Ayahnda

Ayahnda

Sabtu, 29 September 2012

Kembalinya Ayahnda ke sisi Allah Ta'ala


Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 29/09/2012M bersamaan 13 Zulkaedah 1433H telah kembalinya Ayahnda Syeikh Mahmud al-Majzub al-Kedahi ke Rahmatullah sebelum jam 3.00 pagi. Hamba coretkan nukilan ini bersempena majlis urusan jenazah Ayahnda @ Tok Ayah.....Al-Fatihah.

Tabah dan kuatkan hati menerima setiap musibah,
manusia ini tidak ada yang abadi.
Bukankah musibah teramat banyak?
sementara sang maut sentiasa mengintai.
Tiada manusia yang luput dari musibah,
ia adalah sebuah kenescayaan bagi insan.
Musibahmu terlalu kerdil jika kau bandingkan,
dengan musibah yang ditanggung Muhammad s.a.w.

Tika kau dicuba dengan keperitan,
bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang mulia.
Kerana itulah yang terbaik,
Usah keluhkan deritamu kepada manusia,
janganlah kau lupakan Yang Maha Penyayang,
menoleh kepada yang tidak penyayang.

Majlis urusan jenazah Ayahnda Syeikh Mahmud diadakan mulai jam 2.00 ptg di Madrasah Nurul Iman Batu 5, Sik Kedah. Segala persiapan telah dilakukan mulai awal-awal pagi lagi.

Proses menggali pusaran Ayahnda


Menunggu ketibaan Jenazah Ayahnda

Berdoa selepas Solat Jenazah

Jenazah Ayahnda diusung beramai-ramai

Pusara Ayahnda selepas selesai Majlis Pengkebumian

Ayahnda @ Tok Ayah Syeikh Mahmud Al-Majzub Al-Kedahi selamat disemadikan sebelum azan Asar berkumandang. Jenazah Ayahnda ditempatkan bersebelahan rumahnya di dalam kawasan Madrasah Nurul Iman batu 5, Sik Kedah Darul Aman.

Semoga roh Ayahnda di Rahmati Ilahi dan ditempatkan bersama para Kekasih-Nya.....Amin ya Rabbal'alamin.

Guru Mursyid Murubbi Syeikh Mahmud Al-Majzub
Pengasas Madrasah Nurul Iman dan
Pendokong Tariqat Ahmadiah Qadiriah



Insan yang berada dalam naungan-Mu
menaruh cinta luhur kepada-Mu
dan aku mencintai-Mu 
sebanyak cinta semua pencinta-Mu

Jiwaku adalah hamba cinta
kepada keindahan-Mu
ku rela terus terpenjara
dalam belenggu percintaan ini
tayangkanlah sinar lembut-Mu
dalam tidurku yang syahdu
benarkan aku memandang-Mu
ku tak rela dibatasi oleh tabir mataku

Pintu masuk ke Madrasah Nurul Iman Batu 5, Sik Kedah.

Kata-Kata Nasihat Allahyarham Syeikh Mahmud Abdul Rahman al-Majzub al-Kedahi

http://bintshukoramien.blogspot.sg/2012/10/perginya-mutiara-berharga-buat-dunia.html



12 ulasan:

  1. Allahyarham Syeikh Mahmud Abdul Rahman al-Majzub al-Kedahi
    27 Jamadil Akhir 1362 Hijrah Bersamaan 8 Julai 1943 Masehi - 29/09/2012M bersamaan 13 Zulkaedah 1433H (69 tahun Masihi @ 71 tahun hijriah)

    BalasPadam
  2. Pesanan Allahyarham Ayahnda Syeikh Mahmud Al-Majzub, bahawa orang-orang yang baru mendapat rahmat Allah s.w.t., yang hendak mendorong diri mengikuti acara beribadah orang-orang salaf (Sufi), hendaklah melakukan 2 perkara ini iaitu:

    1. Memperbanyakan Selawat dan Istighfar sekurang-kurangnya;
    i. 40,000 Selawat
    ii. 40,000 Istighfar

    2. Pagar Diri iaitu; Mengamalkan bacaan Ayat Kursi setiap pagi dan petang sebanyak 7 kali sepanjang hidup.

    Selepas itu barulah boleh mengikuti acara berzikir dengan sepenuhnya. Kalau tidak, ditakuti kekecohan nafsunya membawa syak wasangka kepada HALQAH ZIKIR. Itulah yang telah berlaku kepada orang awam dengan membuat bermacam-macam tohmahan mengikut hawa nafsunya.

    Semoga dengan keberkatan amalan dan bimbingan beliau kita mampu menundukkan segala bentuk kerakusan hawa nafsu dan kezaliman yang terdapat dalam diri sendiri dan dunia ini. Amin Ya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Aku harap Bani Mim (bangsa Melayu) menjadi golongan sedikit (al Ghuroba) yang selalu menang, melalui jemaah Tarekat Sufi. Yahudi Freemason bersungguh2 mau memerintah dunia melalui kuasa Dajjal al Masih pada tahun 2020. Kita kaum Melayu masih lagi leka dengan ancaman Syiah dan Wahhabi.

      Padam
  3. Al fatihah..xbrksmptan mnjdi murid TOK AYAH..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah! Allahuakbar! Ana sempat membaca kisah Tok Ayah sebentar td, insyaAllah saya akan jd kn panduan dan bina hidup baru.. insyaAllah!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah sempat berjumpa tokayah sebayak 6x bersama-sama baba abdul karim telaga9 makmawi pattani. syukur doa yg dipinta allah makbulkan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi pelbagai nikmat kepada kita...

    BalasPadam
  7. amalan yang tidak berasaskan petunjuk rasul adalah sesat.

    BalasPadam
  8. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12401

    https://www.muftiselangor.gov.my/en/fatwa-personalisation/yearly-fatwa/proclamation/1995-1999/83-fatwa-tentang-aurad-ismailiah-ajaran-mahmud-bin-haji-abdul-rahman

    BalasPadam