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar, pasti akan beriman dengannya apabila dia muncul semula.
- Nabi Isa a.s. akan muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup para nabi.
- Berdasarkan perwatakan yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w., orang beriman pasti dapat mengenali Nabi Isa a.s. apabila ia muncul dalam kalangan mereka.
- Perwatakan Nabi Isa a.s. yang digambarkan dalam hadis ini;
- Berperwatakan sederhana
- Berkulit putih kemerahan
- Memakai dua helai pakaian
- Rambutnya bersih hingga kelihatan seperti sentiasa basah
Rujukan
: Kitab Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta oleh
Rohidzir Rais terbitan PTS Islamika 2011.
Kedatangan
Dajjal dan Cubaannya
Safinah
menceritakan, Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah kepada kami.
Sabdanya;
“Ketahuilah,
tidak ada seorang nabi pun sebelum saya melainkan dia memperingatkan
umatnya tentang Dajjal. Mata kirinya buta, sedangkan kelopak mata
sebelah kanannya tebal sehingga menutupi biji mata. Di antara dua
matanya tertulis perkataan ‘kafir’. Dia muncul sambil membawa dua
lembah, satu syurga dan yang lain neraka. Nerakanya adalah syurga dan
syurganya adalah neraka. Dia juga disertai dua malaikat yang
menyerupai dua nabi di antara beberapa nabi. Sekiranya engkau
menghendaki, maka engkau dapat menamai keduanya dengan nama mereka,
yang nama bapa mereka adalah sama.
Seorang
malaikat berada di sebelah kananya dan seorang lagi berada di sebelah
kirinya. Ia adalah cubaan. Dajjal berkata, ‘Bukankah aku tuhan
kamu? Bukankah aku dapat menghidupkan dan mematikan?’
Salah
seorang malaikat berkata, ‘Kamu berdusta.’ Dan, siapa pun yang
mendengar perkataan Dajjal, tentu dia menyertainya, seraya berkata,
‘Kamu benar’.
Hal
ini didengar orang ramai, sehingga mereka menyangka malaikat yang
berupa nabi itu, membenarkannya. Ia adalah satu cubaan.
Kemudian
Dajjal melanjutkan perjalanan hingga tiba di Madinah. Dia tidak
diizinkan masuk ke sana. Dia berkata, ‘Ini adalah tempat tinggal
orang itu.’ Maksudnya adalah Rasulullah s.a.w. Lalu dia melanjutkan
perjalanan hingga sampai di Syam. Lalu Allah membinasakannya di
sebuah jalan di atas bukit yang tinggi.”
Seorang
sahabat dari kalangan Ansar menceritakan, Rasulullah s.a.w. bernah
berdiri di tengah kami, lalu bersabda;
“Saya
memberikan peringatan kepada kalian tentang al-Masih (Dajjal), yang
buta matanya.” Dia berkata, “Saya kira beliau mengucapkan matanya
sebelah kiri.” Beliau berkata, “Dia membawa gunung dari roti dan
sungai yang mengalir air. Tandanya, dia menetap di bumi selama empat
puluh hari, yang kekuasaannya mencapai setiap tempat minum di pinggir
jalan. Dia tidak dapat mendatangi empat masjid, iaitu Masjid Kaabah,
Masjid Rasulullah, Masjid al-Aqsa dan Thur. meski pun begitu maka
ketahuilah Allah itu tidak buta sebelah matanya.”
Ibnu
Aun berkata, “Saya
pasti beliau juga berkata, “Dia menguasai seorang lelaki,
membunuhnya kemudian menghidupkannya, namun dia tidak dapat menguasai
yang lainnya.”
(Direkodkan
oleh Ahmad dalam Musnad al-Imam Ahmad)
Intisari
Khutbah
- Setiap nabi memberitahu kepada umatnya mengenai kedatangan Dajjal.
- Mata kiri Dajjal buta, sedangkan kelopak mata kanannya tebal sehingga menutup biji matanya.
- Di antara dua matanya terdapat tulisan Arab ; ‘kafir’.
- Dajjal membawa syurga dan neraka yang telah diterbalikkan keduanya. Lalu apa yang didakwa syurga sebenarnya adalah neraka.
- Dajjal diiringi oleh dua malaikat yang menyerupai wajah dua orang nabi. Seorang malaikat berada di sebelah kanannya dan seorang lagi di sebelah kirinya.
- Dajjal mendakwa dirinya sebagai tuhan.
- Malaikat yang bersama dengannya menafikannya, tetapi orang ramai diperdayakan hingga menganggap malaikat yang menyerupai nabi itu menerima ketuhanan Dajjal.
- Dajjal pergi ke Madinah tetapi tidak dapat memasukinya.
- Dajjal hidup selama empat puluh hari.
- Dajjal tidak dapat mendatangi empat masjid; Masjid Kaabah, Masjid Rasulullah, Masjid al-Aqsa dan Thur.
- Dajjal dapat menghidupkan seorang lelaki.
Rujukan
: Kitab Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta oleh
Rohidzir Rais terbitan PTS Islamika 2011.
Video Bonus... Jabbarullah! Jabbarullah!! Jabbarullah!!! (Jabbal Thur?)
Wallahu'alam.
Sekian Wassalam...
Utan Aji Perlis Indera Kayangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan