Ayahnda

Ayahnda

Sabtu, 18 Ogos 2012

Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia Diwujudkan Pada Tahun 1881 Masihi.


Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 18/08/2012M bersamaan 29 Ramadhan 1433H sempena malam Aidil Fitri yang syahdu antara sedih dan gembira (sedih kerana Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita dan gembira kerana Syawal telah menjelang tiba) hamba paparkan sepucuk surat rasmi yang dihantar oleh Allahyarham Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad kepada Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah Darul Aman yang belum pernah disiarkan oleh blog kedahcybersyburi. Surat rasmi ini bukanlah surat tuntutan tetapi adalah untuk menyatakan bukti-bukti kesan sejarah, surat ini telah dihantar pada tahun 2010. Terdapat beberapa bukti penting yang boleh dikaji di masa akan datang. InsyaAllah.

Daripada :

Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad
Simpang Alor Pak Ngah, Titi Haji Idris
Mukim Tajar, 06500 Langgar
Kedah Darul Aman, Malaysia.

Kepada :

Tuan Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Kedah Darul Aman, Malaysia
D/A Muzium Negeri Kedah
Bakar Bata, Alor Setar, Kedah.

Tuan,

Perkara :

SEJARAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN DIWUJUDKAN PADA TAHUN 1881 MASIHI OLEH PENJAJAH RAJA BUDDHA THAILAND RAMA V CHAKRI SUKHO THAI CHULALONGKORN.

Saya dengan hormatnya menyatakan bukti-bukti kesan-kesan sejarah tersebut.

Sejarah realiti peperangan di medan perang Tanah Merah Daerah Pendang, Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 1876 Masihi di antara tentera Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn dengan tentera Raja Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.


Kesan-kesan bukti sejarah realiti nama tempat-tempat berbahasa Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah.

Dinamakan Tanah Merah Pendang Kedah pada tahun 1876M. Tanah Merah Pendang Kedah - tanah menjadi  merah di tempat tersebut oleh kerana banyaknya darah manusia mangsa peperangan tersebut tumpah ke bumi 'Tanah Merah Pendang Kedah'. Pendang dalam bahasa Siam bermakna 'bunyi senapang'. 

Dalam peperangan tersebut, Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah dibantu oleh tentera Islam Majapahit Indonesia maka tempat penempatan tentera Majapahit tersebut digelar Kampung Majapahit Tanjong Radin daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Patani ditempatkan di Kampung Patani Guar Kepayang Tanah Merah daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ditempatkan di Pelabuhan Tok Pija Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Padang Besar Kweng We Tobiar Mukim Tobiar daerah Pendang Kedah.

Di sini terdapat sebuah tongkang purba telah ditemui oleh ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Tempat tersebut digelar dengan bahasa Melayu pelat Siam sebagai 'Alor Berala' bermaksud Alor Berhala Buddha Thailand. Dan tidak jauh dari kawasan tersebut digelar dalam bahasa Siam 'Bang Ba Rak' bermaksud 'Kuala Gila Mencantas' dalam bahasa Melayu.


Pada zaman ini tahun 1876M, Perdana Menteri Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ialah Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Paduka Seri Sultan Ngah Haji Muhammad Diah yang bersemayam di Kampung Alor Pak Ngah, Mukim Tajar, Kota Star, Kedah atau beliau dikenali sebagai Keramat Tok Bai @ Tak Bai. Permaisurinya bernama Dato' Nai Mariam binti Syeikh Abdul Latif ulamak Nusantara. Sheikh Abdul Latif adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Iskandar Riau Johor @ Koya Fai mangsa Musuh Bisik 1821M yang mana makam al-marhum berada di dalam Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu Kedah.

Pada tahun 1876M tentera Raja Buddha Thailand telah membunuh Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah di Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia. Maka negeri Kedah dijajah oleh tentera Raja Buddha Thailand selama 5 tahun kemudian mereka mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik menjadi Sultan Kedah darul Aman yang pertama di tahun 1881M.

Hubungan persaudaraan di antara Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan Sultan Muhammad I Kelantan ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah berketurunan Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Pulau Pinang dan Sulatan Muhammad I Kelantan berketurunan Tengku Long Putra Sultan Legeh, yang bersemayam di Kampung Raja Legeh, Ayer Lanas, Kelantan. Manakala Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram pula bersemayam di Istana Bukit Gelugur, Pulau Pinang semasa menjadi Raja Daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam Kedah. Pada tahun 1786M Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram 'belot' dengan menyerahkan daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam Kedah kepada penjajah Inggeris. Manakala Paduka Seri Dato' Raja Long Putra (kekanda Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram) menjadi Raja Legeh Siam Malacca Benua Siam Kedah dibunuh pada tahun Musuh Bisik 1821M di Kepala Bendang, Mukim Tualang, Kedah oleh tentera Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai.


Pada tahun 1881M pihak penjajah Thailand mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Chulalongkorn melantik menantunya yang berkahwin dengan Mak Enchik manjalara Raja Perempuan Thai Negeri Kedah darul Aman iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Abdul Hamid Halim Shah dipaksa oleh penjajah Thailand supaya menceraikan dan membunuh isteri pertamanya yang bernama Nai Sofea @ Syarifah Sofea yang merupakan anak saudara Maharaja Islam Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah (Sultan Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah). Dan puteranya iaitu Tunku Badlishah dihalau keluar dari istana, tetapi Che Wan Muhamad Arsyad menyerahkan kepada Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah, akhirnya Wan Muhamad Arsyad lari ke India. Wan Muhmad Arsyad ditangkap di India dan dibawa pulang ke negeri Kedah serta di paksa menulis sejarah Negeri Kedah Darul Aman secara imaginasi dan metos. Sejarah Imaginasi Negeri Kedah Darul Aman dihasilkan oleh Wan Muhamad Arsyad secara paksa untuk mengelak dirinya dibunuh oleh penjajah Buddha Thailand.

Apabila Raja Kubang Pasu Nai Sim @ Nai Hashim Ibni al-marhum Nai Cau Doi dibuang ke Kulim Kedah pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah maka Syarifah Sofea lari berlindung di Kulim Kedah bersama keluarga Nai Sim dan berkahwin di sana. Manakala puteranya Tunku Badlishah dipelihara oleh nenek saudaranya Dato' Nai Mariam isteri kepada Sultan Muhammad I Kelantan di Kampung Alor Pak Ngah Mukim Tajar, Kota Star Kedah. Pada zaman Kedah Darul Aman di tahun 1881M Raja Kubang Pasu masih wujud di bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi yang bersemayam di istana Paduka Seri Sultan Dato' Paduka Maharaja di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Nai Sim ialah Raja Kubang Pasu Kedah dan beliau ialah cicit kepada Sultan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Nai Sim ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah waris mutlak Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Di dalam buku Cempaka Sari muka surat 140 dan 148 sejarah Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia ada mencatitkan Sultan Jaafar melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak dan Putera Raja dari Kedah Raja Alang pula dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mudzaffar Shah Ibni Pho Chan Koya Long Raja Siam Kemboja tahun 1758M @ Raja Alang @ Sultan Syed Alang Alauddin @ Dato' Ku Raja Chenak @ Raja Siam Songkla ada di catitkan di muka surat 43 buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2005.


Putera Raja dari Kedah Raja Alang @ Syed Alang Alauddin (Gelarannya : Panglima Bukit Gantang) @ Dato' Ku Chenak @ Raja Chenak ialah ayahnda Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

Kubang Pasu pada zaman Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Sultan Jaafar Muadzam Shah ialah cicit kepada Maharaja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan @ Raja Ligor tahun 1767M yang diusir oleh tentera Burma dari Ayuthia Siam Malacca Benua Siam Kedah.

Paduka Seri Sultan Nai Sim Raja Siam Kubang Pasu dilantik oleh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1862M dengan Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak. Paduka Seri Sultan negeri Kubang Pasu ini dibuang atau dilucutkan jawatan Raja Kubang Pasu oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1881M apabila penjajah Thailand mewujudkan Negeri Kedah Darul Aman dicantumkan dengan negeri Kubang Pasu Siam Malacca Benua Siam Kedah.

Menarik perhatian keturunan Raja Kubang Pasu "Dato' Paduka Maharaja" Koya Abu Kasim @ Nai Cau Doi @ Megat Manja masih ada hingga sekarang seperti YB Dato' Johari Baharum Timbalan Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Dr. Afifuddin Haji Omar pekan Napoh dan lain-lain menjadi bukti. Dengan wujudnya Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1881M dan Raja Melayu Siam negeri Kubang Pasu dibuang jawatan oleh penjajah Thailand serta dibuang daerah ke Kulim, Kedah Darul Aman Malaysia. Kewujudan Kedah di tahun 1881M bersamaan pembinaan Wat Buddha di Negeri Kedah Darul Aman bergelar Wat Buddha Bakar Bata Kanchut, Alor Setar Kedah Darul Aman Malaysia. Wat Buddha ini berada di belakang Muzium Negeri Kedah sekarang.

Apabila Raja Muda Kedah meninggal dunia iaitu Tunku Sulong @ Tunku Aziz diganti oleh Tunku Badlishah, dari sinilah bermulanya keturunan Syarif Shah Raja Ligor mendapat tempat dalam urusan Negeri Kedah Darul Aman.

Nai Long Mahmud Ibni Nai Long Haji Yasin cucunda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah pula dilantik menjadi penghulu di mukim Tajar daerah Kota Star Kedah. Baginda adalah abang pupu kepada DYMM Sultan Badlishah sebelah bondanya Syarifah Sofea.

Pada tahun 1909M pihak penjajah Thailand menyerahkan Semenanjung Malacca Benua Siam Kedah (Malaya) kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941M, Tunku Badlishah dan Nai Long Mahmud Penghulu mukim Tajar Kota Star telah membawa masuk tentera Jepun melalui Bukit Kayu Hitam untuk mengusir penjajah Inggeris dari Malaya, usaha tersebut berjaya menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah kehilangan kuasa dan magkat digantikan oleh Tunku Badlishah menjadi Sultan Kedah Darul Aman Malaysia.


Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James low dari buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu, catitan Raja Penjajah Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn mengarahkan tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Malacca Benua Siam Kedah :-

1. Termasuk Istana Raja Melayu Siam Islam ke-33 Kota Mengkuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah.

2. Istana Raja Muhammad Hatta Raja Siam Pertama Perlis @ Istana Raja Melayu Siam Syburi Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali di Bukit Raja, Utan Aji, Perlis.


3. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin di Kota Naga dan Kota Siputih daerah Kubang Pasu Kedah.

4. Istana Kota Serjana Alor Ganu Kota Star Kedah Darul Aman Raja Melayu Siam ayahnda Maharaja Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi I Ananda Pagan Ibni Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mereka cipta wang syiling emas, sekarang ada buktinya disimpan oleh Muzium Kedah.

5. Istana Dato' Paduka Maharaja tempat bersemayam Raja Melayu Siam Kubang Pasu, Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja Tunjang Kedah.

6. Istana Raja Melayu Siam Kedah di Pelabuhan Kota Kuala Kedah.


7. Istana Sultan Sheikh Abdul Kadir Ibni Husin Shah Alirah di Kota Raja Pekan Langgar Kedah.

8. Istana Raja Melayu Siam Islam Husin Shah Alirah di Kota Pagar Ayer mukim Limbong Kota Star Kedah.

9. Istana Sultan Saidina Ali Ibnu Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Bukit Choras, Pendang Kedah. Perigi Raja masih wujud di kampung tersebut.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Islam Phodiset @ Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Kampung Kota Pinang Tunggal, Kulim Kedah.

11. Istana Merong Maha Wangsa @ Sultan Muzaffar Shah I (700 Masihi) di Kampung Sungai Mas Kuala Muda, Kedah.


12. Candi-candi kubu tentera Islam Raja Iskandar Zulkarnain di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah.

13. Istana Majlis Iskandar Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok Kuala Muda, Kedah dan gok arang Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Pulau Tiga, Kedah. Catatan bukti di muka surat 49 buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

14. Pusat pembuatan senjata api Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah atau tempat melebur besi di Merbok, Kedah.

15. Istana Maharaja Melayu Siam Kedah Bukit Meriam, Merbok Kedah.


16. Istana Raja di Bendang Raja, Kubur Panjang daerah Pendang Kedah ialah istana Sultan Muzaffar Shah III Raja Melayu Islam Siam Koya Long @ Pho Chan Raja Kemboja tahun 1788M.

17. Istana Raja Legeh Tunku Long Taha Ibni Tunku Long Putra di Kampung Raja Kota Burha Che Long, mukim Padang Kerbau Pendang, Kedah.

18. Istana Raja Melayu Siam Patani, Raja Idris Jammu Patani di kampung Kota Oo Pelantek, Sik Kedah.

19. Kota Istana Raja Melayu Siam Patani Raja Idris Jammu Patani di Kota Ruman, Sik Kedah.

20. Kota Istana Bukit, Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang Kedah.

21. Istana Raja Melayu Siam Kemboja Pho Chan @ Koya Long Sultan Muzaffar Shah III di Kampung Dusun Raja, Padang Terap Kedah.

22. Istana Raja Melayu Siam Songkla, Nai Long Sultan Alang Alauddin di kampung Nai Lang, Durian Burung sebelah Thailand.


23. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-31 Sultan Syed Maharaja Boromokot Muhiyuddin Mansor Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Siam Malacca di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.

24. Istana Sultan Yaccob Putra Jalij @ Maharaja Jalil Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia @ Khrun Waran Wangsa, Kedah Langkasuka tahun 1548M di Yan Kedah.

25. Istana Tanjung Puteri Kuala Ketil Kedah, perigi Tunku Puteri Dayang masih ada lagi di tempat tersebut.

Saya berharap pihak Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan Muzium Negeri Kedah membuat kajian semula terhadap bukti-bukti sejarah yang saya nyatakan tersebut.

Sekian terima kasih. Wassalam.

Yang Benar,
Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad Ibni Nai Long Mahmud

s.k. 

1. DYMM Sultan Kedah Darul Aman Malaysia.
2. YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman Malaysia.
3. Tuan Pengarah Muzium Negeri Kedah.
4. YAB Perdana Menteri Malaysia.
5. YB Dato' Johari Baharum.

Bersatu Berjuang Menegakkan Kebenaran

33 ulasan:

  1. Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
    Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
    Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
    Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...

    Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
    Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
    Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

    Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
    Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
    Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

    Kekuatannya adalah SILATURAHIM ...
    Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
    Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

    Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN ..

    BalasPadam
  2. Siapakah & dari manakah asal usulnya Megat Dewa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datuk saudara saya bernama megat diwa..xtau la kaitannya dengan megat dewa.

      Padam
  3. Mohon sangat sangat utk saya ketahui...siapakah Megat Dewa & darimanakah asal usulnya...

    BalasPadam
  4. Hamba mohon maaf kepada Dr_Don kerana hamba juga sedang mencari siapakah Megat Dewa sebenarnya dan dari manakah asal usulnya... insyaAllah jika telah mendapat jawapannya nanti akan hamba maklumkan kepada saudara... Terima kasih atas perhatian dan soalan yang baik ini...

    BalasPadam
  5. menurut ibu saya, keluarga kami berketurunan pattani. kampung kami di guar kepayang rata rata penduduknya menggunakan dialek seperti dialek melayu pattani. ibu saya pernah menceritakan kedatangan melayu pattani ke kawasan guar kepayang adalah disebabkan peperangan dengan kerajaan siam buddha. setelah membaca penerangan dari blog ini saya pasti bahawa ini adalah turutan sejarah yang tepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang keturunan darah pattani dekat baling macam tuh jugak ka??

      Padam
  6. Salam dan tahniah atas usaha ini. Dari hamba anak jati kg titi hj idris. Alfatihah buat Nai Long Kassim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan kepada anak jati Kg Titi Hj. Idris... semoga berbahagia selalu hendahnya... terima kasih kerana sudi singgah..

      Padam
  7. Slm ana z dari team merong mahawangsa..ana asal dr kota kuala muda brdkatan kg sg. mas.jka ingin brkgsi info ttg sjrah kdahtua blh hbngi ana..lagoon.biz@gmail.com

    BalasPadam
  8. Slm ana z dari team merong mahawangsa..ana asal dr kota kuala muda brdkatan kg sg. mas.jka ingin brkgsi info ttg sjrah kdahtua blh hbngi ana..lagoon.biz@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam... InsyaAllah saudara Zaidi, semoga kita dapat berkongsi maklumat sejarah ini utk kebaikan bersama. Terima kasih.

      Padam
  9. Kebenaran pasti muncul.
    InsyaAllah

    BalasPadam
  10. Kebenaran pasti muncul.
    InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar wahai saudaraku Key Marzuki, insyaAllah Ta'ala...

      Padam
  11. Salam, boleh saya tau aliran & susur galur keluarga nia long? Betul ka nai long telah dihalau dari negeri kedah & di ancam bunuh maka seluruh keturunan Nia long terpaksa memhilangkan nama wan dihadapan nama mereka kerana diburu

    BalasPadam
  12. Salam,.. suatu ketika dulu, menurut ibu saya nai long kassim datang ke rumah, buka buku besar yg mncatatkn susur galur keturunan nai yg mna ibu saya salah seorang darinya..kami pn tidak tahu apa yg jd dgn carian sejarah nai it sekarang ni..melainkan adik sultan pernah datang ke rumah nai long kassim..ura2 mengadakn perjumpaan semula keturunan tak kedengaran lg,..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum saya sharizan ingin merungkai Dan mencari salasilah keluarga saya di pihak sebelah ibu..arwah datuk saya bernama tengku Ahmad bin tengku Abdul Hamid Dan keluarga kami berasal Dari kota Kuala muda Kedah.andai yg mengenali sila lah menghubungi sy..

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Sbuah mmpi mnyatakan supaya mnuntut harta sebelah nenek sy yang sudah meghadap ilahai. Tp nersyarat. Nenek ku skian lma mnetap d perak yang beradal dr kedah dan ada mngatakn tk kn menjejak kaki d kedah. Adakah benar .mugkin mainan tdur. Allahualam.

    BalasPadam
  16. Adakah megat dewa dengan megat manja berhubung kait? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  17. Adakah megat dewa dengan megat manja berhubung kait? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. mohon kepada pengarang untuk memberikan lokasi atau pun foto untuk mencari tempat2 tersebut.

    BalasPadam
  21. Salam, boleh tak saya tahu mengenai salasilah nai hat.....mengikut cerita dari mak saya..keturunan kami dari susur galur nai hat....dan ada kena mengena dengan puteri hang lipo.....ini email saya nhakim5588@yahoo.com

    BalasPadam
  22. percayakan anda raja thalut berasal dari kerajaan lama kedah. adakah anda perasan pembacaan dari Hikayat merong mahawangsa tentang kewujudan bangsa gergasi wujud disana. antara teks yang ditulis. "hatta , maka adalah seorang budak perempuan, cucu kepada nang miri gergasi kerana tuknya nang miri gergasi itu pergi ke benua siamhantarkan raja benua itu, Kerana nang miri itu pun ia suatu penghulu dan raja kepada segala tentera gergasi.

    cerita tentang maha seri inderawangsa berkahwin dengan cucu gadis dari keturunan nang miri. dan lahirnya raja bersiung.

    tidak mustahil wujudnya juga nabi daud yang diperkatakan menentang raja thalut itu di benua kedah. tentang penemuan relau pembuatan besi berusia sezaman dengan nabi daud di sungai batu. ia menjadi persoalan hingga ke hari ini. ini kerana nabi daud dianugerahkan pandai untuk meleburkan besi dan membuat baju perang.

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Tahniah atas kupasan sejarah negeri Kedah..dr saya anak jati Kampung Tualang

    BalasPadam
  25. Kupasan menarik ni memberi link baru mengenai sejarah kedah,kini sy dapat fahami kami dari mana dan
    Bhasa siam kami,adalah asli bukan dari thai.
    KhonBhan
    Anak
    Pekan siam
    Kg Tualang kedah

    BalasPadam
  26. Ada x sesiapa yg mengenali org2 lama yg taw sejarah TOK ALANG dan TOK KU JANGGUT di daerah tanjong kapur.. Mohon berkongsi..

    BalasPadam
  27. .https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    BalasPadam