Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin 21 Oktober 2013M bersamaan 16 Zulhijah 1434H sempena selesainya ibadah Haji tahun ini, hamba nukilkan nasihat
Nabi Khidhir a.s. kepada Nabi Musa a.s. juga untuk pelajaran dan pedoman kepada kita bersama sebagai ummat Nabi
Muhammad s.a.w. di akhir zaman ini.
Umar
Al-Khattab r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Saudaraku, Musa a.s. berkata, ‘Wahai Tuhanku,
perlihatkan kepadaku orang yang Engkau tampakkan kepadaku di perahu’.”
Allah
Ta’ala menurunkan wahyu kepada Musa a.s., “Hai
Musa, kamu akan melihatnya.”
Tidak lama kemudian datang Nabi Khidhir a.s., dengan aroma yang harum dan mengenakan pakaian berwarna putih. Khidhir a.s. berkata, “Salam sejahtera atas kamu wahai Musa bin Imran. Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepada kamu beserta rahmat-Nya.”
Musa
a.s. berkata, “Dialah As-Salam dan
kepada-Nya kesejahteraan serta dari-Nya kesejahteraan. Segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam yang nikmat-nikmatNya tidak dapat aku hitung dan aku tidak
mampu bersyukur kepada-Nya kecuali
dengan pertolongan-Nya.”
Kemudian
Musa a.s. berkata, “Aku ingin engkau
memberiku nasihat yang dengannya Allah memberikan manfaat kepadaku
sepeninggalan kamu.”
Khidhir a.s. berkata,
“Wahai pencari ilmu, sesungguhnya orang yang
berbicara tidak lebih mudah jemu daripada orang yang mendengarkan. Maka
janganlah kau buat orang yang ada di sekitarmu menjadi jemu ketika engkau
berbicara kepada mereka. Ketahuilah bahawa hatimu merupakan bejana (bekas).
Maka perhatikan apa yang diisikan ke dalam bejanamu. Kenalilah dunia dan buang
ia di belakangmu, kerana dunia bukan merupakan tempat tinggal mu, dan apa yang
ditetapkan bagimu tidak ada di dunia.
Ekspresi Tangan Syahadat
Dunia dijadikan sebagai perantara hidup hamba, agar mereka mencari bekal darinya untuk tempat kembali. Hai Musa, letakkan dirimu pada kesabaran, tentu engkau akan selamat dari dosa. Wahai Musa, pusatkan minatmu kepada ilmu kalau memang engkau menghendakinya. Sesungguhnya ilmu itu bagi orang yang berminat kepadanya. Janganlah engkau menjadi mudah kagum kepada perkataan yang disampaikan panjang lebar, kerana banyak perkataan mendatangkan aib bagi orang yang berilmu dan dapat membocorkan rahsia yang mestinya ditutupi. Tetapi semestinya engkau berkata sedikit, kerana yang demikian itu termasuk taufik dan kebenaran.
Berpalinglah dari orang bodoh dan bersikap
lemah-lembut terhadap orang yang dungu, kerana yang demikian itu merupakan
kelebihan para ahli hikmah dan hiasan orang yang berilmu. Jika ada orang bodoh yang mencacimu, diamlah di
depannya lalu menyingkir dari sisinya secara hati-hati, kerana kelanjutannya
tetap menggambarkan kebodohannya terhadap dirimu dan caciannya akan semakin
bertambah.
Wahai anak keturunan Imran, jangan engkau terlihat
memiliki ilmu kecuali sedikit. Sesungguhnya asal keluar dan asal berbuat
merupakan tindakan menceburkan diri kepada sesuatu yang tidak jelas dan
memaksakan diri.
Wahai anak keturunan Imran, janganlah sekali-kali
engkau membukakan pintu yang tidak engkau ketahui untuk apa pintu itu ditutup,
dan jangan tutup pintu yang tidak engkau ketahui untuk apa ia dibuka.
Wahai anak Imran, siapa yang tidak berhenti dari
dunia, maka dunia itu yang akan melahapnya. Mana mungkin seseorang menjadi ahli
ibadah jika hasratnya kepada dunia tidak pernah habis? Siapa yang menghinakan
keadaan dirinya dan membuat tuduhan terhadap Allah tentang apa yang ditakdirkan
baginya, mana mungkin akan menjadi orang zuhud? Adakah orang yang telah
dikalahkan oleh hawa nafsunya akan berhenti dari syahwat? Mana mungkin
pencarian ilmu masih bermanfaat bagi orang yang dipagari kebodohan?
Perjalanan akan menuju ke akhirat dengan
meninggalkan dunia. Wahai Musa, belajar apa yang engkau amalkan agar engkau
mengamalkannya dan jangan engkau menampakkan amalmu agar engkau disebut-sebut,
sehingga engkau mendapatkan kerosakan dan orang lain mendapatkan cahaya.
Wahai anak Imran, jadikanlah zuhud dan takwa
pakaianmu, jadikanlah ilmu dan zikir sebagai perkataanmu, kerana yang demikian
itu membuat Tuhanmu redha. Berbuatlah kebaikan, kerana engkau jiga harus
melakukan yang lainnya. Engkau telah mendapatkan nasihat jika engkau
menghafalnya.”
Setelah
itu Nabi Khidhir a.s. berpaling meninggalkannya, sehingga tinggal dalam keadaan
sedih.
(Direkodkan
oleh at-Tobrani)
Intisari
Nasihat Nabi Khidhir a.s.
- Etika
ketika berucap, jangan bercakap hingga menyebabkan orang lain yang
mendengar menjadi jemu.
- Hati
itu seperti bekas air, setiap orang perlu berhati-hati dalam menentukan
apa yang dimasukkan ke dalamnya.
- Anjuran
agar mengabaikan dunia dan nikmatnya, kerana dunia bukan tempat tinggal
manusia yang abadi.
- Dunia
hanya medium bagi manusia mencari bekalan sebelum berangkat ke akhirat
yang kekal abadi.
- Sifat
sabar boleh menghindari seseorang itu daripada maksiat dan dosa.
- Perlu
bersungguh-sungguh dan berminat dalam menuntut ilmu.
- Percakapan
yang banyak tidak bermanfaat sekiranya bahannya hanya membuka keaiban dan
mendedahkan rahsia kepada orang lain.
- Percakapan
yang sedikit tetapi berhikmah itu lebih bermanfaat.
- Anjuran
agar tidak berkawan dengan orang bodoh kerana kebodohannya itu akan
menyusahkan orang lain.
- Orang
yang bijak akan mendekati mereka yang kurang ilmu bagi membimbing mereka.
- Sekiranya
ada orang mencaci maki, usah membalasnya. Sebaliknya berdiam diri sahaja
dan segera berpaling daripadanya. Sekiranya dibalas segala cercaannya, dia
akan semakin galak mencaci.
- Jangan
berbangga dengan ilmu yang ada dan menunjuk-nunjukkannya kepada orang
lain.
- Jangan
mengharuskan perkara yang diharamkan sekiranya tidak tahu mengapa ia diharamkan.
- Orang
yang terlalu asyik mengejar dunia, akhirnya akan dimusnahkan oleh dunia
itu sendiri.
- Ibadah
tidak dapat dilakukan dengan sempurna sekiranya seorang itu masih terlalu
mengharapkan dunia.
- Seorang
yang zuhud tidak akan menyalahkan Allah di atas segala kekesalan dan
kekurangan yang dihadapinya.
- Orang
yang tewas dengan hawa nafsunya sendiri akan berterusan diperhambai
nafsunya.
- Orang
yang membiarkan dirinya dalam kebodohan tidak dapat memanfaatkan ilmu yang
dipelajarinya.
- Kewajipan
mempelajari segala ibadah yang mahu diamalkan.
- Tidak
sesekali menunjuk-nunjukkan amal perbuatan yang dilakukan kepada orang
lain kerana ia menyebabkan amalan itu sia-sia.
- Sentiasa
bersikap zuhud dan takwa.
- Bercakap berdasarkan ilmu dan zikir.
salam singgah...:)
BalasPadamTerima kasih wahai Puteri Jalanan @ Annur kerana sudi singgah...
Padam