Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Ahad 29 September 2013 Masihi bersamaan 23 Zulkaedah 1434 Hijrah bersempena musim haji tahun ini dan genap setahun (tahun Masihi) Ayahnda Syeikh Mahmud al Majzub kembali kerahmatullah serta genapnya setahun Ayahnda bertugas di alam kerohanian sepenuhnya.
Pada kali ini hamba yang banyak dosa dan yang serba lemah lagi daif ini menukilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas tentang pertanyaan Salman al Farsi kepada Baginda Rasulullah s.a.w. mengenai peristiwa akhir zaman. Semoga nukilan kali ini menjadi pengajaran dan pedoman untuk hamba dan saudara saudari yang dihormati sekalian.
Allahyarham Ayahnda Syeikh Mahmud al Majzub al Kedahi sentiasa dikenang dan ilmu yang disampaikannya akan sentiasa diamalkan, insyaAllah.
Ibnu Abbas r.a. menceritakan,
ketika Haji Wada’, Rasulullah s.a.w.
memegang pintu Kaabah, kemudian menghadapkan wajahnya kepada orang ramai. Lalu
berkata kepada mereka :
“Wahai sekalian orang Islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat
tidak lagi didirikan, kehendak syahwat diikuti, para pemimpin mengkhianati dan
para menteri pula melakukan perbuatan fasik.”
Tiba-tiba, Salman al-Farsi r.a.
bangun ke arah Baginda s.a.w. dan berkata, “Demi
ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai Rasulullah, apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?”(1)
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Ketika itu kemungkaran
dianggap sebagai perbuatan yang baik, sedangkan perbuatan yang baik dianggap
sebagai kemungkaran.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (2) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Ketika itu hati orang
Islam larut di dalam badannya seperti garam larut di dalam air. Ini kerana, dia
melihat kemungkaran tetapi tidak sanggup mengubahnya.”
Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim menziarahi Ayahnda sekitar tahun 2008
“Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?” (3)
Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Ketika itu seorang pengkhianat
dipercayai, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pendusta dianggap
seorang yang jujur, sedangkan orang yang jujur dianggap sebagai pendusta.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (4) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Orang paling mulia
ialah orang beriman yang berjalan di
tengah golongan manusia dalam keadaan takut, sekiranya dia berbicara mereka
akan memakannya, dan jika dia tidak berbicara, dia akan mati kerana menahan kemarahan
di dalam dirinya. Wahai Salman, satu bangsa itu tidak akan mulia sekiranya
golongan yang kuat memakan yang lemah.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (5) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Ketika itu, hujan
jarang turun, anak-anak sangat dibenci,
orang hina berada di mana-mana dan orang mulia pula sukar ditemui.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (6) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Ketika itu orang kaya
disanjung tinggi, agama dijual dengan dunia, kesenangan dunia dicari melalui
amalan akhirat. Lelaki dan lelaki
menjalinkan hubungan (homosex) dan wanita juga mengadakan hubungan
bersama wanita (lesbian). Mereka adalah sebahagian umat saya yang mendapat
laknat Allah.
Wahai Salman. Ketika itu, umat saya disusuli oleh bangsa lain yang
tubuh mereka manusia, tetapi hati mereka adalah hati syaitan. Sekiranya umat
saya bersuara, mereka dibunuh. Dan sekiranya diam, darah mereka dihalalkan.
Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua.
Alangkah buruk perbuatan mereka. Ahli keluarga dikasari. Hukum mereka
boleh dibicarakan (hokum hakam dipermainkan). Wanita diangkat menjadi pemimpin.
Mereka meminta pendapat daripada kanak-kanak. Anak kecil dipuja. Mempunyai
ramai tentera. Orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan mereka juga
mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul. Al-Quran dilagukan bacaannya.
Orang hina lebih kerap disuruh bercakap.”
Salman r.a. berkata, “Demi ayah dan ibu saya sebagai tebusan
wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan orang hina lebih kerap disuruh
bercakap?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Dia diminta membicarakan masalah secara
umum, yang sebelumnya tidak pernah dibicarakan.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (7) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Pada masa itu,
masjid-masjid dihiasi dengan beraneka perhiasan seperti gereja dan biara yang
dihiasi dengan pelbagai hiasan. Mushaf al-Quran dihiasi dengan emas,
mimbar-mimbar dibuat dengan begitu lebar. Terdapat banyak saf jemaah, tetapi
hati manusia saling berjauhan. Perkataan mereka juga pelbagai macam. Siapa yang
mendapat kurniaan, dia bersyukur. Sedangkan yang tidak beroleh apa-apa menjadi
kufur.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (8) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Pada masa itu, akan
datang umat saya yang menjadi tawanan-tawanan dari timur dan barat. Orang yang
lemah akan binasa dan mendapat kecelakaan dari Allah. Sekiranya bercakap,
mereka akan dibunuh, tetapi sekiranya diam, mereka tetap dibunuh. Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik
daripada hidup dalam kedurhakaan kepada Allah.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (9) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Pada masa itu, isteri
bersekutu dengan suami dalam urusan suami (Isteri juga melakukan kerja-kerja
suami). Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik terhadap
sahabatnya. Mereka memakai kulit biri-biri di atas hati serigala (peribahasa
arab). Ulama mereka lebih buruk daripada bangkai (ulama pada waktu itu sangat
jahat).”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (10) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Pada masa itu, ibadah
mereka hanya dengan membaca lafaz-lafaz yang tidak mereka fahami kandungannya
(tidak diketahui maknanya dan tidak mengamalkannya). Mereka disebut sebagai
orang yang kotor oleh kerajaan langit dan bumi.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (11) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman. Pada masa itu, kitab
Allah (Al-Quran) dijadikan nyanyian. Kitab Allah diletakkan pada punggung
mereka (dilupakan). Mereka tidak menegakkan hukum yang ditetapkan Allah dan
mereka mematikan sunnah saya. Mereka menghidupkan amalan bida'ah. Tidak menyuruh
orang lain berbuat baik dan tidak menghalang kemungkaran. Ketika itu, anak-anak
kecil melamar seperti melamar wanita. Pasar-pasar makin banyak.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (12) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Sekiranya masing-masing berkata, ‘Aku tidak
menjual dan aku tidak membeli (tiada lagi akad jual beli dilafazkan).’
Sedangkan tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah. Pada masa tersebut,
orang yang berkuasa adalah orang jahat yang merampas hak orang ramai dan
menakut-nakutkan mereka. Engkau akan melihat ramai orang menggeletar ketakutan.
Ketika itu, ibadah haji dibesar-besarkan. Orang terkenal (dan kaya)
menunaikan haji kerana hawa nafsu. Golongan pertengahan pula kerana mahu
berniaga. Orang miskin pula menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat
gelaran.”
“Apakah perkara seperti itu
benar-benar akan berlaku?” (13) Salman r.a. bertanya lagi.
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar wahai Salman.”
(Muhyiddin Al-Araby, Muhadharat Al-Abrer dan An-Nabhany,
Hujjatullah Alal-Alamin)
Segala pujian hanya untuk Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui segalanya...
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dosa kedua orang tuaku, dosa kedua mertuaku, dosa nenek moyangku, dosa isteri/suami dan anak cucuku, dosa guruku, dosa ustaz dan ustazahku, dosa syeikhku, dosa maulanaku, dosa saudaraku, dosa sahabatku, dosa jiranku, dosa orang kampungku, dosa kaum muslimin dan muslimat seluruh alam yang masih hidup mahupun yang telah mati.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa besar kami, dosa kecil kami, dosa yang kami sengaja dan tak sengaja, dosa yang kami buat terang-terangan atau sembunyi-sembunyi, dosa yang kami sedar atau tak sedar.
Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkan nur hidayat dan taufiq-Mu kepada kami dan seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. di seluruh alam ini supaya kami dan seluruh ummat dapat mentaati segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.
Perbaikilah dan sempurnakanlah iman, amal, mu'amalat, mu'asyarat dan akhlaqiat kami. Hidupkanlah masjid kami dan masjid seluruh alam dengan amalan dakwah, ta'alim ta'alum, ibadah dan khidmat seperti amalan masjid Nabawi di zaman Rasulullah s.a.w.
Jadikanlah kampung kami dan kampung umat seluruh alam seperti kampung Madinah al Munawarah di zaman Rasulullah s.a.w. Jadikanlah rumah kami dan rumah umat Islam seluruh alam seperti rumah sahabat di zaman Rasulullah s.a.w. Jadikanlah diri kami dan diri setiap umat Islam seluruh alam mempunyai sifat seperti sahabat Rasulullah s.a.w. yakni Hakikat dua kalimat Syahadah, Hakikat Solah yg khusyuk dan khuduq, Hakikat Ilmu, Hakikat Zikir, Hakikat Ikramulmuslimin, Hakikat Ikhlas niat, dan Hakikat Berkorban diri juga harta untuk agama Allah Ta'ala.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta selawat dan salam kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w.
Amin Ya Rabbal'alamin.
Sekian wassalam....
Bersama sahabat karib, Jaafar.
oleh
Amirrullatif
di kampung Sungai Baru Utan Aji, Perlis.
อัลฮัมดุลิลละฮ์
BalasPadamอัลฮัมดุลิลละฮ์
BalasPadam