“Dan
(ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu
(sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah
mengambil dari mereka perjanjian yang teguh (kesanggupan menyampaikan agama
kepada umatnya masing-masing).”
Surah al-Ahzab
ayat 7
Assalamu’alaikum…wrt, dalam artikel kali ini hamba akan memaparkan kisah ‘Bapa Keimanan’ yakni Nabi Nuh a.s.
sebagai penyelamat kepada seluruh keturunan orang-orang beriman yang telah dipelihara dan dilindungi oleh Allah s.w.t dalam Bahtera Nuh.
Ayahnda Nuh a.s adalah Rasul ketiga setelah Ayahnda Adam
a.s. dan Nabi Idris a.s. dan Nabi keempat sesudah Nabi Adam a.s, Nabi Syith a.s.
dan Nabi Idris a.s. Ayahnda Nuh a.s adalah keturunan ke-9 dari Nabi Adam a.s.
Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris a.s.
Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan Nabi Nuh a.s. diutuskan
Allah s.w.t kepada kaumnya setelah berlalu 1,000 tahun kewafatan Ayahnda Adam
a.s. Diriwayatkan bahawa Nabi Nuh a.s. hidup selama 1,000 tahun yakni antara
tahun ± 3900 SM – 2900 SM. Setelah Ayahnda Nuh a.s. mencapai umur 50 tahun baginda
telah dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai Rasul dan mula berdakwah menyeru kaumnya beriman kepada Allah s.w.t.
Dakwah
Ayahnda Nuh a.s. Kepada
Kaumnya.
Ayahnda Nuh a.s. menerima wahyu kenabian dari Allah
dalam masa “fatrah” masa kekosongan
di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan
ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali
bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di
bawah pimpinan Iblis.
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh a.s. tidak luput dari
proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh a.s. diutus di tengah-tengah mereka,
mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh
tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa
kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan
kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka
mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama
yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.
Dalam Al-Quran surah Nuh ayat 23 dan 24 menyebutkan nama
patung-patung yang disembah kaum Nabi Nuh a.s. sebagaimana dikatakan oleh
pembesar-pembesar mereka sebagai berikut;
“Dan mereka
berkata, “Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu
dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan
pula suwaa, yaghuts, ya’uq dan nasr”. Dan sesudahnya mereka
telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan janganlah engkau tambahkan bagi
orang-orang yang zalim itu selain kesesatan”.
Nabi Nuh a.s. berdakwah kepada
kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala
dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan
ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan
kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
Nabi Nuh a.s. telah
mempergunakan waktu yang panjang (950 tahun) dalam berdakwah mengajak seluruh
manusia menyembah Allah s.w.t, firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat
14;
“Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara
mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun…”
Nabi Nuh a.s. menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah
berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi
dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air
yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam
menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan
adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka
buat dengan tangan mereka sendiri. Di samping itu Nabi Nuh a.s. juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada gajaran
yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka
bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan
kemaksiatan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Hud ayat 25 dan 26.
“Dan
sesungguhnaya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata),
“Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu
tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang
sangat menyedihkan”.
Nabi Nuh a.s. yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat
yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya,
bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada
kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut
mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada
yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala, yang
enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka, yang
tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.
Nuh berkata,
“Wahai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan
kepada kamu, (iaitu) sembahlah olehmu Allah, bertaqwalah kepadaNya dan taatlah
kepadaku, niscaya Allah akan mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan
kamu, sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila
telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui.”
(Surah Nuh ayat 2 hingga 4)
Akan tetapi walaupun Nabi Nuh a.s. telah berusaha sekuat tenaganya berdakwah kepada kaumnya
dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap
kesempatan, siang mahupun malam
dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka teryata hanya sedikit
sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang
menurut sesetengah riwayat tidak
melebihi bilangan seratus orang. Mereka pun terdiri dari
orang-orang yang miskin berkedudukan rendah dan lemah. Sedangkan orang
yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang
merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak
mempercayai Nabi Nuh a.s. mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan
melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan
mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan
mengagalkan usaha dakwah Nabi Nuh a.s.
Wallahu’alam. Bersambung…
Kepanasan Mentari
Mencengkam ubun-ubunku,
Kilauan Mentari
Merembangkan mataku,
Keperitan di siang hari
Membuatku tak keruan,
Kumencari keteduhan
Diperpohonan beringin nan
rendang,
Pohon rimbun memberi harapan
Tempat berteduh menumpang,
Menumpang kasih sama ku pohon
Pohon maaf jika bersalahan,
Pinta ku padaNya mencari keampunan
Setelah diampun mencapai
redhaNya.
Madah Anaknda BerTuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan