Assalammu'alaikum...wrth, hari ini ISNIN 22 April 2013 Masihi bersamaan 11 Jamadil'akhir 1434 Hijrah juga bersamaan 3 Syur 10,001 tahun PuSaka hamba nukilkan syarahan Ayahnda As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dipetik dari kiitab Sirrul Asrar. Semoga hamba dan saudara-saudari sekalian, sama-sama kita beroleh pengajaran dan kebaikan dari nukilan kali ini sempena beradanya kita dalam suasana PRU13.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, bahwa manusia tidak akan lepas dari BAHAGIA dan CELAKA. Bahagia dan celaka terdapat pada setiap manusia. Bila kebaikan dan keikhlasannya lebih banyak, ertinya nafsuniyahnya telah digantikan dengan ruhaniyah, maka celakanya akan ditukar dengan bahagia. Sebaliknya, bila mengikuti nafsunya, maka kejadiannya adalah sebaliknya. Bilamana sama antara bahagia dan celakanya, maka lebih diharapkan pada kebaikannya.
Firman Allah Ta'ala; "Barangsiapa melakukan amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya".
Surah Al-An'am ayat 160.
Adapun orang yang lebih banyak kebaikannya, maka ia masuk syurga tanpa hisab. Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Qari'ah ayat 6 dan 7 ; "Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikannya), maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai".
Dan bila dia masih mempunyai iman, dia akan keluar dari neraka dan masuk syurga. Yang dimaksudkan dengan bahagia dan celaka ialah kebaikan dan keburukan yang silih berganti. Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Orang yang celaka boleh jadi bahagia dan orang yang bahagia boleh jadi celaka. Tolok ukurnya adalah kebaikannya lebih banyak, maka ia bahagia".
Manusia yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, berarti dia sedang menggantikan kecelakanya menjadi bahagia.
Adapun yang murni dari azali tentang bahagia dan celaka semua manusia pun sama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ; "Orang yang akan bahagia talah ditetapkan kebahagiaannya dalam perut ibunya. Begitu pun yang celaka telah ditentukan celakanya dalam perut ibunya".
Namun seorang pun tidak boleh membahas tentang perkara ini, sebab bahasan di bidang ini adalah rahsia Qudrat Allah Ta'ala yang kalau manusia memaksakan perbahasannya, mereka akan terpeleset menjadi zindik (meninggalkan ibadah syariat dan merasa cukup dengan suratan taqdir)
Seseorang tidak boleh berhujah tentang rahsia Qudrat Ilahi, umpamanya sahaja : Seseorang meninggalkan amal baik ia berkata; "Aku sudah ditentukan untuk menjadi orang celaka, untuk apa aku beramal baik, dan kalau pun aku ditentukan untuk menjadi orang bahagia, dosa-dosaku tidak akan menjadi mudharat bagiku".
Ayahnda Syeikh Abdul Qadir Jailani q.s. membuat contoh : Seperti Iblis, ketika dia mengelak tentang tidak menghormati Adam a.s., dia berkelit pada haqiqat Qadar. (Ketika dia ditanya mengapa engkau tidak menghormati Adam?, dia menjawab : "Inikan taqdir Mu, Ya Allah"). Dengan begitu dia kufur dan diusir dari syurga. Sebaliknya, Nabi Adam a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. selalu menimpakan kesalahannya pada diri sendiri, maka mereka bahagia dan diberi rahmat.
Yang wajib bagi setiap muslim adalah jangan berfikir tentang haqiqat Qadar, agar kita tidak tergoda dan terpeleset menjadi zindik. Justru yang wajib bagi seorang muslim mukmin adalah beriqtikad bahawa Allah s.w.t. adalah Maha Bijaksana. Segala sesuatu yang terjadi dan terlihat oleh manusia di muka bumi ini, seperti ; kekufuran, kemunafikan, kefasikan, dan sebagainya itu adalah sebagai perwujudan dari keMaha Kuasaan Allah dan Hikmah-Nya dari segala kejadian tersebut.
Dalam hal ini terdapat rahsia yang luar biasa yang tidak akan dapat digali, kecuali oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam sebuah hikayat diceritakan bahawa sebahagian orang arif bermunajat kepada Allah Ta'ala dengan kata-kata ; "Ya Allah Engkau telah memastikan dan Engkau telah menghendaki dan Engkau telah menciptakan maksiat dalam diriku". Maka datanglah suara ghaib : "Hai hambaku, kata-katamu itu adalah syarat tauhid, mana hak ibadahmu?" Orang arif tadi kembali melaksanakan ibadah dan dia berkata ; "Aku salah dan aku telah berdosa dan aku telah berbuat zalim pada diriku". Kembali datang suara ghaib : "Kuampuni salahmu. Aku yang mengampuni dan Aku yang menyayangi".
Maka yang wajib bagi semua mukmin adalah berpandangan bahawa amal yang baik adalah atas Taufik Allah Ta'ala dan amal yang jelek adalah dari diri sendiri, sehingga dia termasuk dalam golongan hamba-hamba Allah Ta'ala yang diceritakan dalam firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 135 : "Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka mengingati Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah".
Kalau seorang hamba menganggap bahwa maksiat adalah dari dirinya sendiri, maka dia termasuk orang yang beruntung dan selamat, sebaliknya dia termasuk orang yang celaka kalau dia menganggap bahwa dosa adalah dari Allah ta'ala, walaupun secara hakiki memang Allah Ta'ala penciptanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa bahagia dan celaka telah ditetapkan dalam perut ibunya. Yang dimaksud dengan kata 'ibu' menurut hadits tadi adalah berkumpulnya empat unsur (tanah, air, api dan angin) yang menimbulkan kekuatan kemanusiaan. Tanah dan air menimbulkan kebahagiaan, sebab keduanya merupakan sumber hidup dan yang menimbulkan iman, ilmu dan tawadu' di dalam hati. Sedangkan api dan angin adalah sebaliknya, sebab kedua-duanya merupakan penghancur dan yang mematikan.
Maha Suci Allah yang menggumpulkan antara sesuatu yang berlawanan di dalam tubuh manusia, seperti dalam tubuh manusia terkumpul api dan air, demikian pula memadukan antara cahaya dan kegelapan dalam awan. Firman Allah Ta'ala : "Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung". Surah Ar Ra'd ayat 12.
Sayyid Yahya bin Mu'ad Ar-Razi ditanya : "Wahai Syeikh dengan apa engkau ma'rifat kepada Allah?". Beliau menjawab : "Dengan terpadunya sesuatu yang berlawanan". Maka dari itu manusia adalah gambaran dari Allah Ta'ala. Keterpaduan itu disebut Kaunan Jami'an dan 'Alaman Qubra, kerana Allah Ta'ala menciptakan dengan kekuatanNya, iaitu dengan sifat memaksa dan sifat lemah lembut.
Oleh sebab itu, cermin pun mempunyai dua sisi, iaitu sisi yang kasar dan sisi yang halus. Hal itu menunjukkan suatu nama yang terpadu. Berbeza dengan benda-benda yang lain, ia diciptakan dengan satu kekuasaan saja, misalnya sifat halus sahaja seperti malaikat. Malaikat adalah gambaran dari sifat Allah Subbuhun Quddusun sahaja. Atau sifat memaksa sahaja, seperti Iblis dan keturunannya. Mereka adalah gambaran dari sifat Al-Jabbar. Oleh sebab itu, mereka selalu sombong.
Kerana manusia menjadi makhluk yang terpadu antara sifat lemah lembut dan memaksa, memadu semua alam, alam tinggi maupun alam bawah. Maka para Nabi dan para Wali tidak terlepas dari terpeleset. Para Nabi dijaga dari mengerjakan dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, tetapi dari dosa kecil tidak terjaga. Sedangkan para Wali tidak Maksum tetapi Mahfud. Mereka dijaga dari dosa-dosa besar setelah sempurna kewaliannya.
Syeikh Syahqiq Al-Balhiyi r.a. berkata bahwa tanda bahagia itu ada lima :
1. Hati yang lunak
2. Banyak menangis (kerana ingat akan dosa)
3. Zuhud dari dosa
4. Tidak banyak lamunan
5. Rasa malunya tinggi
Sebaliknya, tanda celaka ada lima :
1. Hatinya keras
2. Susah mengeluarkan air mata
3. Mencintai dunia
4. Banyak lamunan
5. Sedikit malunya
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahwa tanda bahagia itu ada empat :
1. Bilamana mendapat amanat dia bertindak adil
2. Kalau berjanji dia mematuhi
3. Benar dalam bicara
4. Bila berdebat tidak mencaci maki
Sebaliknya tanda celaka ada empat :
1. Khianat dalam amanat
2. Mengingkari janji
3. Bohong bila berbicara
4. Mencaci maki bila berdebat.
Seorang salik harus banyak memaafkan (mengampunkan) kesalahan saudara-saudaranya, kerana sifat pemaaf (pengampun) adalah dasar agama yang paling tinggi. Allah Ta'ala memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. : "Berikanlah ampunan pada mereka. Perintahkan kebajikan dan jangan terpengaruh oleh orang-orang yang bodoh". Surah Al-A'raf ayat 199.
Perintah 'ampunilah' bukan hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sahaja, tetapi perintah tersebut adalah umum bagi semua umat Nabi Muhammad s.a.w. Kerana suatu perintah apabila keluar dari seorang raja pada seorang pegawai bererti perintah bagi seluruh warga negara di bawah pegawai tersebut. Kalau sahaja perintah itu ditujukan kepada seorang yang melakukan sahaja maka yang dimaksudkan dengan 'khudil afwa' adalah kamu harus berkelakuan sebagai seorang pengampun.
Orang yang menjadi pengampun atas kesalahan orang lain, bererti dia sudah menggunakan nama di antara nama-nama Allah iaitu Al-Afuwu. Allah Ta'ala berfirman dalam surah As-Syura ayat 40 : "Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka Allah memberi pahala kepadanya".
Ketahuilah sifat celaka akan diganti dengan sifat bahagia. Begitu pun sebaliknya, bahagia akan diganti dengan celaka melalui pendidikan, seperti sabda Rasulullah s.a.w. : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan membawa fitrah Islam, tetapi kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".
Hadist ini menjadi dalil bahawa setiap manusia mungkin menerima bahagia maupun celaka. Kita tidak boleh mengatakan bahawa seorang manusia pasti bahagia atau pasti celaka secara mutlak. Tetapi bicaralah bahawa dia akan menjadi orang bahagia apabila kebaikannya lebih banyak dari keburukannya dan dia akan celaka apabila keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya.
Orang yang menghukum orang lain bukan dengan kata-kata tadi, bererti dia telah tersesat. Sebab dia telah beriqtikad bahwa manusia masuk syurga tanpa amal dan taubat, masuk neraka tanpa maksiat. Iqtikad seperti ini bertentangan dengan nas Al-Quran, sebab Allah Ta'ala telah menjadikan syurga bagi ahli kebaikan dan neraka bagi ahli kufur, ahli syirik serta ahli maksiat.
Allah s.w.t. berfirman : "Barangsiapa mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka dosanya atas dirinya sendiri".
Firman Allah Ta'ala : "Pada hari ini, tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang dilakukannya. Tidak ada yang dirugikan". (Al-Mu'min ayat 17)
Firman Allah Ta'ala : "Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya". (An-Najm ayat 39)
Firman Allah Ta'ala : "Dan ketahuilah kebaikan apa yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah". (Al-Baqarah ayat 110)
Kenangan bersama teman seperjuangan (Generasi X a.k.a X-Men)
Dari kiri : Fauzi, Mat Rock, Abang Syed, Pak Nan, Syam, Arman, Zairi, Yus Jambu, Pak Chan, Ezanee.
Semoga bahagia dan selamat sejahtera selalu.
Sekian Wassalam.
Utan Aji, Perlis Indera Kayangan.
as salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat
BalasPadamterima kasih dapat ilmu baru
tanah dan air - elemen kebahagiaan
cth: merendah diri - tanah, diplomasi - air
dlm aspek yg lain: tanah runtuh, tanah selut, tanah jerlus....?? banjir, hujan lebat...??
angin dan api - elemen pemusnah
cth: kepala angin - moody, api kemarahan - panas baran
kegunaan dlm kawalan: angin utk menjalankan kincir air.....api utk memanaskan badan dikala kesejukan, api yg sgt penting utk memasak makanan...
Maha Suci Tuhan Yang Maha Pencipta
Wa'alaikummussalam, Saudaraku Wangsa gelar bangsaku.
BalasPadamBenar seperti ulasan Saudara Wangsa, hamba bersetuju...
Kadang kalanya Unsur bahagia boleh menjadi penyebab memusnah dan membinasakan juga kadang kalanya unsur pemusnah boleh menjadi penyebab kebahagiaan dan kedamaian kerna semua unsur-unsur tersebut adalah makhluk ciptaan Allah Ta'ala.
Setiap unsur itu boleh berpisah atau bergabung untuk melaksanakan segala bentuk perintah dan kehendak Yang Maha Pencipta untuk mendatangkan BAHAGIA atau CELAKA kepada setiap hamba-hambaNya di dunia juga di akhirat.
Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.