Ayahnda

Ayahnda

Rabu, 13 Februari 2013

Muhammad Bin Abdullah


Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Rabu 13-02-2013M bersamaan 2 RabiulAkhir 1434H juga bersamaan 25 Dalu 10,001 tahun PuSaka. Artikel kali ini hamba telah taip berperingkat-peringkat, sesungguhnya apa yang hamba nukilkan kali ini sebagai perkongsian ilmu untuk kebaikan kita sebagai hamba kepada Allah Ta'ala dan umat Rasulullah s.a.w. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Kenapa musuh-musuh Allah Ta'ala amat gerun dengan angka 13? Allah Ta'ala telah beri jawapannya melalui Al-Quran melalui firman-Nya dalam Surah ke-13 (Ar-Ra'd) ayat yang ke-13 ; (13:13)

"Dan guruh bertasbih memuji-Nya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha Keras siksaan-Nya."


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;


“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari ummatku, namanya seperti namaku (tiada orang yang pernah diberi nama Muhammad di zaman itu), dan nama bapanya seperti nama bapaku (ramai orang diberi nama Abdullah di zaman itu). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemenaan, (di waktu itu) langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanam-tanamannya, maka dia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun."

Hadis Riwayat Tabrani, Al-Bazzar dan Abu Nu’aim



Tanda-tanda lahirnnya Imam Al-Mahdi (Muhammad Bin Abdullah)

Mahdi dalam arti kata, orang yang dapat petunjuk atau pimpinan dan hidayat Tuhan. Berkata Syeikh Ibnu Hajar rah. dalam 'Skana'iq' bahwa Mahdi itu jelas pasti akan datang, sebelum Nabi Isa a.s. Dan sebagai ciri-ciri yang khas atas kedatangan Imam Al-Mahdi ialah akan terjadi gerhana dua kali.

Pertama gerhana matahari pada tanggal 1 Ramadhan dan gerhana bulan pada tanggal 14 Ramadhan. Hal ini belum pernah terjadi pada masa sebelumnya. Hal tersebut menurut Ulama' semua maufakat. Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'ie, Ibnu Majah, dan Imam Al-Baihaqi bahwa Mahdi itu keturunannya Siti Fatimah putri Rasulullah s.a.w.

Hadis riwayat At-Thabrani dari Nabi Muhammad s.a.w. ; "Mahdi itu turunan kami. Ia akan memajukan agama Islam." Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat dari An-Nasa'ie ; "Tidak binasa umat manusia. Akulah yang pertama memimpinnya dan Mahdi pertengahannya, dan Isa Al-Masih yakni Isa Ibnu Maryam penghabisannya."

Kata Qurtubi dari Isa Masiud dan lain-lain bahwa Mahdi akan datang kelak di akhir zaman, di Afrika atau Tunisia. Tersebut di dalam kitab Hilyah akan sifat-sifat Mahdi itu, Muda orangnya, bercelak mata, halus keningnya, mancung hidungnya, agak turun sedikit hujung hidungnya, lebat janggotnya, bertahi lalat di pipi kanannya sebelah atas.

Imam Al-Mahdi dijuluki dengan Raja Adil. Dinamakan demikian kerana beliau bertindak sebagai pemerintah yang adil. Berkata Syeikh Quthubul Ghauts dan Syeikh Muhyiddin Al-Arabi, bahwa Mahdi itu adalah masih keturunan Rasulullah s.a.w. dari Siti Fatimah r.a. putri Nabi Muhammad s.a.w.


Silsilah Imam Al-Mahdi

Mahdi keturunan (nasab sebelah Bapa)
- putera Imam Hassan Al-Askari,
- putera Imam Ali Attuqo
- putera Imam Musa Al-Kazim
- putera Imam Ja'afar Shadiq
- putera Imam Muhammad Al-Baqir
- putera Imam Zainul Abidin
- putera Imam Al-Hasan r.a.
- putera Imam Ali bin Abu Thalib

Berkata Ibnu Mas'ud, bahwa Mahdi akan muncul di hujung negeri Magribi (Tunisia). Berkata Imam Al-Asyqowi, Mahdi akan memangku kerajaan selama 20 tahun. Mahdi berjuang bersama Nabi Isa a.s. selama 9 atau 10 tahun.

Imam Al-Mahdi bersemayam di dua tempat, di Madinah dan di Baitul Muqaddas. Kekuasaannya meliputi seluruh dunia. Beliau dapat dikatakan Zulqarnain ke dua di abad terakhir. Dunia Eropah dan Asia tunduk dibawah pempinannya, membantu menegakkan syariat Islam, hingga betul-betul merata dan terlaksana hukum Islam ke seluruh pelusuk bumi.



Cita-cita Imam Al-Mahdi

Imam Al-Mahdi menegakkan kebenaran dan keadilan di muka bumi selama 20 tahun berdasarkan undang-undang Islam. Keadaan umat manusia pada ketika itu betul-betul merasai suasana aman dan makmur. Belum pernah dirasakan kemakmuran dan keamanan seperti di zaman itu. Itulah yang dinamakan 'Revolusi Agama Sedunia'.

Rumah-rumah tidak perlu dikunci kerana hati manusia sudah dikunci dengan Iman dan Tauhid kepada Allah Ta'ala. Demikian keadaan umat manusia di saat itu, merasakan adil makmur oleh sebab itulah Al-Mahdi mendapat gelaran 'Raja Adil'.

Demikian cita-cita Imam Al-Mahdi ingin mempersatukan Timur dan Barat di bawah panji-panji Islam. Dan inilah sebagian dari janji Allah Ta'ala sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Al-Quran untuk memberikan tampuk kekuasaan di dunia kepada umat Islam, sebagaimana Allah Ta'ala berikan kepada umat-umat yang lain di zaman dahulu.


Perhatikan firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55; 
"Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan berbuat kebajikan, daripada kamu, pasti Dia akan memberikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi seperti Allah pernah berikan kepada orang dahulu sebelum mereka. Dan pasti akan Kami tetapkan agama yang diredhoi Allah. Dan akan di lenyapkan dari segala macam ketakutan dan dijanjikan dengan keamanan. Mereka akan tenang beribadat kepadaKu dan tidak akan mensyarikatkan Daku.  Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."


Hal ini pernah terjadi kepada raja-raja dahulu yang bercita-cita untuk mempersatukan umat manusia di Timur dan di Barat, yaitu Sultan Iskandar Zulqarnain atau terkenal dengan Iskandar Agung dari Makedonia. Sebagaimana tersebut dalam surah Al-Kahfi. Dan janji Allah Ta'ala akan memberikan tampuk kekuasaan di dunia kepada golongan orang yang beriman di masa mendatang.


Iskandar Zulqarnain

Sila rujuk surah Al-Kahfi ayat 83 hingga ayat 99.

Dengan keterangan ayat-ayat surah Al-Kahfi di atas, jelas Zulqarnain mendapat petunjuk jalan dari sisi Allah Ta'ala, sampai ia menjelajah negara-negara di sebelah Timur dan ke sebelah Barat (Afrika) terus ke Utara menyerukan kepada umat manusia, supaya bersatu dalam kepercayaan yakni beriman kepada Tuhan yang Maha Esa.


Dalam ayat-ayat itu di ceritakan pula tentang Zulqarnain memberikan pertolongan kepada suatu bangsa yang bahasanya hampir tidak dapat di mengerti. Ia memberi pertolongan dengan kerjasama bangsa itu membuat suatu dinding tebal yang teguh, dengan kepingan-kepingan besi yang dicampur dengan cairan tembaga. Sehingga bangsa Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat mengganggu mereka lagi.

Akan tetapi firman Allah Ta'ala, apabila sudah tiba janji Allah Ta'ala dengan hampir datangnya hari kiamat, dinding baja itu akan runtuh dan akan keluarlah Ya'juj dan Ma'juj itu.

Demikian usaha Iskandar Zulqarnain untuk mempersatukan umat manusia Timur dan Barat di dalam satu kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian di akhir zaman nanti akan muncullah seorang yang mempunyai cita-cita demikian yang mendapat julukan Imam Al-Mahdi.



I »» INGAT
S »» SETELAH
L »» LAHIR
A »» AKAN
M »» MENINGGAL DUNIA

••
Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
••
Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
••
Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
••
Jangan bangga dengan kereta&motor besar, kerana kenderaan kita yang terakhir = KERANDA
••
Jangan bangga dengan Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS


Selamat beramal beribadah, kawan2. 



Perjuangan Imam Al-Mahdi tidak menggunakan kekerasan


Imam Mahdi tidak menggunakan kekerasan dalam usaha mempersatukan umat manusia Timur dan Barat. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. pada awalnya dititikberatkan dengan dakwah sahaja. Dikirimkan surat kepada tiap-tiap kerajaan di dunia, di antaranya kerajaan Persia (Iran), Rome, Etopia dan lain-lain. Demikian juga Imam Mahdi nanti hanya menyerukan kepada dunia, menyeru kepada seluruh umat manusia supaya bersatu dalam iktiqad kepercayaan, bersatu dalam agama Islam, kerana dunia tidak lama lagi akan kiamat. Memang pada pertama kali bagi mereka yang belum mengenal apa itu Islam, maka mereka akan menentang datangnya Islam.

1) Pertama mereka merasa berat untuk meninggalkan agama yang lama.
2) Kedua kerana mereka anggap agama leluhur atau agama nenek moyang harus dijujung tinggi.

Akan tetapi jika sahaja mereka mahu menyelidiki ajaran Islam, niscaya mereka sendiri akan mengakui akan kebenaran ajaran Islam itu. Kebanyakan yang merasa berat meninggalkan agama mereka adalah golongan orang tua. Akan tetapi bagi golongan intelektual dan anak-anak muda mudah sekali menerima ajaran Islam. Kadang-kadang dengan kesadaran mereka sendiri memeluk Islam (Hidayat langsung dari Allah Ta'ala). 


Oleh sebab itu, kita tidak hairan, dimana-mana negeri dan negara, seruan Imam Mahdi mendapat sambutan hangat dan oleh sebab itu Islam diterima di mana-mana denga tangan terbuka, dan Islam masuk di mana-mana negeri dengan damai. Memang ada kemungkinan sewaktu-waktu seruan Islam mendapat tentangan dari golongan Atheis atau anti Tuhan. Namun Imam Mahdi tidak gentar menghadapi mereka itu, dan terpaksa Imam Mahdi menggunakan kekerasan yaitu dengan menggunakan kekuatan senjata, dan angkatan perang. Dalam hal ini kaum Muslimin dari mana-mana negara, menyediakan dirinya sebagai suka-relawan untuk membantu perjuangan Imam Mahdi, yang berarti membantu perjuangan umat Islam.

Demikian pada saat itu umat Islam berganding bahu demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan menurut ajaran Islam. Jadi pada waktu itu dapat kita katakan adalah suatu revolusi dunia kearah menegakkan Hukum agama Islam syariat Nabi Muhammad s.a.w.



Angkatan Tentera Imam Al-Mahdi

SAYYIDINA ALI R.A. PERNAH MENYATAKAN
Sayyidina Ali r.a. pernah menyatakan DI DALAM SEBUAH ATSAR,
Maka Allah Azza Wajalla akan menghimpun sahabat-sahabatnya (sahabat Imam Mahdi) sejumlah tentera-tentera Badar dan sejumlah tentera-tentera Thalut, iaitu sebanyak 313 orang lelaki (terdapat kaum wanita yang mengiringinya). Seolah-olah hati mereka itu singa-singa (harimau) jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi (hati waja). Kalau mereka bercita-cita untuk memindahkan gunung nescaya mereka dapat melakukannya. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.
(dari kitab Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar, Beirut 1983, hlm 95)


Dalam Kasyful Ghaibiyah oleh Syeikh Zainul Abidin Al-Fathoni berkata, setelah 20 tahun Imam Mahdi berjuang dan orang-orang Israel dapat ditakluki. Kemudian Imam Mahdi menyiapkan angkatan tenteranya yang akan berangkat ke benua Eropah. Kerana di negara barat itu masih ada diantaranya yang masih degil tidak mahu menerima ajakan Imam Mahdi. Maka oleh sebab itu, Imam Mahdi mengarahkan angkatan tenteranya untuk berangkat ke dataran benua Eropah melalui Rome.

Setelah mustaid berangkatlah angkatan perang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi sendiri. Akan tetapi sayang di antara negara Eropah, setelah mendengar akan datangnya angkatan perang kaum Muslimin maka mereka pun siap siaga akan menghadang kedatangan tentera kaum Muslimin. Demikian terdengar berita tentera Muslimin sampai di dataran Eropah, di sebuah kota yang termasyhur kuat menganut agama Nasara, maka ketika itu segera terjadi pertempuran. Berdentum-dentum suara meriam memuntahkan pelurunya terhadap tentera Muslimin yang bergerak maju ke dalam kota. Namun mereka maju terus sambil mengucapkan "Allahu Akbar!"


Benua Eropah Ditawan

Tekad kaum Muslimin semata-mata untuk menyerukan umat manusia supaya menegakkan ke Islamannya, lain tidak. Berjuang sampai titisan darah yang perghabisan, hingga mendapat kemenangan atau gugur sebagai Syahid. Dengan pekikan Allahu Akbar!! tentera Muslimin maju terus. Semangat mereka semakin berkobar-kobar dan keberanian mereka makin membara. Tapi sebaliknya hati musuh semakin kecut.

Pekikan Allahu Akbar!!! bergema diangkasa. Seolah-olah langit bagaikan akan runtuh, menghebat suaranya bagaikan guntur, sehingga timbul rasa takut di hati para musuh. Tentera Muslimin maju terus tidak menghiraukan suara tembakan musuh. Peperangan terus berkecamuk. Pertahanan musuh satu demi satu dapat digempur terus. Satu demi satu kota-kota dapat ditawan tentera Muslimin.

Pada ketika itu Imam Mahdi berseru ; "Saudara-saudara sekalian penduduk kota, kedatangan kami bukan untuk merampas kekuasaan. Kami kemari adalah untuk perdamaian. Kami datang atas anama Tuhan Yang Maha Esa. Kami mengajak bersatu dalam agama yang sama, yang nama Nabinya (Ahmad) tersebut dalam Taurat dan Injil. Inilah agama yang akan menyelamatkan kalian dari ke musyrikan. Menyelamatkan kalian daripada penyembahan kepada patung-patung dan gambar-gambar. Sembahlah kepada Tuhan yang mengutuskan Nabi Ibrahim a.s., Musa a.s., Dawud a.s., Isa a.s., dan Muhammad s.a.w., selaku Nabi Akhir Zaman."



Berduyun-duyun Masuk Islam

Konon ceritanya negara tersebut jatuh ketangan kaum Muslimin. Kedua-dua belah pihak telah banyak korban, tapi kemenangan di pihak kaum Muslimin. Peperangan segera berhenti. Kemudian Imam Mahdi mengadakan perundingan dengan pembesar negara dan memberitahu tujuan mereka, bahwa tugas beliau untuk mengajak mereka kepada Islam. Kerana zaman kini, zaman akhir menandakan dunia sudah mendekati saat kiamat. Dan diantara tanda-tanda itu sedikit lagi akan turun Nabi Isa a.s. Al-Masih Ibnu Maryam.

Setelah mendapat kata sepakat, bahwa para pembesar negara memeluk Islam dan diikuti oleh rakyatnya. Imam Mahdi kemudian buat sementara berdiam di negara itu untuk mengadakan peninjauan dan menyaksikan rakyat banyak berduyun-duyun masuk Islam.

Imam Mahdi berkunjung ke tiap-tiap kota memberi penerangan tentang Islam, dan memberi penjelasan, bahwa Islam tidak bertentangan dengan ajaran Injil dan Taurat. Semua kitab-kitab itu sama-sama di turunkan dari sisi Allah Ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa.. Dan dikatakan pula, bahwa Al-Quran itu adalah sebagai penyempurna isi Taurat dan Injil. Maka dengan demikian tiap-tiap negara di Barat yang ditaklukkan rakyatnya berduyun-duyun masuk Islam.

Wallahu'alam.

Derang, Kedah Darul Aman.

12 ulasan:

  1. Reduce heat; sіmmеr, uncovered, for 35 to 40mіnutes or to ԁesirеd consistеnсy, stirring occаѕiοnally.
    They can have 1 touсh preset functiоns and eνen an interioг light.
    Most bread machines comе ωith a recipe book includeԁ.


    Here іs my website - pizza pan ashtabula ohio

    BalasPadam
  2. Thank you Anonymous14 February 2013 10:16.... goodluck....

    BalasPadam
  3. a`kum..
    saya musykil tgh silsilah imam mahdi yg tuan nukilkan di atas..ia adalah silsilah imam mahdi syiah.boleh tuan jelaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam..wrt, Terima kasih kerana keprihatinan saudara.
      Hamba nukilkan silsilah tersebut dari kitab, wallahu'alam dari mana penulis kitab tersebut mendapatkan silsilah itu, ....bukanlah pendapat hamba sebenarnya...

      Dan pada pendapat pribadi hamba yang daif ini, ada kemungkinan puak syiah juga mendapat silsilah Imam Mahdi dari sumber yang betul tetapi mereka telah selewengkannya untuk kepentinggan puak mereka...wallahu'alam.

      Jika saudara mengetahui silsilah yang benar tentang Imam Mahdi sila siarkan (jika tak keberatan), dan jikalau ada sesiapa yang mengetahuinya, sangat-sangat dialu-alukan. Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang benar di sini, insyaAllah,

      Padam
    2. pada pendapat ulama ASWJ tiada siapa yg mengetahui siapa imam mahdi sebelum dizahirkan Allah SWT..

      cuma yg diceritakan dalam hadis yg diriwayatkan oleh 6 imam hadis yang muktabar semuanya meriwayatkan nama imam mahdi ialah muhammad bin abdullah..nama bapanya abdullah dan ibunya aminah..silsilah keturunannya setakat yg saya tahu tidak diceritakan oleh nabi kita SAW dalam hadis2nya.

      pada pendapat ana yg jahil ilmu ini..silsilah imam mahdi adalah rahsia Allah SWT yg tidak diberitahu kepada umat manusia..ia adalah sama seperti kehadiran nabi akhir zaman yakni Nabi Muhammad SAW yg mana tidak diceritakan silsilah keturunannya tetapi umat manusia hanya mengetahui nama dan ciri2nya saja seperti yg diceritakan dalam taurat dan injil.

      wallahua`lam

      Padam
    3. Ya benar, hamba setuju dgn pendapat saudara, silsilah Imam Mahdi adalah rahsia Allah s.w.t. yang tidak diberitahu kpd umat manusia (umumnya)..., namun ada juga Ahlullah yg telah dibukakan rahsia tersebut kpdnya...wallahu'alam.

      Merujuk silsilah yg tersebut bahwa Imam Mahdi keturunan (nasab sebelah Bapa)
      - putera Imam Hassan Al-Askari,
      - putera Imam Ali Attuqo
      - putera Imam Musa Al-Kazim
      - putera Imam Ja'afar Shadiq
      - putera Imam Muhammad Al-Baqir
      - putera Imam Zainul Abidin
      - putera Imam Al-Hasan r.a.
      - putera Imam Ali bin Abu Thalib

      Pada pandangan hamba Imam Mahdi bukanlah putera kpd Imam Hassan Al-Askari namun sebenarnya silsilah ini menyatakan silsilah Imam Hassan Al-Askari sendiri (silsilah ini terhenti setakat Imam Hasan Al-Askari). Ada lagi sambungan nama-nama yang mungkin lebih dari 30 nama tidak disebutkan...wallahu'alam... jd maknanya tiada siapa yang tahu silsilah sebenar Imam Mahdi.

      Mengenai nama Imam Mahdi ; Muhammad bin Abdullah... hamba berpendapat nama Imam Mahdi tidak semestinya Muhammad bin Abdullah kerana hadis2 yang menjadi rujukan tidak menyebut dengan jelas nama "Muhammad bin Abdullah" tetapi hanya menyebut 'seperti'....wallahu'alam..

      Contoh seperti hadis tersebut ini....,
      “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari ummatku, namanya 'seperti' namaku, dan nama bapanya 'seperti' nama bapaku........ sila rujuk terjemahan hadis sepenuhnya dlm artikel ini..

      Semoga kita semua diberi pencerahan oleh Allah Ta'ala untuk mengenali pemimpin (Imam) akhir zaman, Aminn... "tak Kenal maka tak Cinta"

      Padam
  4. ana stuju dgn pendapat tuan..trima kasih atas penjelasan..semoga kita berjumpa suatu hari nnti insyaallah

    BalasPadam
  5. anak cucu Tok Ku Paloh14 Ogos 2013 10:51 PG

    Salam,

    Mengapa Maulana Zakariya menulis buku tentang Muhammad Abdul Wahabi?

    Apa pandangan ahli-ahli Tarekat/Tasauf tentang Muhammad Abdul Wahabi/Wahabi?

    Mengapa Ulama'-ulama' Haramian mengistiharkan/memfatwakan guru-guru kpd Maulana Ilyas sebagai Kafir? http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/fatwa-kafir-ulama-aswj-ke-atas-guru.html

    Fatwa sesat pula ke atas Jemaah Tabligh oleh 33 Ulama, fatwa sesat juga oleh Ulama India dan Nahdatul Ulama (NU) Indonesia.

    Amatlah penting bg saudara bertanya pd ahli-ahli ksyaf tentang Jemaah Tabligh kerana pd pandangan org2 awam sememangnya Jemaah Tabligh adalah Jemaah yg cukup sempurna, tapi bg ahli-ahli Kasyaf mereka tahu di mana tempat tinggal Maulana Ilyas sekarang...Dan apa yg 'di bawa' oleh ahli2 Jemaah Tabligh..

    BalasPadam
  6. Wassalamu'alaikum..wrt, saudaraku anak cucu Tok Ku Paloh... InshaaAllah Ta'ala hamba akan usaha bertanya pada ahli-ahli kasyaf tentang Jemaah Tabligh sebelum menjawab persoalan dan pandangan yang saudara kemukakan.. Jazakallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahsyaf atau ilham tak boleh dijadikan pegangan apatahlg jd sumber hukum..
      Rujuk saja dgn 4 sumber hukum yg disepakati oleh ulama Aswj iaitu Al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias..

      Padam
  7. salam shbt semua..kenapa tuan anak cucu seolah olah tidak bersetuju dgn tabligh..jemaah tabligh buat kerja agama..ziarah menziarahi..mengajak manusia datang ke masjib..amanat akhir nabi saw ialah sampaikan apa dari ku kepada yg tidak hadir waktu tu..ni la jemaah tabligh slalu usaha ajak manusia dekat pada allah....knp tuan anak cucu seolah olah tidak setuju dengan jemaah tabligh.

    BalasPadam