Selamat menyambut hari raya haji/korban/aidil adha
Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Rabu, 24/10/2012M bersamaan 08/12/1433H. InsyaAllah dua hari lagi seluruh umat Islam akan merayakan Aidil Adha atau hari Raya Korban. Hari Raya Haji juga dinamakan oleh kebanyakan umat Islam.
Istimewanya Hari Raya Haji/Korban tahun ini kerana akan disambut pada hari Jumaat (penghulu segala hari), dikenali juga 'Haji Akbar' di mana Solat Subuh pagi Jumaat di kebanyakan masjid ahli jemaah akan bersujud sajadah, kemudian dalam waktu Dhuha umat Islam beramai-ramai akan bersolah sunat Aidil Adha, selepas itu ibadah KORBAN akan dilaksanakan dan kemuncaknya Seluruh umat Islam lelaki akil baligh akan solat Jumaat di Masjid seluruh dunia. Dan ibadah korban akan diteruskan hingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah 1433H. InsyaAllah.
Pata tahun 2009M juga hari Raya Haji disambut pada hari Jumaat.....'Haji Akbar'..... ada suatu peristiwa besar bakal berlaku.... wallahu'alam.
Pata tahun 2009M juga hari Raya Haji disambut pada hari Jumaat.....'Haji Akbar'..... ada suatu peristiwa besar bakal berlaku.... wallahu'alam.
KORBAN - Menurut Mazhab Syafie.
Pengertian Korban
Korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala pada hari raya Haji.
Dalil Disyariatkan Korban
Dalil disyariatkannya ialah firman Allah Azzawajjala :
“Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Maksud berkorbanlah mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban.
Al-Bukhari (5245) dan Muslim (1966) meriwayatkan :
Nabi s.a.w. telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda s.a.w. menyembelih kedua-duanya dengan tangannya sendiri dan Baginda s.a.w. telah menyebut Nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.
Hikmah Disyariatkan Korban
Seharusnya diketahui bahwa korban merupakan satu ibadah kepada Allah Ta'ala, dan hikmah serta faedah bagi sesuatu ibadah (selain dari hikmahnya untuk menyatakan pengabdian diri dan tunduk kepada Allah) merupakan satu perkara yang pasti ada pada setiap ibadah-ibadah yang disyariatkan.
Di antara hikmah yang paling unggul dan jelas yang berkaitan dengan ibadah korban ialah untuk menghidupkan erti pengorbanan yang besar sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Ayahnda Ibrahim a.s., ketika Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah supaya menyembelih anaknya. Kemudian Allah Ta'ala menebusnya dengan suatu penyembelihan yang agung iaitu seekor kibasy yang diturunkan oleh Allah Ta'ala dan memerintahkan Ayahnda Ibrahim a.s. menyembelihnya (sebagai tebusan kepada anaknya). Semuanya berlaku setelah Ayahnda Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s. berusaha melaksanakan perintah Allah Ta'ala dengan keimanan yang benar dan yakin.
Selain daripada hikmah tersebut, ibadah korban juga mengandungi pengertian pertolongan kepada orang-orang fakir dan orang yang memerlukan pertolongan. Serta dapat menambah rasa gembira kepada mereka, ahli keluarga dan tanggungan pada hari raya. Dengan itu, akan lahirlah ikatan persaudaraan Islam yang kuat antara individu dalam masyarakat Islam dan dapat menanam semangat hidup bermasyarakat dan rasa kasih sayang ke dalam hati mereka.
Hukum Korban
Hukumnya ; Sunat Muakkad dan boleh menjadi wajib dengan dua sebab,
Pertama : Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang-binatang yang sesuai untuk korban yang menjadi miliknya. Seperti dia menyatakan : "Ini korbanku" atau "Aku akan korbankan kambing ini", ketika itu korban manjadi wajib ke atasnya.
Kedua : Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan korban. Seperti dia berkata : "Wajib ke atasku korban kerana Allah". Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.
Siapakah yang Dituntut Supaya Berkorban?
Sesungguhnya korban disunatkan kepada sesiapa yang mempunyai syarat-syarat berikut,
1) Islam : Oleh itu ia tidak ditujukan kepada orang yang bukan Islam.
2) Baligh dan berakal : Oleh itu orang yang belum baligh dan tidak berakal, gugur taklif tersebut daripadanya.
3) Berkemampuan : Dengan memiliki harta yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.

Binatang yang Disyariatkan untuk Korban
Tidak sah korban kecuali dengan unta atau lembu (kerbau) atau kambing. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala ;
Maksudnya:
"Dan bagi tiap-tiap umat Kami syari‘atkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”
"Dan bagi tiap-tiap umat Kami syari‘atkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”
(Surah Al-Hajj 22:34)
Perkataan binatang ternakan sebagaimana dalam ayat di atas bermaksud tidak terkeluar daripada 3 jenis binatang ternakan iaitu unta, lembu dan kambing.
Juga berdasarkan bahwa tidak dinaqalkan/diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat r.hum bahwa mereka berkorban dengan binatang lain.
Yang paling afdhal ialah unta, kemudian lembu, kemudian kambing.
Harus korban dengan satu bahagian daripada tujuh bahagian unta dan lembu (seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian).
Diriwayatkan daripada Muslim (1318), daripada Jabir r.a. katanya :
"Kami melakukan korban bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun Hudaibiyah dengan dibahagikan seekor unta kepada tujuh bahagian dan seekor lembu juga dibahagikan kepada tujuh bahagian."
Kalimah unta di sini adalah termasuk unta jantan dan betina.
Syarat-syarat binatang korban
i) Umur : Syarat bagi unta mestilah umurnya sudah memasuki tahun keenam dan syarat bagi lembu dan kambing (al-Maiz) mestilah umurnya sudah memasuki tahun ketiga.
Manakala syarat bagi kambing biri-biri (al-Dho'nu), mestilah umur sudah masuk tahun kedua atau gigi hadapannya telah gugur (kerana bersalin) walupun belum sampai satu tahun. Ini berdasarkan hadis riwayat Ahmad (2/245) daripada Abu Hurairah r.a. katanya, aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sebaik-baik binatang korban ialah kambing biri-biri yang berusia dua tahun."
ii) Selamat (tidak cacat) : Ketiga-tiga jenis binatang ternakan di atas mestilah tidak mempunyai kecacatan yang boleh menggurangkan dagingnya. Oleh itu kambing yang telah tiada otaknya disebabkan terlalu kurus, adalah tidak memadai untuk dikorbankan. Begitu juga binatang yang nyata tempangnya atau yang buta sebelah mata atau sakit atau yang terpotong sebahagian telinganya. Semua keadaan tersebut tidak memadai dan tidak sah untuk dibuat korban.
At-Tirmizi (1497) dan Abu Daud (2800) meriwayatkan daripada Al-Barra' bin Azib daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya :
"Empat perkara yang menyebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk dikorbankan. Yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas tempangnya dan yang terlalu kurus hingga tidak berotak".
Keaiban yang disebutkan di atas diqisaskan kepada semua jenis keaiban yang seumpamanya yang boleh menyebabkannya kurus dan kurang dagingnya.
Waktu Korban
Waktunya bermula selepas terbit matahari hari raya haji sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari tasyrik 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Waktu Afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat hari raya. Disebutkan dalam hadis riwayat Al-Bukhari (5225) dan Muslim (1961):
"Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya) ialah kami sembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan untuk ibadah korban sedikit pun."
Makna perkataan : "Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu" ialah sebelum masuk waktu sembahyang hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan sembahyang.
Ibnu Hibban (1008) meriwayatkan daripada Jabir bin Mut'in r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Setiap hari Tasyrik adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih)"
Apa yang Dibuat dengan Korban Selepas Disembelih
Sekiranya korban itu wajib; sama ada dengan nazar atau ditentukan sebagaimana yang telah dijelaskan, maka tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka yang di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut. Sekiranya salah seorang daripada mereka memakan sedikit daripadanya, maka hendaklah diganti dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian (sekadar daging yang dimakan).
Sekiranya korban itu sunat, narus baginya makan sekadar yang dikehendaki dengan syarat dia hendaklah bersedekah sedikit daripadanya. Yang paling afdhal ialah makan sedikit untuk keberkatan dan bakinya disedekahkan. Harus baginya makan satu pertiga, dan sati pertiga disedekahkan kepada fakir dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekalipun mereka adalah orang kaya.
Walau bagaimanapun, apa yang diberikan kepada orang kaya adalah hadiah untuk dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya. Dan apa yang diberikan kepada orang fakir adalah untuk dimiliki. Oleh itu dia bebas, sama ada hendak memakannya atau menjualnya.
Dalilnya ialah firman Allah Ta'ala :
"Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila ia telah roboh (mati) maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."
(Surah Al-Hajj ayat 36)
Perkataan unta (al-Budnu) yang terdapat di dalam al-Quran iaitu binatang unta yang disembelih oleh orang yang berihram haji untuk dihadiahkan kepada fakir miskin. Dan diqiaskan binatang-binatang korban yang lain dengannya.
Bagi orang yang berkorban, dia boleh sedekahkan kulit binatang korbannya atau dimanafaatkan untuk dirinya. Tetapi tidak boleh dijual atau diberi kepada penyembelih binatang korban sebagai upah kepada penyembelihannya. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadah korbannya.
Al-Baihaqi (9/294) meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. sabdanya :
"Barangsiapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tidak ada korban baginya."
Sunat dan Adab-adab Ibadah Korban
Pertama : Apabila masuk 10 Zulhijjah dan dia berazam melakukan ibadah korban, dia disunatkan untuk tidak menghilangkan bulu atau memotong kuku. Oleh itu, dia hendaklah menjaga bulu dan kukunya dengan baik. Imam Muslim (1977) meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. sabdanya :
"Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah Korban, maka hendaklah dia tidak menghilangkan bulu dan kukunya."
Kedua : Disunatkan kepada orang yang berkorban menyembelih binatang korbannya sendiri. Sekiranya dia tidak boleh melakukannya kerana uzur atau lain-lain, maka dia hendaklah hadir bersama menyaksikan penyembelihan yang dilakukan.
Al-Hakim (4/222) meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah r.a.
"Bangunlah kepada korbanmu dan saksikanlah ia kerana sesungguhnya (dengan tertitisnya) titisan darah yang pertama maka akan diampunkan dosamu yang terdahulu. Fatimah bertanya : Wahai Rasulullah, ini adalah untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan orang-orang Islam seluruhnya? Rasulullah menjawab : Bahkan untuk kita dan untuk orang-orang Islam seluruhnya."
Ketiga : Sunat bagi hakim (pemerintah) orang-orang Islam atau pemimpin mereka untuk berkorban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang Islam. Sesungguhnya diriwayatkan daripada Muslim (1967) :
"Rasulullah s.a.w. telah korbankan seekor kibasy. Dan Baginda mengucapkan semasa sembelih : Dengan nama Allah, Ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Baginda menyembelih di tempat sembahyang, di mana orang ramai berkumpul untuk sembahyang. Dan Baginda menyembelih binatang tersebut dengan tangan Baginda sendiri."
Al-Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya (5232) daripada Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. menyembelih (binatang korbannya) di tempat didirikan sembahyang."
Wallahu'alam....
Ibadah qurban menurut pandangan Islam
IBADAT KORBANclik
Korban
Alhamdulillah. Salam Aidil adha. Selamat berkorban segala.
BalasPadamSentiasa bersedia berkorban jiwa raga untuk Agama tercinta bila2 masa sahaja dengan izin Allah s.w.t....insyaAllah.
BalasPadam