Ayahnda

Ayahnda

Jumaat, 26 September 2014

Pelajaran dan Teladan dari Kisah Ayahnda Daud a.s.


Assalammu'alaikum..wrth, hari ini Jumaat 26 September 2014 Masihi bersamaan 01 Zulhijjah 1435 Hijrah sempena bulan harram yang mulia ini dan di awal bulan Zulhijjah (bulan haji) hamba nukilkan sedikit pelajaran dan teladan yang boleh sama-sama kita hayati daripada kisah Ayahnda Daud a.s.

Sebagaimana yang ramai maklum, bahawa salah satu mukjizat Ayahnda Daud a.s. ialah suaranya yang amat lunak dan merdu sehinggakan ketika mana dibacanya kitab Zabur; makhluk yang ada disekitarnya seperti tumbuh tumbuhan, gunung ganang, bukit bukau dan haiwan juga turut terpesona dengan kemerduan suara Ayahnda Daud a.s. Sehinggakan burung-burung yang sedang terbang juga berhenti dan turun ke tanah mendengarkan bacaan Ayahnda Daud a.s Dikatakan juga angin juga berhenti bertiup, hatta besi yang ada di tangannya juga menjadi lembut dan mudah dibentuk oleh jari jemari Ayahnda Daud a.s.

Diriwayatkan juga bahawa di akhirat nanti seluruh penghuni syurga dapat mendengan dan menghayati kemerduan dan kelunakan suara Ayahnda Daud a.s. ketika membaca isi kitab Zabur. Wallahu'alam.


Rawatan CUCI SUARA : Rahsia perubatan Melayu Islam.

Suara yang lunak merdu amat penting untuk menyebut dan mengumandangkan ayat-ayat suci Al-Quran (kalamullah) dan berzikirullah, kerana dengan suara yang lunak dan merdu dapat menarik perhatian hati juga menjadi kesukaan semua hamba-hamba Allah Ta'ala. Suara yang baik, lunak dan merdu juga menjadi kesukaan Allah Rabbul'alamin. 

Dikesempatan ini, hamba ingin berkongsi sedikit ilmu Rawatan Cuci Suara yang diamalkan oleh para ulama' terdahulu dan para auliya' Allah sehingga ke saat ini. InsyaAllah.

Empat bahan asas dan satu alat yang diperlukan dalam amalan atau rawatan cuci suara ini.
1. Garam Jantan
2. Air Asam Jawa
3. Jaddam
4. Madu Asli
5. Alat Pengasah Lidah 

Kaedah asasnya;
1.  Rawatan perlu dilakukan diawal pagi sebelum masuknya waktu solat Subuh.
2.  Alat pengasah lidah perlu diembunkan semalamam (Petua)
3.  Rawatan perlu dilakukan ketika tarikh bulan sedang turun (kalendar Islam)
4.  Ambil segengam garam jantan dan masukkan ke dalam segelas air (gunakan gelas kaca)
5.  Minum air garam tersebut, pastikan garam telah dikacau sehingga larut terlebih dahulu, tujuannya untuk membersihkan tekak dan kerongkong.
6.  Kemudian cuba keluarkan semula air garam yang telah diminum tadi dengan cara menjolokkan jari ke dalam kerongkong. Selepas air garam keluar (sekadar yang mampu), bersihkan badan dan solat subuh dahulu.
7.  Setelah selesai solat subuh dan selesai wirid (secara perlahan), sedut sedikit air asam jawa ke dalam rongga hidung kemudian hembus keluar.
8. Kemudian minum setengah gelas air asam jawa (tanpa gula) tujuannya untuk menyejukkan kembali tekak dan kerongkong yang perit sebabkan oleh air garam tadi.
9.  Kemudian telan (satu sudu teh) jaddam (rasanya pahit).
10.  Kemudian minum secukupnya madu asli untuk menghilangkan rasa pahitnya jaddam tadi.
11. Yang terakhir, asah lidah dengan menggunakan alat pengasah lidah (boleh dibeli di kedai farmasi).

Sekian, semoga ilmu ini bermanafaat untuk kita semua. Sebaik-baiknya semasa proses rawatan ini dilakukan harus ada guru (atau ahlinya) yang mengawasi dan memberi tujuk ajar yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Wallahu'alam.




Pelajaran tentang keadilan

Dalam kisah Ayahnda Daud a.s., terdapat pelajaran tentang keadilan dan pembatasan terhadap pemahaman-pemahaman yang wajib berjalan dengan sendirinya untuk menjaga agar hakim dan pemerintah jagan sampai jatuh ke dalam kezaliman.

Hal ini terlihat di dalam seruan Allah Ta’ala kepda Nabi-Nya, Daud a.s. :

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana dia (hawa nafsu) akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Al-Quran Surah Shod ayat 26.


Dalam ayat ini,  Allah berwasiat kepada Daud a.s. agar memberi keputusan kepada manusia secara benar dan lurus, sehingga segala urusan akan menjadi lurus dan umat pun akan menjadi baik.

Akan tetapi, apakah sebab-sebab dan faktor-faktor yang menyebabkan pemerintah atau penguasa berpaling dari jalan yang benar? Sesungguhnya hal itu adalah hawa nafsu yang gejala-gejalanya adalah sebagai berikut, Dendam terhadap musuh, cinta terhadap orang-orang kuat dan kaum kerabat, penindasan terhadap orang-orang lemah dan musuh-musuh, serta kerelaan terhadap pelepasan jiwa dari cintanya kepada ketinggian dan kemasyhuran. Hal seperti ini sangat jelas pada beberapa pemerintah. Oleh sebab itu, setelah Allah berwasiat kepada Nabi-Nya Daud a.s. agar memerintah secara benar, Dia berfirman kepadanya, "Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu".

Akhirnya, Al-Quran menerangkan bahwa pengaruh-pengaruh yang ditimbulkan akibat hawa nafsu manusia itu ialah, berpaling dan tersesat dari jalan Allah yang akan menghantarkannya kepada kebahagiaan dan kemenangan yang benar, dan sebaliknya keluar dari jalan yang telah digariskan Allah, yang mengakibatkan adanya siksaan pedih pada hari kiamat.

Ini adalah salah satu di antara wasiat-wasiat yang disebutkan di dalam Al-Quran untuk memelihara pemerintah dan hakim dari kesalahan, dan menjauhkan mereka dari berlaku zalim yang mengakibatkan rosaknya peraturan-peraturan negara dan wibawa keputusan yang sah, sehingga goyahnya dasar-dasar pembangunannya.




Waktu-waktu yang Diutamakan untuk Beribadah

Di dalam kisah Ayahnda Daud a.s. terdapat pula pengkhususan waktu yang diutamakan untuk beribadah. Hal ini dapat dimengerti dari firman Allah Ta'ala;

"Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi."
Surah Shood ayat 18.

Pengkhususan dan waktu ini menunjukkan adanya keistimewaan dan bertambahnya kemuliaan. Kerananya pengkhususan ini patut kiranya dijadikan alasan untuk selalu beribadah di dalam dua waktu tersebut. Kerana sesungguhnya waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu mempunyai pengaruh terhadap keutamaan ibadah yang dilaksanakan.

Ketika matahari terbenam dan malam pun mulai datang, jiwa-jiwa menjadi tenang, lalu mendatang alam dengan penuh kekaguman sambil merenungkannya. Sungguh ia telah dicekam kesunyian! Kemudian tampaklah di langit bintang-bintang yang bersinar dan bercahaya, melepaskan jiwa-jiwa dari belenggu yang mengikatnya akibat sibuknya pekerjaan dan hiruk-pikuknya kehidupan. Sehingga mempercepatkan manusia untuk segera bertasbih kepada Maha Pencipta dengan memuji dan memuliakan keagungan-Nya.

Demikian pula waktu matahari terbit, ketika alam tampak terang cemerlang, digenangi dengan embun pagi, dan manusia, burung-burung serta binatang-binatang yang ada di dalamnya mulai bergerak. Semua itu memberikan pengaruh kejiwaan ke dalam hati manusia dan memanggilnya untuk memuliakan Penciptanya.





Perpaduan Antara Dunia dan Akhirat

Banyak orang menyangka bahwa antara dunia dan akhirat mustahil dapat dipadukan. Kerana menurut pandangan mereka, beragama itu adalah meninggalkan keduniaan, selalu berada pada tempat-tempat peribadatan, dan tidak mengambil bagian kesempatan dunia. Sangkaan seperti ini terlah tersiar hingga para penyeru kekufuran mengeluarkan pernyataan yang sangat membahayakan, yaitu, "Agama adalah candu bagi setiap bangsa."

Di antara masalah yang tidak diketahui oleh kaum materialistis, bahwa sesungguhnya Islam memandang dunia dan akhirat itu saling berhubungan dan melengkapi antara yang satu dengan yang lainnya. Ajaran-ajaran Islam pun menyerukan supaya mengambil bagian dunia serta membekali diri untuk akhirat.

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagian kamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kepada (orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu."
Al-Quran surah Qashoos ayat 77.

Sebagaimana Islam memerintahkan untuk mengambil sarana-sarana kekuatan yang melindungi negeri dari serangan musuh.

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh), kekuatan apa saja yang kamu sanggupi."
Surah Al-Anfal ayat 60.

Inilah pengertian agama dalam pandangan Islam. Dan ini pulayang telah diwasiatkan kepada Ayahnda Daud a.s. untuk menjadi pelajaran bagi kita.

"Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang soleh."
Surah Sabak ayat 11.

Allah Ta'ala menyuruh Ayahnda Daud a.s. supaya membuat baju-baju besi. Sebab pada zamannya, peperangan itu menggunakan peralatan seperti panah, lembing dan pedang. Sedangkan baju besi adalah salah satu di antara alat untuk melindungi diri. Zaman sekarang, setelah diketemukan persenjataan-persenjataan untuk membunuh, telah berkembang pula peralatan-peralatan penangkisnya. Adapun kewajiban orang yang beriman adalah membuat peralatan yang dapat menahan persenjataan yang dapat mengakibatkan kemusnahan itu.

Renungkanlah, bagaimana Allah Ta'ala setelah mewasiatkan kepada Ayahnda Daud a.s. untuk membuat baju-baju besi, lalu Dia (Allah) menyuruh Ayahnda Daud a.s. bersama para pengikutnya untuk beramal soleh demi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kerana dunia dan akhirat menurut pandangan agama adalah saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lainnya. Kerananya, kekuatan militer dapat menjaga umat dari serangan musuh dan penindasan penjajah. Sedangkan kekuatan rohaniah yang merupakan manifestasi dari iman dan amalan soleh akan dapat memperbaiki umat dan menjaga dari kerosakan.




Introspeksi (Perasaan Dalam Lubuk Hati)

Dalam kisah Ayahnda Daud a.s. terdapat pelajaran tentang introspeksi dari kesalahan-kesalahan dan niat-niat buruk yang lahir dari dalam jiwa. Hal seperti ini tampak jelas bagi kita dalam firman Allah Ta'ala;

"Dan Daud mengira (merasakan) bahwa Kami mengujinya, maka dia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat (kepada Tuhannya)"
Surah Shood ayat 24.

Kemudian, apakah yang dimaksudkan dengan "Kami mengujinya"? Apakah Allah Ta'ala menguji Ayahnda Daud a.s. atau benar-benar telah menjatuhkannya dalam suatu cobaan? Hal itu mungkin saja terjadi. Tetapi yang jelas, Ayahnda Daud a.s. telah memohon ampun kepada Tuhannya kerana dia berbuat kesalahan. Maka bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang yakin akan kesalahan? Di dalam masalah ini, terdapat pelajaran sempurna dalam kaitannya dengan introspeksi diri dan mengekang kejahatan jiwa ketika terbetik di dalamnya niat untuk berbuat sekehendaknya akan menyebabkan kerosakannya.

Kerananya,bagi kaum berlainan apabila jiwa membisikkan untuk membuat kemungkaran atau terdetik adanya niat menghasut sesama umat manusia, hendaklah kita mengikut Ayahnda Daud a.s., yaitu menyungkur ruku atau sujud dan kembali kepada Allah Ta'ala dengan bertaubat, maka Allah pasti akan mengampuni. Hal tersebut lantaran Allah Ta'ala akan membuat perhitungan terhadap suatu perbuatan sampai kepada apa yang disembunyikan dalam jiwa.

"Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu."
Surah Al-Baqarah ayat 184.

Ini adalah salah satu di antara cara-cara Allah Ta'ala yang Maha Bijaksana di dalam memperbaiki jiwa. Kerana jika perbuatan-perbuatan yang mungkar dan bisikan-bisikan kejahatan itu dibiarkan berada pada manusia tanpa ada perbaikan, maka pasti akan membahayakan tingkah lakunya. Dalam hal ini Saiyidina Usman r.a. mengatakan;

"Tidak ada suatu rahsia pun yang dirahsiakan seseorang kecuali Allah akan menampakkannya pada air mukanya dan perkataannya yang spontan tanpa pemikiran."

Dan Zuhair bin Abi Salma r.a. mengatakan, 

"Walaupun seseorang mempunyai perangai (Baik atau Buruk), lalu disembunyikannya daripada manusia, pasti perangai itu pun akan diketahui oleh mereka."

Maka kesimpulannya; "Jadilah dirimu sendiri."


Wallahu'alam.

Sekian Terima kasih, Wassalam.


Surau Kedah Medical Centre (KMC), Alor Merah, Kedah &
Surau Kg. Sungai Baru Utan Aji, Perlis.