Ayahnda

Ayahnda

Isnin, 13 Januari 2014

Ya Rasulullah S.A.W.





Wahai Anakku Muhammad!

Allah melimpahkan berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu yang sedang menghadapi maut.
Engkau diutus Allah kepada manusia
Dalam lingkungan Halal dan Haram.
Engkau dibangkitkan Allah
Membantu Tauhid dan Iman
Agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau,
Tidak boleh mendekati berhala,
Jangan bersama golongan itu (penyembah berhala).

(Nukilan sajak Aminah binti Wahab, Ibunda Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu akan wafat meninggalkan Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sampingnya)

Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin 13 Januari 2014 Tahun Masihi, bersamaan 12 RabiulAwal 1435 Tahun Hijrah, juga bersamaan 23 Jadi 10,002 Tahun PuSaka. Selamat tahun baru masihi kepada semua saudara saudari yang hamba hormati sekalian. Sempena bulan RabiulAwal yang juga bulan sempena Maulidul Rasul s.a.w., hamba ingin berkongsi kisah mengenai Rasulullah s.a.w. dan sifat-sifat Baginda s.a.w. yang mulia. Semoga kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menghayati dan mengambil iktibar sebagai suri tauladan untuk kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. InsyaAllah.


Sifat Rasulullah s.a.w.



Dalam satu riwayat yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum, dikemukakan bahawa beliau pernah bertanya kepada pamannya yang bernama Hind bin Abi Halah tentang sifat Rasulullah s.a.w. Hind menjawab;

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan rembulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang pendek dan lebih pendek dari orang yang tinggi. Baginda berjiwa pelindung. 

Rambutnya bergelombang, apabila baginda menyisir (rambutnya) maka dibelahnya menjadi dua. Apabila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih.

Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah. Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar, hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. 


Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagikan leher kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang saja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang persendiannya besar.

Badannya yang tidak ditumbuhi rambut Nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat, tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain yang disebut tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bagaian atas berbulu halus. Kedua ruas tulang tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel.

Apabila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan-akan baginda turun ke tempat yang rendah. Apabila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh badannya. 

Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Apabila ada sahabat berjalan, maka baginda berjalan di belakangnya dan bila berpapasan maka disapanya dengan salam.

(Diriwayatkan oleh Sufyan bin Wahi’ dari Jami’ bin ‘Umair bin “Abdurrahman al-‘Ajali, dari warga Bani Tamin bernama Aba ‘Abdullah, dari Hind putera Abi halah yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum.)


Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia’ yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia’ yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!


Wasiat Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani  رضي الله عنه

 
Diantara wasiat beliau rah.:
  • aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
  • aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  • aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
  • aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
  • aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
  • aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
  • aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
  • aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …
 

Beliau rah.  mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:

Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.

Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.


Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal.

Berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya.

Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di atas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya.


Kezuhudan Rasulullah s.a.w.

Kerap berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sebulan dan dua bulan, padahal dapurnya tidak pernah dinyalakan api untuk memasak makanan dan sebagainya. Malah hidupnya selalu dengan memakan kurma dan meminum air saja.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata : Keluarga Muhammad s.a.w. tidak pernah kenyang dari makanan selama tiga hari berturut-turut sehingga Baginda s.a.w. wafat (meninggal dunia).

Manakala Ibnu Abbas r.a. berkata : Adalah Rasulullah s.a.w. kerap tidur bermalam-malam sedang kaum keluarganya mengikit perut kerana tidak menemui makan malam, dan jika makan, maka makanannya hanya roti keras dari sya’iir.

Suatu riwayat daripada Ibnu Umar r.a. pula katanya : Pernah kami keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w. sehingga kami memasuki kebun-kebun kaum Ansar, maka Baginda s.a.w. pun mengutip-ngutip kurma yang jatuh di bawah pepohonannya seraya memakannya. Kemudian Baginda berkata kepadaku ; Hai putera Umar! Mengapa engkau tidak ikut makan? Aku menjawab : Aku tiada menyukainya, duhai Rasulullah! Maka Baginda pun menjawab : Tetapi aku menyukainya, kerana hari ini adalah pagi yang keempat sejak aku tiada merasakan apa-apa makanan. Kiranya aku mahu, boleh aku memohon Tuhanku yang Maha Agung untuk menyerahkan kepadaku kekayaan Kisra (Parsi) dan Kaisar (Romawi). Maka bagaimana nanti, wahai putera Umar, jika engkau masih hidup melihat suatu kaum yang menyimpan rezekinya untuk jangka masa setahun dan lemah keyakinannya.


Ibnu Umar menyambung lagi riwayat ini dengan berkata : Demi Allah, tidak berapa lama turunlah pula fitman Allah Ta’ala yang berikut : 

“Dan betapa banyak dari binatang melata yang tidak memikul rezekinya sendiri. Allah pulalah yang member rezeki kepadanya dan juga kepada kamu, sedang Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Ankabut ayat 60)

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala tiada pernah menyuruhku untuk menyimpan dunia, dan menurutkan nafsu syahwat, jadi barangsiapa menyimpan dinar dengan maksud hendakkan hidup yang panjang, maka sesungguhnya kehidupan itu adalah di tangan Allah azzawajalla. Sebab itulah aku ini tiada menyimpan dinar atau dirham (yakni wang ringgit), dan aku juga tiada menyimpan makanan untuk hari besok.

Baginda s.a.w. pernah bersabda lagi :

“Tuhanku telah menawarkan untuk dijadikan bumi Makkah emas, tetapi aku berkata kepadaNya; Tidak, duhai Tuhanku! Biarlah aku kenyang suatu hari, dan aku lapar di hari yang lain. Bila aku merasa lapar, niscaya aku akan menghadapkan wajahku kepadaMu serta mengigatiMu. Dan jika aku kenyang pula, niscaya aku akan mensyukuri nikmatMu serta memuji-mujiMu.”


Tersebut daripada Al-Hasan Al-Bishri rahimahullah, katanya : Adalah Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu orang lain dengan tangannya sendiri sampai menampalkan pakaian yang koyak pun pernah Baginda melakukannya supaya menjadi contoh tauladan kepada ummatnya. Baginda s.a.w. tidak pernah mengumpulkan makanan siang dengan makanan malam (yakni tiada memakan makanan yang sama siang dan malam) selama tiga hari berturut-turut, sehinggalah Baginda kembali ke rahmatullah azzawajalla, moga-moga Allah menambahnya keutamaan dan kemuliaan.

** Orang-orang dalam kategori ini tidak mesti semuanya fakir dan miskin keadaannya, tetapi mereka memang suka hidup dalam keadaan sempit dan serba kekurangan, tidak ingin membiasakan diri hidup senang dan mewah kerana bimbang hidup yang semacam itu akan menarik diri kepada kelalaian dan kurang ingat kepada Allah dan hari kemudian.
Wallahu’alam.


Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله


قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ
مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ

Beliau rah. berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai Muhammad s.a.w. inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita mengikuti Baginda atau tidak?
Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.


Petunjuk Kebenaran

Padahal kamu adalah tetap akan memerlukan seseorang untuk membimbing diri kamu ke  jalan yang benar.

Siapakah yang dapat kamu harapkan dan beri sepenuh kepercayaan untuk menunjukkan jalan kebenaran itu?

Melainkan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan Aulia’-Nya.
(Nukilan A.M. Latif  21/09/1995)


Pondok Derang Kedah Darul Aman.