Ayahnda

Ayahnda

Selasa, 26 Februari 2013

Kaf Fa Ra


Assalammu'alaikum...wrth, hari ini Isnin, 25/02/2013M bersamaan 14 RabiulAkhir 1434H juga bersamaan 07/03/10,001 tahun PuSaka (bulan Hut). Dalam artikel kali ini hamba nukilkan kisah peperangan antara tentera Imam Mahdi menentang tentera Dajjal yang masih belum berlaku lagi, namun kisahnya telah banyak dibincangkan dalam kitab-kitab dan buku-buku sejak dulu lagi hingga sekarang ini. Ayuh kita hayati bersama-sama semoga ada kebaikan dan manfaat buat pedoman kita semua. InsyaAllah.


Berita huru-hara Besar!

Ketika selesai saja perjuangan Imam Mahdi di dataran Eropah, maka tiba-tiba datang suatu berita bahwa telah terjadi huru-hara besar di Baitul Muqaddis. Pada saat itu telah datang pengacau besar, yaitu Dajjal!. 

Dajjal dengan bala tenteranya datang, menyerang kota! Penduduk Baitul Muqaddis jadi kacau-bilau. Tentera Dajjal membunuh rakyat yang tidak berdosa, yang tidak menurut kehendaknya. Tentera Muslimin di dalam kota segera membalas serangan tentera dajjal, akan tetapi lantaran tentera dajjal terlalu banyaknya, tentera Muslimin tidak berdaya, mereka dibunuh oleh tentera dajjal!!

Demikian berita itu......


Seketika Imam Mahdi mendengar berita itu, bukan main marahnya : Mengapa dajjal dapat masuk ke kota? Jangan dibiarkan dajjal laknat mengacau Umat Islam!.

Kemudian Imam Mahdi minta izin kepada para pembesar di Eropah untuk segera kembali ke Baitul Muqaddis untuk mengatasi persoalan dajjal. Ketika Beliau berangkat ke pelabuhan dihantar oleh para pembesar dan rakyat Eropah, mereka mendoakan semoga Imam Mahdi dan kaum Muslimin selamat dalam perjuangan dan mendapat kemenangan.


Strategi Dajjal si Penipu!

Terdengar berita bahwa kedatangan tentera dajjal dari Isfahan. Konon berita selanjutnya di Kota Isfahan telah berlaku kelaparan kerana hasil pertanian tidak menjadi pada tahun itu, lantaran musim kemarau terlalu panjang. Dalam kesempatan itu dajjal menghasut rakyat miskin untuk merompak dan merampas harta benda orang kaya di negeri itu. Sedang dajjal sendiri menjadi kepalanya. Dalam waktu yang singkat dajjal telah membuat suatu 'Barisan' dan mendapat banyak pengikut dengan semboyan untuk membebaskan kemiskinan. Dajjal telah mendapat banyak pengikut di mana-mana sahaja, kebanyakan pengikutnya terdiri dari orang-orang yang menaruh simpati kepadanya. Dipujuknya orang ramai supaya memberontak kepada Imam Mahdi. Kini pengikutnya dibekalkan senjata.


Orang yang menjadi pengikut dajjal, selain dijamin makan dan minum, diberi kebebasan bergaul antara lelaki dan perempuan. Pada dajjal tidak ada kamus haram perhubungan seks luar nikah, asal suka sama suka. Itulah suatu strategi dajjal yang mendorong muda-mudi bersedia menjadi pengikutnya. Apa yang diharamkan oleh Allah Ta'ala dalam agama Islam, seperti berjudi, berzina, meminum minuman keras, merompak harta orang kaya buat anak buah dajjal menjadi halal bagi mereka!


Tipu daya dan fitnah Dajjal

Jadi bagi mereka yang kurang senang dengan agama Islam, memang maunya. Dengan segala senang hati mereka rela menjadi tentera dajjal. Begitulah siasat (strategi) dajjal untuk memikat orang ramai supaya jadi pengikutnya. Tujuan dajjal adalah untuk menyesatkan manusia supaya menjadi kafir, dan supaya mereka murtad dari agama Islam.


Ketika itu penduduk kaum Muslimin sangat menderita, mendapat tekanan zahir dan batin, kerana dajjal memaksa supaya orang Islam jadi pengikutnya. Siapa menurut akan mendapat makanan dan jaminan, akan tetapi siapa yang melawan akan dibunuh dengan cara yang sangat sadis. Dibakar hidup-hidup atau digergaji batang lehernya.


Tentera Imam Mahdi

Setelah Imam Mahdi berada di Baitul Muqaddis, dan setelah Beliau menerima laporan, maka seketika itu Imam Mahdi mengeluarkan perintah agar semua angkatan perang siap menghadapi musuh dengan sekuat tenaga. Seketika itu terdengarlah pekikan, Allahu Akbar!! bergema, dengan itu Tentera Imam Mahdi maju serentak ketengah-tengah barisan musuh. Dalam sekejap saja barisan musuh dapat dipukul mundur sampai kucar kacir. Musuh banyak yang meninggalkan kawannya yang tercedera dan yang tewas terlalu banyak. Akan tetapi pertempuran jadi berkobar-kobar lagi dengan seketika merahlah tanah dibasahi oleh darah manusia.


Kaum Muslimin bertempur dengan gigih, namun hampir terpukul mundur kerana tentera musuh makin mendesak disebabkan bala bantuan mereka datang terus menerus. Suatu pihak berperang mempertahankan kebenaran dan keadilan, dan di lain pihak yaitu pihak dajjal menyebarkan kebatilan dan kezaliman! Pertempuran terus berkecamuk dan belum ketahuan siapa yang menang dan siapa yang kalah!!


Siapakah Dajjal itu!

Sebelum kita meneruskan kisah pertempuran antara tentera Imam Mahdi dan tentera Dajjal, marilah kita bicarakan siapakah sebenarnya Dajjal itu? Dan apakah tanda-tandanya?

Berkata Wahab bin Munabih. Alamat akan datangnya dajjal; Datang angin taufan (360 km/jam). Banyak orang meninggalkan amal kebajikan, orang gemar melakukan kejahatan, senang minum minuman keras, suka berjudi, pelacuran meluas, banyak terjadi pembunuhan, orang lelaki berhubungan seks dengan lelaki, demikian juga orang perempuan berhubungan seks dengan perempuan.


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Dajjal itu tertulis antara dua matanya Kaf, Fa, Ra (K.F.R) maksudnya "KAFIR". Dalam hadis yang lain diterangkan bahwa tulisan Kafir (K.F.R) dapat dibaca dan dimengerti oleh semua orang, bahwa itulah tandanya dia 'Dajjal'.

Keterangan mengatakan bahwa Dajjal itu datang dari Khurasan sebelah Timur dan setengahnya mengatakan dari Isfahan keturunan bangsa Yahudi. (sila rujuk buku-buku dan kitab-kitab yang menceritakan tentang Dajjal)

Satu dari tanda dajjal, bahwa matanya buta sebelah, selain itu dajjal mengaku Tuhan. Dajjal itu menggunakan ilmu sihir dan pembantunya-pembantunya terdiri daripada tukang-tukang sihir (termasuk ahli-ahli silap mata dan pakar teknologi terkini). Maka dengan ilmu sihirnya itu dia pengaruhi manusia untuk menarik perhatian orang supaya mengakuinya Tuhan. Dajjal menggunakan ilmu sihir, katanya; "Jika aku hidupkan untamu yang telah mati, percayakah bahwa aku ini Tuhan? Cuba ceritakan bagaimana macamnya untamu itu? Maka dengan dengan sekejap ini juga aku dapat menghidupkan dan mendatangkan unta itu dihadapanmu sekarang juga."


Demikian Dajjal menipu umat manusia yang awam dengan menggunakan sihir, supaya orang percaya bahwa dia itu Tuhan. Demikian Dajjal menggunakan tenaga syaitan atau jin kafir untuk menyerupai haiwan atau ahli keluarga yang telah mati dan dapat diajak bicara oleh keluarganya yang masih hidup. Tidak sedikit orang yang jahil dapat ditarik menjadi pengikut dajjal.


Pertempuran tentera Muslimin melawan tentera Dajjal

Marilah kita kembali mengikuti pertempuran tentera Muslimin yang melawan tentera Dajjal. Tentera Muslimin  dalam keadaan terdesak sampai ke pintu kota. Keadaan musuh semakin kuat kerana bala bantuan musuh mengalir terus, tetapi keadaan pasukan Muslimin sangat menguatirkan. Kemudian Imam Mahdi memerintahkan tentera Muslimin supaya tetap bertahan di dalam kota, sambil menunggu perkembangan selanjutnya. Imam Mahdi perintahkan pintu kota ditutup, hubungan luar kota terputus. Melihat situasi ini, dajjal merasa gembira kerana tentera Muslimin dapat didesak mundur sampai ke dalam kota.


Tentera dajjal tidak berani maju sampai ke pintu kota, kerana pertahanan tentera Imam Mahdi begitu kuat. Pintu kota ditutup. Dari atas benteng kota, tentera Muslimin sudah siap dengan meriam-meriam dan ditujukan ke arah musuh. Musuh tidak dapat merempuh pertahanan tentera Muslimin, kerana baru sahaja barisan musuh cuba bergerak mereka disambut dengan tembakan meriam yang membuat mereka jadi kucar kacir. Dengan sekuat tenaga tentera Muslimin mempertahankan kota Bitul Muqaddis dari serangan musuh. Di samping itu mengharapkan datangnya pertolongan Allah Ta'ala.


Pertolongan Allah Ta'ala

Sekitar waktu subuh, ketika Imam Mahdi hendak sembahyang subuh, dilihatnya di dalam masjid ada seorang tamu yang belum dikenal sedang duduk sama-sama menanti hendak solat berjemaah. Imam Mahdi tertarik kepada orang ini dan berkata dalam hatinya, mungkin orang ini Nabi Isa a.s. yang ditunggu-tunggu. Lalu Imam Mahdi mengucapkan salam kepadanya.

Betul saja dugaan Imam Mahdi tidak meleset, bahwa tamu itu adalah Nabi Isa a.s. Setelah iqomat, Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa a.s. untuk menjadi imam solat subuh. Tetapi Nabi Isa a.s. balik mempersilakan agar Imam Mahdi menjadi imam solat subuh.


Selesai solat, Nabi Isa a.s. dan Imam Mahdi berunding, membicarakan situasi peperangan pada saat itu. Berkata Nabi Isa a.s., "Kaum muslimin tidak usah kuatir, kedatangan Nabi Isa a.s. tepat pada waktunya untuk memberi bantuan kepada tentera Muslimin dan dikatakannya Allah Ta'ala telah menurunkan ribuan Malaikat yang merupakan diri mereka sebagai angkatan perang lengkap dengan alat senjata perang, dan siap di depan masjid menunggu perintah untuk berperang."

Kemudian Nabi Isa a.s. menyuruh membuka pintu kota dan Beliau sendiri yang memimpin peperangan itu. Dengan ucapan "Allahu Akbar!", tentera Muslimin di bawah pimpinan Nabi Isa a.s. menyerbu ke pihak musuh di pagi buta itu, sehingga pihak musuh hancur kacau balau.

Tentera dajjal dibikin kalang kabut melihat tentera Muslimin begitu banyak dan dengan serentak mengadakan penyerangan di waktu pagi yang tidak disangka-sangka oleh mereka. Tentera dajjal tidak dapat bertahan terpaksa mereka menarik mundur tenteranya sampai batas sempadan luar kota, dengan meninggalkan perajuritnya yang mati dan luka-luka, tentera dajjal didesak terus, mereka digempur habis-habisan oleh tentera Muslimin.


Nabi Isa a.s. Vs Dajjal Laknat

Dajjal merasa hairan, tenteranya dibikin kucar-kacir oleh tentera Muslimin. Nabi Isa a.s. maju terus menyerang tentera dajjal. Tiba-tiba Nabi Isa a.s. dapat berhadap-hadapan dengan Dajjal sendiri. Melihat Nabi isa a.s. memimpin peperangan itu, tiba-tiba Dajjal jadi ketakutan sehingga gementar lututnya, tidak dapat melarikan diri. Hilang semangatnya dan hilang kekuatannya. Dengan pedang terhunus Nabi Isa a.s. menghampiri Dajjal sambil berkata dengan marah, "Hai laknat! Adakah engkau insaf akan perbuatanmu ini? Kau tipu umat manusia dengan ilmu jahatmu menjadikan mereka kafir, dengan memaksa mereka supaya mengakui dirimu sebagai Tuhan. Banyak umat Islam yang tidak berdosa menjadi korban keganasanmu! Tahukah engkau, tiap-tiap yang hak akan mengalahkan yang batil. Dan yang batil pasti binasa. Dapatkah engkau mempertahankan nyawamu dari pedangku ini?! Cukuplah sudah perbuatanmu ini, harus berakhir dan mendapat hukuman!"


Si mata satu atau Dajjal tidak dapat bergerak, seperti orang disambar petir! Dengan secepat kilat Nabi Isa a.s. menikam pedangnya ke dada Dajjal sampai tembus ke belakangnya. Dengan teriakan yang kuat Dajjal jatuh tersungkur ke bumi, lalu tamatlah riwayatnya tidak bernyawa lagi. Rupanya demikian takdir Allah Ta'ala, kematian Dajjal itu di tangan Nabi Isa a.s.


Tentera Dajjal digempur habis-habisan

Setelah terdengar bahwa Dajjal sudah tewas, tentera dajjal bertambah panik dan bertambah kacau. Kesempatan ini tidak disia-siakan oleh tentera Muslimin, sisa tentera dajjal digempur habis-habisan, tidak diberi ampun.

Kebanyakan tentera dajjal terdiri dari orang-orang munafik, keturunan orang Yahudi dan orang-orang lemah imannya. Tinggal saki baki tentera dajjal yang lain melarikan diri ketakutan, kegunung-gunung di bukit-bukit batu dan bersembunyi di situ. Mereka dikejar terus tidak diberi hidup lagi, disapu bersih oleh tentera Muslimin.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak terjadi hari kiamat hingga kamu berperang dengan orang Yahudi hingga batu yang berada dibelakangnya berkata: 'hai orang Muslimin, inilah dia orang Yahudi, dan bunuhlah."

Demikianlah tentera dajjal dibikin tamat di saat itu, disapu bersih dari wilayah Baitul Muqaddis, dan barulah penduduk kaum Muslimin merasa aman kembali.

Wallahu'alam.

Sekian Wassalam.


Pondok Derang, Kedah Darul Aman.

4 ulasan:

  1. As salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

    terima kasih Tuhan kerana 'menyimpan' Imam Mahdi dan Nabi Isa AS untuk ummat akhir zaman
    'hadiah' Tuhan yang satu ini sudah cukup utk melegakan hati yg gundah-gulana mengenangkan fitnah & sihir jahat yg semakin menjadi2 sejak kebelakangan ini

    walau tidak pasti sama ada sempat bersua atau tidak, namun janji Tuhan ini mampu memberi tenaga kepada iman senipis kulit bawang utk meneruskan kehidupan.....

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalam... Saudaraku Wangsa gelar bangsaku. Alhamdulillah, semoga kita semua dilindungi oleh Allah ta'ala dr segala tipu daya dan fitnah dajjal si mata satu...

    BalasPadam
  3. Ι do belіеѵe all the idеаs you hаve pгesented for your post.
    Τhey aгe very cоnvincіng and
    can ԁеfіnіtely work. Nonethelеss,
    the pοsts are veгy quіck for nоvices.
    May just you pleаse lеngthen them a bit fгom subsequent
    time? Thank you for the post.

    my wеb pаge: www.dunklegarde.net

    BalasPadam
  4. Thank, you'r welcome. I will try, inshaaALLAH...

    BalasPadam