Wahai
Anakku Muhammad!
Allah melimpahkan
berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu
yang sedang menghadapi maut.
Engkau diutus Allah
kepada manusia
Dalam lingkungan Halal
dan Haram.
Engkau dibangkitkan
Allah
Membantu Tauhid dan
Iman
Agama nenek engkau
Ibrahim.
Allah melarang engkau,
Tidak boleh mendekati
berhala,
Jangan bersama golongan
itu (penyembah berhala).
(Nukilan sajak Aminah
binti Wahab, Ibunda Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu akan wafat meninggalkan
Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sampingnya)
Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin 13 Januari 2014 Tahun Masihi, bersamaan 12 RabiulAwal 1435 Tahun Hijrah, juga bersamaan 23 Jadi 10,002 Tahun PuSaka. Selamat tahun baru masihi kepada semua saudara saudari yang hamba hormati sekalian. Sempena bulan RabiulAwal yang juga bulan sempena Maulidul Rasul s.a.w., hamba ingin berkongsi kisah mengenai Rasulullah s.a.w. dan sifat-sifat Baginda s.a.w. yang mulia. Semoga kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menghayati dan mengambil iktibar sebagai suri tauladan untuk kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. InsyaAllah.
Sifat
Rasulullah s.a.w.
Dalam satu riwayat yang
bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum, dikemukakan bahawa beliau pernah
bertanya kepada pamannya yang bernama Hind bin Abi Halah tentang sifat
Rasulullah s.a.w. Hind menjawab;
Rasulullah s.a.w.
adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan
rembulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang pendek dan
lebih pendek dari orang yang tinggi. Baginda berjiwa pelindung.
Rambutnya bergelombang,
apabila baginda menyisir (rambutnya) maka dibelahnya menjadi dua. Apabila
tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir
dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih.
Dahinya lebar, alisnya
melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat
urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah. Hidungnya mancung, di puncaknya
ada cahaya yang memancar, hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira
puncak hidungnya lebih mancung.
Janggutnya tebal, kedua
pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak
jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagikan leher
kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang saja, badannya berisi, perut dan dadanya
sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang
persendiannya besar.
Badannya yang tidak
ditumbuhi rambut Nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat,
tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain
yang disebut tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bagaian atas berbulu halus. Kedua
ruas tulang tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan
dan kakinya tebal, jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke
tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel.
Apabila baginda
berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan
berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan-akan baginda turun ke tempat yang
rendah. Apabila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh
badannya.
Pandangan matanya
terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke
langit. Pandangannya penuh makna. Apabila ada sahabat berjalan, maka baginda
berjalan di belakangnya dan bila berpapasan maka disapanya dengan salam.
(Diriwayatkan oleh
Sufyan bin Wahi’ dari Jami’ bin ‘Umair bin “Abdurrahman al-‘Ajali, dari warga
Bani Tamin bernama Aba ‘Abdullah, dari Hind putera Abi halah yang bersumber
dari Hassan bin Ali r.a.hum.)
Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia’ yang dah mati seperti
Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu
mencari para aulia’ yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu
aulia’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup
balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih
afdal!
Wasiat Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani رضي الله عنه
Diantara wasiat
beliau rah.:
- aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
- aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
- aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
- aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
- aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
- aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
- aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
- aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …
Beliau rah. mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang
dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas
al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat
beliau kepada ayahandanya:
Hendaklah orang yang diijazahkan
menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama
apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh
orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui
segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi
orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.
Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.
Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.
Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah
disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat
Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd).
Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi
berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada
orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal.
Berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya.
Berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya.
Kemudian beliau berkata: Apabila
zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah
penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang
daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya
di atas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika
tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan
Allah, maka Allah akan membantunya.
Kezuhudan
Rasulullah s.a.w.
Kerap berlalu dalam
kehidupan Rasulullah s.a.w. sebulan dan dua bulan, padahal dapurnya tidak
pernah dinyalakan api untuk memasak makanan dan sebagainya. Malah hidupnya
selalu dengan memakan kurma dan meminum air saja.
Abu Hurairah r.a.
pernah berkata : Keluarga Muhammad s.a.w. tidak pernah kenyang dari makanan
selama tiga hari berturut-turut sehingga Baginda s.a.w. wafat (meninggal dunia).
Manakala Ibnu Abbas
r.a. berkata : Adalah Rasulullah s.a.w. kerap tidur bermalam-malam sedang kaum
keluarganya mengikit perut kerana tidak menemui makan malam, dan jika makan,
maka makanannya hanya roti keras dari sya’iir.
Suatu riwayat daripada
Ibnu Umar r.a. pula katanya : Pernah kami keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w.
sehingga kami memasuki kebun-kebun kaum Ansar, maka Baginda s.a.w. pun
mengutip-ngutip kurma yang jatuh di bawah pepohonannya seraya memakannya.
Kemudian Baginda berkata kepadaku ; Hai putera Umar! Mengapa engkau tidak ikut
makan? Aku menjawab : Aku tiada menyukainya, duhai Rasulullah! Maka Baginda pun
menjawab : Tetapi aku menyukainya, kerana hari ini adalah pagi yang keempat
sejak aku tiada merasakan apa-apa makanan. Kiranya aku mahu, boleh aku memohon
Tuhanku yang Maha Agung untuk menyerahkan kepadaku kekayaan Kisra (Parsi) dan
Kaisar (Romawi). Maka bagaimana nanti, wahai putera Umar, jika engkau masih
hidup melihat suatu kaum yang menyimpan rezekinya untuk jangka masa setahun dan
lemah keyakinannya.
Ibnu Umar menyambung
lagi riwayat ini dengan berkata : Demi Allah, tidak berapa lama turunlah pula
fitman Allah Ta’ala yang berikut :
“Dan
betapa banyak dari binatang melata yang tidak memikul rezekinya sendiri. Allah
pulalah yang member rezeki kepadanya dan juga kepada kamu, sedang Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah
Al-Ankabut ayat 60)
Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala tiada pernah menyuruhku untuk menyimpan
dunia, dan menurutkan nafsu syahwat, jadi barangsiapa menyimpan dinar dengan
maksud hendakkan hidup yang panjang, maka sesungguhnya kehidupan itu adalah di
tangan Allah azzawajalla. Sebab itulah aku ini tiada menyimpan dinar atau
dirham (yakni wang ringgit), dan aku juga tiada menyimpan makanan untuk hari
besok.
Baginda s.a.w. pernah
bersabda lagi :
“Tuhanku
telah menawarkan untuk dijadikan bumi Makkah emas, tetapi aku berkata
kepadaNya; Tidak, duhai Tuhanku! Biarlah aku kenyang suatu hari, dan aku lapar
di hari yang lain. Bila aku merasa lapar, niscaya aku akan menghadapkan wajahku
kepadaMu serta mengigatiMu. Dan jika aku kenyang pula, niscaya aku akan
mensyukuri nikmatMu serta memuji-mujiMu.”
Tersebut daripada
Al-Hasan Al-Bishri rahimahullah, katanya : Adalah Rasulullah s.a.w. sentiasa
membantu orang lain dengan tangannya sendiri sampai menampalkan pakaian yang
koyak pun pernah Baginda melakukannya supaya menjadi contoh tauladan kepada
ummatnya. Baginda s.a.w. tidak pernah mengumpulkan makanan siang dengan makanan
malam (yakni tiada memakan makanan yang sama siang dan malam) selama tiga hari
berturut-turut, sehinggalah Baginda kembali ke rahmatullah azzawajalla,
moga-moga Allah menambahnya keutamaan dan kemuliaan.
** Orang-orang dalam
kategori ini tidak mesti semuanya fakir dan miskin keadaannya, tetapi mereka
memang suka hidup dalam keadaan sempit dan serba kekurangan, tidak ingin
membiasakan diri hidup senang dan mewah kerana bimbang hidup yang semacam itu
akan menarik diri kepada kelalaian dan kurang ingat kepada Allah dan hari
kemudian.
Wallahu’alam.
Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله
قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ
Beliau
rah. berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus
menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai
Muhammad s.a.w. inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita
mengikuti Baginda atau tidak?
Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju
kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan
kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.
Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.
Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
Petunjuk
Kebenaran
Padahal kamu adalah
tetap akan memerlukan seseorang untuk membimbing diri kamu ke jalan yang benar.
Siapakah yang dapat
kamu harapkan dan beri sepenuh kepercayaan untuk menunjukkan jalan kebenaran
itu?
Melainkan Allah s.w.t.
dan Rasulullah s.a.w. dan Aulia’-Nya.
(Nukilan A.M.
Latif 21/09/1995)
Pondok Derang
Kedah Darul Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan