Ayahnda

Ayahnda

Ahad, 2 Disember 2012

Naga dan Dewa Dewi

Masjid Kampung Manggol Bongor Putat


Assalammu'alaikum....wrt, hari ini Sabtu 01/12/2012M bersamaan 17/01/1434H sempena awal bulan 12 dan bulan terakhir bagi tahun Naga kali ini hamba nukilkan serba sedikit perkara tentang Naga dan Dewa Dewi. Semoga coretan mengenai tajuk ini akan membuka pintu minda dan hati para pembaca yang dihormati sekalian.

p/s : Tahun ini adalah istimewa kerana adanya satu tarikh menarik 12/12/12 yang mana kombinasi tarikh ini tidak pernah di alami dan tidak akan di alami lagi. Tahun hadapan tak mungkin kita temui tarikh 13/13/13, jadi marilah sama-sama kita fikirkan.

Sebagaimana yang semua pembaca sekalian maklum bahawa haiwan NAGA adalah termasuk dalam senarai 12 haiwan dalam kalender Cina. Dalam astrologi Cina, zodiak 12 bintang haiwan melambangkan 12 jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.
Sila layari  Haiwan 12 untuk bacaan lanjut.
Anak Naga Api yang Comel

Namun dalam kalender Cina, Tahun NAGA mempunyai aura istimewa oleh masyarakat berbangsa Cina dan juga kepada bangsa-bangsa lain termasuk Mala-yu. Kerana ia ada kaitan dengan sifat dan personaliti Naga yang ada pada sesiapa yang lahir pada tahun Naga-Ra. Sifat istimewa yang tiada tandingannya. Wallahu'alam. Walaupun dalam kalender bangsa Mala-yu senarai haiwan 12 nya tidak ada haiwan NAGA ini. Sebenarnya dalam artikel kali ini hamba ingin berkongsi sikit pengetahun tentang sejarah Anbia' (Nabi dan Rasul utusan Allah Ta'ala) yang berkaitan dengan haiwan Naga ini.

Apakah kaitannya Anbia' a.s. dengan Naga? Seperti yang hamba jelaskan dalam artikel yang lepas, segala yang dicoretkan nanti adalah maklumat dari pengalaman hamba serta muzakarah dengan beberapa orang rakan dan guru kesufian. Hamba akan sedaya upaya cuba sampaikan berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan apa yang hamba coretkan tidak akan menjejaskan atau merosakkan akidah saudara dan saudari pembaca sekalian, insyaAllah. Hamba juga berharap pembaca sekalian dapat berfikiran terbuka dengan seluas-luasnya (Fikiran global dan alami) untuk memahami segala isi coretan kali ini. Dan juga jika ada salah silap serta sebarang kemusykilan, hamba harap tolonglah tegur dengan sopan santun dan budi bahasa yang luhur, hamba dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas setiap teguran.

Pertama : Hamba telah nyatakan bahawa Naga telah ada didunia ini sejak Allah s.w.t. turunkan Ayahnda Adam a.s. ke dunia ini. Dalam muzakarah hamba, sewaktu Ayahnda Adam a.s. di hukum penjara di Bumi selepas melanggar perintah Allah Ta'ala dengan memakan buah larangan, maka turunnya Ayahnda Adam a.s. adalah diiringi sepasang haiwan peliharaan Allah Ta'ala yakni Naga dengan perintah dan izin Allah Ta'ala jua. Sejak itulah induk Naga ini telah hidup dimuka Bumi dan membiak hingga sekarang sampai ke akhir zaman. Manakala Iblis laknatullah telah dilempar (direjam) ke dunia bersama sepasang ular besar yang telah bersubahat dengan Iblis membuat tipu daya terhadap Ayahnda Adam a.s. Wallahu'alam.

Naga Kilat @ Buraq

Kedua : Naga yang boleh bergerak sepantas kilat (dengan lain bahasa) yakni 'Buraq' merupakan haiwan tunggangan para ahli syurga di akhirat kelak. Dengan kelebihan ini Naga telah ditugaskan oleh Allah s.w.t. untuk membawa Para Nabi dan Rasul-Nya naik ke langgit dan bergerak dari satu ke tempat yang lain dengan pantasnya seperti peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Idris a.s. yang naik melawat syurga dan neraka serta diizinkan menetap di langgit ke-4, Nabi Sulaiman a.s. yang bergerak melawat dari satu naga-ra ke satu naga-ra jajahannya dengan kadar yang sangat pantas dan lain-lain kisah Anbia' yang hamba tidak mengetahuinya. Wallahu'alam.

Ketiga : Naga mempunyai kebolehan dan kemampuan luar biasa di luar jangkaan sesiapa sahaja maka dengan sifat-sifat istimewa ini, Allah s.w.t. telah perintah dan izinkan haiwan Naga membantu para anbia' dalam usaha Dakwah yakni menyeru kaum dan umat manusia serta jin beriman kepada Allah Ta'ala. Contohnya seperti Tongkat Nabi Musa a.s. yang bertukar menjadi Ular Besar (Naga) menelan 'ular-ular' para ahli sihir Firaun laknatullah, dan kisah Naga yang membantu Iskandar Zulkarnain menyembur api untuk membina tembok besi menghalang Yakjut Makjut dan lain-lain kisah Anbia' yang hamba tidak mengetahuinya. Wallahu'alam.

Naga juga mempunyai nama-nama lain yang pernah disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. contohnya seperti 'Dabbatul Ard' haiwan bumi yang akan keluar sebelum kiamat nanti dan 'Sajarul Akrar' yakni ular besar bermata merah berapi, berkuku panjangnya sebulan perjalanan yang akan menyiksa penghuni kubur di alam barzah nanti. 


Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Naml ayat 82; "Dan apabila perkataan (ketentuan masa kehancuran alam) telah berlaku atas mereka, Kami keluarkan bagi mereka makhluk melata dari bumi, (ia) berbicara (kepada) mereka, sesungguhnya manusia (dahulunya) dengan ayat-ayat Kami, mereka tidak beriman (tidak yakin)."

wallahu'alam.

Gambaran Dabbatul Ard 
Awal Penciptaan Makhluk

Ketahuilah, semoga engkau diberi taufiq kepada segala yang dicintai dan diredhai Allah Ta'ala. Makhluk yang pertama diciptakan Allah Ta'ala adalah Ruh Muhammad s.a.w. (Sila lihat Nur Muhammad untuk bacaan lanjut). Ruh Muhammad s.a.w. diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam hadis Qudsi, "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya-Ku". Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal."

Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu, iaitu Hakikat Muhammad.

Hakikat Muhammad disebut 'Nur', kerana bersih dari segala kegelapan yang menghala kepada yang terang. Sebagaimana firman Allah Ta'ala : "Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah." 

Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam, kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf (pengetahuan yang tertulis). 

Hakikat Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w., "Aku dari Allah dan Makhluk lain dari aku". Dan dari Ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di alam 'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri asal. Setelah 4,000 tahun dari penciptaan Ruh Muhammad maka Allah menciptakan 'Arasy dari Nur Muhammad. Begitu pula seluruh makhluk lain yang diciptakan dari Nur Muhammad.

Pintu Rahsia Teratai
Hamba hasilkan gambarajah ini adalah ringkasan daripada segala ilmu yang terkandung dalam sebuah kitab kesufian karangan Sultan Aulia Gauts Al A'zam Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Qaddassallahu Sirrahu.

Sebelum hamba sampaikan makna-makna yang tersurat dan tersirat pada Pintu Rahsia Teratai (PRT) ini, ingin hamba coretkan kata-kata aluan Ayahnda Sultan Aulia Gauts Al A'zam Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Qaddassallahu Sirrahu di permulaan kitab karangannya: "Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan. Allah tetap memberikan darjat bagi para ahli ibadah, dan qurbah bagi para ahli ma'rifat. Penulisan kitab ini adalah atas permintaan sebahagian penuntut ilmu. Mereka meminta agar kami membuatkan tulisan yang mencakup. Maka kami tulis sebuah kitab ringkas sesuai dengan permintaannya. Mudah-mudahan kitab ini memenuhinya dan siapa saja yang memerlukannya. Kitab ini kuberikan nama Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihi Al-Abrar (Rahsia terdalam dari segala rahsia dalam menjelaskan tentang apa yang diperlukan oleh ahli kebajikan). Di dalamnya kami bahas tentang Syariat, Tariqat, dan Hakikat dengan penyusunannya satu Muqaddimah dan 24 fasal, sejumlah 24 huruf pada kalimah Laailaa ha illallah Muhammadur Rasulullah. Juga sejumlah 24 jam dalam sehari semalam." 



Maka makna yang tersurat dan tersirat pada PRT ini, huruf jawi yang terdapat dalam setiap ruang dalam lingkaran luar bunga teratai adalah kalimah Laaillaa ha illallah (ruang 1 hingga 12 mula dari kiri ke kanan), dan kalimah Muhammadur Rasulullah (ruang 1 hingga 12 yang seterusnya) bermakna hakikat 2 kalimah syahadah yang perlu diamalkan dan menjadi peganggan sehingga sebati dengan darah daging, sehari semalam 24 jam seperti yang tersebut dalam kata-kata aluan di atas.


Makna huruf-huruf Jawi dalam setiap kelopak bunga teratai ialah: 

1.  'Dal' د maknanya Dakwah (kerja mengajak manusia kepada Allah Ta'ala)
2. 'Ta' ت maknanya Tabligh (menyampaikan ilmu Agama walaupun satu ayat)
3. 'Ta' ت maknanya Ta'alim dan Ta'alum (belajar ilmu Agama dan mengajarkannya)
4. 'Fa' ف maknanya Fathonah (berilmu lagi bijaksana)
5. 'A'in' ع maknanya Ibadat (melaksanakan segala perintah Allah Ta'ala)
6. 'Sood' ص maknanya Siddiq (benar dalam percakapan dan perbuatan)
7. 'Kha' خ maknanya Khidmat (buat kebaikan tanpa mengharapkan balasan)
8. 'Alif'  أ  maknanya Amanah (Jujur dalam setiap perbuatan)

Semua kelapan-lapan sifat yang tersebut ini perlu diusahakan supaya ada dalam diri setiap 'Salik' (orang yang sedang belajar dalam perjalanan 'muqarrabin' yakni menghampirkan diri kepada Allah Ta'ala). Jika telah wujud 8 sifat-sifat tersebut dan dapat di istiqamahkan, insyaAllah akan tercapailah 8 perkara yang 'sir' (lapan lagi kelopak kecil kosong@tersembunyi rahsia anugerah Allah Ta'ala), wallahu'alam.

Di tengah-tengah kelopak bunga teratai adalah biji-biji tasbih seperti yang hamba lukiskan dalam artikel yang lalu. Asasnya seumpama biji benih yang mempunyai dua bahagian (pucuk dan akar) dimana simbul ini mewakili hak Allah s.w.t. dan Hak Rasulullah s.a.w. yang wajib ditunaikan oleh setiap orang yang beriman.

Dan segala tarikh dan angka yang hamba tuliskan dibahagian bawah itu biarlah ia tetap menjadi rahsia diri hamba yang banyak dosa ini. Namun angka 1/3, 2/3 dan 3/3 adalah mewakili tingkatan nafsu Rodhiah, Mardhiyyah dan Kamil. Sila lihat artikel Tingkatan Nafsu. Wallahu'alam.



Kembara Ruhani

Selanjutnya ruh-ruh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukkan pada makhluk yang terendah, iaitu jasad.  Sebagaimana firman Allah, "Kemudian Ku turunkan manusia ke tempat yang terendah". Proses turunnya adalah setelah ruh 'Latifah Robbaniyah' diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua alam, lapis kedua ini disebut ruh 'Sultani'. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh 'Ruhani'. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapisan keempat ini disebut ruh 'Jasmani'.

Selanjutnya Allah Ta'ala menciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah; "Dari bumi Aku mencipta kamu. Kepada bumi Aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah Aku mengeluarkanmu"

Setelah terwujud jasad, maka Allah memerintahkan ruh agar masuk kedalam jasad dan ruh masuk kedalam jasad, sebagaimana firman Allah; "Ku-tiupkan ruh dariKu ke dalam jasad". Ketika ruh Latifah Robbaniyah berapa di dalam jasad dan merasa senang berada pada jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian; "Alastu birabbikum?" (Bukankah Aku ini Tuhanmu?) Ruh menjawab "Benar, Engkau adalah Tuhan kami". Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal bagi mereka, sesuai dengan firman Allah, "Berikanlah peringatan kepada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah di alam Lahut.



Lain halnya dengan para Nabi, mereka datang ke Bumi, dan kembali ke Akhirat. Badannya di Bumi. sedangkan ruh intinya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini. Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal. 

Kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasullulah s.a.w. Penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang membuka hatinya. Nabi s.a.w. mengajak mereka agar kembali dan sampai serta bertemu dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah; "Katakanlah: Ini adalah jalanku. Aku menjadak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutku". Nabi s.a.w. bersabda; "Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk". 

Pada ayat tadi dijelaskan bahwa Nabi s.a.w. mengajak manusia kembali kepada Allah dengan  pendangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran disebut 'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada mata hati bagi aulia' (wali-wali Allah). Basyirah tidak terbuka hanya dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu Ladunni batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah; "Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Aku". Untuk menghasilkan basyirah manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang dapat menunjukkan jalan ke alam Lahut.



Wahai saudaraku, sadarlah dan bergegaslah untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu, sebagaimana firman Allah; "Bergegaslah kamu untuk memdapat ampunan dari Allah dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".

Wahai saudaraku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhanmu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari teman untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut). Keberadaan kita di bumi yang hina dan yang akan hancur ini tidak hanya untuk berpangku dengan makan, minum dan memenuhi nafsu belaka. 

Dewa dan Dewi

Maka manusia yang telah dapat kembali ke alam Lahut dan meningkat ke makam nafsu Kamil inilah merupakan manusia istimewa pilihan Allah Ta'ala yang mana merekalah sebenarnya yang digelar dan dipandang sebagai Dewa (untuk lelaki) dan Dewi (untuk perempuan) oleh kebanyakan manusia sejak zaman dahulu hingga kini dan akhir zaman. Sebagaimana kalimat yang pernah kita dengar "Jika manusia itu baik maka ia lebih baik dari Malaikat dan sekiranya manusia itu jahat maka ia lebih jahat dari Syaitan". Wallahu'alam.


Bertuah siapa yang dapat melihat gambar Dewa

Seorang ahli syair berkata; "Nabimu selalu menunggu, sangat khawatir memikirkanmu". Sabda Nabi: "Aku mengkhawatirkan umatku yang ada di akhir zaman".

Sekian Wassalam.


Catatan ini hamba coretkan di Padang MatSirat, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

Ahad, 25 November 2012

Teratai dan Naga

Bertuah siapa yang dapat lihat bunga teratai yang sedang mekar.

Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 24/11/2012M bersamaan 10 Muharram 1434H sempena hari keramat penuh nilai kerohanian yakni 10 Muharram. Hari yang paling banyak berlaku peristiwa besar dalam Islam. Antaranya selamatnya Bahtera Nuh AS dari banjir besar, selamatnya Baginda Ibrahim AS dari api yg membakar, tenggelamnya Firaun dan selamatnya Musa AS dan kaumnya, terciptanya 7 petala langit dan bumi serta turunnya hujan yang pertama dan banyak lagi. Dan yang paling harus kita ingat adalah tertumpahnya darah Sayyidina Hussain as-Syahid r.a. dan keluarga besar Ahli Bait Nabi SAW di Padang Karbala (petikan dari fb Bardo Kapak - terima kasih).
Pada kesempatan ini hamba nukilkan sedikit kisah tentang bunga Teratai dan sang Naga sebagai santapan rohani dan minda sesiapa yang diizinkan Allah Ta'ala untuk membaca  dan seterusnya memahami nukilan kali ini.

Sebelum hamba meneruskan coretan, ingin hamba jelaskan bahawa segala yang dicoretkan nanti adalah maklumat dari pengalaman hamba serta muzakarah dengan beberapa orang rakan dan guru kesufian. Hamba akan sedaya upaya cuba sampaikan berlandaskan akidah ahli sunnah wal jamaah dan apa yang hamba coretkan tidak akan menjejaskan atau merosakkan akidah saudara dan saudari pembaca sekalian, insyaAllah. Hamba juga berharap pembaca sekalian dapat berfikiran terbuka dengan seluas-luasnya (Fikiran global dan alami) untuk memahami segala isi coretan kali ini. Dan juga jika ada salah silap serta sebarang kemusykilan, hamba harap tolonglah tegur dengan sopan santun dan budi bahasa yang luhur, hamba dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas setiap teguran.

Dalam perjalanan mendaki ke puncak Tangga Kenari@Tangga 1000

Sebelum hamba meneruskan coretan, ingin hamba sampaikan kata-kata mutiara yang indah oleh Sheikh Muhammad Nafis Idris al-Banjari dalam kitabnya Ad-Darun Nafis, sebagai renungan dan panduan kita bersama.
Ketahuilah sesungguhnya segala Ilmu Faqir yang tersebut dalam risalah ini adalah rahsia yang amat halus dan perkataan yang digunakan pun amat dalam.

Firman Allah Ta'ala :


"Segala misalan itu kami misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang alim." 
(Surah al-Ankabut ayat 43)

Tidak dibenarkan oleh undang-undang syara' menyatakan, membukakan dan menzahirkannya kepada orang yang bukan ahlinya kerana akal mereka itu tidak sampai ke arah pengetahuan tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Tidak akan berkata sesuatu kaum dengan perkataan yang tidak sampai kepada akal mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu kaum)." dan "Sesetengah ilmu itu keadaannya seperti mutiara yang tersimpan dalam hidangan perut ibunya, tidak ada sesiapa yang mengetahuinya melainkan orang-orang yang berilmu dengan Allah."

Pintu Rahsia Teratai
Mendapat Ilham semasa beruzlah di Pulau Crete, Greece Julai 2010

Orang-orang yang berilmu dengan Allah (Al-A'limuna Billah) itu ialah orang-orang yang mengenal Zat Allah, sifat-sifatNya, nama-namaNya dan segala perbuatanNya malah ilmu mereka beserta dengan Allah Ta'ala dan mengamalkan apa yang diketahuinya tanpa mencederakannya walau sedikit pun.

Menurut kata Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, "Sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang-orang awam) untuk menerimanya."

Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi (r.a), "Bagi orang-orang yang berilmu itu ada tiga bidang keilmuan: Pertama; Ilmu Zahir, diberikan kepada ahli zahir. Kedua; Ilmu Batin, tidak harus menzahirkannya kepada sesiapapun melainkan kepada ahlinya. Ketiga; Ilmu antara dia dengan Allah Ta'ala, tidak harus menceritakannya kepada sesiapapun." dan "Janganlah kamu beritahu kepada orang-orang yang baharu belajar itu atas segala rahsia sebelum tetap pada mereka itu syariat dan tariqat."

Bertuah sesiapa yang dapat lihat Gambar Masjid Teratai


Teratai@Seroja@Lotus - Bunga Mistik dari 'Arasy.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Thoha ayat 1 hingga 7 :


"Tho Ha (1). Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah (2). melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah) (3). diturunkan dari (Allah) yang menciptakan Bumi dan langit yang tinggi (4). (yaitu) Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arasy (5). Milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada di Bumi, apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah (6). Dan jika engkau mengeraskan ucapanmu, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi (7). Allah.


Teratai atau Seroja atau Lotus adalah tumbuhan akuatik yang tumbuh di kebanyakan sungai, tasik, kolam, dan lubuk air tawar di seluruh negara di muka Bumi ini. Namun teratai tidak tumbuh di air asin atau masin yakni laut dan juga tiada di lautan luas. Istimewanya pohon teratai ini mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang menarik namun baunya yang wangi amat sukar di kesan melainkan oleh manusia dan haiwan yang mempunyai deria bau yang sangat sensitif. Kebanyakan pohon teratai tumbuh secara rawak di tasik, sungai, kolam atau lubuk tanpa perlu di tanam atau di jaga oleh sesiapa pun. Ia dapat hidup dengan sendirinya (bebas) tanpa campur tangan manusia mahu pun haiwan. Namun pohon teratai memerlukan asas yang sangat penting baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup spesisnya yakni AIR TAWAR. Tanpa air tawar pohon teratai akan layu, kecut dan mati.

Dari manakah asalnya pohon teratai atau seroja atau lotus ini? Dalam artikel ini hamba hanya ingin berkongsi maklumat tentang asal usul pohon ini sahaja, rahsia ini jika diketahui tidak akan menjejaskan akidah atau  merosakkan iman sesiapa, insyaAllah. Mengapa kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan simbol bunga teratai sebagai lambang kerajaan, agama atau bangsa mereka? Kerajaan Kedah Tua, Srivijaya, China Kuno, India Kuno, Mesir Kuno serta lain-lain lagi kerajaan silam, Bangsa Melayu juga banyak menggunakan simbol atau lambang teratai ini. Jawapannya adalah kerana asal usul bunga ini ada kaitan dengan kejadian awal alam ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa menciptakan segala-galanya dengan lafas 'KUN' (Jadi) maka terjadilah segala sesuatu itu mengikut kehendak Allah Ta'ala.


Teratai Gergasi

Sebagaimana kita semua sedia maklum, selepas langit ketujuh sebelum 'Arasy Allah Ta'ala terdapat lapisan AIR TAWAR. Berapa tebalnya, berapa luasnya dan bagaimanakah rupanya keadaan air tersebut tiada siapa mengetahui melainkan Allah Ta'ala dan siapa yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala sahaja. Allah Maha Indah dan Allah Ta'ala amat sukakan segala sesuatu yang indah. Maka setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah Ta'ala adalah indah dan cantik. Maka lapisan air sebelum 'Arasy itu telah dihias indah oleh Allah Ta'ala dengan berbagai spesis pohon teratai yang pelbagai bunga beraneka warna dan bentuk yang sangat indah dan cantik. Tidak dapat difikirkan dan dibayangkan oleh deria dan akal manusia biasa seperti kita rupa bentuk pohon dan bunga teratai yang sangat indah di 'Arasy. Jadi di ciptakan Allah Ta'ala pohon dan bunga teratai di dunia ini sebagai bayangan bagi manusia menjadikan sebagai contoh untuk akal lemah manusia ini membayangkan pohon yang sangat indah hiasan lapisan air di 'Arasy Allah Ta'ala. Wallahu'alam.


Naga@Ular Besar - Haiwan Mistik dari 'Arasy.

Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nur ayat 45 dan 46 :


"Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian ada yang berjalan diatas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (45). Sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat (tanda-tanda) yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (46)."

Naga atau Ular Besar ini merupakan haiwan yang dapat hidup di darat dan di air tawar atau asin. Haiwan yang sangat besar dan boleh bergerak di daratan, di udara dan di lautan juga di dalam Bumi. Pergerakannya secara perlahan sehingga tidak dapat dikesan oleh sebarang alat ciptaan manusia dan juga boleh bergerak dengan sangat pantas sepantas kilat yang menyambar. Naga bukanlah haiwan mitos tetapi ia adalah haiwan lagenda yang telah wujud semenjak manusia pertama hidup di dunia ini yakni semenjak Ayahnda Adam a.s. diturunkan ke dunia ini. Naga adalah haiwan yang amat pemalu dan sensitif sifatnya namun sangat agresif dan boleh bertindak di luar jangkaan sesiapa sahaja sebab itulah naga sukar ditemui dan dikesan oleh manusia juga haiwan yang lain.

Bertuah sesiapa yang dapat lihat Kepala Naga

Berbagai nama diberikan oleh manusia di seluruh dunia kepada haiwan Naga atau Ular Besar ini. Raksaksa, Gergasi, Dragon, Derang, Long, Leng, Rong Dabbatul Ard dan sebagainya untuk mengambarkan betapa besarnya makhluk ini. Namun sedarkan kita bahawa Naga ini adalah sejenis makhluk Allah Ta'ala yang sangat jinak dan sangat cantik rupanya kerana Allah Ta'ala suka akan kecantikan dan keindahan juga makhluk Naga ini adalah haiwan peliharaan Allah Ta'ala di daratan luas 'Arasy sana. Pernahkah sesiapa melihat rupa Naga yang sebenarnya? Naga juga haiwan halimunan yang boleh menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal atau ia boleh merupakan bentuknya seperti makhluk yang lain namun Naga bukanlah jin atau malaikat ia adalah haiwan peliharaan Allah Ta'ala. Dan dengan Rahmat Allah Ta'ala Naga telah ditugaskan khas untuk membantu para Nabi, Rasul dan para Wali Allah Ta'ala di dunia yang fana ini.

Dari manakah asalnya haiwan Naga ini? Dalam artikel ini hamba hanya ingin berkongsi maklumat tentang asal usul Naga tempat kediaman haiwan misteri ini. "Arasy Allah Ta'ala merupakan suatu padang rumput yang menghijau seluas mata memandang serta sangat indah tidak dapat dibayangkan oleh akal dan minda manusia biasa seperti kita ini. Di padang 'Arasy ini lah Allah Ta'ala memelihara haiwan naga ini yang sangat banyak jumlahnya tidak terhitung oleh pancaindera insan yang sangat lemah seperti kita ini. Haiwan peliharaan Allah Ta'ala ini dijadikan dari unsur air juga selalu berenang riang sambil bermandi manda di dalam lapisan AIR TAWAR di bawah 'Arasy dan menjadikan buah teratai sebagai makanannya serta bunga teratai dan dedaunan teratai sebagai tempat permainannya. Jadi Naga dan Teratai saling perlu memerlukan tidak dapat dipisahkan. Makhluk Naga ini jugalah yang menjadi penjaga dan menyebarkan benih teratai keseluruh kolam, tasik, sungai dan lubuk air tawar di dunia ini. Wallahu'alam.

Naga mungkin mempunyai bulu gebu dan comel seperti kucing.

Percaya atau Tidak Percaya dengan maklumat tentang Teratai dan Naga yang hamba nukilkan di sini tidak akan menjejaskan aqidah dan keimanan saudara dan saudari sekalian. InsyaAllah.


Menembus batas Kewalian - Catatan Spiritual Ibnu Taimiyah

Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Quran yang mulia dan pada sunnah Rasul-Nya s.a.w., bahwa Allah s.w.t. memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia dan syaitan pun memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia. Lalu Dia membezakan antara para penolong Allah dan para penolong syaitan.

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Yunus ayat 62 hingga 64.

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."


Firman Allah Ta'ala lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 257.

"Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Adapun orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah, penyebutan sebagian syarat wali dari segi bahasa, beliau menafsirkan lafaz wali dan muwalah dengan apa yang dicakup oleh ucapannya.
Di antara syaratnya adalah:
1. Memerintahkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dan melaksanakannya.
2. Melarang dengan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala dan ia tidak melanggar apa yang dilarang-Nya.
3. Ia meredhai apa yang Allah Ta'ala redhai dan memurkai apa yang Allah Ta'ala murkai.
4. Menyukai apa yang Allah Ta'ala sukai dan membenci apa yang Allah Ta'ala benci.

Inilah makna wali dari segi bahasa tanpa menghilangkan keberadaan iman dan takwa pada dirinya. Di luar itu, sesungguhnya sifat para wali yang di antaranya merupakan sifat syarat; yakni sifat yang bila tidak ada, maka ia bukanlah seorang wali. Diambil dari firman Allah Ta'ala, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa." (Surah Yunus ayat 63). Yakni kalimat iman dan takwa.


Wali ditinjau dari segi bahasa adalah orang yang menghidupkan, yang mengikuti dan penolong. Dan kecintaan ini menuntut adanya kesesuaian terhadap apa yang dicintainya dan kesesuaian terhadap apa yang dilarang oleh Allah azza wa jalla. Demikianlah dan ini semacam pembeza antara wali-wali Allah Ta'ala dan wali-wali syaitan. Wallahu'alam.

Sekian wassalam.

Sabtu, 17 November 2012

Madrasah Nurul Iman



Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 17/11/2012M bersamaan 3 Muharram 1434H, salam Ma'al Hijrah kepada semua saudara/i se-Islam di mana jua kalian berada di dunia juga di alam barzah. Nukilan kali ini hamba ingin berkongsi bersama saudara/i dan sahabat rakan taulan serta keluarga yang disayangi tentang Madrasah Nurul Iman. 

Madrasah Nurul Iman merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlatar belakang Syariat dan Thoriq. Untuk makluman umum, amalan kerohanian di sini adalah berasaskan kepada amalan tareqat Ahmadiah-Qadiriyyah di bawah pimpinan Ayahnda Syeikh Mahmud Al-Majzub. Pusat-pusat pengajian kesufian bimbingan beliau dimulakan di Semenanjung Malaysia. 
Sila lawat ke blog Madrasah Nurul Iman untuk bacaan selanjutnya.

Asas (akar umbi) madrasah ialah Madrasah Nurul Iman, Batu Lima, Daerah Sik, Kedah yang dibuka pada tahun 1970M.


Senarai Zawiyah Madrasah Nurul Iman

Malaysia
1) Madrasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, Kedah.
2) Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.
3) Madrasah Nurul Iman, Felda Selancar 1, Pahang.
4) Madrasah Nurul Iman, Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.
5) Madrasah Nurul Iman, Pulau Pangkor, Perak.
6) Madrasah Nurul Iman, Pulau Langkawi, Kedah.
7) Madrasah Nurul Iman, Lorong Seri, Alor Setar.
8) Madrasah Nurul Iman, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
9) Madrasah Nurul Iman, Felda Lepar Hilir 1, Pahang.
10) Madrasah Nurul Iman Pengkalan Kubo, Tumpat, Kelantan.


Thailand
1) Madrasah Nurul Iman, Kok Sira, Narathiwat.
2) Madrasah Nurul Iman, Satun (Setoi).
3) Madrasah Nurul Iman, Bangkok.
4)'Muhyiddin' Nurul Iman, Bangkok. (Semua Zawiyah namanya dimulai dengan Madrasah tetapi pada tahun 2006, Syeikh Mahmud telah menamakan ianya dengan 'Muhyiddin' Nurul Iman di Bangkok.

Lain-Lain
1) Singapura
2) Jiyad, Mekah

Antara Halaqah Zikir yang pernah dipimpin oleh
Allahyarham Ayahnda Syeikh Muhyiddin Mahmud Al-Majzub


Terjemahan 
Nasyid Madrasah Nurul Iman

Inilah Madrasah Nurul Iman
Maktab kami Maktab menghayati Iman
Kami berikrar untuk mempelajari Iman
Kami belajar berbagai ilmu pengetahuan
Kami belajar ilmu Hadis dan Al-Quran
Di Syurga Firdaus, kami diredhai Tuhan
Terhadapnya hati penuh kecintaan
Wahai kebanggaan setiap masa dan zaman
Ya Allah! Ya 'Alim! Ya Rahim! Ya Rahman!
Hidupkanlah kekalkanlah Madrasah ini
hingga ke akhir zaman.


Visi, Misi, Matlamat dan Moto Madrasah Nurul Iman

Visi : Liya'budun yang bermaksud untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala (menjadi hamba Allah sehamba-hambanya di bumi Allah.

Misi : Untuk menjadi hamba Allah sehamba-hambanya di bumi Allah. Oleh itu, ahli jemaah Nurul Iman perlu menghayati dan menerapkan dalam kehidupan sifat-sifat berikut :

1. Zuhud - yakni kosong tangannya daripada memiliki sesuatu dan memandang hal keduniaan itu lekeh dan hina serta menyucikan kesannya dari hati.

2. Yakin - yakni menghilangkan keraguan pada sesuatu yang ghaib serta tetap pada ilmunya, tidak berdolak-dalik dan tidak berubah-ubah hati.

3. Khusyuk - yakni perasaan sentiasa takut dan hina kepada Tuhan yang mengetahui alam ghaib, yang berkekalan dalam hati.

4. Tawahu' - yakni tunduk, patuh dan melaksanakan perintah Allah serta dapat menerima teguran.

5. Tazallul - yakni hina diri.

6. Tamalluq - yakni rintihan hati untuk bertemu Allah dengan pada permulaannya timbul perasaan kasih sayang (mahabbah) kemudian datangnya rindu (tamalluq - hati sentiasa rindu untuk bertemu Allah)

7. Takhauwwuf - yakni rintihan ketakutan sehingga timbul rasa tenang dalam hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Matlamat : "Tanha 'anil fahsha iwal munkar" yakni menegah atau menghalang daripada melakukan kekejian dan kemungkaran.

Moto : "JADI HAMBA ALLAH, BUAT KERANA ALLAH, MASYA ALLAH"



TAFSIRAN LOGO NURUL IMAN


TIGA BINTANG GEMERLAPAN
  • Kepimpinan kerohanian di bawah pancaran Kerasulan Nur Muhammad Sallallahu’alaihi Wassallam

KUBAH
  • Tampuk kepimpinan kerohanian yang mantap dan sentiasa mengadap KEHADRAT Yang Maha Agung

ENAM JALUR HIJAU PADA KUBAH
  • Tauhid yang tinggi berdasarkan enam rukun Iman. Keyakinan yang bulat. Tiada Yang lain selain Allah.

WARNA PUTIH BERAIR DI BAWAH KUBAH
  • Hati yang bersih
  • Jiwa yang suci
  • Keikhlasan yang tinggi
  • Kebenaran Ilmu dan Kerohanian yang di bawa adalah “NYATA” & “JELAS”
  • Guru mendapat “ILMU” dengan AIRMATA bukan melalui cerita atau dengan gelak tawa.

HIJAU MUDA
  • Cahaya Ke Islaman bersinar kembali

LINGKARAN TASBIH
  • Huruf Q – sebagai lambang KUALITI
  • Organisasi Nurul Iman di pimpin oleh seorang yang berkualiti dan Ahli Jemaah Nurul Iman juga seharusnya memiliki ciri-ciri yang berkualiti.
  • Rapatnya susunan biji tasbih menggambarkan satu saf yang rapat dan ikatan ukhwah/mahabbah dan silaturrahim.

WARNA BIRU
  • Mengajak kita supaya marilah sama-sama mengharungi lautan kesufian yang tidak bertepi dan tenggelam dalam Kebesaran Allah.

FAJAR DI UFUK
  • Nurul Iman semakin gemerlap dan semakin menyerlah

  • Nurul Iman sebenarnya sudah mencapai taraf “INTERNATIONAL @ Antarabangsa”

BULATAN DI LUAR LOGO
  • Untuk mengikuti acara kerohanian mestilah memBULATkan hati kepada ALLAH.


    Sekian wassalam. Wallau'alam...

    Nukilan dibuat d'Studio Loonaq Records, Kundang Selangor

Sabtu, 10 November 2012

Kisah Anak-anak Ishaq a.s. dan Anak-anak Ya'qub a.s.


Makam Ayahnda hari ke-40


Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Jumaat 09/11/2012M bersamaan 24 Zulhijjah 1433H genaplah 42 hari Ayahnda Syeikh Mahmud al-Majzub kembali ke Rahmatullah, dan genaplah 52 hari Maulana Ibrahim (Pak Teh) meninggalkan alam fana ini. Juga genaplah 52 hari anaknda Nur Fatimah Zahra melihat alam dunia yang penuh warna warni ini.

Kepada saudara/i yang tengah bersiap-siap untuk pulang ke tanah air dari menunaikan rukun Islam kelima,, berhati-hati di perantauan, kepulangan anda dinantikan oleh keluarga tersayang.... Semoga selamat pulang dan selamat sampai di sisi keluarga tersayang... insyaAllah selamat semuanya.

Fatimah Zahra hari ke-40

Artikel kali ini adalah sambungan bagi artikel Kisah Ayahnda Ishaq a.s. dan Ya'qub a.s. minggu lalu.

Ayahnda Ishaq a.s. dikurniakan dua orang putera, 'Iso (Al-Ish) dan Ya'qub (Israil). Ayahnda Ishaq a.s. lebih menyayangi Al-Ish daripada Ya'qub kerana rasa tidak senang melihat Rifqah (isterinya) lebih menyayangi putranya yang bongsu, Ya'qub. Pernah terjadi suatu kejadian dalam keluarga itu. Biasanya, Ayahnda Ishaq a.s. lebih senang meminta 'Ish menghidangkan makanan kepadanya. Melihat sikap yang demikian itu, Rifqah menyuruh putranya, Ya'qub untuk menghidangkan makanan sebelum Al-Ish. Maka makanlah Ayahnda Ishaq a.s. dan mendoakan atas kebaikan Ya'qub. Ketika Al-Ish mengetahui hal ini dia marah dan mengancam adiknya.

Melihat keadan yang tegang antara kedua putranya ini, Rifqah akhirnya menganjurkan kepada Ya'qub untuk mengunjungi saudara (ibunya) bernama Laban yang tinggal di daerah Haron, Iraq dan tinggal di sana bersama bapa saudaranya dan mengahwini anak bapa saudaranya itu. 


Kemudian Rifqah meminta kepada suaminya agar menyuruh Ya'qub untuk pergi, memberi wasiat dan memberikan doa kepadanya. Maka  pergilah Ya'qub menuju ke rumah bapa saudaranya yang bernama Laban dan menghambakan diri kepadanya sebagai syarat untuk dapat mengahwini putrinya yang bernama Rahil. Akan tetapi bapa saudaranya menghendaki untuk dikahwinkan dengan putrinyayang lebih tua, yaitu Lailah. Setelah sampai waktunya, Ya'qub mengadap bapa saudaranya, "Saya hanya menghendaki untuk kahwin dengan Rahil putri bapak yang tercantik dibanding kakanya". Bapa saudaranya menjawab, "Menurut kebiasaan, kami tidak memperkenankan mengahwinkan anak yang lebih muda mendahului kakaknya. Maka apabila kamu menghendaki adiknya, kamu harus bekerja lagi selama 7 tahun".  Setelah dipenuhi persyaratan tersebut maka dikahwinkan Ya'qub dengan dua putri kandung bapa saudaranya itu. Dan memadu dua wanita sekandung menurut syariat zaman tersebut diperbolehkan.

Laban memberi masing-masing anaknya seorang budak perempuan Lailah diberi seorang budak bernama Zulfa, sedang Balhah diberikan kepada Rahil. Kemudian dua isteri Ya'qub masing-masing menghadiahkan budaknya kepada suaminya sehingga Ya'qub mempunyai empat orang isteri dan mempunyai 12 orang anak dari mereka berempat.

Dari Lailah dikurniai 6 orang anak yaitu Raubin, Samiun, Lawi, Yahudza, Yasakir dan Zabolon. Dari Rahil dikurniai 2 orang anak yakni Yusuf dan Bunyamin. Dari Balhah dikurniai 2 orang anak yakni Daan dan Naftalii. Sedangkan dari Zulfa juga dikurniai 2 orang anak yakni Jad dan Asyir.


Sesudah 20 tahun Ya'qub tinggal bersama bapa saudaranya (bapa mertuanya) Laban, ia meminta izin untuk kembali kepada keluarganya di Kan'an, dan mertuanya mengizinkan. Setelah Ya'qub sampai di daerah Kan'an, tepatnya sampai di Palestin, ia menyadari bahwa saudaranya yang bernama 'Iso pasti akan mencegatnya di daerah yang jaraknya 400 kaki dari tempat tinggalnya. kerana ia merasa khawatir akan terjadi sesuatu dengannya, maka Ya'qub mempersiapan suatu hadiah untuknya yang dihantarkan oleh anak-anaknya. 'Iso merasa gembira sekali ketika menerima hadiah dari saudaranya itu. Kemudian ia meninggalkan tempat kediamannya untuk adiknya dan dia pergi ke Gunung Sya'ir. Sedangkan Ya'qub langsung menghadap ayahnya, Ishaq a.s. Kemudian Ayahnda Ishaq a.s. memberi tempat tinggal Ya'qub di kampung Habrun yang kemudian disebut daerah Al-Halil.

Ayahnda Ishaq a.s. hidup selama 180 tahun, dan setelah wafat dikebumikan di kampung Al-Mughirah, tempat bapaknya Ibrahim a.s. disemadikan.


Al-Asbath

Yang dimaksudkan Al-Asbath ialah anak-anak Ayahnda Ya'qub a.s. yang berjumlah 12 orang itu. Kata Asbath adalah jamak, sedangkan tunggalnya sabath yang artinya anak atau cucu.

As-Sabath dalam bahasa Yahudi dan berarti Kabilah dalam bahasa Arab yakni mereka yang mempunyai nenek moyang (ayah) yang satu. Dan masing-masing anak Ya'qub sebagai ayah dari Sabath di kalangan bangsa Israil. Maka seluruh bangsa Israil merupakan keturunan dari 12 anak Ya'qub tersebut.


Dari Al-Asbath ini lahirlah beberapa orang Nabi. Antara lain, dari Sabath Lawi muncul beberapa Nabi, yakni Musa, Harun, Ilyas dan Ilyasa. Dari Sabath Yahudza lahir Nabi Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa. Sedang dari Sabath Bunyamin muncul seorang Nabi, yaitu Yunus alaihiwassalam tuwassalam.

Di antara putra-putra Ya'qub a.s., Allah Ta'ala memilih Yusuf sebagai Nabi. Al-Quran menjelaskan sebagai berikut,

"Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata, 'Allah tidak akan mengirim seorang (Rasul pun) sesudahnya'. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu".
(Surah Al-Mukmin ayat 34)




Wallahu'alam... Sekian Wassalam.

Jumaat, 2 November 2012

Kisah Ayahnda Ishaq a.s. dan Ya'qub a.s.


Assalamu'alaikum...wrt, hari ini Jumaat 02/11/2012M bersamaan 17 Zulhijjah 1433H marilah sama-sama kita hayati sedikit kisah Ayahnda Ishaq a.s. dan Ya'qub a.s. yakni leluhur bani Israil.

Ayahnda Ishaq a.s. adalah putra Ayahnda Ibrahim a.s. dari isterinya yang bernama Sarah. Di antara keturunannya adalah Nabi-Nabi dari Bani Israil.

Nama Ishaq di dalam bahasa Ibrani, yashhak berarti yadhhak. Diistilahkan demikian kerana ibunya tertawa sendirian ketika Malaikat menyampaikan berita gembira bahwa dirinya akan mempunyai anak. Hal ini mengingat ketika itu ia merasa telah berusia 90 tahun yakni usia yang sudah terlalu tua untuk melahirkan seorang anak, dan usia suaminya sudah mencapai 100 tahun.

Dapat dikatakan bahwa seluruh Nabi (baik dari Israil maupun bangsa Arab) adalah keturunan Ayahnda Ibrahim a.s. dari putranya Ishaq a.s. dan Ismail a.s.

"..... dan Kami jadikan kenabian dan Al-Kitab pada keturunannya".
(Surah al-Ankabut ayat 27)


Al-Quran juga menerangkan kenabian Ishaq a.s. Ia adalah seorang yang soleh, dan Allah Ta'ala mengkhususkan berkah kepadanya sebagaimana berkah terhadap bapaknya, Ayahnda Ibrahim a.s. Malaikat memberi khabar kepada Ayahnda Ibrahim a.s. tentang kenabian Ishaq a.s. dan kesolehannya sebagai berikut,

"Dan kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq, seorang Nabi yang termasuk orang-orang soleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata".
(Surah As-Shaffat ayat 112 - 113)

Allah Ta'ala menjelaskan kenabian Ishaq a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai berikut,

"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberi wahyu kepada Nuh dan Nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya Isa, Ayyub, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud".
(Surah An-Nisa' ayat 163)


Allah Ta'ala juga mengkhususkan Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub sebagai berikut,

"Dan ingatlah hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka pada sisi Kami termasuk orang-orang pilihan yang paling baik".
(Surah Sood ayat 45 - 47)

Berdasarkan ayat ini, Allah Ta'ala memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam untuk mengingati Ayahnda Ibrahim a.s., Ishaq a.s. dan Ya'qub a.s. yang mempunyai ketaatan yang kuat dan mendapat nikmat kenabian. Allah Ta'ala mensucikan dan memilih mereka sebagai Nabi. Mereka adalah orang mulia yang sentiasa ingat akan datangnya kehidupan akhirat, dan mengingatkan orang lain akan hal tersebut. Kerananya mereka dipilih sebagai Nabi di kalangan umat ketika itu.

Ayat Al-Quran ini memberi pelajaran kepada seluruh kaum yang beriman agar kebahagiaan di hari akhirat dijadikan sebagai cita-cita yang didambakan, sehingga dapat mendorong mereka beramal soleh di dalam rangka mendapatkan ridha Allah Azzawajalla.


Sekilas Kehidupan Ayahnda Ishaq a.s. dan Ayahnda Ya'qub a.s.

Al-Quran tidak menerangkan secara khusus kehidupan Ayahnda Ishaq a.s. dan putranya, Ya'qub a.s. kecuali tentang hilangnya salah seorang putra Ya'qub a.s. yang bernama Yusuf a.s. dan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada Yusuf a.s. yang berkaitan dengannya. Dalam pembahasan ini, akan hamba ungkapkan sekilas kehidupan Ayahnda Ishaq a.s. dan Ayahnda Ya'qub a.s. menurut pandangan Ahli Kitab, sebagai berikut;

Pada saat Ayahnda Ibrahim a.s. sudah merasa dekat dengan ajalnya, sedang Ishaq a.s. ketika itu sudah masanya untuk dikahwinkan. Namun, ia tidak menghendaki Ishaq a.s. menikah dengan wanita Kan'an kerana mereka tidak mengenal Allah Ta'ala, di samping bukan sebagai keluarganya. Maka Ayahnda Ibrahim a.s. mengutus seorang hamba kepercayaannya pergi ke Kota Haran, Iraq untuk melamar seorang wanita dari keluarganya. Berangkatlah hamba tersebut menuju Kota Haran, dan berkat inayah Allah Ta'ala, sampailah dia di kota yang di tuju. Kemudian ia memilih seorang wanita bernama Rifqah binti Bitauel bin Nahur. Nahur adalah saudara kandung Ayahnda Ibrahim a.s., berarti Rifqah adalah cucu saudara kandung Ayahnda Ibrahim a.s. Kemudian kembalilah utusan itu membawa Rifqah yang akan dikahwinkan dengan Ishaq a.s.

Setelah sepuluh tahun perkahwinan, Ishaq a.s. dikurniakan dua orang putra. Yang pertama bernama 'Iso, dalam bahasa Arab di sebut Al-Ish. Yang kedua bernama Ya'qub. Ya'qub ini juga dikenali sebagai nama Israil.


Makna Israil : Israil murakkab dari kata Isra yang berarti hamba, kesucian, manusia atau muhajir, dan il berarti Allah. Dengan demikian, Israil adalah bermakna hamba dari kesucian Allah. Ada yang memberikan arti orang yang memerangi atau tentera Allah. Ada yang mengartikan raja yang berjuang bersama Allah.

Wallahu'alam.

Bersambung insyaAllah.....