Ayahnda

Ayahnda

Ahad, 25 November 2012

Teratai dan Naga

Bertuah siapa yang dapat lihat bunga teratai yang sedang mekar.

Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Sabtu 24/11/2012M bersamaan 10 Muharram 1434H sempena hari keramat penuh nilai kerohanian yakni 10 Muharram. Hari yang paling banyak berlaku peristiwa besar dalam Islam. Antaranya selamatnya Bahtera Nuh AS dari banjir besar, selamatnya Baginda Ibrahim AS dari api yg membakar, tenggelamnya Firaun dan selamatnya Musa AS dan kaumnya, terciptanya 7 petala langit dan bumi serta turunnya hujan yang pertama dan banyak lagi. Dan yang paling harus kita ingat adalah tertumpahnya darah Sayyidina Hussain as-Syahid r.a. dan keluarga besar Ahli Bait Nabi SAW di Padang Karbala (petikan dari fb Bardo Kapak - terima kasih).
Pada kesempatan ini hamba nukilkan sedikit kisah tentang bunga Teratai dan sang Naga sebagai santapan rohani dan minda sesiapa yang diizinkan Allah Ta'ala untuk membaca  dan seterusnya memahami nukilan kali ini.

Sebelum hamba meneruskan coretan, ingin hamba jelaskan bahawa segala yang dicoretkan nanti adalah maklumat dari pengalaman hamba serta muzakarah dengan beberapa orang rakan dan guru kesufian. Hamba akan sedaya upaya cuba sampaikan berlandaskan akidah ahli sunnah wal jamaah dan apa yang hamba coretkan tidak akan menjejaskan atau merosakkan akidah saudara dan saudari pembaca sekalian, insyaAllah. Hamba juga berharap pembaca sekalian dapat berfikiran terbuka dengan seluas-luasnya (Fikiran global dan alami) untuk memahami segala isi coretan kali ini. Dan juga jika ada salah silap serta sebarang kemusykilan, hamba harap tolonglah tegur dengan sopan santun dan budi bahasa yang luhur, hamba dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas setiap teguran.

Dalam perjalanan mendaki ke puncak Tangga Kenari@Tangga 1000

Sebelum hamba meneruskan coretan, ingin hamba sampaikan kata-kata mutiara yang indah oleh Sheikh Muhammad Nafis Idris al-Banjari dalam kitabnya Ad-Darun Nafis, sebagai renungan dan panduan kita bersama.
Ketahuilah sesungguhnya segala Ilmu Faqir yang tersebut dalam risalah ini adalah rahsia yang amat halus dan perkataan yang digunakan pun amat dalam.

Firman Allah Ta'ala :


"Segala misalan itu kami misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang alim." 
(Surah al-Ankabut ayat 43)

Tidak dibenarkan oleh undang-undang syara' menyatakan, membukakan dan menzahirkannya kepada orang yang bukan ahlinya kerana akal mereka itu tidak sampai ke arah pengetahuan tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Tidak akan berkata sesuatu kaum dengan perkataan yang tidak sampai kepada akal mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu kaum)." dan "Sesetengah ilmu itu keadaannya seperti mutiara yang tersimpan dalam hidangan perut ibunya, tidak ada sesiapa yang mengetahuinya melainkan orang-orang yang berilmu dengan Allah."

Pintu Rahsia Teratai
Mendapat Ilham semasa beruzlah di Pulau Crete, Greece Julai 2010

Orang-orang yang berilmu dengan Allah (Al-A'limuna Billah) itu ialah orang-orang yang mengenal Zat Allah, sifat-sifatNya, nama-namaNya dan segala perbuatanNya malah ilmu mereka beserta dengan Allah Ta'ala dan mengamalkan apa yang diketahuinya tanpa mencederakannya walau sedikit pun.

Menurut kata Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, "Sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang-orang awam) untuk menerimanya."

Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi (r.a), "Bagi orang-orang yang berilmu itu ada tiga bidang keilmuan: Pertama; Ilmu Zahir, diberikan kepada ahli zahir. Kedua; Ilmu Batin, tidak harus menzahirkannya kepada sesiapapun melainkan kepada ahlinya. Ketiga; Ilmu antara dia dengan Allah Ta'ala, tidak harus menceritakannya kepada sesiapapun." dan "Janganlah kamu beritahu kepada orang-orang yang baharu belajar itu atas segala rahsia sebelum tetap pada mereka itu syariat dan tariqat."

Bertuah sesiapa yang dapat lihat Gambar Masjid Teratai


Teratai@Seroja@Lotus - Bunga Mistik dari 'Arasy.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Thoha ayat 1 hingga 7 :


"Tho Ha (1). Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah (2). melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah) (3). diturunkan dari (Allah) yang menciptakan Bumi dan langit yang tinggi (4). (yaitu) Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arasy (5). Milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada di Bumi, apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah (6). Dan jika engkau mengeraskan ucapanmu, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi (7). Allah.


Teratai atau Seroja atau Lotus adalah tumbuhan akuatik yang tumbuh di kebanyakan sungai, tasik, kolam, dan lubuk air tawar di seluruh negara di muka Bumi ini. Namun teratai tidak tumbuh di air asin atau masin yakni laut dan juga tiada di lautan luas. Istimewanya pohon teratai ini mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang menarik namun baunya yang wangi amat sukar di kesan melainkan oleh manusia dan haiwan yang mempunyai deria bau yang sangat sensitif. Kebanyakan pohon teratai tumbuh secara rawak di tasik, sungai, kolam atau lubuk tanpa perlu di tanam atau di jaga oleh sesiapa pun. Ia dapat hidup dengan sendirinya (bebas) tanpa campur tangan manusia mahu pun haiwan. Namun pohon teratai memerlukan asas yang sangat penting baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup spesisnya yakni AIR TAWAR. Tanpa air tawar pohon teratai akan layu, kecut dan mati.

Dari manakah asalnya pohon teratai atau seroja atau lotus ini? Dalam artikel ini hamba hanya ingin berkongsi maklumat tentang asal usul pohon ini sahaja, rahsia ini jika diketahui tidak akan menjejaskan akidah atau  merosakkan iman sesiapa, insyaAllah. Mengapa kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan simbol bunga teratai sebagai lambang kerajaan, agama atau bangsa mereka? Kerajaan Kedah Tua, Srivijaya, China Kuno, India Kuno, Mesir Kuno serta lain-lain lagi kerajaan silam, Bangsa Melayu juga banyak menggunakan simbol atau lambang teratai ini. Jawapannya adalah kerana asal usul bunga ini ada kaitan dengan kejadian awal alam ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa menciptakan segala-galanya dengan lafas 'KUN' (Jadi) maka terjadilah segala sesuatu itu mengikut kehendak Allah Ta'ala.


Teratai Gergasi

Sebagaimana kita semua sedia maklum, selepas langit ketujuh sebelum 'Arasy Allah Ta'ala terdapat lapisan AIR TAWAR. Berapa tebalnya, berapa luasnya dan bagaimanakah rupanya keadaan air tersebut tiada siapa mengetahui melainkan Allah Ta'ala dan siapa yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala sahaja. Allah Maha Indah dan Allah Ta'ala amat sukakan segala sesuatu yang indah. Maka setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah Ta'ala adalah indah dan cantik. Maka lapisan air sebelum 'Arasy itu telah dihias indah oleh Allah Ta'ala dengan berbagai spesis pohon teratai yang pelbagai bunga beraneka warna dan bentuk yang sangat indah dan cantik. Tidak dapat difikirkan dan dibayangkan oleh deria dan akal manusia biasa seperti kita rupa bentuk pohon dan bunga teratai yang sangat indah di 'Arasy. Jadi di ciptakan Allah Ta'ala pohon dan bunga teratai di dunia ini sebagai bayangan bagi manusia menjadikan sebagai contoh untuk akal lemah manusia ini membayangkan pohon yang sangat indah hiasan lapisan air di 'Arasy Allah Ta'ala. Wallahu'alam.


Naga@Ular Besar - Haiwan Mistik dari 'Arasy.

Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nur ayat 45 dan 46 :


"Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian ada yang berjalan diatas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (45). Sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat (tanda-tanda) yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (46)."

Naga atau Ular Besar ini merupakan haiwan yang dapat hidup di darat dan di air tawar atau asin. Haiwan yang sangat besar dan boleh bergerak di daratan, di udara dan di lautan juga di dalam Bumi. Pergerakannya secara perlahan sehingga tidak dapat dikesan oleh sebarang alat ciptaan manusia dan juga boleh bergerak dengan sangat pantas sepantas kilat yang menyambar. Naga bukanlah haiwan mitos tetapi ia adalah haiwan lagenda yang telah wujud semenjak manusia pertama hidup di dunia ini yakni semenjak Ayahnda Adam a.s. diturunkan ke dunia ini. Naga adalah haiwan yang amat pemalu dan sensitif sifatnya namun sangat agresif dan boleh bertindak di luar jangkaan sesiapa sahaja sebab itulah naga sukar ditemui dan dikesan oleh manusia juga haiwan yang lain.

Bertuah sesiapa yang dapat lihat Kepala Naga

Berbagai nama diberikan oleh manusia di seluruh dunia kepada haiwan Naga atau Ular Besar ini. Raksaksa, Gergasi, Dragon, Derang, Long, Leng, Rong Dabbatul Ard dan sebagainya untuk mengambarkan betapa besarnya makhluk ini. Namun sedarkan kita bahawa Naga ini adalah sejenis makhluk Allah Ta'ala yang sangat jinak dan sangat cantik rupanya kerana Allah Ta'ala suka akan kecantikan dan keindahan juga makhluk Naga ini adalah haiwan peliharaan Allah Ta'ala di daratan luas 'Arasy sana. Pernahkah sesiapa melihat rupa Naga yang sebenarnya? Naga juga haiwan halimunan yang boleh menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal atau ia boleh merupakan bentuknya seperti makhluk yang lain namun Naga bukanlah jin atau malaikat ia adalah haiwan peliharaan Allah Ta'ala. Dan dengan Rahmat Allah Ta'ala Naga telah ditugaskan khas untuk membantu para Nabi, Rasul dan para Wali Allah Ta'ala di dunia yang fana ini.

Dari manakah asalnya haiwan Naga ini? Dalam artikel ini hamba hanya ingin berkongsi maklumat tentang asal usul Naga tempat kediaman haiwan misteri ini. "Arasy Allah Ta'ala merupakan suatu padang rumput yang menghijau seluas mata memandang serta sangat indah tidak dapat dibayangkan oleh akal dan minda manusia biasa seperti kita ini. Di padang 'Arasy ini lah Allah Ta'ala memelihara haiwan naga ini yang sangat banyak jumlahnya tidak terhitung oleh pancaindera insan yang sangat lemah seperti kita ini. Haiwan peliharaan Allah Ta'ala ini dijadikan dari unsur air juga selalu berenang riang sambil bermandi manda di dalam lapisan AIR TAWAR di bawah 'Arasy dan menjadikan buah teratai sebagai makanannya serta bunga teratai dan dedaunan teratai sebagai tempat permainannya. Jadi Naga dan Teratai saling perlu memerlukan tidak dapat dipisahkan. Makhluk Naga ini jugalah yang menjadi penjaga dan menyebarkan benih teratai keseluruh kolam, tasik, sungai dan lubuk air tawar di dunia ini. Wallahu'alam.

Naga mungkin mempunyai bulu gebu dan comel seperti kucing.

Percaya atau Tidak Percaya dengan maklumat tentang Teratai dan Naga yang hamba nukilkan di sini tidak akan menjejaskan aqidah dan keimanan saudara dan saudari sekalian. InsyaAllah.


Menembus batas Kewalian - Catatan Spiritual Ibnu Taimiyah

Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Quran yang mulia dan pada sunnah Rasul-Nya s.a.w., bahwa Allah s.w.t. memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia dan syaitan pun memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia. Lalu Dia membezakan antara para penolong Allah dan para penolong syaitan.

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Yunus ayat 62 hingga 64.

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."


Firman Allah Ta'ala lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 257.

"Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Adapun orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah, penyebutan sebagian syarat wali dari segi bahasa, beliau menafsirkan lafaz wali dan muwalah dengan apa yang dicakup oleh ucapannya.
Di antara syaratnya adalah:
1. Memerintahkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dan melaksanakannya.
2. Melarang dengan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala dan ia tidak melanggar apa yang dilarang-Nya.
3. Ia meredhai apa yang Allah Ta'ala redhai dan memurkai apa yang Allah Ta'ala murkai.
4. Menyukai apa yang Allah Ta'ala sukai dan membenci apa yang Allah Ta'ala benci.

Inilah makna wali dari segi bahasa tanpa menghilangkan keberadaan iman dan takwa pada dirinya. Di luar itu, sesungguhnya sifat para wali yang di antaranya merupakan sifat syarat; yakni sifat yang bila tidak ada, maka ia bukanlah seorang wali. Diambil dari firman Allah Ta'ala, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa." (Surah Yunus ayat 63). Yakni kalimat iman dan takwa.


Wali ditinjau dari segi bahasa adalah orang yang menghidupkan, yang mengikuti dan penolong. Dan kecintaan ini menuntut adanya kesesuaian terhadap apa yang dicintainya dan kesesuaian terhadap apa yang dilarang oleh Allah azza wa jalla. Demikianlah dan ini semacam pembeza antara wali-wali Allah Ta'ala dan wali-wali syaitan. Wallahu'alam.

Sekian wassalam.

37 ulasan:

  1. as salam AB yang sangat bertuah dunia akhirat

    terima kasih diatas perkongsian berharga ini

    ilmu yang bermanfaat itu seumpama sejalur cahaya murni yang menerangi kegelapan malam

    insya'Allah, hamba akan bertandang lagi......

    BalasPadam
  2. salam sejahtera sahabat,

    annur akan save dan baca banyak kali...agak berat ya penulisan ini...nnt annur akan komen lagi bila da fahamkan betul2...sekadar memberi semangat buat teman2...:D

    teruskan Ab,masa kebangkitan hampir tiba...

    BalasPadam
  3. Wassalammu'alaikum...wrth, saudara wangsa gelar bangsaku, dan buat puteri annur yang bercahaya.

    Terima kasih atas kesudian membaca dan bersama berkongsi sikit cerita dari alam kerohanian ini.

    Tidak banyak yang boleh AB coretkan di sini, hanya sekadar secarik sinaran cayaha rahsia dari alam kerohanian buat santapan minda dan roh saudara/i pembaca yang dihormati sekalian.

    Teruskan wahai saudaraku wangsa dan annur membaca dan menghayati, sedikit sebanyak pengalaman dari AB yang serba lemah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah..aku bisa menikmati indah nya melihat bunga teratai yang sangat mengagumkan...walopun hanya melihat lewat media elektronik...tp itu sudah membuat aku berfikir betapa Agung Nya Sang Pencita dg menciptakan keindahan yang sangat indah... salah satunya bunga taeratai...

      Padam
    2. Allah Ta'ala Maha Indah dan sukakan keindahan, segala makhluk adalah ciptaanNya.

      Padam
  4. salam Ab,annur da baca semua...tapi ada beberapa perkara yg annur nak tahu...

    1-ttg pintu rahsia teratai tu...Ab tak terang detail pun?hehe...annur tak berapa faham bila tgok gambar tu...cuma yg annur nampak ada tertulis tarikh menuju ke tengah je...huhu

    2-teratai ni pelik ya,kenapa kebanyakan dewa dewi kebanyakannya mesti digambarkan duduk diatas teratai...oh,sebut pasal dewa dewi ni,Ab ada pengetahuan ttg mereka tak?boleh kongsikan dengan annur?

    3-kenapa dalam semua gambar tu,annur langsung tak boleh detect apapun,adakah ini bermaksud annur ni tak bertuah?huhu

    itu saja...harap Ab dapat bantu annur cari jawapannya...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam puteri annur yang cantik berseri2...senyum2 selalu maka bertambah2 serinya wajah ciksu...

      ttg pintu rahsia teratai akan AB jelaskan dlm artikel akan dtg...rajah tu merupakan simbolik atau singkatan dari sebuah kitab sufi sebenarnya...dan rajah yg AB hasilkan ini telah digunapakai oleh Blog kedahcybersyburi kerana pemilik blog tertarik selepas melihat rajah tersebut, tapi dia pun masih belum tahu maksud yang tersirat dalam rajah tersebut. Ada beberapa lagi rajah yang AB lukis sendiri dengan tangan...Rajah dan gambar tersebut masih asli sbb AB derect shap dan terus masukkan dlm blog. Termasuk gambar Naga tu...Comel tak??

      ttg dewa dewi pun AB akan cerita sikit dalam artikel akan dtg...

      ttg gambar2 yg annur tak dpt detect tu sebenarnya perlu kepada pemerhatian 3dimensi (3D) cuba lihat kat http://www.magiceye3ds.com/

      semoga berjaya....teruskan pengembaraan.... ke alam Rohani...

      Padam
    2. mekacih AB dpt ilmu baru....
      hhmm..sempat jugak AB try test iq kita orang ni yek..huhu

      gambar masjid
      http://www.magiceye3ds.com/pictures.aspx?page=2

      dan jumpa gambar teratai
      http://www.magiceye3ds.com/pictures.aspx?page=36

      Alhamdulillah...mulut naga pun dah jumpa
      http://www.magiceye3ds.com/pictures.aspx?page=9

      tapi mata 2d ku masih berpinar2
      mata kuyu muyu tuan puteri annur boleh tengok gambar 3d ni dengan jelas kot...

      Padam
    3. Alhamdulillah... dah dapt tgk cantik tak? Mcm Magic kan? Cuba latih selalu tgk pic 3D tu.. sbb rahsia nak tgk Naga dan alam kerohanian kena guna mata 3D (Magic Eye).... selamat mencuba...

      Padam
  5. as salam AB dan puteri annur

    **pesanan khas utk puteri annur - adab2 semasa berada di madrasah sufi:

    - jaga perututuran serta percakapan - guna bahasa sopan santun semasa berbicara (jgn terpekik-terlolong macam biasa tu)
    - jaga mata serta penglihatan (jgn melilau tengok itu-ini dan menjenguk disana-sini sesuka hati, jgn buat macam rumah sendiri je)
    - duduk bertimpuh di dalam madrasah (bukannya hulur kaki sana-sini macam duduk kat tepi tasik tu)
    - jgn buli orang dan cuit org sana-sini sesuka hati - ini madrasah sufi, tumpukan perhatian pd pengajian

    p/s:
    - saya pun hanya boleh buli puteri annur kat istana puisi je, tapi terpaksa menahan diri disini...huhu :(
    -AB, maaf zahir batin ye...sekadar memberi peringatan kepada sang puteri - takut dia terlupa je....suka-suki nanti dia akan menyanyi....lalalala...bila masuk kat madrasah orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ampunkan hamba wahai Ab dan Wangsa...hamba akui kesilapan...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. as salam Ustaz AB (boleh panggil ustaz tak??)

    puteri annur jg merajuk noo...
    nanti cepat tua...

    sebenarnya saya pun 2x5 je dgn puteri annur - mungkin lagi parah kot...
    soklan puteri tu sama je dgn soklan saya

    pintu rahsia teratai tu...tulisan jawi pun saya tak lepas..camna nak faham..huhu
    teratai gergasi tu mengingatkan saya ttg sesuatu - amat unik
    gambar yg ustaz AB letak tu hanya sbg perumpamaan je kot....sebab tu tak nampak pape...

    tapi lukisan naga tu sangat comel

    masjid teratai ni yg berada di negara cina tu ke..?? yg dibina oleh sahabat Rasul Saad Abi Waqqas??

    tangga kenari tu telah diilhamkan oleh sanusi joned sewaktu beliau jadi menteri besar kedah...dibina tanpa merosakkan khazanah alam - tangga seribu tahun tu bersempena dgn perjalanan menuju kejayaan itu bermula dengan langkah pertama

    kata kuncinya - naga hidup di tasik air tawar bertemankan teratai sbg sumber makanan juga tempat permainan

    puteri annur tanyalah soklan lagi....boleh pecahkan puzzles teratai dan naga...

    p/s - ustaz AB, maafkan hamba kerana telah mengusik tuan puteri...huhu

    BalasPadam
  7. Wa'alaikummussalam... saudaraku Wangsa terima kasih kerana sudi menceritakan sejarah tangga Kenari atau tangga 1000 tahun....
    juga terima kasih atas penerangan adab2 semasa berada di madrasah sufi - AB pun tak terfikir ttg adap2 mcm tu...ok lah tu... semoga sama2 kita amalkan adap2 yg baik spt tersebut.

    Wahai saudaraku wangsa dan juga pembaca sekalian yg dihormati... tak perlulah panggil ustaz AB...taip AB je sudah...takut nanti terperasanlah pulak...huhuhu... memang ada org panggil ustas kat alam realiti tp bukan ustaz AB... kat alam Maya ni taip AB je...ok kawan2ku...

    Masjid teratai di alam rohani....

    segala salah silap AB dah maafkan awal2 lagi...semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah Ta'ala..,

    Ya..Puteri annur silakan terus ajukan sebarang soalan...semoga kita sama2 dpt pecahkan puzzle teratai dan naga...

    BalasPadam
  8. kata kuncinya - naga hidup di tasik air tawar bertemankan teratai sbg sumber makanan juga tempat permainan

    Maksudnya - kat mana ada teratai kat situ naga pernah bermain dan bermandi-manda...
    mungkin ada naga cpmel tinggal kat tasik tempat annur selalu termenung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tulah kot agaknya kat tasik cini tu orang kata ada naga

      saya pernah tunjuk gambar projek di sebuah tasik..
      saya kata ...ini tasik cini...
      lantas rakan saya kata....hah...kat situ ada naga tau..

      tapi sebenarnya itu gambar projek kat tasik kenyir

      tasik cini yang masih misteri itu selalu dikaitkan dengan lagenda naga

      hhmmm...tuan puteri selalu duduk kat tepi tasik tu tunggu putera naga comel ke..??

      Padam
    2. sdr wangsa,aah,tempat annur belajar ada banyak sgt tasik,annur suka tgok tasik,dengan pokok2 kat tepi yg berjurai2...indah sgt...sebenarnya annur mmg suka tasik,pun tak tau kenapa...sbb tu cermin banyak annur kisahkan pasal tasik...banyak orang xtau,kebanyakan cerita cermin adalah simbolik kepada kisah benar...hehe...

      Ab,annur nak tanya boleh?kenapa dikatakan naga akan menjadi penolong pada pendekar akhir zaman?apa signifikannya?annur pernah dengar,orang kata,naga ni simbolik kepada "rahsia ilmu"...kalau tgok kuil2 cina pun ada diletakkan 2 ekor naga yg menjaga sebuah bulatan,matahari ke bulan ke annur tak pasti...Ab ada pendapat?sdr wangsa ke?jomla kita bincang2 kat teratak bertuah ni...:)

      Padam
    3. Ya saudara wangsa, tasik cini ada kaitan dgn Naga, sbg penempatan awal makhluk naga di bumi ini.... dlm bahasa arab naga = Thinni @ Chinni.

      Ya puteri annur, Sbb tu juga lambang2 kerajaan cina dan kuil cina ada gambar naga... 'Chines Dragon'. Gambar bola (simbol yang ying) yg ditengah2 2 ekor naga tu sebenarnya Bumi tp dianggap syurga dan neraka bagi masyarakat cina dahulunya... 'Syurga dan neraka dijaga oleh 2 ekor Naga'... Bangsa Cina sgt mengagungkan Haiwan Naga ini... 'Naga - Kuasanya dan kemampuannya ibarat angkasa yg luas yakni kuasa tiada batasan. Wallahu'alam.

      Pendekar atau Pemimpin akhir zaman merupakan orang dan golongan misteri seperti misterinya Naga itu. Kuasa dan kemapuan mereka tiada batasan... tak terfikir oleh manusia di zaman yg lalu... spt yg AB bgtau dlm artikel - Naga bukanlah jin atau malaikat ia adalah haiwan peliharaan Allah Ta'ala. Dan dengan Rahmat Allah Ta'ala Naga telah ditugaskan khas untuk membantu para Nabi, Rasul dan para Wali Allah Ta'ala di dunia yang fana ini. - Naga akan menjadi pembantu tentera Akhir Zaman, insyaAllah.

      Wallahu'alam.

      Padam
    4. annur pernah terdengar ada yang kata bumi inilah bertempatnya syurga dan neraka...tempat dimana hukum karma terjadi,yang berkaitan dengan proses inkarnasi manusia...jiwa dilahirkan berkali2 menggunakan jasad yang berlainan untuk diberi kesan diatas perbuatannya dikehidupan yang lalu...ini ada dalam kepercayaan hindu...dan mereka sangat percaya pada kewujudan dewa dewi...yang mana dewa dewi dikatakan membawa imej tuhan sebagai jalan menuju kepada yang esa...dewa dewi membawa sifat tuhan dan mereka berusaha menjiwai sifat2 itu dengan menjadi diri sendiri...maka mereka adalah pelakon terbaik didalam sifat mereka sendiri...sebab itu mereka dianugerahkan kesaktian melebihi manusia...dan setakat yg annur baca,sakti membawa maksud satu kuasa menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi realiti...sebab itu ada dewa pelindung,ada dewi cinta,ada dewa pemusnah dll...mereka percaya kepada konsep maskulin dan femininnya tuhan itu sendiri...bukan bermakna tuhan itu berjantina,tapi bila kita fikirkan ia selari dengan konsep syahadah dimana tuhan itu esa...tuhan itu wujud dalam semua...sebab itu ada dikalangan sufi yang mampu melihat tuhan dalam setiap pandangannya...cth,kita merasai kasih sayang tuhan melalui ibu kita...tapi bukan bermakna ibu kita itu tuhan...kita merasai kegarangan dan ketegasan tuhan melalui ayah kita...tapi bukan juga bermakna ayah kita itu tuhan...bila didalami,konsep dewa dewi ini penuh dengan kesufian...tapi perlu benar dan jujur dalam pembacaan dan pemikiran...selok beloknya sangat halus sehinggakan jika bukan pada ahli,ia mampu membawa kepada penyembahan patung2 dewa dewi seperti yang terjadi didalam agama hindu sekarang...

      apa pendapat Ab?

      Padam
    5. Perkara yang kita tidak tahu tidak semestinya perkara tersebut tidak betul.

      Dalam Islam, konsep dewa dewi spt agama hindu anuti adalah dilarang kerana ia adala perbuatan syirik yg nyata...

      spt annur sebutkan, "ia selari dengan konsep syahadah dimana tuhan itu esa...tuhan itu wujud dalam semua...sebab itu ada dikalangan sufi yang mampu melihat tuhan dalam setiap pandangannya." ini adalah mggenai sifat2 Allah Ta'ala...

      AB juga sependapat dgn Annur ttg "konsep dewa dewi ini penuh dengan kesufian...tapi perlu benar dan jujur dalam pembacaan dan pemikiran...selok beloknya sangat halus sehinggakan jika bukan pada ahli,ia mampu membawa kepada penyembahan patung2 dewa dewi seperti yang terjadi didalam agama hindu sekarang..."

      Dewa Dewi ada kaitan dgn Wali Allah dan Wali Syaitan...Perlu ilmu yg jelas ttg perbezaan wali Allah dan wali syaitan...semoga kita semua tidak tertipu dgn tipu daya Iblis dan syaitan yg dilaknat oleh Allah.... Wallahu'alam.

      Padam
    6. ya saya merinding jika dalam bacaan ini banyak kata2 dewa dewi dan banyak kata agama hindu...takut yang awam mengira ini ajaran hindu..atau di salah artikan bahwa ajaran hindu dan islam adalah sama...

      Padam
    7. Na'uzubillah, semoga Allah selamatkan kita dari kefahaman tersebut. InsyaAllah zaman sekarang ini ramai orang yang telah mendapat hidayah dan celik akalnya dapat bezakan agama yang benar dan salah. Semoga kita semua menjadi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. yg Maha Esa.

      Padam
  9. "teratai gergasi tu mengingatkan saya ttg sesuatu - amat unik"
    boleh saudara Wangsa berkongsi ingatan 'ttg sesuatu' di sini? Nak juga Ab mendengarnya...mngkin annur dan kawan2 pun nak tau juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. annur sokong...sdr wangsa,kalau tak keberatan,kongsikanlah...

      Padam
  10. "teratai ni pelik ya,kenapa kebanyakan dewa dewi kebanyakannya mesti digambarkan duduk diatas teratai.." - satu tanda atau bukti teratai asal usulnya dari langit ('Arasy)...

    dewa dewi asalnya juga dari langit ('Arasy) atau disebut kayangan.... 'kaya angan-angan'

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Akan Ab jawab dalam artikel akan dtg... Naga dan Dewa Dewi. InsyaAllah...

      Padam
  12. as salam AB yg sgt bertuah dunia dan akhirat

    teratai gergasi...

    ia suatu ciptaan Tuhan yang sgt cantik...bila AB tunjukkan gambar tu baru saya teringat bahawa rupa2nya ada spesis teratai gergasi

    saya melihat kanak2 comel yg duduk diatas daun teratai gergasi itu sungguh gembira gembira dan berasa selamat tanpa risau daun itu akan tenggelam atau koyak....

    puteri bermata kuyu muyu mesti teringin sangat nak lepak atas daun teratai gergasi tu kan..??

    mungkin juga teratai ni sememangnya tumbuh melata diatas arasy spt yg AB beritahu..jadi melihat teratai terutama yg gergasi merupakan suatu kenikmatan dan sebagai tanda kebesaran Tuhan

    rupa2nya ada dunia lain diatas sana yg sgt cantik selain daripada dunia bumi yg sudah hiruk-pikuk serta huru-hara

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam...wrt,
    wahai saudaraku wangsa gelar bangsaku.

    Ya benarlah seperti bicara Wangsa, teratai gergasi memang ada bukan wangsa raksasa je ada, mcm yang puteri annur selalu sebut2kan. Memang seronok dan gembira duduk atas teratai tu...lembut, mulus dan sejuk lagi. Kalau tido lagi best.

    Hanya siapa yg pernah ke arasy sahaja yg tahu dan pernah lihat juga duduk lepak2 kat atas daun teratai kat arasy sana.

    Memang ada dunia lain di atas sana, marilah kita berlumba-lumba menuju ke sana. Kita ajak puteri annur sama, ada dunia lain yg lebih hebat dan indah di atas sana, lebih fantastic dari dunia sebelah cermin sana.

    Terima kasih wahai saudaruku wangsa.

    BalasPadam
  14. Satu lagi ilmu : Teratai pun ada Buah...

    Wangsa, annur atau sesiapa penah makan buah teratai??
    Sedap tau, cuba tgk cara nak makan buah teratai di blog http://umialiesha.blogspot.com/2011/05/cara-makan-buah-teratai.html

    Selamat mencuba... sebab tu Naga suka makan buah Taratai, sang Naga tak suka makan buah Naga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya AB pun suka, di kampung rumah ayahnda AB ada banyak pokok naga. Kalau annur suka bolehlah datang petik dan makan buah naga. Biasanya buah naga lebat dan masak antara bulan jun, julai dan ogos...wallahu'alam.

      Padam
  15. Satu lagi ilmu : Teratai juga banyak khasiat dan keistimewaannya...

    Cuba semua link ke blog http://cempakamelati.blogspot.com/2010/12/teratai-keistimewaan-dan-khasiatnya.html

    Sebab teratai adalah tumbuhan istimewa yg tumbuh di 'Arasy... wallahu'alam.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Tuan empunya sanggar dan khalayak pembaca lainnya...Tidak tahu bagaimana harus saya memulai dek "teruja" membaca catatan tentang teratai dan naga.

    Dalam tempoh 4 tahun ini, saya menjalankan penelitian tentang ragam hias mihrab dan mimbar di Alam Melayu sehingga di akhirnya saya menemukan motif teratai yang amat dominan diserlahkan sebagai motif utama pada subjek kajian sasaran. Pada bahagian mihrab dan mimbar, motif teratai ini seringkali hadir sebagai "bunga mahkota" (istilah yang saya terjemahkan dalam penulisan ilmiah) di puncak gunungan.

    Sepanjang tempoh 4 tahun melalui bidang pengajian juga, saya begitu berharap menemukan sumber teks bertulis tentang "keistimewaan bunga TERATAI" sehingga keberadaannya mendominasi segala jenis bunga yang ada. Mengapa bukan bunga "bakawali" yang dikenal sebagai wijaya kusuma di wilayah Indonesia atau Queen of the night di negara barat sana? Dalam pada memikirkannya, terjumpa pula kenyataan yang dapat menyokong hujah tentang teratai sebagai bunga istimewa~ sehingga simbol perlambangannya bukan hanya hadir di Alam Melayu, malah menjadi identiti budaya pelbagai bangsa di ceruk rantau lainnya. Di Alam Melayu, bunga teratai banyak sekali ditemukan pada bahagian puncak gunungan (mihrab, mimbar, gerbang, batu nesan, motif pd seni tekstil dan sebagainya).

    Bunga bersifat universal ini sering dikaitkan dengan pengaruh Hindu/ Buddha. Entah mengapa saya tidak pernah bersetuju dan sering menyangkal teori sedemikian rupa. Cuma tiada kenyataan kukuh bersandarkan fakta bertulis selain ilmu saya yang masih dangkal dalam membahaskan hujah.

    Kunjungan ke sanggar ini bagai menjawab tanda tanya saya tentang keistimewaan teratai yang selama ini persoalannya berlegar2 di kotak fikiran. Sejak usia saya 17 tahun, motif bunga berkelopak 3 (dari pandangan sisi) begitu diminati. Jika melakar corak, pasti pengulangan bunga sedemikian menjadi tarikan untuk diserlahkan dalam karya. Dahulunya saya hanya melakar tanpa mengetahui jenis bunga apa yang menjadi olahan idea....sehinggalah di akhirnya (dlm tempoh 4 tahun ini) disedari bahawa motif yang begitu mengundang perhatian saya adalah bunga TERATAI~ Sekadar perkongsian

    p/s: Tuan, Mohon jasa baik untuk berkongsi maklumat tentang teks rujukan (tajuk buku/ kitab/ dll) berkaitan bunga teratai dan naga seperti yang dipaparkan dalam catatan. Terima kasih

    BalasPadam
  17. Wa'alaikummussalam...wrt, Saudara Akal Sari yang bijak bistari.

    Selamat bertandang dan terima kasih kerana sudi singgah di sanggar yang serba kurangnya ini. Tahniah di atas kesungguhan usaha saudara selama 4 tahun sehingga menemui si 'Bunga Mahkota'.

    Pengalaman hanba dengan bunga teratai ini sejak kecil lagi sebab kediaman dan medan permainan hamba di kelilinggi sawah bendang dan sungai yg penuh dgn teratai. Mandi di telaga yg penuh pohon teratai, mandi di sungai menyelam di bawah rimbulan daunan dan bungaan teratai.... itu zaman kanak2 dulu, namun sekarang; sejak pelbagai jenis baja ciptaan dan racun pelbagai jenama digunakan, segala teratai hilang membawa diri ke danau, tasik, kolam dan sungai yang jauh dari pencemaran yg merosakkan.

    Sebenarnya apa yang hamba nukilkan tentang teratai dan naga banyak berdasarkan pengalaman dan pengkongsian pengalaman dengan rakan-rakan dan guru. Tidak banyak bahan rujukan bertulis yang hamba temui, dan yang tajuk buku dan kitab yang pernah hamba baca pun dah hamba lupa, sebab dah lama masa berlalu... cuba saudara Akal Sari cari bahan rujukan melalui keyword 'Tumbuhan di Arasy' dan 'Lotus' mungkin ia dapat membantu...bahan rujukan di alam maya pun banyak juga... wallahu'alam.

    Simbol berkaitan Bunga Teratai digunakan oleh agama samawi sebenarnya, agama wahyu yang diturunkan oleh Allah Ta'ala sejak Ayahda Adam a.s. lagi... cuma manusia yang ingkar lagi kufur itu ditipu oleh Iblis dan Syaitan. Mereka telah mengunapakai 'Bunga Mahkota' untuk agama dan kepercayaan khayalan mereka...wallahu'alam.

    Hamba juga jadi 'teruja' untuk mencari semula sumber teks bertulis apabila membaca ulasan saudara... terima kasih.

    ps: Sama-sama kita berkongsi ilmu dari Allah Ta'ala; jika saudara telah temui sumber rujukan tentang teratai dan naga sudi-sudilah berkongsi di sini... hamba juga sedang belajar.

    BalasPadam
  18. salam sejahtera buat penulis...terima kasih...lotus..logo yg bermain2 difikiran ambe ialah logo2 islamic yg kerap kita tgk..tp ramai yg xtahu itu adalah lotus...jadi dgn penulisan ini..maka ia menolong saya memperkuatkan lagi apa yg saya fikirkan...alhamdulillah....semoga deme mendapat berkah dari Allah...

    BalasPadam