Pada suatu ketika Allah SubhanahuWata'ala menitahkan Malaikat Jibril a.s. supaya turun ke bumi untuk mengambil sebagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk menciptakan jasad Ayahnda Adam a.s. Namun ketika sampai di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan jasad Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak rela sebagian tanahnya akan dijadikan Adam. Kerana ia kuatir kelak Adam jadi ma'siat kepada Allah s.w.t.
Lalu Jibril a.s. kembali ke hadirat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpahnya bumi. Kemudian Allah s.w.t. menitah Malaikat Mikail a.s. Turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril a.s., Mikail a.s. pun tidak dapat berbuat apa-apa lalu kembali ke hadirat Allah s.w.t. dengan tangan yang hampa. Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil a.s. turun ke bumi akan mengambil tanah. Tetapi Israfil a.s. pun tidak berdaya mendengar sumpahnya bumi. Ia kembali kehadirat Allah s.w.t. dengan tangan hampa juga.
Yang terakhir Allah s.w.t. menyuruh Malaikat Izra'il a.s. turun ke bumi untuk mengambil tanah. Firman Allah s.w.t. : "Hai Izra'il engkaulah kini yang Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu."
Begitulah setelah Izra'il a.s. tiba di atas bumi ia berkata: "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku kemari atas perintah Allah s.w.t. dan atas nama Allah ta'ala. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, berarti engkau membantah perintah Allah ta'ala, yang tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah ta'ala, bukan?" Mendengar perkataan Izra'il a.s. demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra'il a.s.mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.
Setelah Izra'il a.s. mengambil beberapa macam tanah, kembalilah dia kehadirat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.: "Ya Izra'il, pertama engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia." Jika demikian hamba kuatir yang hamba ini jadi dibenci anak-anak Adam kerana pekerjaaan hamba ini, kata Izra'il a.s. "Tidak" jawab Allah s.w.t.: "Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya."
Menurut keterangan para 'Ulamak bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut :
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.
2. Tanak Bukit Tursina.
3. Tanah Iraq.
4. Tanah Aden.
5. Tanah Al-Kautsar.
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
7. Tanah Paris.
8. Tanah Khurasan.
9. Tanah Babylon
10. Tanah India.
11. Tanah Syurga Firdaus.
12. Tanah Tha'if.
Kata Ibnu Abbas r.a :
1. Kepala Adam a.s. dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otok manusia, dan di situlah tempat akal.
2. Telingannya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah s.w.t.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Ka'abah (Baitullah), untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinja'.
9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.
10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat birahi dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
11. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.
13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
14. Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap Syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah s.w.t.
Assalamulaikum..wrt,
BalasPadamHamba mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat yang berkaitan dengan tajuk atau tiada kaitan asalkan segala komen dan pendapat yang dapat membina sahsia diri yang baik. Jika ada salah dan silap dalam artikel-artikel yang hamba coretkan, mohon jasa baik tuan-tuan hamba sekalian membetulkan kesalahan hamba yang lemah dan serba daif ini.
Sekian wassalam, selamat membaca.