Ayahnda

Ayahnda

Ahad, 27 April 2014

Kisah Thalut dan Jalut


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering). Dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
(Surah Al-Baqarah ; ayat 164)


Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Ahad 27 April 2014 Masihi bersamaan 27 Jamadil Akhir 1435 Hijrah. Dalam artikel kali ini hamba persembahkan sedikit kata-kata Ayahnda Sheikh Mahmud al-Majzub mengenai Aulia' dan kisah tentang Raja Thalut yang memimpin Bani Israil menentang tentera Palestina yang dipimpin oleh Jalut. Semoga dengan sedikit kisah ini dapat membuka mimda kita tentang Bani Israil dan Palestin yang mana kisah ini menjadi titik tolak mahsyurnya Ayahnda Nabi Daud a.s. Ayuh! marilah sama-sama menghayatinya.....


Kata-kata Hikmah Ayahnda Sheikh Mahmud Al-Majzub

Para Aulia’ tidak menyembunyikan ‘Ilmu’. Orang dunialah yang menyembunyikan ilmu, kerana ada kepentingan dan tidak ikhlas. Mereka takut anak murid mereka lebih bijak! Bersalahan dengan aulia’, mereka mahu murid-murid mereka lebih cemerlang dan Berjaya.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa, para sahabat r.a.hum umpama bintang-bintang di langit. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima, hamba abdi dan lain-lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan Tuhan, iaitu memiliki sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan Ahlullah.

Gagahnya satu-satu zaman itu disebabkan gagahnya para Aulia’ di zaman itu.

Kalau tidak ada para Aulia’ dan tidak ada orang yang takutkan Tuhan, qiamatlah dunia ini! Manusia pada hari ini boleh bernafas, boleh bernyawa disebabkan masih ada para Aulia’. Itu pun manusia masih berasa sombong dengan para Aulia’. Kalau boleh mereka hendak bunuh perjalanan para Aulia’.

Para Aulia’ ialah orang yang paling aktif dan paling sibuk dalam dunia ini. Sebab mereka faham dunia ini, “Jambatan ke Akhirat”. Mereka faham maksud surah “Wal-‘Asri”. Mereka tidak ada masa hendak buat kerja sia-sia.

Para Aulia’ yang bertugas di bumi Allah ini pada tiap-tiap satu masa ada 856 orang.  Tetapi yang paling ‘top’ di dalam menggelidah ‘dunia’ hanya ada 6 (enam) orang. Empat (4) 0rang kutub dan dua (2) orang Imaman. Mereka inilah tonggak dunia.

Untuk melahirkan manusia yang berperwatakan Aulia’, kena lahir daripada ayah yang soleh dan ibu yang solehah. Kita ambil contoh Maulana Muhammad Ilyas, Ghaust abad 14 Hijrah (Pengasas Jemaah Tabligh).

Kamu janganlah mengacau kerja para Aulia’! Kamu buatlah kerja kamu! Saya ajar kamu supaya bersesuaian dengan para Aulia’. Mudah-mudahan kamu jadi Aulia’.




Kisah Thalut dan Jalut

Kekalahan bani Israil dan Perampasan Peti dari Mereka.

Di dalam perjanjian lama dikatakan, bahwa setelah Musa a.s. wafat, tampil Yasyu’ bin Nun dari anak-cucu Yusuf a.s. memegang urusan Bani Israil. Dan bersamanya Bani Israil memasuki tanah yang telah dijanjikan kepada mereka ketika itu, yakni Palestina.

Negeri pertama yang mereka duduki adalah Kota Jericho di sebut Jerussalem. Allah s.w.t. telah memerintahkan supaya memasuki pintu gerbang kota itu dengan khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah Ta’ala, dan mengatakan, “Bebaskan!” atau “Ya Tuhan kami, bebaskanlah kami dari dosa-dosa”. Akan tetapi mereka melanggar perintah Allah dan memasuki kota itu dengan sombong. Mereka menganggap baik memilih fasik daripada meminta ampun kepada Tuhan sebagaimana telah diserukan kepada mereka. Oleh kerana itu, Tuhan menjadi murka dan menimpakan azab kepada mereka akibat perbuatan dosa mereka itu. 

Rujuk surah Al-Baqarah ayat 58 dan 59.

Yasyu’ yang memegang urusan Bani Israil di Palestina, dan mulailah dia memerintah hingga datang ajal. Setelah kematiannya, urusan itu dipegang oleh hakim-hakim yang memerintah selama beberapa tahun, tanpa mempunyai raja yang tegas dan mulia.

Dalam masa-masa itulah Bani Israil senantiasa menjadi mangsa serangan-serangan bangsa-bangsa tetangga.
Kebiasaan yang mereka ikuti ketika terjadi peperangan melawan musuh-musuh adalah meletakkan peti (tempat menyimpan Taurat) di hadapan mereka. Dengan demikian diharapkan mereka akan menang dengan tekad yang kuat.

Kemudian pecahlah perang berdarah antara Bani Israil dan orang-orang Palestina. Kerana Allah murka kepada Bani Israil akibat mereka telah melakukan dosa-dosa, maka mereka telah dikalahkan oleh orang-orang Palestina. Orang-orang Palestina itu telah menghina wanita-wanita dan anak cucu mereka, mengusir dari negeri mereka, merampas peti Tabut dan membawanya ke rumah Dajon, ‘tuhan’ mereka.

Di masa kekuasaan para hakim, Bani Israil berada dalam keterbelakang, sukuisme mengarah kepada kafilah-kafilah, dan hal itu terus berlangsung sampai tahun 1404 SM. Ketika itu tampil di antara mereka seorang pemimpin yang menyatukan kekuatan kafilah-kafilah mereka di bawah satu bendera, yang kemudian menjadi Raja Pertama kepada Bani Israil. Dalam sejarah Yahudi, ia dikenali dengan nama Paul, sedangkan Al-Quran menamakannya dengan Thalut.


Bani Israil Mencari Seorang Raja

Bani Israil diliputi kehinaan dan kerendahan setelah dikalahkan dan dirampas petinya. Menurut Perjajian Lama, pemuka-pemuka mereka pergi menghadap Samuel (dia adalah seorang hakim) meminta kepadanya supaya memilihkan seorang raja yang dengan pimpinannya dapat mempersatukan rakyat untuk memerangi musuh. Samuel mengetahui hakikat dan tabiat kaumnya, bahwa mereka saling tolak menolak antara satu dengan lainnya di dalam berperang. Oleh kerana itu, dia bertanya kepada mereka, “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?” Mereka mengingkari hal itu akan terjadi pada mereka, dan berkata, “Bagaimana mungkin kami tidak berperang untuk mengembalikan hak-hak kami, sedangkan musuh-musuh telah mengusir kami dari negeri kami”. 

Benarlah apa yang diduga oleh Samuel itu. Kerana ketika Allah memenuhi keinginan mereka dengan mewajibkan perang, ternyata mereka mundur enggan berperang, kecuali sekelompok kecil sahaja.

Di dalam Al-Quran dikatakan, “Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada Nabi mereka, ‘Angkatlah untuk kami seorang Raja supaya kami berperang di bawah pimpinannya di jalan Allah’. Nabi mereka menjawab, ‘Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang’. Mereka menjawab, ‘Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampong halaman kami dan dari anak-anak kami?’. Maka tatkala perang itu di wajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim”.

(Surah Al-Baqarah ayat 246)


Thalut Menguasai Kerajaan

Masih di dalam Perjanjian Lama. Samuel memberitahu kepada Bani Israil bahwa Allah mengabulkan keinginan mereka dan mengangkat Thalut sebagai raja mereka. Dia adalah salah seorang di antara anak cucu Bunyamin. Akan tetapi Bani Israil itu merasa enggan dan menolak pengangkatan itu, kerana dia dianggap bukan dari keturunan terhormat. Menurut pandangan mereka, keturunan merekalah yang lebih banyak mengendalikan kerajaan dibanding Thalut. Dahulu, raja Bani Israil adalah dari anak cucu Yahuda, dan kenabian adalah dari anak cucu Lawi. Sedangkan Thalut adalah dari anak cucu Bunyamin yang termasuk orang-orang asing. Mereka juga menolak berkuasanya Thalut kerana alasan lain. Dia adalah seorang kafir, tidak mempunyai banyak harta, sedangkan bagi orang-orang Yahudi harta adalah salah satu di antara sebab-sebab utama bagi kemuliaan dan kehormatan.

Samuel menjawab kepada orang-orang yang membantah, bahwa Allah telah mengutus Thalut dan melebihkannya atas mereka dengan sifat-sifat yang mungkin untuk menjadi raja. Dan Allah telah memberi ilmu yang memungkinkan untuk mengetahui urusan-urusan politik dan merubah keadaan mereka dengan hikmah dan ilmu pengetahuan, sebagaimana Allah telah memberi kekuatan fisik yang menopang untuk dapat bersikap tabah dalam berperang atau ketika berhadapan dengan musuh kemudian nanti. Sesungguhnya Allah yang telah memilih Thalut untuk mengetahui urusan-urusan makhluk-Nya, kerana Dialah yang merubah urusan-urusan alam sebagaimana Dia kehendaki. Maka dia memberikan kerajaan kepada siapa saja yang Dia kehendaki, kerana adanya suatu hikmah yang tidak diketahui oleh selain-Nya.

Firman Allah s.w.t. didalam surah Al-Baqarah ayat 247.

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu’. Mereka menjawab, Bagaimana Thalut memerintahkan kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa (Dari sini, dapat diambil suatu pengertian bahwa kepimpinan yang benar itu bukanlah kerana keturunan, akan tetapi kerana kelebihan-kelebihan yang dituntut di dalam kepemimpinan. Yaitu kekuatan akal fikiran yang didasari ilmu pengetahuan yang luas yang menolong di dalam merubah urusan-urusan, dan kekuatan tubuh yang menolong di dalam memikul beban-beban kepemimpinan), Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui.”


Tanda Thalut akan Menjadi Raja

Al-Quran menyebutkan  Nabi mereka telah memberitahu kepada Bani Israil bahwa tanda Thalut akan menjadi raja ialah, dia akan memimpin mereka kepada kemenangan dan tabut yang di dalamnya terdapat lambang kejayaan mereka dan ketenangan hatinya, yang di dalamnya terdapat peninggalan keluarga Musa a.s. dan Harun a.s. Misalnya sabak-sabak yang bertulis wasiat-wasiat Allah, akan kembali kepada mereka yang dibawa oleh malaikat.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 248, “Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.”


Thalut Menguji Pasukannya

Thalut menyeru kaumnya untuk berperang di jalan Allah, dan memerintah untuk memerangi musuh-musuh yang telah menghina mereka. Maka bersatulah pasukannya di bawah satu pimpinan untuk memerangi orang-orang Palestina yang dipimpin oleh Jalut (Dalam kitab Perjanjian Lama namanya adalah Jaliat) yang terkenal berani, kejam, yang kepahlawanannya dan kemenangan-kemenangannya tersebar ke seluruh bangsa yang berdekatan. Sehingga mereka merasa takut dan mundur untuk berperang bersama Thalut.

Thalut berjalan bersama pasukannya meninggalkan negeri mereka hingga mendekati daerah pertemuan dengan musuh. Ketika itu Thalut ingin menguji tekad pasukannya di dalam berperang, dan ingin mengetahui batas ketahanan serta ketaatan mereka kepadanya. Dan ketika mereka telah mencapai kepayahan dan kehausan, dia berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya kamu akan melewati sebatang sungai, dan dengan sungai itu Allah akan menguji kamu, supaya Dia membezakan antara yang taat dan yang ingkar. Maka barang siapa yang meminum air sungai itu dan tidak mencicipinya, ia adalah termasuk pengikut-pengikutku”. Maka ketika tiba di sungai itu, kebanyakan di antara mereka melanggar perintah Thalut, dan meminum tanpa bernafas atau mempedulikan larangan Thalut.

“Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, dia berkata, ‘Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah dia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya kecuali seceduk tangan maka dia adalah pengikutku.’ Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka”. 

Surah Al-Baqarah ayat 249.

Hikmah dari Thalut melarang tenteranya untuk minum air sungai, kecuali seceduk saja untuk sekadar membasahi hausnya, adalah sebagai latihan bagi tenteranya untuk menghadapi kesulitan-kesulitan dan hal-hal yang menakutkan di dalam peperangan. Dan barangkali itu adalah siasat perang yang dicarinya di balik larangannya itu, sebagaimana dikatakan oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah : “Sungai itu adalah pemisah antara Bani Israil dengan musuh-musuhnya. Dan mereka telah sampai di situ dalam keadaan sangat haus dan payah. Oleh kerana itu, Thalut merasa khawatir jika mereka berdiam di sekitar sungai itu dan memenuhi perut-perut mereka lalu berkumpul dan terus beristirehat. Sehingga apabila musuh-musuh mengetahui keadaan mereka, mereka akan melintasi sungai itu lalu menjauhinya. Oleh kerana itu, maka Thalut ingin membawa musuhnya ke dalam rounde pertama yang mengejutkan. Kemudian dia melintasi sungai itu sebelum musuh-musuhnya mengetahuinya…. Hal ini sesuai dengan siasat-siasat perang. Kerana serangan yang tiba-tiba dalam peperangan adalah senjata yang paling ampuh”.


Kemenangan Thalut

Thalut bersama orang-orang yang sabar atas kehausan dan kepayahan telah melewati sungai itu. Dan setelah pengikut-pengikut yang besar jumlahnya mundur, mereka mendapati jumlah mereka menjadi sedikit dan lemah di hadapan musuh-musuh mereka yang banyak.

Kemudian berkatalah sebahagian di antara mereka yang merasa takut oleh kerana banyaknya jumlah musuh, “Kita sekarang tidak mempunyai kekuatan lagi untuk melawat tentera Jalut”. Sedangkan sebagian lagi yang beriman tidak merasa takut oleh banyaknya jumlah musuh, kerana merasa yakin bahwa mereka akan bertemu dengan Tuhan setelah mati nanti. Mereka berkata, “Berapa banyak terjadi bahwa pasukan yang sedikit jumlahnya dapat mengalahkan pasukan yang besar jumlahnya dengan izin Allah. Oleh sebab itu, hendaklah kita bersabar dalam menghadapi musuh. Sesungguhnya Allah akan memberikan kemenangan dan kekuatan kepada orang-orang yang bersabar”.

Tatkala orang-orang mukmin keluar untuk memerangi Jalut dan tenteranya, mereka lalu mengadap Allah sambil merendahkan diri, agar Dia memenuhi hati mereka dengan kesabaran dan meneguhkannya di medan perang, serta memenangkan atas musuh-musuhnya. Maka Allah memperkenankan doa mereka dan kemenangan. Daud telah berhasil membunuh Jalut, dan Allah s.w.t. memberinya kerajaan dari ilmu dan hikmah. 

Begitulah Allah s.w.t. menolong hamba-hambaNya yang soleh. Dan jika Allah Ta’ala tidak menjadikan orang-orang yang berbuat baik berkuasa atas orang-orang yang berbuat kerosakan untuk menghapuskan kerosakan mereka, dan jika tidak menjadikan sebagian orang-orang jahat berkuasa atas sebagian yang lainnya, niscaya bumi ini tidak akan makmur, dan akan tersebarlah kerosakan. Akan tetapi, Allah s.w.t. selalu berbuat baik dan melimpahkan karunia-Nya ke atas semua manusia.

Sila rujuk Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 249 hingga 251.

Dengan kesabaran dan ketabahan serta ketaatan kepada pemimpinnya, kadangkala golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak yang kurang kesabaran, ketabahan, persatuan dan ketaatan kepada pemimpinnya. Ini adalah fakta-fakta dari kebanyakan peperangan yang dimuat dalam sejarah-sejarah peperangan baik sekarang maupun dahulu. Maka sesungguhnya jumlah yang banyak itu bukanlah faktor terpenting bagi suatu pasukan ketenteraan untuk menang atas lawannya. Dan ini adalah sunnah Allah pada makhluk-Nya yang diperlihatkan oleh Allah kepada setiap bangsa tertindas yang ingin mengembalikan kehormatan dan kemerdekaannya.


Ayahnda Daud a.s. membunuh Jalut

Di dalam Al-Quran, tidak diterangkan secara terperinci bagaimana Nabi Daud a.s. membunuh Jalut. Namun dalam kitab perjanjian lama ada diterangkan secara terperinci, dan akan penulis kemukakan dengan ringkasnya.

Orang-orang Palestina telah mempersiapkan bala tenteranya untuk memerangi Bani Israil, dan Thalut bersama para pemuka Bani Israil tampil pula untuk menghadapinya. Masing-masing golongan berada di atas sebuah bukit, dan di antara mereka terdapat sebuah lembah. Hari demi hari berlalu, tetapi tidak satu golongan pun berani menyerang yang lainnya. Ketika itu dari bala tentera Palestina keluar seorang laki-laki yang bertubuh besar dan tampak menakutkan. Laki-laki itu bernama Jalut. Dia lah ketua pasukan tentera Palestina. Dia lengkap bersenjata dan di tangannya membawa panah yang sangat besar.

Jalut keluar dari pasukannya, lalu berdiri di tengah-tengah lembah dan mencabar barisan-barisan Bani Israil supaya memilih seorang laki-laki di antara mereka untuk bertanding dengannya. Dia berkata, “Jika laki-laki dari kamu itu dapat mengalahkan aku, maka kami akan menjadi hamba kamu. Dan jika aku menang dan dapat membunuhnya, maka kamu semua menjadi hamba kami”.

Mendengar perkataan Jalut tadi, Thalut dan bala tenteranya takut dan mundur tidak mau bertempur. Jalut terus mencabar mereka selama empat puluh hari, pagi dan petang. Dan Thalut telah membuat perjanjian bahwa dia akan melimpahkan harta kepadas siapa saja yang dapat membunuh Jalut, dan akan mengawinkan dengan putrinya.

Seorang laki-laki dari Betlehem bernama Yassi mempunyai tiga orang anak laki-laki yang mengikuti bala tentera Thalut untuk berperang. Dia mempunyai anak keempat bernama Daud yang diutus untuk mengawasi keadaan saudara-saudaranya. Daud melihat jalut sedang mencabar Bani Israil untuk berkelahi, sedangkan orang-orang menjauhi kerana takut, dan Jalut terus menghina dan merendahkan mereka. Ketika itu tergeraklah hati Daud rasa ingin menyahut cabaran, dan minta izin kepada Thalut supaya mengizinkannya untuk melawan Jalut. Thalut tidak mengizinkan bahkan menakut-nakutkannya bahwa dia akan dikalahkan. Tetapi akhirnya dia pun mengizinkan juga untuk Daud melawan jalut, sambil memakaikan baju besi kepada Daud. 

Daud belum mengetahui bagaimana dia harus berjalan dengan baju besi itu, kerana belum terbiasa memakainya, oleh sebab sukar dia bergerak dengan baju besi itu lalu Daud menanggalkannya. Kemudian Daud mengambil tongkat dengan tangannya dan memungut lima batu licin dari lembah, lalu memasukkan batu-batu itu dan pelantingnya ke dalam kentongnya.

Ketika perkelahian dimulai, Jalut ingin mendahului Daud dengan lemparan lembingnya. Tetapi Daud lebih cepat daripada Jalut, lalu melemparkan batu dengan pelantingnya tepat mengenai kening Jalut. Orang besar itu (Jalut) jatuh berguling-guling di atas tanah, dan secepat kilat Daud melompat ke arah jalut, mencabut pedang Jalut dan memenggal kepala Jalut.

Orang-orang Palestina sangat takut ketika melihat pemimpin mereka terbunuh. Pergaduhan pun meledak dalam barisan mereka, lalu berbalik lari. Sedangkan Thalut bersama orang-orangnya, mengejar mereka dan banyak di antara orang-orang Palestina yang terbunuh.


Kematian Thalut dan Berkuasanya Daud sebagai Raja

Di dalam Perjanjian Lama juga dikatakan, setelah Daud berhasil membunuh Jalut, dia mendapat posisi yang baik di hadapan Thalut di samping menjadi seorang terkemuka di antara panglima-pamglima perang Bani Israil. Tetapi rasa iri telah merasuki hati Thalut yang melihat bahwa dalam diri Daud terdapat persaingan yang membayangkan dirinya. Apalagi Daud sangat mencintai seluruh Bani Israil. Selanjutnya, rasa iri itu berubah menjadi rasa dengki yang mematikan. Thalut berkali-kali berusaha untuk membunuh Daud, namun usahanya itu selalu gagal.

Kemudian pecahlah perang Jalbu’ yang dalam perang itu Bani Israil dapat merebut kembali tanah asal mereka, dan terbunuhnya tiga orang anak Thalut. Para pemanah orang-orang palestina melihat Thalut, lalu mengambil kesempatan dengan menghujaninya dengan anak panah. Thalut telah cedera parah, kemudian Thalut menyuruh pembawa senjatanya mencabut pedang dan menikam kepadanya, dengan maksud agar tidak mati dibunuh oleh musuh-musuhnya. Dan setelah kematiannya nanti supaya membuat patung dirinya. Tetapi si pembawa senjatanya itu enggan, lalu Thalut sendiri yang mengambil pedangnya dan menjatuhkan diri ke atas pedangnya dan matilah Thalut.

Setelah itu Daud a.s. menuju Gibran, kota Khalil sekarang. Kemudian datang pemuka-pemuka Yahudi dan mengangkatnya sebagai seorang Raja di negeri Yahudi. Sisa-sisa Bani Israil ternyata lebih dekat dan taat kepada Eshbushat, putra Thalut. Sehingga pecah pula peperangan antara orang-orang Daud a.s. dan oramg-orang Eshbushat sampai matinya putra Thalut itu. Setelah itu jadilah Daud a.s. Raja bagi anak cucu Bani Israil seluruhnya.

Ketika Daud a.s. menguasai seluruh Israil, baginda berumur 30 tahun, dan tempoh kekuasaannya ialah 40 tahun. Di Ghibran, baginda menguasai Yahudi selama 9 tahun 6 bulan, dan di Yerussalam, baginda menguasai seluruh Israil dan Yahudi selama 33 tahun.

Sebelum wafatnya, Ayahnda Daud a.s. telah mengangkat putranya, Sulaiman a.s. untuk menjadi penggantinya. Dan tatkala Sulaiman a.s. berkuasa, selesailah sudah tugas ayahndanya, kemudian Sulaiman a.s. menduduki negeri, mengatur kerajaan dengan peraturan yang baru, membangun tempat peribadatan dan baginda diberi hikmah. 

Demikian lah ringkasan yang dinukil dari Perjanjian Lama.

Wallahu’alam.

Kangar, Perlis Indera Kayangan

Khamis, 13 Mac 2014

Dunia Tempat Bercucuk Tanam



Assalammualaikum...wrt, hari ini Khamis 13 Mac 2014 Tahun Masihi bersamaan 11 JamadilAwal 1435 Tahun Hijrah juga bersamaan 23 Khudd 10,002 Tahun PuSaka. Dalam artikel kali ini yang merupakan mukaddimah hamba mengenai hakikat Dunia (Bumi) sebagai sebuah ladang yang dihamparkan (bukan sebiji planet berbentuk sfera) oleh Allah Rabbul 'alamin untuk hamba-hambanya bercucuk tanam dan hasil tanaman ini akan dapat dituai untuk kebaikan hidup kita di dunia dan di akhirat kelak. Semoga sama-sama kita beroleh ilmu bermanafaat melalui artikel-artikel seterusnya, insyaaAllah.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 22; 

"Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah (yakni segala sesuatu yang disembah disamping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa dan sebagainya) padahal kamu mengetahui."



Bai'at para Sahabat r.hum kepada Rasulullah s.a.w.

Dari ‘Ubadah bin Shamit r.a., salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang turut ambil bahagian dalam perang Badar, dan ikut dalam pertemuan pada malam Aqabah, katanya : “Pada suatu waktu, ketika Rasulullah s.a.w. sedang di kelilingi oleh sekelompok para sahabat, Baginda bersabda ; ‘Bai’atlah (berjanjilah) anda semua denganku :

1)      Tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,
2)      Tidak mencuri,
3)      Tidak berzina,
4)      Tidak membunuh anak-anakmu,
5)      Tidak membuat fitnah antara sesama kamu,
6)      Tidak durhaka terhadap perintah kebaikan,

Barangsiapa menepati perjanjian ini, niscaya dia diberi pahala oleh Allah, dan siapa melanggar salah satu daripadanya, maka dia akan dihukum di dunia ini. Hukuman itu menjadi kaffarah (denda) baginya. Dan barangsiapa melanggar salah satu daripadanya, kemudian ditutup oleh Allah (tidak diketahui orang, sehingga dia bebas dari hukuman dunia), maka perkaranya terserah kepada Allah. Kalau Allah suka mengampuninya, diampuni-Nya-lah, dan kalau Allah hendak menyiksa, disiksa-Nya-lah.’

Maka kami semua (para sahabat yang hadir mengelilingi Nabi s.a.w. waktu itu), berjanji kepada Baginda atas hal-hal tersebut.”

(Hadis 13 ; Kitab Shahih Bukhari 1)




Kembara Rasulullah s.a.w. bersama Jibril a.s. melalui 7 Lapis Langit.

Berita dari Anas bin Malik r.a., mengatakan, “Abu Dzar pernah bercerita, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Pada suatu waktu ketika aku berada di Mekkah, tiba-tiba atap rumahku dibuka orang. Maka turunlah Jibril a.s., lalu dibedahnya dadaku, kemudian dibersihkannya dengan air zamzam. Sesudah itu dibawanya sebuah bejana emas penuh berisi hikmah dan iman, lalu dituangkannya ke dalam dadaku, dan sesudah itu dadaku dipertautkannya kembali.

Kemudian ditariknya tanganku, dan ia membawaku naik ke langit dunia. Setelah tiba dilangit pertama, Jibril berkata kepada pengawal, ‘Buka pintu!’

Malaikat pengawal bertanya, ‘Siapa itu?’

Kata Jibril, ‘Saya, Jibril!’

Tanya pengawal, ‘Adakah orang beserta anda?’

Jawab Jibril, ‘Ada! Muhammad s.a.w. besertaku.’

Tanya pengawal, ‘Sudahkah diutuskah dia?’

Jawab Jibril, ‘Ya, sudah!’

Setelah pintu terbuka, maka kami naik ke langit pertama. Sekonyong-konyong kami bertemu dengan seorang lelaki sedang duduk, di kanan kirinya tampak menghitam kelompok orang banyak. Apabila dia memandang ke kanan dia tersenyum, tetapi apabila dia memandang ke kiri dia menangis.

Orang itu berujar, ‘Selamat datang wahai Nabi dan anak yang soleh.’

Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah orang itu?’

Jawabnya, ‘Inilah Adam a.s. Kumpulan orang yang banyak di kanan-kirinya ialah roh anak-cucunya. Yang sebelah kanan penduduk syurga dan yang sebelah kiri penduduk neraka. Maka apabila ia memandang ke kanan, ia tersenyum dan apabila ia memandang ke kiri ia menangis.’

Kemudian Jibril membawaku naik ke langit ke dua. Ia berkata kepada pengawal, ‘Buka pintu!’

Penjaga pintu bertanya kepada Jibril seperti penjaga pintu pertama bertanya, kemudian ia membuka pintu.”

Kata Anas r.a., “Rasulullah s.a.w. menceritakan, bahwa di beberapa langit; Baginda bertemu dengan para Nabi, Adam a.s., Idris a.s., Musa a.s. dan Ibrahim a.s., tetapi tidak diceritakannya di langit mana masing-masing berada, selain hanya menyebutkan Adam a.s. di langit pertama dan Ibrahim a.s. di langit ke enam.”

Kata Anas r.a., “Tatkala Jibrail beserta Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Idris a.s., Idris a.s. mengucapkan salam, ‘Selamat datang, wahai Nabi dan Saudara yang soleh.’

Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., ‘Siapa ini?’

Jawab Jibril, ‘Inilah Idris.’

Rasulullah s.a.w. meneruskan, ‘Aku bertemu dengan Musa a.s. Dia pun mengucapkan, ‘Selamat datang, wahai Nabi dan Saudara yang soleh.’

Aku bertanya, ‘Siapa ini?’

Jawab Jibril, ‘Ini Musa.’

Kemudian aku bertemu dengan Isa a.s. Isa pun berkata, ‘Selamat datang, wahai Saudara dan Nabi yang soleh.’

Aku bertanya, ‘Siapa ini?’

Kata Jibril, ‘Ini Isa.’

Setelah itu aku bertemu dengan Ibrahim a.s. Dia pun mengucapkan, ‘Selamat datang, wahai Nabi dan anak yang soleh.’

Aku bertanya, ‘Siapa ini?’

Jawab Jibril, ‘Inilah Ibrahim alaihissalatu was salam.’


Sesungguhnya Ibnu Abbas r.a. dan Abu Hayyah al-Anshari r.a., kedua-duanya pernah bercerita bahwa Nabi s.a.w. bersabda ; “Kemudian aku dibawanya naik ke tempat yang lebih tinggi, di mana aku dapat mendengar bunyi goresan pena.” (yakni bunyi kalam yang menulis di Luh Mahfuzh)


Perintah Solat oleh Allah Ta'ala kepada Ummat Rasulullah s.a.w.

Kata Ibnu Hazm dan Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. mewajibkan Solat atas umatku lima puluh (50) kali (sehari semalam). Maka aku turun membawa perintah itu. Ketika aku lewat di hadapan Musa a.s., dia bertanya kepadaku, ‘Apa yang diperintahkan Allah kepadamu untuk dilaksanakan umatmu?’

Jawabku, ‘Allah s.w.t. mewajibkan solat lima puluh kali.’

Kata Musa a.s., ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, kerana umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya.’

Maka kembalilah aku kepada Tuhanku, lalu dikuranginya sebahagian. Kemudian aku kembali kepada Musa dan berkata, ‘Allah mengurangi seperdua.’

Kata Musa, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya.’

Maka kembali pulalah aku kepada Tuhanku. Lalu Allah menguranginya pula seperdua. Sesudah itu aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa a.s.

Kata Musa, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, sesungguhnya umatmu tidak sanggup melaksanakannya.’

Maka kembali pulalah aku kepada Tuhanku.

Dia (Allah) berfirman, ‘Walaupun lima (5), namun lima puluh juga (pahalanya). Putusan-Ku tidak dapat dirubah lagi.’

Maka aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa a.s.

Kata Musa, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu.’

Jawabku, ‘Malu aku kepada Tuhanku.’

Kemudian Jibril a.s. membawaku hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Tempat mana ditutup dengan aneka ragam warna yang aku tak tahu warna-warna apa ragamnya. Sesudah itu aku dibawa masuk ke dalam syurga, di mana di dalamnya terdapat mutiara bersusun-susun sedangkan buminya bagaikan kasturi.”

(Hadis 211 ; Kitab Shahih Bukhari 1)


Apakah Hakikat 7 Lapis (Petala) Langit dan 7 Lapis (Petala) Bumi?

Gambaran Negara-negara dalam Peta Dunia

Tujuh (7) Benua di Dunia (Bumi)


 Mukaddimah Kisah Ayahnda Daud a.s.

Ayahnda Daud a.s. adalah salah seorang di antara para Nabi keturunan Bani Israil. Allah Ta’ala juga telah menyatukan kenabian dan kerajaan pada dirinya, memberinya kebaikan di dunia dan di akhirat, sehingga ia menjadi seorang Nabi dan raja. Ayahnda Daud a.s. adalah di antara para Rasul setelah Ayahnda Musa a.s. yang menerima Kitab Samawi, dan Allah Ta’ala telah memberinya Kitab Zabur.

Allah s.w.t. berfirman; “Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian Nabi-nabi itu atau sebagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud.” (Surah 17 : Ayat 55)

Sedangkan Sulaiman a.s. adalah putra Ayahnda Daud a.s. Allah Ta’ala juga telah menganugerahkan kenabian, kerajaan dan hikmah, sehingga digelar Sulailam Al Hakim.

Ayahnda Daud a.s., untuk pertama kali muncul dan tersebar kemasyhurannya ketika dia menjadi seorang tentera pasukan Thalut. Ketika itu muncul seorang panglima musuh bernama Jalut yang mengadakan serbuan.


Tetapi, siapakah Thalut dan Jalut itu?

Ada baiknya jika kedua pemimpin ini hamba perkenalkan kepada para pembaca sebelum berbicara tentang kenabian Ayahnda Daud a.s. dan Sulaiman a.s. Hamba mendahulukan perkenalan itu dengan menyebutkan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kehidupan mereka berdua.

Members of United Nations (1945 - 2008)

New World Order

InsyaaAllah dalam artikel yang akan datang hamba akan teruskan perkongsian ini....

Sekian, Wassalam...

Dunia yang sementara.



Isnin, 13 Januari 2014

Ya Rasulullah S.A.W.





Wahai Anakku Muhammad!

Allah melimpahkan berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu yang sedang menghadapi maut.
Engkau diutus Allah kepada manusia
Dalam lingkungan Halal dan Haram.
Engkau dibangkitkan Allah
Membantu Tauhid dan Iman
Agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau,
Tidak boleh mendekati berhala,
Jangan bersama golongan itu (penyembah berhala).

(Nukilan sajak Aminah binti Wahab, Ibunda Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu akan wafat meninggalkan Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sampingnya)

Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin 13 Januari 2014 Tahun Masihi, bersamaan 12 RabiulAwal 1435 Tahun Hijrah, juga bersamaan 23 Jadi 10,002 Tahun PuSaka. Selamat tahun baru masihi kepada semua saudara saudari yang hamba hormati sekalian. Sempena bulan RabiulAwal yang juga bulan sempena Maulidul Rasul s.a.w., hamba ingin berkongsi kisah mengenai Rasulullah s.a.w. dan sifat-sifat Baginda s.a.w. yang mulia. Semoga kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menghayati dan mengambil iktibar sebagai suri tauladan untuk kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. InsyaAllah.


Sifat Rasulullah s.a.w.



Dalam satu riwayat yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum, dikemukakan bahawa beliau pernah bertanya kepada pamannya yang bernama Hind bin Abi Halah tentang sifat Rasulullah s.a.w. Hind menjawab;

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan rembulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang pendek dan lebih pendek dari orang yang tinggi. Baginda berjiwa pelindung. 

Rambutnya bergelombang, apabila baginda menyisir (rambutnya) maka dibelahnya menjadi dua. Apabila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih.

Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah. Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar, hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. 


Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagikan leher kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang saja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang persendiannya besar.

Badannya yang tidak ditumbuhi rambut Nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat, tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain yang disebut tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bagaian atas berbulu halus. Kedua ruas tulang tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel.

Apabila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan-akan baginda turun ke tempat yang rendah. Apabila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh badannya. 

Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Apabila ada sahabat berjalan, maka baginda berjalan di belakangnya dan bila berpapasan maka disapanya dengan salam.

(Diriwayatkan oleh Sufyan bin Wahi’ dari Jami’ bin ‘Umair bin “Abdurrahman al-‘Ajali, dari warga Bani Tamin bernama Aba ‘Abdullah, dari Hind putera Abi halah yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.hum.)


Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia’ yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia’ yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!


Wasiat Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani  رضي الله عنه

 
Diantara wasiat beliau rah.:
  • aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
  • aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  • aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
  • aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
  • aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
  • aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
  • aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
  • aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …
 

Beliau rah.  mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:

Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.

Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.


Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal.

Berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya.

Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di atas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya.


Kezuhudan Rasulullah s.a.w.

Kerap berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sebulan dan dua bulan, padahal dapurnya tidak pernah dinyalakan api untuk memasak makanan dan sebagainya. Malah hidupnya selalu dengan memakan kurma dan meminum air saja.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata : Keluarga Muhammad s.a.w. tidak pernah kenyang dari makanan selama tiga hari berturut-turut sehingga Baginda s.a.w. wafat (meninggal dunia).

Manakala Ibnu Abbas r.a. berkata : Adalah Rasulullah s.a.w. kerap tidur bermalam-malam sedang kaum keluarganya mengikit perut kerana tidak menemui makan malam, dan jika makan, maka makanannya hanya roti keras dari sya’iir.

Suatu riwayat daripada Ibnu Umar r.a. pula katanya : Pernah kami keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w. sehingga kami memasuki kebun-kebun kaum Ansar, maka Baginda s.a.w. pun mengutip-ngutip kurma yang jatuh di bawah pepohonannya seraya memakannya. Kemudian Baginda berkata kepadaku ; Hai putera Umar! Mengapa engkau tidak ikut makan? Aku menjawab : Aku tiada menyukainya, duhai Rasulullah! Maka Baginda pun menjawab : Tetapi aku menyukainya, kerana hari ini adalah pagi yang keempat sejak aku tiada merasakan apa-apa makanan. Kiranya aku mahu, boleh aku memohon Tuhanku yang Maha Agung untuk menyerahkan kepadaku kekayaan Kisra (Parsi) dan Kaisar (Romawi). Maka bagaimana nanti, wahai putera Umar, jika engkau masih hidup melihat suatu kaum yang menyimpan rezekinya untuk jangka masa setahun dan lemah keyakinannya.


Ibnu Umar menyambung lagi riwayat ini dengan berkata : Demi Allah, tidak berapa lama turunlah pula fitman Allah Ta’ala yang berikut : 

“Dan betapa banyak dari binatang melata yang tidak memikul rezekinya sendiri. Allah pulalah yang member rezeki kepadanya dan juga kepada kamu, sedang Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Ankabut ayat 60)

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala tiada pernah menyuruhku untuk menyimpan dunia, dan menurutkan nafsu syahwat, jadi barangsiapa menyimpan dinar dengan maksud hendakkan hidup yang panjang, maka sesungguhnya kehidupan itu adalah di tangan Allah azzawajalla. Sebab itulah aku ini tiada menyimpan dinar atau dirham (yakni wang ringgit), dan aku juga tiada menyimpan makanan untuk hari besok.

Baginda s.a.w. pernah bersabda lagi :

“Tuhanku telah menawarkan untuk dijadikan bumi Makkah emas, tetapi aku berkata kepadaNya; Tidak, duhai Tuhanku! Biarlah aku kenyang suatu hari, dan aku lapar di hari yang lain. Bila aku merasa lapar, niscaya aku akan menghadapkan wajahku kepadaMu serta mengigatiMu. Dan jika aku kenyang pula, niscaya aku akan mensyukuri nikmatMu serta memuji-mujiMu.”


Tersebut daripada Al-Hasan Al-Bishri rahimahullah, katanya : Adalah Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu orang lain dengan tangannya sendiri sampai menampalkan pakaian yang koyak pun pernah Baginda melakukannya supaya menjadi contoh tauladan kepada ummatnya. Baginda s.a.w. tidak pernah mengumpulkan makanan siang dengan makanan malam (yakni tiada memakan makanan yang sama siang dan malam) selama tiga hari berturut-turut, sehinggalah Baginda kembali ke rahmatullah azzawajalla, moga-moga Allah menambahnya keutamaan dan kemuliaan.

** Orang-orang dalam kategori ini tidak mesti semuanya fakir dan miskin keadaannya, tetapi mereka memang suka hidup dalam keadaan sempit dan serba kekurangan, tidak ingin membiasakan diri hidup senang dan mewah kerana bimbang hidup yang semacam itu akan menarik diri kepada kelalaian dan kurang ingat kepada Allah dan hari kemudian.
Wallahu’alam.


Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله


قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ
مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ

Beliau rah. berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai Muhammad s.a.w. inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita mengikuti Baginda atau tidak?
Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.


Petunjuk Kebenaran

Padahal kamu adalah tetap akan memerlukan seseorang untuk membimbing diri kamu ke  jalan yang benar.

Siapakah yang dapat kamu harapkan dan beri sepenuh kepercayaan untuk menunjukkan jalan kebenaran itu?

Melainkan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan Aulia’-Nya.
(Nukilan A.M. Latif  21/09/1995)


Pondok Derang Kedah Darul Aman.