Ayahnda

Ayahnda

Ahad, 2 Disember 2012

Naga dan Dewa Dewi

Masjid Kampung Manggol Bongor Putat


Assalammu'alaikum....wrt, hari ini Sabtu 01/12/2012M bersamaan 17/01/1434H sempena awal bulan 12 dan bulan terakhir bagi tahun Naga kali ini hamba nukilkan serba sedikit perkara tentang Naga dan Dewa Dewi. Semoga coretan mengenai tajuk ini akan membuka pintu minda dan hati para pembaca yang dihormati sekalian.

p/s : Tahun ini adalah istimewa kerana adanya satu tarikh menarik 12/12/12 yang mana kombinasi tarikh ini tidak pernah di alami dan tidak akan di alami lagi. Tahun hadapan tak mungkin kita temui tarikh 13/13/13, jadi marilah sama-sama kita fikirkan.

Sebagaimana yang semua pembaca sekalian maklum bahawa haiwan NAGA adalah termasuk dalam senarai 12 haiwan dalam kalender Cina. Dalam astrologi Cina, zodiak 12 bintang haiwan melambangkan 12 jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.
Sila layari  Haiwan 12 untuk bacaan lanjut.
Anak Naga Api yang Comel

Namun dalam kalender Cina, Tahun NAGA mempunyai aura istimewa oleh masyarakat berbangsa Cina dan juga kepada bangsa-bangsa lain termasuk Mala-yu. Kerana ia ada kaitan dengan sifat dan personaliti Naga yang ada pada sesiapa yang lahir pada tahun Naga-Ra. Sifat istimewa yang tiada tandingannya. Wallahu'alam. Walaupun dalam kalender bangsa Mala-yu senarai haiwan 12 nya tidak ada haiwan NAGA ini. Sebenarnya dalam artikel kali ini hamba ingin berkongsi sikit pengetahun tentang sejarah Anbia' (Nabi dan Rasul utusan Allah Ta'ala) yang berkaitan dengan haiwan Naga ini.

Apakah kaitannya Anbia' a.s. dengan Naga? Seperti yang hamba jelaskan dalam artikel yang lepas, segala yang dicoretkan nanti adalah maklumat dari pengalaman hamba serta muzakarah dengan beberapa orang rakan dan guru kesufian. Hamba akan sedaya upaya cuba sampaikan berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan apa yang hamba coretkan tidak akan menjejaskan atau merosakkan akidah saudara dan saudari pembaca sekalian, insyaAllah. Hamba juga berharap pembaca sekalian dapat berfikiran terbuka dengan seluas-luasnya (Fikiran global dan alami) untuk memahami segala isi coretan kali ini. Dan juga jika ada salah silap serta sebarang kemusykilan, hamba harap tolonglah tegur dengan sopan santun dan budi bahasa yang luhur, hamba dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas setiap teguran.

Pertama : Hamba telah nyatakan bahawa Naga telah ada didunia ini sejak Allah s.w.t. turunkan Ayahnda Adam a.s. ke dunia ini. Dalam muzakarah hamba, sewaktu Ayahnda Adam a.s. di hukum penjara di Bumi selepas melanggar perintah Allah Ta'ala dengan memakan buah larangan, maka turunnya Ayahnda Adam a.s. adalah diiringi sepasang haiwan peliharaan Allah Ta'ala yakni Naga dengan perintah dan izin Allah Ta'ala jua. Sejak itulah induk Naga ini telah hidup dimuka Bumi dan membiak hingga sekarang sampai ke akhir zaman. Manakala Iblis laknatullah telah dilempar (direjam) ke dunia bersama sepasang ular besar yang telah bersubahat dengan Iblis membuat tipu daya terhadap Ayahnda Adam a.s. Wallahu'alam.

Naga Kilat @ Buraq

Kedua : Naga yang boleh bergerak sepantas kilat (dengan lain bahasa) yakni 'Buraq' merupakan haiwan tunggangan para ahli syurga di akhirat kelak. Dengan kelebihan ini Naga telah ditugaskan oleh Allah s.w.t. untuk membawa Para Nabi dan Rasul-Nya naik ke langgit dan bergerak dari satu ke tempat yang lain dengan pantasnya seperti peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Idris a.s. yang naik melawat syurga dan neraka serta diizinkan menetap di langgit ke-4, Nabi Sulaiman a.s. yang bergerak melawat dari satu naga-ra ke satu naga-ra jajahannya dengan kadar yang sangat pantas dan lain-lain kisah Anbia' yang hamba tidak mengetahuinya. Wallahu'alam.

Ketiga : Naga mempunyai kebolehan dan kemampuan luar biasa di luar jangkaan sesiapa sahaja maka dengan sifat-sifat istimewa ini, Allah s.w.t. telah perintah dan izinkan haiwan Naga membantu para anbia' dalam usaha Dakwah yakni menyeru kaum dan umat manusia serta jin beriman kepada Allah Ta'ala. Contohnya seperti Tongkat Nabi Musa a.s. yang bertukar menjadi Ular Besar (Naga) menelan 'ular-ular' para ahli sihir Firaun laknatullah, dan kisah Naga yang membantu Iskandar Zulkarnain menyembur api untuk membina tembok besi menghalang Yakjut Makjut dan lain-lain kisah Anbia' yang hamba tidak mengetahuinya. Wallahu'alam.

Naga juga mempunyai nama-nama lain yang pernah disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. contohnya seperti 'Dabbatul Ard' haiwan bumi yang akan keluar sebelum kiamat nanti dan 'Sajarul Akrar' yakni ular besar bermata merah berapi, berkuku panjangnya sebulan perjalanan yang akan menyiksa penghuni kubur di alam barzah nanti. 


Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Naml ayat 82; "Dan apabila perkataan (ketentuan masa kehancuran alam) telah berlaku atas mereka, Kami keluarkan bagi mereka makhluk melata dari bumi, (ia) berbicara (kepada) mereka, sesungguhnya manusia (dahulunya) dengan ayat-ayat Kami, mereka tidak beriman (tidak yakin)."

wallahu'alam.

Gambaran Dabbatul Ard 
Awal Penciptaan Makhluk

Ketahuilah, semoga engkau diberi taufiq kepada segala yang dicintai dan diredhai Allah Ta'ala. Makhluk yang pertama diciptakan Allah Ta'ala adalah Ruh Muhammad s.a.w. (Sila lihat Nur Muhammad untuk bacaan lanjut). Ruh Muhammad s.a.w. diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam hadis Qudsi, "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya-Ku". Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal."

Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu, iaitu Hakikat Muhammad.

Hakikat Muhammad disebut 'Nur', kerana bersih dari segala kegelapan yang menghala kepada yang terang. Sebagaimana firman Allah Ta'ala : "Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah." 

Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam, kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf (pengetahuan yang tertulis). 

Hakikat Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w., "Aku dari Allah dan Makhluk lain dari aku". Dan dari Ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di alam 'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri asal. Setelah 4,000 tahun dari penciptaan Ruh Muhammad maka Allah menciptakan 'Arasy dari Nur Muhammad. Begitu pula seluruh makhluk lain yang diciptakan dari Nur Muhammad.

Pintu Rahsia Teratai
Hamba hasilkan gambarajah ini adalah ringkasan daripada segala ilmu yang terkandung dalam sebuah kitab kesufian karangan Sultan Aulia Gauts Al A'zam Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Qaddassallahu Sirrahu.

Sebelum hamba sampaikan makna-makna yang tersurat dan tersirat pada Pintu Rahsia Teratai (PRT) ini, ingin hamba coretkan kata-kata aluan Ayahnda Sultan Aulia Gauts Al A'zam Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Qaddassallahu Sirrahu di permulaan kitab karangannya: "Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan. Allah tetap memberikan darjat bagi para ahli ibadah, dan qurbah bagi para ahli ma'rifat. Penulisan kitab ini adalah atas permintaan sebahagian penuntut ilmu. Mereka meminta agar kami membuatkan tulisan yang mencakup. Maka kami tulis sebuah kitab ringkas sesuai dengan permintaannya. Mudah-mudahan kitab ini memenuhinya dan siapa saja yang memerlukannya. Kitab ini kuberikan nama Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihi Al-Abrar (Rahsia terdalam dari segala rahsia dalam menjelaskan tentang apa yang diperlukan oleh ahli kebajikan). Di dalamnya kami bahas tentang Syariat, Tariqat, dan Hakikat dengan penyusunannya satu Muqaddimah dan 24 fasal, sejumlah 24 huruf pada kalimah Laailaa ha illallah Muhammadur Rasulullah. Juga sejumlah 24 jam dalam sehari semalam." 



Maka makna yang tersurat dan tersirat pada PRT ini, huruf jawi yang terdapat dalam setiap ruang dalam lingkaran luar bunga teratai adalah kalimah Laaillaa ha illallah (ruang 1 hingga 12 mula dari kiri ke kanan), dan kalimah Muhammadur Rasulullah (ruang 1 hingga 12 yang seterusnya) bermakna hakikat 2 kalimah syahadah yang perlu diamalkan dan menjadi peganggan sehingga sebati dengan darah daging, sehari semalam 24 jam seperti yang tersebut dalam kata-kata aluan di atas.


Makna huruf-huruf Jawi dalam setiap kelopak bunga teratai ialah: 

1.  'Dal' د maknanya Dakwah (kerja mengajak manusia kepada Allah Ta'ala)
2. 'Ta' ت maknanya Tabligh (menyampaikan ilmu Agama walaupun satu ayat)
3. 'Ta' ت maknanya Ta'alim dan Ta'alum (belajar ilmu Agama dan mengajarkannya)
4. 'Fa' ف maknanya Fathonah (berilmu lagi bijaksana)
5. 'A'in' ع maknanya Ibadat (melaksanakan segala perintah Allah Ta'ala)
6. 'Sood' ص maknanya Siddiq (benar dalam percakapan dan perbuatan)
7. 'Kha' خ maknanya Khidmat (buat kebaikan tanpa mengharapkan balasan)
8. 'Alif'  أ  maknanya Amanah (Jujur dalam setiap perbuatan)

Semua kelapan-lapan sifat yang tersebut ini perlu diusahakan supaya ada dalam diri setiap 'Salik' (orang yang sedang belajar dalam perjalanan 'muqarrabin' yakni menghampirkan diri kepada Allah Ta'ala). Jika telah wujud 8 sifat-sifat tersebut dan dapat di istiqamahkan, insyaAllah akan tercapailah 8 perkara yang 'sir' (lapan lagi kelopak kecil kosong@tersembunyi rahsia anugerah Allah Ta'ala), wallahu'alam.

Di tengah-tengah kelopak bunga teratai adalah biji-biji tasbih seperti yang hamba lukiskan dalam artikel yang lalu. Asasnya seumpama biji benih yang mempunyai dua bahagian (pucuk dan akar) dimana simbul ini mewakili hak Allah s.w.t. dan Hak Rasulullah s.a.w. yang wajib ditunaikan oleh setiap orang yang beriman.

Dan segala tarikh dan angka yang hamba tuliskan dibahagian bawah itu biarlah ia tetap menjadi rahsia diri hamba yang banyak dosa ini. Namun angka 1/3, 2/3 dan 3/3 adalah mewakili tingkatan nafsu Rodhiah, Mardhiyyah dan Kamil. Sila lihat artikel Tingkatan Nafsu. Wallahu'alam.



Kembara Ruhani

Selanjutnya ruh-ruh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukkan pada makhluk yang terendah, iaitu jasad.  Sebagaimana firman Allah, "Kemudian Ku turunkan manusia ke tempat yang terendah". Proses turunnya adalah setelah ruh 'Latifah Robbaniyah' diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua alam, lapis kedua ini disebut ruh 'Sultani'. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh 'Ruhani'. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapisan keempat ini disebut ruh 'Jasmani'.

Selanjutnya Allah Ta'ala menciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah; "Dari bumi Aku mencipta kamu. Kepada bumi Aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah Aku mengeluarkanmu"

Setelah terwujud jasad, maka Allah memerintahkan ruh agar masuk kedalam jasad dan ruh masuk kedalam jasad, sebagaimana firman Allah; "Ku-tiupkan ruh dariKu ke dalam jasad". Ketika ruh Latifah Robbaniyah berapa di dalam jasad dan merasa senang berada pada jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian; "Alastu birabbikum?" (Bukankah Aku ini Tuhanmu?) Ruh menjawab "Benar, Engkau adalah Tuhan kami". Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal bagi mereka, sesuai dengan firman Allah, "Berikanlah peringatan kepada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah di alam Lahut.



Lain halnya dengan para Nabi, mereka datang ke Bumi, dan kembali ke Akhirat. Badannya di Bumi. sedangkan ruh intinya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini. Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal. 

Kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasullulah s.a.w. Penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang membuka hatinya. Nabi s.a.w. mengajak mereka agar kembali dan sampai serta bertemu dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah; "Katakanlah: Ini adalah jalanku. Aku menjadak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutku". Nabi s.a.w. bersabda; "Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk". 

Pada ayat tadi dijelaskan bahwa Nabi s.a.w. mengajak manusia kembali kepada Allah dengan  pendangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran disebut 'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada mata hati bagi aulia' (wali-wali Allah). Basyirah tidak terbuka hanya dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu Ladunni batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah; "Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Aku". Untuk menghasilkan basyirah manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang dapat menunjukkan jalan ke alam Lahut.



Wahai saudaraku, sadarlah dan bergegaslah untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu, sebagaimana firman Allah; "Bergegaslah kamu untuk memdapat ampunan dari Allah dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".

Wahai saudaraku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhanmu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari teman untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut). Keberadaan kita di bumi yang hina dan yang akan hancur ini tidak hanya untuk berpangku dengan makan, minum dan memenuhi nafsu belaka. 

Dewa dan Dewi

Maka manusia yang telah dapat kembali ke alam Lahut dan meningkat ke makam nafsu Kamil inilah merupakan manusia istimewa pilihan Allah Ta'ala yang mana merekalah sebenarnya yang digelar dan dipandang sebagai Dewa (untuk lelaki) dan Dewi (untuk perempuan) oleh kebanyakan manusia sejak zaman dahulu hingga kini dan akhir zaman. Sebagaimana kalimat yang pernah kita dengar "Jika manusia itu baik maka ia lebih baik dari Malaikat dan sekiranya manusia itu jahat maka ia lebih jahat dari Syaitan". Wallahu'alam.


Bertuah siapa yang dapat melihat gambar Dewa

Seorang ahli syair berkata; "Nabimu selalu menunggu, sangat khawatir memikirkanmu". Sabda Nabi: "Aku mengkhawatirkan umatku yang ada di akhir zaman".

Sekian Wassalam.


Catatan ini hamba coretkan di Padang MatSirat, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

36 ulasan:

  1. as salam AB yang sangat bertuah dunia akhirat

    terima kasih kongsi artikel baru
    belum baca lagi

    kirim salam kat anak naga api comel tu..!!
    puteri annur mesti suka....

    BalasPadam
  2. Wassalam... Wangsa gelar bangsaku,

    Sama-sama kasih, bila ada masa lapang nanti bacalah sambil rehat-rehat. Sambil makan keropok dan minum kopi panas.

    Anak Naga Api comel yang suka main api. Mcm lagu 'Warisan'. Anak kecil main api..... puteri annur sila sambungkan lirik lagu ni...

    Annur sedang sibuk ke? Mesti Annur suka main dengan anak naga comel tu...

    BalasPadam
  3. salam semua,adoi...maaf ya,annur bz skrang ni siapkan tesis,lagi seminggu je kena hantar...huhu...

    Ab,berat ya post kali ini...annur kena baca banyak kali ni,sebelum beri komen2 yg berat...tggu annur free,nnt annur akan cuba baca pelan2...skrang ni banyak assigment kena hantar,naik pengsan annur jadinya...huhu~

    ps:hehe,comel ye gambar naga tu...mmg annur suka sgt...tau2 je sdr Wangsa kan?hehe

    BalasPadam
  4. wassalam ya puteri annur yang bersinar2, siapkan tesis tu kemudian pelan2 baca post yg agak berat bg yg belum biasa, tp agak ringan bagi sesiapa yg dah biasa menjelajah ke alam kerohanian... selamat membaca sambil mengasah minda....

    ps : annur siapkan dulu assigment dan maca dulu post kali ni, lepas tu nak pensan...pensan la... jangan lupa senyum kat baby naga yg comel tu...

    BalasPadam
  5. Terima kasih.........
    tulisan yg memang dinanti...........
    Naga, Dewa Dewi..........Melayu

    BalasPadam
  6. Sama-sama kasih wahai saudara Ismail...

    Selamat berkenalan, terima kasih kerana sudi bertandang sambil membaca coretan yang tidak seberapa ini...

    Sudi-sudilah menegur jika ada apa-apa salah dan silapnya....

    BalasPadam
  7. as salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

    janji Tuhan itu tidak akan cepat mahupun lambat barang sesaat
    hari ini ialah 6-12-12, 6 hari lagi bg tarikh keramat 12-12-12
    rahsia akan dibuka olehNya bila tiba detik yg telah termaktub

    sedari dahulu kita sudah ada kelendar tersendiri bersamaan dgn 12 bulan, juga menggunakan simbol haiwan2 comel ciptaan Tuhan, juga kalau tak silap sriwijaya ada 12 negarakota, cuma gelangi adalah the lost malay city-state

    apa maksud NAGA-RA..??, RA ni macam misteri horus-maatheru yg cik sri masih rahsia kan...

    jadi RA ni juga bermaksud raja naga..?? dari kawasan yg mendapat sinaran cahaya matahari sepanjang tahun tu..??

    naga-ra - negara..??

    naga sebagai tentera Tuhan membantu para Nabi dan orang2Nya
    naga aka buraq...

    terima kasih diatas perkongsian ilmu2 kesufian yg sudah hilang ditelan sekular

    yup..dewa-dewi adalah manusia2 yg berhati malaikat, Tuhanlah yg telah menaikkan darjat mereka sehingga manusia lain dpt merasakan aura kebaikan serta ketaqwaan dari dalam diri mereka

    padang mat sirat
    ulu melaka
    pulau langkawi

    - suatu nama tempat yg indah- kat situ dulu agaknya ada pokok melaka kot...??

    hhmmm...ilmu kesufian itulah yg dpt menjawab kebanyakan persoalan2 mistik dan ghaib dari minda kita - "simple and easy - yet very complete and perfect"

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam...saudaraku wangsa gelar bangsaku,

    Ya, Allah Ta'ala tidak pernah memungkiri janji, 12/12/12 jatuh pada hari Rabu (Hari 'Rabbuna' - Hari 'Tuhan Kami' yakni Allah). Sama2 kita berdoa memohon ampun kpd Allah Ta'ala dan semoga kita dipilih-Nya sebagai tentera Allah yg berjuang untuk kebangkitan Islam.

    Allah yg merancang segala2nya dan Allah yg menentukan segala2nya. Allah Ta'ala sebaik2 yg merancang, jadilah kita sebagai hamba Allah yg sehamba-hambanya. Dia Tuhan, kita adalah hamba. Usah kita ganggu urusan Allah Ta'ala. Redha dan syukur atas segala yg ditakdirkan-Nya.

    Sama-sama kasih wahai saudaraku wangsa. Semoga kita sentiasa dapat sama-sama berkongsi kebaikan demi kebaikan, insyaAllah.

    Pokok Melaka ada di seluruh bumi Semenanjung 'Malacca@Mala-ka' (Malakat@Mala-kat) (Malaikat@Mala-ikat) ini... hulunya di Langkawi, hilirnya di Melaka. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  9. Naga-Ra @ Nega-Ra maksudnya "Kuasa Yang Tiada Batasan milik Pemerintah yang Maha Kuasa yakni Allah Rabbul'alamin". Oleh sebab itulah Raja atau Sultan atau Khalifah yang berdaulat sebenarnya orang telah diberi kuasa sebagai wakil 'Tuhan yang Menguasai sekalian Alam yakni Allah Rabbul'alamin' yang ditugaskan mentadbir dan menguruskan manusia, jin dan makhluk2 di alam dunia ini berlandaskan hukum dan peraturan dari Allah Ta'ala. Inilah AMANAH. Dihadapan Allah besok ; Setiap pemerintah @ pemimpin akan ditanya tentang sesiapa dan apa sahaja yg dibawah pimpinannya. Wallahu'alam.

    Ya benar wahai saudaraku Wangsa,

    'dewa-dewi adalah manusia2 yg berhati malaikat'. Merekalah yg telah di AMANAH kan Naga-Ra yang mana penempatan awal manusia di muka Bumi adalah di 'Land Of God' @ Semenanjung Emas @ Semenajung Mala-kat @ Mala-ikat. Seterusnya ke seluruh pelusuk muka bumi dari dahulu hingga kini. Mereka merupakan para Nabi, para Rasul, para Sultan Aulia' atau Khalifah2 pilihan Allah Ta'ala. Dan kebanyakan mereka dibantu oleh tentera2 Allah yang amat banyak termasuklah haiwan Naga aka Buraq. Wallahu'alam.

    Kelendar Mala-yu (Tahun Saka) menggunakan juga simbol 12 haiwan yg comel2... Kalendar kaum Mala juga ada 12 bulan yg menggunakan simbol haiwan ciptaan Allah Ta'ala.... 12 Naga-ra Kota Mala @ 12 Naga-ra Kota Sriwijaya @ 12 Naga-ra Kota Mala-yu @ 12 Naga-Ra Kota Malaysia tidak termasuk WP-KL dan WP-Labuan. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  10. Firman Allah s.w.t. sebagai janji-Nya ;

    Maka sesungguhnya bersama (dalam) susah ada senang,
    sesungguhnya bersama (dalam) kesusahan ada (janji) kesenangan.
    Surah Asy-Syarh (alamNashrah) ayat 5 dan 6.

    Sebuah pantun mala-yu ;

    Berakit-rakit ke hulu,
    Berenang-renang ke tepian;
    Bersakut-sakit dahulu,
    Bersenang-senang kemudian.

    BalasPadam
  11. salam semua,Ab,terkejut annur baca "bersakut"...hehe...Ab,annur nak tanya sikit,zaman sekarang ni wujud tak dewa dewi?mana dorang pegi?annur baca kata dorang akan lahir sebagai avatar demi misi selamatkan org baik dan hancurkan penjahat..betul tak apa yg annur baca ni?dan annur ada terbaca ada 3 dewa yg paling popular dalam ajaran hindu,dewa brahma,wisnu dan siwa...brahma dewa pencipta,wisnu pemelihara dan siwa dewa pemusnah...dan mereka punya isteri mereka tersendiri...kisah legenda hikayat sita dan rama adalah contoh inkarnasi dewa wisnu dan dewi lakhsmi...ttg Ra yang sdr wangsa sebutkan tu,annur ada terbaca,yg Ra ini adalah narayana...maaf banyak bertanya,hehe...

    BalasPadam
  12. Wassalam... annur terkejut? maaflah AB silap taip sampai puteri annur terkejut... ada makna ke 'bersakut'?

    Tentang avatar dan dewa hindu AB tak tahu, jadi tak pandailah AB nak komen, mungkin ada orang lain yang lebih tahu...

    Zaman sekarang dewa dewi memang ada, susah nak dikenali pada zaman ini... mereka hidup seperti manusia biasa... namun banyak berahsia...

    Tentang Ra - Narayana AB pun tak maklum... sesiapa yang tahu bolehlah bagi pendapat....

    Annur. Tak salah banyak bertanya, jika memang tak tahu. Lebih baik banyak bertanya dari pura-pura dah tahu. Kalau dah tahu, sudi-sudilah berkongsi ilmu tu...

    BalasPadam
  13. as salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

    jadinya bila mengikut tamsilan, Nabi tu pun menaiki naga aka buraq semasa peristiwa isra' mi'raj ??

    hamba tidak bermaksud mahu me'naga'kan segala perkara termasuk peristiwa2 yg berkaitan dgn sirah Nabi, cuma hamba mahu melihat dari sudut kesufian merujuk kepada ilmu2 dr kitab kuning yg sememangnya sgt asing bg aliran sekular

    oleh yg demikian, naga aka buraq aka ular besar itu sesungguhnya merupakan tentera Allah yg taat setia membantu para Nabi serta orang2Nya

    Masjid Kampung Manggol Bongor Putat tu masjid kat kpg AB ke??

    cantik..!!

    AB..kat tengah2 pintu rahsia teratai tu ada ying dan yang ye?? ia berkaitan dengan keseimbangan tenaga ke..??

    hhmmmm.....sekarang ni ilmu2 sufi sudah diadaptasi oleh pengamal2 kerohanian anutan lain - yoga, budha, barat, cina, india, gangnam style korea pun ada jugak....dah tak nampak bahawa ia juga merupakan amalan para wali atau sememangnya ia adalah amalan org2 Allah

    AB, sowi arr...kita owang yg jahil ni tanya soklan yg bukan2...huhu

    puteri annur banyak membaca hikayat rama dan sita ke...??

    AB, boleh tolong jelaskan maksud dibawah iaitu "naga-ra"

    'Nabi Sulaiman a.s. yang bergerak melawat dari satu naga-ra ke satu naga-ra jajahannya dengan kadar yang sangat pantas'

    apa kaitan naga dgn 'negara', ra tu macam sempadan ke..??

    mekacih!!

    BalasPadam
  14. Wa'alaikummussalam..wrt, saudara wangsa gelar bangsaku.

    Sebenarnya tidak semua manusia dapat melihat sang Naga, Naga umpana angin boleh dirasai kehadirannya namun sukar dilihat. Kadang sepoi sepoi bahasa, kadang bayu lembut, kadang laju, kadang kuat, kadang kencang, kadang ribut, kadang taufan, kadang puting beliung, kadang angin mati dan macam-macam lagi kadang datangnya sukar diduga seperti 'penjejak badai, penduga arus dan penjejak awan'-teringat hero komik pulak hehehe.... Hanya manusia tertentu sahaja yang dapat melihatnya dengan izin Allah Ta'ala.

    Tamsilan naga adalah buraq (bukan borak = sembang-sembang) yang menjadi tunggangan Rasulullah sa.w. semasa peristiwa isra' mi'raj sebenarnya berdasarkan ciri-ciri haiwan tersebut; bergerak pantas bagaikan kilat, jarak satu langkah sejauh mata memandang, sangat pemalu, haiwan dari 'arasy yang didatangkan oleh Malaikat Jibril a.s. dan dipilih seekor sahaja dari sekumpulan haiwan peliharaan Allah Ta'ala di 'arasy khas untuk menjadi tunggangan Rasulullah s.a.w. Maka disimpulkan bahwa buraq itu naga, namun rupa buraq yang sebenarnya tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t. sahaja. Rupa naga yang sebenarnya pun tiada siapa yang tahu, hatta nama sebenar haiwan tersebut pun tiada siapa yang tahu. Wallahu'alam.

    Masjid Manggol Bongor Putat tu di tengah perjalanan dari kediaman AB sekarang (Pondok Derang) hendak ke kampung Ayahnda bonda AB di Utan Aji, Perlis. Memang cantik masjid tu baru dicat semula, ada banyak masjid macam tu di negeri Kedah Darul Aman.

    Ya, kat tengah teratai tu simbol ying dan yang di sini AB maksudkan lambang kepada siang dan malam, kerja dakwah yang dilakukan siang malam oleh Nabi Nuh a.s. selama 950 tahun juga seluruh Nabi dan Rasul telah buat usaha yang sama. Apatah lagi kita sebagai ummat Dakwah, umat Rasulullah s.a.w. perlu hidupkan usaha dakwah dan jihad siang dan malam, insyaAllah. wallahu'alam.

    'Nabi Sulaiman a.s. yang bergerak melawat dari satu naga-ra ke satu naga-ra jajahannya dengan kadar yang sangat pantas'
    Maksudnya Nabi Sulaiman a.s. bergerak dengan menggunakan kenderaan 'Buraq' melawat seluruh kerajaannya yang mana kita semua sedia maklum kerajaan Nabi Sulaiman a.s. adalah amat luas hampir seluruh muka bumi ini telah tunduk dibawah pemerintahannya sebagai anugerah Allah Ta'ala kepada Nabi Sulaiman a.s. sesuai dengan permintaannya inginkan kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun sebelum atau selepasnya.
    Sempadan Naga-ra di zaman Nabi Sulaiman a.s. bukanlah seperti sempadan negara yang ada di zaman kita ini. Nagara adalah lebih luas berbanding negara yang ada atas peta dunia sekarang ini. Wallahu'alam.

    Sama-sama kasih wahai saudaraku wangsa.

    BalasPadam
  15. Allahyarham Ayahnda Syeikh Mahmud al-Majzub pernah berkata; "Semasa saya di Bangkok (Thailand), ada orang bertanya satu masalah iaitu Allah s.w.t. buka kepadanya tentang hikmah bilangan rakaat sembahyang fardhu. Katanya sembahyang Zuhur dan Asar kalau dicampur jadi lapan, syurga ada lapan. Maghrib dan Isyak kalau dicampur jadi tujuh, neraka ada tujuh. Sembahyang Subuh dua rakaat. Ini dia tidak dapat jawapannya. Puas dia memikir dan bertanya orang, tetap masih tidak mendapat jawapannya. Akhirnya dia bertanya kepada saya. Saya pun Syuhud Allah. Jawapannya, dua rakaat itu menunjukkan adanya malam dan siang. Dua perkara inilah (masa malam dan siang) menyebabkan manusia masuk syurga atau neraka."

    BalasPadam
  16. "Laa haula walaa quwwata illaa billah.. Orang Mutmainnah pun belum dapat hakikatnya. Rodhiah baru 1/3, Mardiyyah 2/3 dan Kamil 3/3." Kata-kata Hikmah Ayahnda Syeikh Mahmud al-Majzub.

    BalasPadam
  17. Askum Tuan Blog,
    Bagaimana pula dikatakan Naga itu adalah asal dari manusia yang menuntut ilmu tahap tinggi sperti dalam blog ni...http://halim-lagenda.blogspot.com/...Blog tak tuan blog komen tentang perkara ini?

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam saudara tanpa nama yg bernama sebenarnya. Maaf krn lambat respond soalan saudara, dan hamba belum sempat melawat ke blog halim lagenda.
    Pada pendapat saya tiada ilmu tahap tinggi yg menjadikan manusia yg sebaik2 kejadian ini bertukar menjadi haiwan (naga). Wallahu'alam.
    Jazakallah.

    BalasPadam
  19. Jika ada pun ianya adalah Ilmu-ilmu sihir yang menyesatkan sahaja; dimana pengamalnya akan dibantu oleh syaitan dan jin untuk merubah dirinya menjadi segala jenis binatang seperti ular, harimau, naga dan bermacam2 lagi rupa bentuk makhluk di dunia ini... Wallahu'alam.

    BalasPadam
  20. maaf bertanya...
    apakah 12 haiwan-haiwan comel yg berkaitan dgn simbol kalender malayu yg saudara tuliskan di atas itu?

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saudara, hamba juga sedang mencari nama-nama 12 jenis haiwan dalam kelendar Malayu... salah satunya Harimau, pernah Tok Wan hamba sebutkan dulu, tapi hamba terlupa. Jika ada sesiapa sidang pembaca yang mengetahui nama-nama haiwan tersebut bolehlah kongsikan bersama di sini... sekian. Terima kasih.

      Padam
  21. AsSalam...buat Tuan yg akal budi baik laku jua semat hatinya Tuan AB, Puteri AnNur, Wangsa bangsaku jua buat kasih Allah Merong Nyawaku sa Cangsa nya, semoga kalian dirahmati Allah, di lindungi NYA kalian hingga tiba redup nya waktu, dua jiwa jd SAtu.

    Usah nama ku di jd kan kakalutan fikiran nya kalian, krna bagi diri ku sandiri jua, masih tercari apa kah maksud nya gerangan maka di gelar nya Org...

    Hamba Tuan ingin menumpang kasih, menimba ilmu, wacana nya pikiran sama Tuan Hamba kalian nya jika ada dari barang keizinan Tuan AB, agar SiraatullRaahiim kan jalin nya ikatan kuatan Wangsa pd pégangan SA Mala-YA Allah Wata'aala sebarmulanya Nur Muhammad hingga di ketemu Hamba Tuan Hamba sakalian, di perigi nya kelak sapati yg t'lah di janji kan NYA, junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

    Kembali pd yg Haq, menampak kan késah nya kini... Penjilat Dajal terangan rencana tragedi, pd Wangsa di tunding nya jari agar ka kancah peperangan di nanti, Panji Nakhoda kan iringi nya Mahkota Panji Mahdi, tak kan ganjak lari walau sa inci, tanah Bonda Keturah jasad ku Hamba Tuan kan bersemadi, Benua Sunda jd saksi gempita jejak Zulkarnain, Indera Sukma nya Kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam..wrth..., saudaraku FeiLong TokBarongSiGuntang silakan Tuan, datangmu disambut riang... kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan... hamba sakaliannya sedia berkongsi ilmu, berkongsi kasih juga wacananya fikiran...
      semoga pertemuan siraatulRaahim ini diberkati dan dirahmati Allah Wata'aala... dengan berkat nur kekasihNya Muhammad shollu'alaih rahmatul'alamin... aaminn...

      Padam
  22. Apakah natijah dan nas-nas sahih yang mengatakan kelopak teratai dikaitkan dengan huruf2 Arab? Kalau dikaji sejarah huruf2 yangt terdapat di dalam kitab2 Taurat, Injil, dan Zabbur adalah dalam bahasa Ibrani iaitu bahasa yang dituturkan oleh Nabi2 berkenaan dan bani Israel. Jadi adakah, kelopak teratai ketika menggunakan huruf kitab2 Taurat, Injil dan Zabbur? saya masih keliru mengenai Nuur Muhammad sebagai awal makhluk. Sila teliti huraian dalam blog ini : http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.com/2011/08/polemik-wujudiah-nuur-muhammad-dan-awal.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelopak teratai tiada kaitannya dgn huruf2 arab, cuma sekadar menggunakan gambarajah teratai dan huruf2 arab untuk meringkaskan ayat2 yang panjang... seperti nota2 pelajaran di zaman sekolah dulu kita ada buat lakaran seperti gambarajah2 tertentu untuk kemudahan menghafal ayat2 yang panjang2... wallahu'alam.

      Padam
  23. Apakah natijah dan nas-nas sahih yang mengatakan kelopak teratai dikaitkan dengan huruf2 Arab? Kalau dikaji sejarah huruf2 yangt terdapat di dalam kitab2 Taurat, Injil, dan Zabbur adalah dalam bahasa Ibrani iaitu bahasa yang dituturkan oleh Nabi2 berkenaan dan bani Israel. Jadi adakah, kelopak teratai ketika menggunakan huruf kitab2 Taurat, Injil dan Zabbur? saya masih keliru mengenai Nuur Muhammad sebagai awal makhluk. Sila teliti huraian dalam blog ini : http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.com/2011/08/polemik-wujudiah-nuur-muhammad-dan-awal.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentang Nuur Muhammad sebagai awal makhluk yang Allah ciptakan cukuplah sekadar ia menjadi pengetahuan kita yang serba lemah ini, tak perlu kita fikirkannya terlalu mendalam, tak perlu membuatkan aqidah kita menjadi rosak, tak perlu membuatkan akal kita berserabut memikirkannya, semuanya itu rahsia Allah Ta'ala, amat sedikit ilmu2 alam azali dan alam roh yang sampai kepada kita, serahkan sahaja kepada Allah yang Maha Mengetahui segalanya...
      Apa yang penting kita yakin Allah Yang Maha Esa adalah Rabb yang menciptakan seluruh makhluk, alam dunia dan akhirat, serta keyakinan kita betul dengan kerasulan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah di akhir zaman ini. Marilah sama2 kita taat dan patuhi segala perintah Allah Ta'ala yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
      Jazakalla huhairan kasiran wahai saudaraku, Wallahu'alam.

      Padam
  24. Nmpak la gmba dewa tu, tngh bsila kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dia tengah bersila... bertafakur..

      Padam
    2. Nk mnx izin, nk blaja ilmu batin blh x

      Padam
    3. Belajar lah... dengan Izin Allah... Ilmu Allah sangat luas...

      Padam
    4. Ni la salah satu jln untuk sye blajar kn

      Padam
  25. Boleh saya dapatkan no Tel tuan

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum
    Nme sye razzaq 21
    Ade x yg boleh ajarkan ilmu dengan ikhlas kepada saya
    Whatsapp-01126056778

    BalasPadam