Ayahnda

Ayahnda

Isnin, 26 Disember 2016

Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah



ORTELIUS MELAKAR PETA INI DALAM TAHUN 1603. 
Negara China turut dimasukkan kerana Maharaja Ming dan kemudiannya Manchu beragama Islam. Mereka menguasai India yang diperintah oleh Monggol India yang beragama Islam.
Ini lah yang dimaksudkan "Kerajaan Islam BENUA Siam Nagara Kedah".




Peta La Loubere tahun 1691, menunjukkan Kerajaan Islam Siam (bukan Thailand) berhampiran Bancok @ Bangkok.
Lihat nama Pulo @ Pulau yang menggunakan perkataan Melayu di Telok Siam (bukan Telok Thailand), yang dibulatkan merah.




Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767.
 
Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand di zaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. 
Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha.
 
Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu.



"Empire of the Great Monggol"
Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India 
dan sebahagian Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka.
Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja.
Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah bercantum dengan Kerajaan Islam Monggol India apabila Zahiruddin Bahadur @ Babur Shah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral @ Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Shah (Parameswara Melaka) dalam tahun 1530.




Peta Belanda ini lebih fokus kepada Riau Lingga. 

Peta penuh menunjukkan Melaka, Selatan Perak, Selangor Johor, Singapura dan Riau Lingga. 
Itulah jajahan Melaka, bukannya kecil seperti yang kita ketahui hari ini. 

Peta lama, sebelum kedatangan Inggeris menunjukkan seluruh semenanjong sebagai Malacca. 
Bahasa Malayu adalah bahasa Perdagangan, bukan BANGSA. 
Di mana Semenanjong Tanah Melayu ketika itu? 



Kerajaan ini merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah seperti juga Acheh, Kemboja Chempaka Sari dan Melaka. 
Sebab itulah di sebut Benua atau Meang Kuang bermaksud Negara Luas.



Ayuthia bermaksud tempat bersemayam raja-raja 
ibarat sebuah pulau memungkinkan ia ditawan sukuthai diketuai Alaungpaya dalam tahun 1767.

Segalanya dikatakan bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. 
Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah. 

Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Siam Nagara Kedah, di zaman dinasti Ayuthia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Shah masih lagi memerintah  sebagai  Shah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah. 

(Rujuk : Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17)


Negara Thailand hari ini asalnya adalah Negara Siam Islam (Siam Lancang). 
Mereka adalah puak tantera sukothai yang menawan Ayuthia, Ibu Negara Siam Islam dalam tahun 1767. 

Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767.

Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa Siam Islam.
Pada masa inilah, ramai orang-orang Islam Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka. 
Menantu Chulalongkorn, iaitu Sultan Abdul Hamid yang menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.



Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming (1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah pada 1767. Selepas kejatuhan Ayuthia pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayuthia). 
Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. 

Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa Thai Buddha yang mana sebelum Ayuthia dijajah Arakan (kerajaan Islam Toung Oo di Burma) telah menjadi mangsa mereka yang pertama.
 
Rentetan daripada kemenangan pertama ini semangat mereka membuak-buak ingin menjarah tanah Kerajaan Islam Benua Siam Nagara Kedah.



Rujukan :

Buku Undang-Undang Kedah
http://sejarahnagarakedah.blogspot.my/
http://rawzones.blogspot.my/2014/06/sejarah-digelapkan-kejatuhan-ayuthia.html



Masjid Telok Manok, Narathiwat, Thailand.

Khamis, 1 Disember 2016

Salam Maulidul Rasul S.A.W



Assalammualaikum...wrth,

Hari ini Khamis 1 Disember 2016 bersamaan 1 Rabiul Awal 1438 Hijrah, telah lama hamba yang daif ini tidak menulis dalam laman Berkat Ayahnda ini. InshaaAllah hari ini sebagai pembuka bicara untuk meruskan penulisan, hamba ucapkan Salam Maulidul Rasul s.a.w kepada semua saudara dan saudari yang berkunjung ke blog ini. 

Bersempena bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w, hamba nukilkan beberapa hadis tentang permulaan wahyu yang diturunkan kepada Baginda s.a.w.


وَقَوْلُ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ: إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ

Dan Firman Allah s.w.t, “Sesungguhnya kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) sebagaimana kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi setelahnya.” 

(Al-Quran Surah An-Nisa’ : ayat 163)


 Abdullah bin Yusuf telah menyampaikan kepada kami daripada Malik, daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah Ummul Mukminin bahawa al-Harith bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ‘’Ya Rasulullah, bagaimana cara wahyu turun kepadamu?’’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘’Wahyu datang kepadaku terkadang seperti suara gemerincing loceng dan cara ini yang paling berat buatku, lalu terhenti sehingga aku memahami apa yang disampaikan; terkadang berupa malaikat yang datang menyerupai seorang lelaki lalu berbicara kepadaku yang kemudian aku memahami apa yang diucapkannya.’’ 

Aisyah berkata, “Sesungguhnya, pada suatu hari yang sangat dingin aku pernah melihat wahyu diturunkan kepada Baginda, lalu terhenti. Saat itu aku lihat dahi Baginda bercucuran keringat.’’ 

(Lihat hadith nombor 2, Kitab Shahih Al-Bukhari)



Yahya bin Bukair menyampaikan kepada kami, daripada al-Laits, daripada Uqail, daripada Ibnu Syihab, daripada Urwah bin az-Zubair, daripada Aisyah Ummul Mukminin yang berkata, ‘’Permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan mimpi yang benar dalam tidur. Mimpi Baginda itu pasti datang (menjadi kenyataan dan sangat jelas) seperti cahaya subuh. Kemudian Baginda menjadi suka menyendiri. Lantas Baginda menyendiri di Gua Hira untuk berkhalwat (beribadah) beberapa malam lamanya, sesekali pulang ke rumahnya untuk mengambil bekal dan berkhalwat kembali. Setelah itu Baginda pulang lagi untuk menemui Khadijah mengambil bekal. 

Sampai akhirnya datanglah wahyu saat Baginda di Gua Hira. Malaikat Jibrail a.s datang lalu berkata, “Bacalah!” Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Jibril a.s. memeluk Baginda dengan sangat kuat, kemudian melepaskannya Baginda kembali dan mengatakan lagi, “Bacalah!” Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Jibril a.s. kembali memeluk Baginda dengan sangat kuat, kemudian melepaskan Baginda kembali dan mengatakan lagi, “Bacalah!” Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Jibril a.s. memeluk Baginda untuk kali ketiga dengan sangat kuat lalu melepaskan Baginda dan berkata, “Bacalah dengan menyebut nama Rabb-mu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabb-mu lah yang Maha Pemurah.” (Al-Quran Surah Al-‘Alaq : ayat 1-3). 

Rasulullah s.a.w. kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dengan hati yang bergetar. Baginda menemui Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, “Selimuti aku, selimuti aku!” Baginda pun diselimuti hingga hilang rasa takutnya. Lalu Baginda menceritakan peristiwa yang terjadi kepadanya di Gua Hira, “Aku merasa bimbang terhadap diriku.” Khadijah berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan menghinakan mu selamanya kerana engkau adalah orang yang suka menyambung silaturrahim, menanggung kesusahan, mencukupi fakir miskin, menjamu tetamu, membantu pada setiap peristiwa (musibah).” 

Khadijah kemudian membawa Baginda bertemu dengan Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uza, putera bapa saudara Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahiliyah. Waraqah menulis buku dalam Bahasa Ibrani, juga menulis Injil dalam bahasa Ibrani. Saat itu Waraqah sudah sudah tua dan matanya buta. Khadijah berkata, “Wahai Putera bapa saudaraku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh suamiku ini.” Waraqah berkata, “Wahai putera saudaraku, apa yang telah engkau alami?” Lalu Rasulullah s.a.w. menceritakan peristiwa yang dialaminya. Waraqah berkata, “Ia adalah Namus (Jibril) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa a.s. Wahai putera saudaraku, seandainya aku masih muda dan aku masih hidup di saat engkau akan diusir oleh kaummu.” Rasulullah s.a.w bertanya, “Adakah aku akan diusir oleh mereka?” Waraqah menjawab, “Ya, sebab tiada seorang pun yang datang dengan membawa wahyu seperti yang engkau bawa ini kecuali dia dimusuhi. Seandainya aku ada di saat kejadian itu, pasti aku menolongmu dengan segala kemampuanku.” Tidak lama kemudian Waraqah pun meninggal dunia. Lalu wahyu berhenti turun (untuk sementara waktu). 
(Lihat hadis nombor 3, Kitab Shahih Al-Bukhari)



Ibnu Syihab berkata, Abu Salamah bin Abdullah al-Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, ‘’Ketika aku sedang berjalan tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Saat aku melihat ke arahnya, ternyata Jibril a.s. yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dan duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan segera pulang, dan berkata, ‘’Selimuti aku! Selimuti aku!’’ Maka, Allah s.w.t menurunkan wahyu, ‘’Wahai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan...’’ sampai firman Allah “…dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji.’’ 
(Al-Quran Surah Al-Muddassir : ayat 1-5). 

Sejak saat itu wahyu terus turun melalui turutannya.’’ Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Yusuf dan Abu Shalih, juga oleh Hilal bin Raddad daripada az-Zuhri. Yunus dan Ma’mar menggunakan lafaz bawadiruhu

(Lihat hadis nombor 4, Kitab Shahih Al-Bukhari) 


KLIA, Kuala Lumpur, Malaysia.


Selasa, 3 Mac 2015

Harut dan Marut


Assalammu'alaikum...wrth, saudara dan saudari yang dihormati sekalian. Hari ini Selasa 03/03/2015 Masihi bersamaan 13 Jamadil Awwal 1436 Hijriah.

“Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (30)

“Dan telah kami jadikan di bumi ini gunung ganang yang kukuh (pasak) supaya bumi itu tidak goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” (31)

“Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling daripada segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” (32)

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kedua-duanya itu beredar di atas garis edarnya masing-masing.” (33)

“Kami tidak menjadikan hidup kekal bagi seorang manusia pun sebelum kamu; maka jika kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (34)

“Tiap-tiap yang berjiwa (bernyawa) akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (35)

Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Anbiya’ ayat : 30 hingga 35.


Harut dan Marut

Prakata oleh Muhammad Yasin Owadally penulis buku Harut & Marut Malaikat Yang Dimurkai.

Walaupun ramai penulis Islam menggelakkan diri untuk menghuraikan hakikat disebalik dua malaikat Allah yang disebut di dalam Al-Quran, saya dengan sepenuh hati mengambil tugas berat ini untuk menuliskan kepada anda kisah yang paling tepat mengenai dua malaikat Harut dan Marut.

Sebenarnya, anda akan mendapat maklumat yang diperlukan mengenai dua malaikat ini melalui penulisan ini. Dua malaikat ini yang sehingga kini masih tergantung kepala ke bawah di dalam sebuah telaga di tempat yang tidak diketahui. Harut dan Marut tinggal di dunia ini pertamanya sebagai ibrah (pengajaran) dan keduanya sebagai ujian kepada manusia. Bakal murid yang mengamalkan sihir mengerumuni mereka untuk belajar, tetapi mereka berdua selalu memberitahu: “Kami hanyalah sebagai ujian, berhati-hatilah! Selalulah ingat Allah dan jangan syirik.” Mereka mengajar manusia segala liku-liku ilmu khusus dan lain-lain sains kesihiran : Astrologi (ilmu Nujum), kimia, kira-mengira, ilmu kesembuhan dan lain-lain.

Siapakah Harut dan Marut? Mengapa mereka rosak (sesat)? Apa yang mereka ajarkan? Di mana mereka sekarang? Persoalan-persoalan ini dan banyak lagi jawapan di dalam penulisan ini. Saya berharap anda sekalian akan dapat memahami kisah yang sebenar mengenai Harut dan Marut. Semoga Allah menerima penulisan ini serta mengampuni pembaca dan penulis.

ALLAH MAHA MENGETAHUI KISAH SEGALA UMAT.



Siapa Harut dan Marut?

Al-Suddi rah. berkata, salah satu perkara mengenai Harut dan Marut ialah kecaman dan penghinaan mereka terhadap manusia di muka bumi dan hukuman ke atas mereka. Jadi mereka pun dihantar ke dunia bersama dengan 10 keinginan hawa nafsu sebagaimana manusia dan mereka berjanji kepada Allah untuk menjalankan keadilan di antara manusia. Mereka dihantar ke Babylon, Dunbawand.

Harut telah dihantar sebagai hakim sedangkan Marut sebagai guru dengan arahan supaya mengelakkan perlakuan dosa-dosa besar, penyembahan berhala, perzinaan, pembunuhan dan minum arak. Mereka hidup seperti manusia dengan makan dan minum. Penghakiman mereka pun dipuji. Mereka mengadilan dan mengajar sehingga petang kemudian mereka naik ke langit dan pada pagi esoknya mereka turun semula.

Mereka meneruskan pengadilan dengan cemerlang sehinggalah seorang wanita datang mengadu tentang suaminya. Namanya ialah Zuhrah (Venus), Baidhakht dalam bahasa Nabaten dan Anahidh dalam bahasa Parsi. Dia sangat cantik. Kecantikan dan daya tarikannya menggoda Harut dan Marut.

Zuhrah tahu bahawa Harut dan Marut ini bukanlah manusia biasa. Dia berfikir bahawa mereka mestilah makhluk lain yang menjelma sebagai manusia yang mempunyai suatu rahsia tertentu. Maka dia pun cuba sedaya upayanya membongkar rahsia mereka dengan menggunakan kecantikan dan tipu dayanya.



Rahsia Harut dan Marut

Harut dan Marut selalu naik ke langit dan turun semula ke tempat tinggal mereka di dunia dengan sekelip mata apabila menyebut nama Allah Yang Maha Agung.

Zuhrah yang tahu sejak awal lagi bahawa dua orang ini adalah makhluk yang luar biasa cuba dengan segala cara yang terbaik untuk mengcungkil rahsia mereka. Dia pun menjemput Harut dan Marut ke rumahnya. Zuhrah menyediakan mereka dengan makanan yang sangat enak dan layanan yang istimewa.

Hasilnya kedua-dua malaikat ini telah terpikat kepada kecantikan Zuhrah. Mereka benar-benar terpikat dengan kecantikannya sehingga salah satunya berkata kepada yang lain, “Bagaimana sekiranya dia menggembirakanku!” Dan yang kedua pun berkata, “Aku mahu berkata yang sama, tetapi aku malu di depanmu.” Yang pertama berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku sebutkan itu di depannya?” Yang kedua menjawab, “Ya, tetapi bagaimana Allah Ta’ala akan menghukum kita?” Maka yang pertama berkata lagi, “Kita akan mengharapkan Rahmat Allah.”

Di suatu masa yang lain, apabila Zuhrah datang untuk membawakan aduan terhadap suaminya, mereka berkata kepadanya mengenai dirinya. Zuhrah berkata, “Tidak, sehinggalah kamu memberi kemenangan kepadaku terhadap suamiku.” Maka mereka pun membuat keputusan yang memihak kepada Zuhrah. Dengan ini dia berjanji untuk bertemu dengan mereka. Kedua-dua malaikat ini pun pergilah kepadanya.

Ketika mereka cuba melakukan perbuatan zina dengannya, Zuhrah berkata kepada mereka, “Tidak! Sehinggalah kamu mensyirikkan Allah, minum arak, membunuh seorang dan sujud di depan berhala ini!” Kemudian salah seorangnya berkata, “Kembali kepadanya.” Tetapi Zuhrah berkata, “Tidak sehingga kamu meminum arak.” Mereka pun diberi minum arak. Tarian Zuhrah disertai dengan muzik dicucuk dengan suasana kesyaitanan. Jadi mereka tidak boleh menolaknya. Mereka lupa dengan tujuan perutusan mereka. Mereka telah melakukan beberapa dosa untuk memenangi Zuhrah.

Pada ketika mereka melakukan perzinaan, seorang peminta sedekah lalu dan melihat apa yang sedang berlaku di dalam rumah Zuhrah. Untuk memelihara nama baik mereka, peminta sedekah itu dibunuh. Walau bagaimanapun ketika mereka berkeadaan mabuk mereka pun mendedahkan rahsia besar mereka kepada Zuhrah, yang mana Allah telah kurniakan kepada mereka. Nama Agung Allah Ta’ala. Maka Zuhrah telah mengetahui rahsia yang dia inginkan itu.

Zuhrah yang telah mengetahui akan nama Allah Ta’ala, suatu ketika menyebut nama itu lalu dia hilang daripada permukaan bumi. Dia tidak kelihatan lagi. Allah Ta’ala melupakannya akan perkataan untuk dia turun semula ke bumi. Walau bagaimanapun Allah Ta’ala mengampuninya tetapi dia tidak dibenarkan masuk syurga. Sebaliknya Allah Ta’ala menukar dan menjelmakannya kepada bentuk planet (Bintang) Zuhrah (Venus). Dia tetap begitu sehingga akhir zaman. Zuhrah (Venus) boleh dilihat di angkasa raya pada waktu pagi atau malam.



Iktibar kepada Malaikat yang lain

Ketika Harut dan Marut sedang melakukan dosa akibat kemabukan arak, Allah Ta’ala pun membuka pintu langit dan para malaikat di langit dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh dua malaikat tersebut. Para malaikat di langitpun berkata: “Maha Suci Engkau, Engkau Maha mengetahui.”

Malaikat-malaikat yang lain mengambil iktibar dari kejadian ini sebagai pengajaran dan amaran. Mereka pun berhenti mengecam dan mengutuk manusia. Mereka juga berhenti daripada menganggap diri mereka dapat melakukan lebih baik walaupun diberikan keinginan nafsu syahwat.

Allah Maha Sempurna IlmuNya mengenai kelemahan manusia kerana nafsu dan keinginannya. Tetapi bagaimanapun Dia mahu manusia mencapai maksud yang paling tinggi walaupun manusia menjurus ke arah maksiat. Fikirkanlah betapa sifat tamak dan keinginan-keinginan manusia menariknya melakukan dosa. Tetapi jika selalu ingat kepada Allah, sebenarnya inilah amalan yang terbaik yang perlu dilakukan dan ganjaran baginya ada di dunia ini dan di akhirat tidak terbatas banyaknya.

Sekarang, manusia bukan sahaja menjadi sasaran syaitan. Justeru manusia terpaksa berjuang menghadapi nafsunya sendiri. Betapa tinggi darjat seorang manusia walaupun ia diletakkan dengan semua rintangan dan jerat-jerat ini, lalu menuju ke pintu Jannah.

Seorang penyair sufi pernah berkata: “Dengan penuh gembira aku meluncur mengharungi ombak badai yang ganas, kerana kehidupan tanpa kesukaran (kepayahan, mujahadah) merupakan neraka bagi si berani.”

Semoga Allah Ta’ala menolong kita mencapai tempat (maqam) tujuan kita dengan jayanya dan tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu dan keinginan kita tetapi menjadikan kita penguasa ke atas keinginan-keinginan kita. Semoga Allah Ta’ala memelihara kita daripada pemikiran-pemikiran kesyaitanan.

Aaminn….



Allah mengazab Harut dan Marut

Dua malaikat, Harut dan Marut juga terdedah dan tidak kebal sebagaimana manusia, mereka juga tidak Berjaya keluar daripada jerat dan tipu daya wanita. Sepuluh keinginan nafsu syahwat ini yang Allah berikan kepada mereka seolah-olah seumpama sepuluh syaitan (kejahatan) yang terpaksa mereka berjuang untuk menghapuskannya, tetapi itu bukanlah tugas yang mudah walaupun mereka adalah malaikat.

Mereka tidak tahu sama sekali betapa manusia terpaksa berjuang dan bermujahadah menghadapi desakan dan suruhan kejahatan keinginan hawa nafsunya; betapa manusia kena tegak dan istiqamah seumpama gunung untuk berhadapan dengan angin taufan godaan, bisikan-bisikan jahat dan lain-lainnya.

Harut dan Marut dengan bongkaknya mengatakan mereka boleh buat lebih baik daripada manusia untuk mengekalkan keadilan dan keamanan di muka bumi, tetapi malangnya mereka menjadi mangsa seorang wanita cantik.

Apabila Harut dan Marut kembali deperti sediakala, mereka sedar bahawa mereka telah melanggar batas dan apa yang telah berlaku ke atas mereka. Mereka cuba naik ke langit dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Agung tetapi mereka tidak boleh lagi kerana telah dilupakan. Justeru itu, tahulah mereka betapa benarnya firman Allah Ta’ala itu.


Allah berfirman kepada mereka: “Kamu menghina manusia lantaran sifat tabii mereka yang suka membuat kesilapan, sekarang kamu telah lihat betapa dengan diberikan keinginan syahwat sebagaimana mereka, kamu juga tidak ada bezanya melakukan sebagaimana mereka dan semua kezalimannya menjadi milik kamu!”

Harut dan Marut diberi pilihan samada menerima azab di dunia atau azab sengsara yang kekal abadi di neraka. Mereka memilih untuk menebus dosa mereka di dunia ini. Mereka dibelenggu (dirantai) di pergelangan kaki (buku lali) sehingga ke tengkuk dan dimasukkan ke dalam sebuah perigi di Babil. (Juga disebut bahawa Allah telah mengilhamkan Nabi Sulaiman a.s. memberi pilihan kepada dua malaikat akan azab di dunia atau azab di akhirat.- riwayat Ibnu Masud, Ibnu Abbas dan Kaab Al-Ahbar)

Harut dan Marut digantung kedua-dua kaki mereka dalam keadaan azab, sejak itu sehingga ke hari ini. Dikatakan mereka digantung setiap hari pada kaki mereka di antara Magrib dan Isyak. Beginilah azab ke atas mereka sehingga hari kiamat. Mereka akan diampun dan akan dikembalikan kepada keadaan asal mereka sebagai malaikat. 
Inshaa Allah. (menurut Ibnu Abbas – lihat Syarahul Quran oleh Tabari jilid 2, m/s 484)



Guru Sihir yang besar

Harut dan Marut diletakkan di dalam perigi dan mereka mulalah bercakap kepada manusia yang datang untuk belajar, ucapan-ucapan yang diajar oleh Harut dan Marut itulah SIHIR. Kedua-duanya mulalah mengajar manusia ilmu sihir dan mereka adalah guru sihir yang besar.

Harut dan Marut diikat dan dirantai di dalam perigi di bumi Babylon sehinggalah ke hari Kiamat; Dikatakan juga bahawa mereka hanya dilarang naik ke langit tetapi menjadi sebagaimana mereka (malaikat). – Kisah para Anbia oleh Abdullah Al-Kisai, m/s 48.

Di dalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102:


“Dan mereka mengikuti apa (yakni kitab-kitab sihir) yang dibawa oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan; ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa-apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manafaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarkannya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tidaklah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka, menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”

Al Rabi bin Anas rah meriwayatkan: “Mereka berkata bahawa orang-orang Yahudi suatu ketika bertanya Nabi Muhammad s.a.w. mengenai perkara-perkara di dalam Taurat, tetapi bagi setiap pertanyaan mereka, Allah Ta’ala turunkan ayat Al-Quran untuk menjawab pertanyaan mereka lalu mematahkan hujah mereka. Apabila mereka lihat begini, lalu mereka berkata: “Orang ini mengetahui lebih banyak daripada apa yang telah diturunkan kepada kita”. Kemudian mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai sihir dan berhujah mengenainya. Maka Allah Ta’ala menurunkan ayat yang tersebut (Ayat 102 dalam surah Al-Baqarah).

Dan syaitan-syaitan itu pergi kepada sebuah kitab dan menulis di dalamnya mengenai sihir, wahyu dan apa-apa yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala dengannya; kemudian mereka menanamkannya di bawah takhta Nabi Sulaiman a.s., tetapi Nabi Sulaiman a.s. tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Apabila Nabi Sulaiman a.s. wafat, mereka gali dan keluarkan kitab sihir itu dan menipu orang ramai dengannya, mereka berkata: “Ini adalah ilmu di mana Sulaiman sembunyikan dan menyakiti orang ramai.”

Maka Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu mereka (orang Yahudi) riwayat ini dan mereka meninggalkannya dan kecewa kerana Allah Ta’ala telah membatalkan bukti-bukti (hujah) mereka. (Al Rabi 1647, juga Ibn Zaid 1648, Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al Tabari di dalam Jamiul Bayan dan Tawil Al-Quran jilid 1 m/s 476)


Ibnu Ishaq meriwayatkan: “Apabila syaitan menyedari akan kewafatan Nabi Sulaiman a.s., mereka pun mulalah menulis beberapa bahagian ilmu sihir. Ditulis – Barang siapa hendak mencapai sesuatu ini dan itu, maka lakukanlah demikian dan demikian. Kemudian setelah mereka menyusun berbagai-bagai bentuk sihir, mereka masukkan ke dalam buku dan mengecap dengan cap mohor yang sama bentuknya dengan cap mohor Nabi Sulaiman a.s. Kemudian mereka menulis tajuknya demikian, ‘Ini adalah khazanah ilmu yang Asaf, anak kepada Brakhya, yang soleh menulis untuk Raja Sulaiman’. Kemudian mereka tanam di bawah takhtanya. Kemudian keturunan-keturunan Bani Israil menggalinya, apabila mereka melakukan maksiat dan apabila mereka mendapatinya mereka berkata: ‘Ini pastilah apa yang dilakukan oleh Sulaiman’. Kemudian mereka menyebarkan dengan meluas sihir itu di kalangan manusia. Mereka mengajar dan belajar mengenainya dan yang paling biasa ialah di kalangan orang-orang Yahudi.”

Sebenarnya syaitan adalah kafir bukannya Nabi Sulaiman a.s. Sebahagaian manusia pada zaman tersebut telah diyakini dengan tipu daya syaitan sebagaimana yang telah mereka sebutkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mendapat kekuasaannya menerusi sihir. Malahan orang Yahudi pada zaman Rasulullah s.a.w. percaya Nabi Sulaiman a.s. mengamalkan sihir. Kita telah diberitahu bahawa orang-orang Yahudi Madinah berkata sesame mereka, “Tidakkah kamu kagum dengan Muhammad. Dia mendakwa Sulaiman anak Daud sebagai Nabi! Demi Allah dia seorang ahli sihir.”

Berkenaan dengan itu, Allah Ta’ala menurunkan ayat 102 dalam surah Al-Baqarah mengesahkan imej Nabi Sulaiman a.s. yang sebenarnya dan menunjukkan kepada dunia bahawa Sulaiman a.s. adalah hamba Allah yang percaya kepada Allah, seorang Nabi dan bukannya ahli sihir.

Daripada ayat tersebut juga kita diberitahu bahawa dua malaikat akan mengajar manusia ilmu sihir hanyalah setelah mereka memberi amaran kepada bakal-bakal murid ilmu sihir itu. (Kami hanyalah sebagai ujian, maka lantaran itu percayalah dengan petunjuk Allah).


Walau bagaimanapun bukanlah daripada peristiwa itu sihir mula diamalkan, sebenarnya Firaun telah disebut di dalam Al-Quran mengamalkan sihir dan juga kaum Nabi Nuh a.s. telah menuduhnya mengamalkan sihir. Maka sihir bukanlah baru pada zaman Nabi Sulaiman a.s. walau bagaimanapun berbagai-bagai jenis sihir telah dipelajari oleh manusia untuk membinasakan manusia, tetapi  sihir ini ialah untuk mencerai-beraikan si suami daripada isterinya telah tersebar pada zaman itu bukannya baru hendak bermula. Allah Maha Mengetahui.

Mengenai Harut dan marut kita dapati dalam karya Imam Al-Ghazali kitab Ihya Ulumuddin jilid 3, bab Cinta kepada Dunia m/s 184.

Sebuah hadis yang diriwayatkan di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jaga-jagalah dengan dunia kerana ia adalah sihir yang lebih besar daripada Harut dan Marut.”

Dengan ini sahlah dua malaikat ini pernah mengajar manusia tentang sihir tetapi setelah member amaran berikut: “kami hanyalah ijian, lantaran itu berimanlah dengan petunjuk Allah.”


Wallahu’alam.


Kampung Sungai Baru Utan Aji,
Perlis Indera Kayangan.

Rabu, 3 Disember 2014

Lord Of The Ring



Assalammu'alaikum..wrth, hari ini Rabu malam Khamis, 3 Disember 2014 Masihi bersamaan 11 Safar 1436 Hijrah. Marilah sama-sama kita menghayati beberapa kisah yang berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s.

Doa  ketika memakai cincin.

“Sesungguhnya itu daripada Sulaiman yang isinya, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.”
Surah An-Naml ayat 30

Sulaiman bin Daud a.s.

“Dan kepada Daud, Kami kurniakan (anak bernama) Sulaiman; dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Allah).”
Surah Sad ayat 30

“(Ingatlah) ketika pada suatu petang dipertunjukkan kepadanya (kuda-kuda) yang jinak, (tetapi) sangat cepat larinya. Maka dia (Sulaiman) berkata;’Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuatkan aku ingat akan (kebesaran) Tuhanku’, sampailah matahari terbenam.”
Surah Sad ayat 31 dan 32

“Bawalah semua kuda itu kembali kepadaku’. Lalu dia mengusap-usap kaki dan leher kuda itu.”
Surah Sad ayat 33

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian) dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya), kemudian dia kembali (merayu kepada Kami).”
Surah Sad ayat 34

Keterangan yang kuat mengenai ujian yang dikenakan kepada Nabi Sulaiman a.s. ialah sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis yang sahih; Bahawa Nabi Sulaiman a.s., pada suatu malam bersumpah akan bersatu dengan isteri-isterinya supaya setiap seorang daripada mereka melahirkan anak lelaki yang akan menjadi pehlawan yang berjuang pada jalan Allah, tetapi Nabi Sulaiman a.s. tidak menyebut “InsyaaAllah” di dalam sumpahnya itu sekalipun dia diingatkan oleh malaikat supaya berbuat demikian. Dia pun bersatu dengan isteri-isterinya, tetapi disebabkan kesilapannya itu, hanya seorang sahaja di antaranya yang telah hamil dan melahirkan seorang anak yang tidak cukup sifatnya, lalu bidan meletakkannya di atas takhta kebesaran Nabi Sulaiman a.s. untuk dilihatnya. Di dalam hadis tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Demi sesungguhnya! Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. berkata “InsyaaAllah” tentulah dia mendapat anak-anak yang sanggup berjuang pada jalan Allah.


“Dia berkata; ‘Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun setelahku. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
Surah Sad ayat 35

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut perintahnya ke mana saja yang dikehendakinya. Dan (Kami tundukkan juga kepadanya) syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam. Dan (syaitan) yang lain (yang ingkar) terikat dalam belenggu. Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) tanpa perhitungan. Dan sesungguhnya, dia (Nabi Sulaiman a.s.) mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami dan tempat kembali yang baik.”
Surah Sad ayat 36, 37, 38, 39 dan 40


Hud-hud

Nabi Sulaiman a.s. dan angkatannya terus berjalan menuju ke selatan meninggalkan Lembah  Semut. Mereka membawa bekalan air dan makanan. Perjalanan itu menempuh padang pasir yang luas dan tandus. Tiada telaga atau tasik yang ditemui. Kalau ada pun sudah kering. Mereka hanya mengharapkan air yang mereka bawa.

Setiap kali berhenti mereka cuba mencari tasik atau telaga. Di tempat-tempat yang rendah mereka cuba menggali kolam, tetapi hampa. Asif, perdana menteri Nabi Sulaiman a.s., mengarahkan orang berjimat menggunakan   airyang mereka bawa. “Perjalanan kita masih jauh,” katanya kepada orang ramai. “Kita mesti jimat menggunakan air dan bersabar,: katanya lagi, ketika berhenti di satu tempat rendah.

Nabi Sulaiman a.s. tersenyum mendengar kata-kata Asif, menterinya yang bijak itu; menteri yang dapat memimpin orang ramai dalam keadaan yang cemas. Diperhatikan orang ramai berlari ke sana ke mari mencari air. Beberapa orang lari ke bukit. Di atas bukit itu ada yang mengimbau-imbau padang pasir yang luas. Kemudian mereka turun menuju bayangan air di padang pasir. Akhirnya mereka kembali ke pengkalan dengan hampa.


Diperhatikan juga burung yang terbangan akhirnya pulang dengan letih. Semuanya dahaga. Semuanya memerlukan air. Terasa benar betapa mahalnya air ditengah-tengah padang pasir yang tandus. Dahaga semakin mencerut leher, matahari terus memancarkan panasnya ke setiap rongga roma lalu menyerap air dari tubuh mereka. Nabi Sulaiman a.s. dengan tenang dan sabar mengajak mereka terus berjalan sambil mencari air. Tidak segera Nabi Sulaiman a.s. memohon hujan dari Allah Ta’ala, semata-mata untuk menguji keimanan dan kesabaran angkatannya dalam menghadapi cabaran tersebut.

“Mudah-mudahan kita semua bersabar! Kita teruskan perjalanan kita kerana di sini tidak ada air!” laung Asif. Nabi Sulaiman a.s. mengangguk-anggukkan kepalanya, mempersetujui kata-kata perdana menterinya.

Di bawah panas yang membakar dan tiupan angin kering mereka melangkahkan kaki dengan bekal iman,sabar dan tawakkal, meskipun langkah mereka tidak sederas kemarin. Panas dan dahaga, padang pasir dan perjalanan jauh adalah merupakan ujian bagi setiap yang berjuang untuk agama Allah. Mereka yang beriman dan bertaqwa tidak akan merasa cemas dan bimbang menghadapi ujian ini, seperti Nabi Sulaiman a.s. dan Perdana Menterinya Asif.

Panas dan dahaga mereka rasai dengan syukur, mereka terima dengan “al-hamdulillah,” di samping hati yang terus berharap kepada kurniaan dan lindungan Allah Ta’ala. Padang pasir itu mereka rentasi bersama-sama, sehingga mereka sampai di San’a. Di situ mereka berhenti, dengan harapan mereka boleh mendapatkan air. Namun di situ juga tidak ada air. Semua memerlukan air. Semuanya dahaga. Bekalan air sudah habis. Sudah puas mereka mencari air ke bukit dank e lembah, air tidak ada. Panas matahari terus memeras kulit mereka.

Orang ramai menemui Asif dan Nabi Sulaiman a.s., mereka memohon belas kasihan kepada Nabi Sulaiman a.s. supaya memberi jalan untuk mendapatkan air. Mendengar rayuan, rintihan dan keluh kesah orang ramai, Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan jin menggali kolam, namun air tiada juga. Bumi tidak menyimpan air lagi.

Kemudian Nabi Sulaiman a.s. memanggil burung Hud-Hud (sejenis burung Belatuk), tetapi burung Hud-hud tidak menyahut panggilan Nabi Sulaiman a.s.  Orang ramai melihat ke atas dan ke sekeliling, meninjau-ninjau burung Hud-hud. Hud-hud tidak kelihatan, “Hud-hud!, Hud-hud!” mereka memanggi lagi. Tiada sahutan, burung Hud-hud tidak kelihatan terbang. Biasanya Hud-hud akan segera datang apabila dipanggil atau namanya disebut orang. Dia begitu baik dan taat kepada Nabi Sulaiman a.s. Tetapi kali ini Hud-hud tidak menjelma, menyahut pun tidak.


Asif dan beberapa orang yang ditugaskan mencari Hud-hud balik mengadap Nabi Sulaiman a.s.. “Burung Hud-hud tidak ada, ya Nabi” kata mereka. Terkejut Nabi Sulaiman a.s. mendengar jawapan itu. Dia keluar meninjau-ninjau untuk memastikan Hud-hud benar-benar tidak ada. Dilihat-lihatnya arah kumpulan burung. Gagak ada, merpati ada. Burung-burung yang lain juga ada, hanya hud-hud yang tidak ada.

“Saya tidak Nampak hud-hud di sini. Adakah dia di situ?” Tanya Nabi Sulaiman a.s.

Burung merpati menoleh ke kanan dank e kiri. Burung hud-hud tidak kelihatan. Dia diam. Burung gagak menjawab, “Saya Nampak dia terbang kea rah selatan, bersama-sama belatuk yang lain.”

Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Naml ayat 20 dan 21;  
“Dan dia (Nabi Sulaiman a.s.) memeriksa burung-burung, lalu berkata, ‘Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan aku hokum id dengan hukuman yang berat, atau aku sembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

“Ya Nabi, inilah kali pertama burung hud-hud menderhaka. Tentulah ada rahsia di sebaliknya,” sampuk Asif cuba memujuk Nabi Sulaiman a.s.

“RAHSIA?”

“Ya! Mungkin ada. Allah yang Maha Mengetahui. Boleh jadi kita sudah sampai ke tempat jin yang melarikan mutiara yang kita cari. Boleh jadi jin itu pula menawan hud-hud,” jelas Asif. Nabi Sulaiman a.s. bersetuju dengan penjelasan Asif yang bijak itu. Dia bersyukur kepada Allah, lalu dia berdoa semoga Allah menurunkan rahmatNya, menurunkan air hujan.

Dengan izin Allah Ta’ala, Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan angin supaya membawa awan hujan ke kawasan itu. Dengan patuh angin segera bertiup mengumpulkan awan hitam di langit. Bergulung-gulung awan itu berarak, lalu hujan turun dengan lebatnya. Nabi Sulaiman a.s. dan semua yang ada disitu bersyukur kepada Allah. Orang ramai menjadi segar, burung-burung dan binatang segar, bumi lembab di bawah udara segar.

Dengan perkenan daripada Allah Ta’ala dan berkat mesyuarat dengan angkatannya, Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan tenteranya dari golongan jin untuk membina sebuah istana di tempat tersebut yakni tanah San’a. Dalam beberapa ketika sahaja istana tersebut siap terbina. Bersemayamlah Nabi Sulaiman a.s. berserta pasukannya di dalam sambil menunggu kedatangan burung Hud-hud.


Firman Allah Ta’ala dalam al-Quran pada surah Al-Anbiya’ ayat 81 dan 82;
“Dan (telah kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah berkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan (bangsa jin) yang menyelam (kedalam laut) untuknya serta melakukan pekerjaan yang lain daripada itu, dan Kami yang memelihara mereka itu.”


Surat Untuk Ratu Balqis

Burung Hud-hud tiba ditempat terbinanya sebuah istana yang besar, ia tahu itulah istana Nabi Sulaiman a.s. kerana sebelum itu ia sedar bahwa tiada istana di tempat tersebut. Dan ia sedar istana yang tersergam indah dan besar itu hanya mampu dibina oleh tenteranya Nabi Sulaiman a.s. sahaja. Hud-hud hinggap di tangga istana Nabi Sulaiman a.s. Termengah-mengah ia, kepenatan. Ia baru sampai dari istana Ratu Balqis, membawa pengalaman baru yang tidak diduganya.

Hud-hud menarik nafas sambil mengumpulkan segala tenaganya. Tidak mudah untuk mengadap raja dan Nabi yang hebat ini. Lebih-lebih lagi ia pergi tanpa memberitahu terlebih dahulu. Hud-hud melompat-lompat dari anak tangga ke anak tangga, seperti ia melompat-lompat di atas batu. Sayapnya gementar. Dicubanya untuk mengembangkan sayap perlahan-lahan. Orang ramai di dalam istana menyebut-yebut namanya. Ia tahu semua orang mencarinya.

Dengan sepenuh kekuatan ia cuba terbang rendah menuju singgahsana Nabi Sulaiman a.s. ekornya dicedukkan ke bawah sebagai tanda hormat.

“Aa, itu pun Hud-hud!” kedengaran sara orang ramai yang ada dihadapan Nabi Sulaiman a.s. Gemuruh darah burung Hud-hud. Dirasakan ada sesuatu yang tidak menyenangkan. Ia pun turun berdiri dengan hormat di hadapan Nabi Sulaiman a.s.

“Wahai Hud-hud!” seru Nabi Sulaiman a.s. Hud-hud tunduk sahaja. Di kepalanya terbayang negeri Saba’ dengan Ratu dan istananya yang indah. “Hari ini kamu derhaka kepada aku,” kata Nabi Sulaiman a.s. Serasa bergegar bumi dipijak oleh Hud-hud. Kata-kata itu yang paling ditakutinya.

“Kemana kamu pergi dengan tidak mendapat izinku?” Tanya Nabi Sulaiman a.s.

Hud-hud mendongakkan kepalanya, matanya menatap wajah Nabi Sulaiman a.s., kemudian tunduk semula. Lalu, dengan sopan dia menceritakan pengalamannya di negeri Saba’ – task yang luas, air yang mengalir, taman bunga, istana indah dan Ratu Balqis.


“Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata; ‘Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba’ (nama kerajaan pada zaman dahulu, ibu kotanya Ma’rib yang letaknya dekat kota San’a, ibu kota Yaman sekarang) dengan membawa suatu berita yang meyakinkan. Sesungguhnya aku dapati ada seorang perempuan (Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Sab’iyyah pada zaman Nabi Sulaiman a.s.) yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar. Aku (Hud-hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk. Mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang agung.”
Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Naml ayat 22, 23, 24,25, dan 26.

 “Dia (Sulaiman a.s.) berkata; ‘Akan kami lihat, apakah kamu benar atau termasuk yang berdusta.”
Surah An-Naml ayat 27

Nabi Sulaiman a.s. mengambil qalamnya lalu menulis surat. Burung Hud-hud bimbang, takut-takut Nabi Sulaiman a.s. menuliskan hukuman terhadapnya. Mukanya pucat. Paruhnya terkatup rapat. Orang ramai dan makhluk lain yang ada di situ juga cemas. Terbayang di kepala mereka penjara, rantai besi, sebat dan sembelih. Gambaran ini amat mengerikan.

“Hud-hud!” seru Nabi Sulaiman a.s.

“Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”
Surah An-Naml ayat 28

“Baik, Nabi.” Sahut Hud-hud dengan penuh hormat. Dengan rasa gementar Hud-hud mengambil surat itu. Surat yang mulia bercop mohor kalimah Allah. Terasa lapang dada Hud-hud kerana ia tidak dihukum apa-apa. Diterbangkannya surat itu ke arah selatan. Sekali lagi burung yang bertubuh kecil itu menempuh udara padang pasir. Namun, Hud-hud tetap gembira kerana ia masih dipercayai oleh Nabi Sulaiman a.s.

Dia juga meninjau-ninjau kalau-kalau kawannya, burung belatuk selatan ada melihatnya. Ia terus terbang sendirian, sampailah ke kawasan istana. Ia meninjau-ninjau tingkap singgahsana. Dilihatnya Ratu Balqis sedang bersemayam, dihadap oleh orang-orang besarnya.


Dengan pantas ia terbang masuk ke dalam ruang singgahsana. Surat yang diparuhnya itu dijatuhkan ke riba Ratu Balqis, dan dengan segera juga ia keluar bersembunyi di sebalik tabir jendela.

Ratu Balqis terperanjat menerima surat yang tidak diduganya itu. Dia cuba-cuba meninjau burung Hud-hud, tetapi dia tidak dapat melihatnya. Disangkanya burung Hud-hud sudah terbang keluar. Dia tercengang sejenak, tidak sepatah kata pun terkeluar dari mulutnya.

Setelah sejenak termenung barulah dia membuka surat itu. Tulisannya cantik, bahasanya tersusun dan menarik. Dibacanya dalam hati sepatah demi sepatah. Para pembesar yang hadir senyap sambi memerhatikan Ratu Balqis membaca surat itu. Terkumat-kamit bibirnya, kemudian terkatup rapat. Matanya merenung arah tingkap yang menghala utara. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Terangkat sedikit bibirnya yang nipis itu, tetapi sekejap sahaja, bagaikan senyuman yang tidak jadi. Semuanya ini diperhatikan oleh burung Hud-hud.

“Nabi Sulaiman,” kata hatinya menyebut nama itu.

Surat ditangannya ditatap lagi. Kemudian, dia berkata kepada para pembesarnya.
“Dia (Balqis) berkata; ‘Wahai para pembesar! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.’ Sesungguhnya (surat) ini daripada Sulaiman yang isinya; ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri.”
Surah An-Naml ayat 29, 30 dan 31

“Dia (Balqis) berkata; ‘Wahai para pembesar! Berilah aku pertimbangan (pendapat) dalam perkara ini. Aku tidak pernah memutuskan suatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis (bermesyuarat).’ Mereka menjawab; ‘Kita memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa (untuk berperang) tetapi keputusan berada di tanganmu, maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan’.”
Surah An-naml ayat 32 dan 33

Berdebar-debar Hud-hud mendengar jawapan ini. Terbayang di kepalanya orang Saba’ berperang dengan orang Palestin. “Tetapi Ratu Balqis belum membuat keputusan,” bisik hatinya. Ia menunggu. Ia tidak terbang pulang.

“Dia (Balqis) berkata; ‘Sesungguhnya raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu’.”
Surah An-Naml ayat 34 dan 35


Lega burang Hud-hud mendengar kata-kata  ratu Balqis yang cantik dan bijak itu. Ia pun terus terbang ke istana Nabi Sulaiman a.s. yang berada di San’a. Semua yang dilihat dan didengarnya diceritakan kepada Nabi Sulaiman a.s. Tersenyum Nabi Sulaiman a.s. mendengarnya.

Tidak berapa lama, maka utusan yang membawa hadiah itu pun sampai. Mereka disambut baik oleh Nabi Sulaiman a.s. Beberapa buah peti dibuka di hadapan Nabi sulaiman a.s. Peti-peti itu berisi permata, berlian dan emas dan segala jenis perhiasan yang mahal.

“Apakah ini?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. dengan nada tinggi. Utusan itu terdiam melihat tingkah laku Nabi Sulaiman a.s.

“Kamu datang dari mana?” Tanya Nabi Sulaiman a.s., meskipun dia telah tahu.

“Ini semuah hadiah dari raja kami, Ratu Balqis. Kami bawa untuk tuanku, Nabi Sulaiman,” kata salah seorang wakil Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman a.s. menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak mahu menerima hadiah itu.

“Maka ketika para utusan itu sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman a.s.) berkata; ‘Apakah patut kamu memberikan harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada raja kamu! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi negeri kamu dengan bala tentera yang kamu tidak mampu melawannya dan akan kami usir kamu dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan kamu akan menjadi tawanan yang hina dina.”
Surah An-Naml ayat 36 dan 37


Para utusan itu kembali dengan rasa takut dan hampa. Dan sekali lagi burung Hud-hud terbang ke Saba’.

Segala keputusan telah dibuat oleh Ratu Balqis, setelah mendengar keterangan dari utusannya yang balik dari Istana Nabi Sulaiman a.s. Baginya tidak ada maknanya menentang Nabi yang dapat menguasai sekalian makhluk. Begitu juga segala persiapan telah diatur untuk pergi mengadap Nabi Sulaiman a.s. Rombongan mengadap yang tidak membawa senjata.

Burung Hud-hud yang mengetahui semua keputusan dan persiapan ini telah mengadap nabi Sulaiman a.s. Diberitahunya bahwa Ratu Balqis dan rombongannya akan datang ke Baitul Maqdis, mengadap Nabi Sulaiman a.s.

Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan seluruh angkatannya segera berangkat pulang ke Baitul Maqdis di Palestin.

“Dan kami (tundukkan) angin bagi sulaiman, yang perjalanannya pada waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (Apabila Nabi Sulaiman a.s. mengadakan perjalanan dari pagi sampai tengahari, maka jarak yang ditempuhnya sama dengan jarak perjalanan unta yang cepat dalam sebulan. Begitu pula apabila dia mengadakan perjalanan dari tengahari sampai petang, maka kecepatannya sama dengan perjalanan sebulan) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka (jin) daripada perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
Surah Saba’ ayat 12

“Mereka (para jin itu) bekerja untuk Sulaiman sesuai dengan apa yang dikehendakinya di antaranya (membuat) bangunan-bangunan yang tinggi, arca-arca, piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk-periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang bersyukur.”
Surah Saba’ ayat 13


Lord Of The Ring

Pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s., syaitan telah Berjaya menjelmakan dirinya sebagai Nabi Sulaiman a.s. selama 40 hari. Syaitan itu berupaya melakukan jelmaan tersebutsetelah Berjaya mencuri cincin bercop mohor milik nabi Sulaiman a.s. Cincin itu bukanlah cincin biasa, sebenarnya nama Allah telah diukir di atasnya.

Akibat daripada tipu daya syaitan tersebut, Nabi Sulaiman a.s. telah menjadi orang asing di dalam kerajaannya sendiri dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya sebagai raja dan Nabi. Di dalam masa 40 hari itu, syaitan telah menulis beberapa kitab mengenai sihir dan menanamnya di bawah singgahsana Nabi Sulaiman a.s.

Syaitan itutelah menggunakan segala jenis tipu muslihat untuk menyakinkan orang ramai bahawa Nabi Sulaiman a.s. mendapat kuasanya melalui ilmu sihir. Untuk memperkukuhkan dengan apa yang dikatakannya, dia menggali kitab-kitab dari bawah singgahsana dan menunjukkannya kepada orang ramai. Dengan itu orang ramai pun mula berhasrat besar ke arah ilmu sihir. Mereka berfikir boleh menguasai takdir dengan mengamalkan sihir. Mereka meletakkan harapan kepada sihir. Mereka percaya kuasa terakhir akan tertanam di dalam diri mereka melalui sihir.

Syaitan memperdayakan pengikut-pengikut Nabi Sulaiman a.s., dia menyebarkan rasuah, perbalahan dan huru-hara di kalangan orang ramai. Hanyalah sebahagian kecil yang bertakwa. Tetapi itu bukanlah usaha mudah bagi orang-orang yang beriman untuk memahamkan orang-orang yang hati-hati mereka sudah condong ke arah sihir.

Keadaan menjadi bertambah runcing! Maka Allah Rabbul ‘Alamin, Tuhan bagi manusia dan jin membelah langit dan membiarkan para malaikat melihat apa yang sedang dilakukan oleh manusia. Apabila para malaikat melihat manusia sedang melakukan perbuatan maksiat dan kerosakan, mereka berkata, “Manusia yang Eangkau ciptakan dengan tangan Eangkau, yang mana Eangkau perintahkan malaikat untuk sujud, yang mana Engkau ajarkan segala nama, sedang mereka melakukan amal perbuatan yang berdosa.”


Pemandangan yang disaksikan oleh para malaikat itu, memaksa mereka mengeluarkan kata-kata menghina terhadap manusia dan perbuatan dosa mereka. Maka Allah Ta’ala pun berfirman kepada malaikat yang bermaksud, “Tetapi jika kamu berada di tempat mereka, kemu juga akan melakukan perkara yang sama.”
Di dalam riwayat yang lain kita dapati Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “Aku beri sepuluh nafsu syahwat kepada manusia dan melalui ini mereka ingkar kepadaKu.”

Lalu Allah Ta’ala mencabar malaikat membuat amal yang lebih baik jika mereka ditakdirkan berada di tempat manusia dengan keadaan yang sama. Para malaikat pun menyahut dan berkata, ”Ya Rabb! Jika Eangkau beri kami keinginan nafsu syahwat ini, kami akan turun dan kami akan mengadili dengan adil.”

Para malaikat diperintah memilih siapa yang akan dihantar ke dunia dan akhirnya mereka memilih Harut dan Marut.

Allah Ta’ala berfirman kepada mereka yang bermaksud, “Pergilah kamu turun, Aku telah beri sepuluh nafsu syahwat kepada kamu, maka berilah pengadilan di kalangan manusia.”

Lalu maaikat Harut dan Marut pun dihantar ke Kota Babylon (Ibu kota Babylon kuno di tepi tebing sungai Euphrates bahagian hilir kawasan itu sekarang berada di Iraq – 88km ke utara Hilla yang dibuat daripada bata-bata daripada runtuhan Babylon)

Di dalam Al-Quran kota Babylon dan dua malaikat itu dirujuk sebagai, “Dengan nama Allah yang Awal dan yang Akhir. Mereka mengajar sihir kepada manusia. Dan apa-apa yang telah diberikan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Babil (Babil ialah nama lain bagi Babylon atau Babel sahaja).

Kisah malaikat Harut dan Marut ini akan hamba nukilkan dalam artikel yang akan datang, insyaaAllah.

Sekian Wassalam....

Derang Kedah