Assalamu’alaikum…wrt.
Apabila
kita mengucap dua kalimah syahadah, maka kita telah mendapat perlindungan Allah
s.w.t. Tetapi kenapa kita sekarang ini tidak dapat perlindungan Allah s.w.t.
walaupun kita mengucap kalimah syahadah, kerana kalimah ini belum masuk ke
dalam hati kita. Kalimah ini hanya ada di bibir kita sahaja. Apabila masuk ke
dalam hati kita, tidak ada sesiapa yang boleh berbuat apa-apa terhadap kita.
Apabila
kita mengucap kalimah syahadah, ia akan pergi terus mengatasi 7 petala langit
sehingga ke arasy Allah s.w.t., dan kita akan mendapat perlindungan Allah. Kita perlu berusaha masukkan hakikat
kalimah iman yakin di dalam hati kita. Ini yang kita perlu buat, belajar
kerja ini, belajar usaha ini, kita perlu belajar dan berusaha sehingga Allah
s.w.t. membuat keputusan untuk palingkan hati-hati kita dan manusia seluruh
alam ini kepada zat-Nya.
Sekarang
hati-hati kita dan manusia seluruh alam telah menuju selain daripada Allah
s.w.t., sedang menuju kepada yakin dengan apa yang dicipta oleh Allah. Kita dan
mereka tidak ada hubungan yang benar dengan Allah, kita dan mereka sedang
menuju kepada selain daripada Allah s.w.t. Kita
sendiri perlu berusaha, sehingga Allah membuat keputusan untuk palingkan
hati-hati kita dan manusia di seluruh alam kepada Allah s.w.t. Dengan cara
ini, Allah akan pelihara kita, Allah akan memberi perlindungan kepada kita,
Allah akan meletak kasih sayang kepada kita dalam hati orang lain. Macam mana
Nabi Ibrahim a.s. iaitu keluarga baginda berkorban untuk Allah s.w.t. sehingga
semua orang sayang kepada Nabi Ibrahim a.s., orang Yahudi, orang Kristian,
orang Islam pun sayang kepada Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya. Jika kita buat
usaha untuk dapat hubungan dengan Allah s.w.t. serta yakin bahawa Allah yang
membuat segala-galanya, Allah s.w.t. akan letak kasih sayang kita di hati semua
manusia. Allah s.w.t. akan jadikan kita asbab hidayah kepada manusia. Allah
s.w.t. telah berikan kita amal ibadah, dengan amal itu Allah akan selesaikan
semua masalah kita. Nabi Yunus a.s. ketika dalam perut ikan selama 40 hari, ia
beristigfar “Laa ilaha illa anta
subhanaka inni kuntu minazzholimin” tanpa makan, tanpa minum, tanpa cahaya,
tanpa apa-apa, Allah s.w.t. hidupkan beliau dalam perut ikan. Allah s.w.t. buat buat segala-galanya,
Allah s.w.t. tidak terikat, tidak bergantung kepada apa yang dicipta-Nya, Allah
s.w.t. yang menentukan samaada diberi-Nya kita kejayaan, kemuliaan, ketenangan,
perlindungan dengan kebendaan atau tanpa kebendaan.
Tuan-tuan
yang mulia, kita kena masukkan dalam hati kita yakin kepada zat dan kudrat
Allah s.w.t. Kita kena belajar tentang usaha 24 jam setiap hari di mana dengan
itu kudrat Allah bersama kita selama 24 jam sehari. Allah ta’ala bersama
orang-orang yang belajar usaha di mana dengan usaha ini kita akan dapat Allah
s.w.t. bersama kita 24 jam, Allah ta’ala akan pelihara kita. Allah s.w.t. akan
beri perlindungan kepada kita. Sekarang
orang tabligh pun apabila lapar dia masukkan tangan dalam kocek, dia tengok ada
duit atau tidak. Yakin mereka telah rosak, tidak yakin kepada kudrat Allah
s.w.t. lagi. Sebenarnya Allah s.w.t. yang peliharakan kita, dengan duit
atau tanpa duit, dengan senjata atau tanpa senjata, Allah s.w.t. yang memberi
kita keselamatan.
Ketika
istimak di Islamabat, Pakistan. Perdana Menteri Pakistan datang,
Haji Abdul Wahab beritahu kepada dia, “Kamu dalam kerugian kerana kamu yakin
dengan senjata, kamu yakin dengan kuasa, kamu yakin dengan bantuan
pekerja-pekerja kamu boleh selesaikan masalah. Setiap saat, setiap nafas kamu
telah bawa kamu kepada kerugian, setiap langkah membawa kamu dalam kerugian
kerana kamu yakin dengan senjata, dengan kebendaan boleh selesaikan masalah,
selain daripada Allah s.w.t. tidak boleh selesaikan masalah kamu”. Begitu juga kamu orang Malaysia, setiap
saat dalam kerugian, setiap nafas bawa kamu jauh dari Allah ta’ala akan bawa
kamu kepada kerugian.
Allah
berfirman dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 3
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nsihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.
Kita
perlu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan kita kena berusaha macam mana semua
umat Islam bertaubat kepada Allah s.w.t. dan kembali kepada Allah s.w.t. Kita
perlu usaha masukkan yakin kepada Allah s.w.t. dalam hati kita. Oleh itu kita
perlu bercakap dengan lidah kita bahawa
Allah s.w.t. yang buat segalanya selain daripada Allah tidak boleh buat
apa-apa. Kita perlu cakap lagi dan lagi, lagi dan lagi kepada diri kita dan kepada
sesiapa sahaja yang berada bersama kita sehingga yakin kepada Allah hadir hati
kita sampai hati kita pun kata Allah s.w.t. yang buat segala-galanya. Bila
lidah dan hati cakap berterusan perkara ini maka akal juga akan cakap Allah
s.w.t. buat segala-galanya dan sehingga Roh kita juga berkata Allah s.w.t. yang
buat segala-galanya.
Tuan-tuan,
apabila kita sampai tahap ini, Allah s.w.t. akan penuhkan hati kita dengan
cahaya atau Nur Illahi, Allah s.w.t.
akan penuhkan hati kita dengan keharuman. Apabila kita yakin selain daripada
Allah s.w.t., ini akan kotorkan hati kita, ini akan gelapkan hati kita, ini
akan rosakkan hati kita. Kita kena berusaha masukkan yakin pada Allah s.w.t.
dalam hati kita. Jika hati kita penuh dengan Yakin kepada Allah s.w.t. maka
tiada sesiapa yang dapat buat apa-apa kepada kita. Walaupun makhluk seluruh
dunia hendak membuat kejahatan kepada kita, Allah s.w.t. akan memelihara kita,
Allah s.w.t. sentiasa bersama kita, kita berada dalam perlindungan, kawalan dan
benteng Allah s.w.t. InsyaAllah.
Tuan-tuan
yang mulia, saya datang ke sini untuk beritahu supaya kita semua datang kepada
kerja ini, belajar kerja ini, yakni buat usaha bina yakin kepada Allah s.w.t.
bukan sibuk atas usaha untuk kebendaan, usaha untuk dapatkan duit dan harta,
semua ini membawa kita menuju kepada kerugian yang besar selama-lamanya. Allah
s.w.t. akan pelihara kita di dunia, di alam kubur, di padang mahsyar, selama-lamanya sehingga alam
akhirat Allah s.w.t. sentiasa pelihara kita apabila dalam hati kita ada yakin
bahawa Allah ta’ala yang buat segala-galanya selain daripada Allah ta’ala tidak
boleh buat apa-apa. Allah s.w.t. akan sentiasa bersama kita.
Tuan-tuan
yang mulia, kerja ini setiap orang boleh
buat, orang kaya boleh buat, orang miskin boleh buat, tidak perlu satu sen
pun untuk buat kerja ini, untuk kita belajar kerja di mana kita akan dapat
faedah secara langsung daripada kudrat Allah s.w.t. Tidak perlu satu sen pun,
tidak perlu apa-apa jawatan, tidak perlu apa-apa pun bentuk kebendaan. Setiap
individu muslim boleh membuat usaha dapat kudrat Allah s.w.t. bersamanya, untuk
dapat bantuan Allah s.w.t. bersamanya, untuk dapat perhatian Allah s.w.t.
bersamanya, untuk dapat faedah secara langsung daripada Allah s.w.t. Semua orang boleh belajar kerja ini,
kita perlu masukkan dalam hati kita yakin kepada Allah s.w.t. dan nafikan
selain daripada Allah s.w.t. cakap kepada diri kita, anak isteri kita, keluarga
kita, adik beradik kita, jiran-jiran kita dan semua orang bahawa kejayaan kamu
adalah dari kudrat Allah s.w.t., cara Nabi s.a.w. dan yakin kepada Allah s.w.t.
kita beritahu “Ya aiyuhannas kulu laa
ilaha illallah tuflihun”. Wahai orang Amerika ucapkan ucapan ini maka kamu
akan berjaya. Apabila kita cakap demikian, jikalau mereka diam Allah ta’ala
tidak akan buat apa-apa kepada mereka, jikalau mereka ucapkan kalimah ini maka
Allah ta’ala telah beri mereka hidayah-Nya, tetapi jikalau mereka menganiaya
kita maka Allah ta’ala akan hancurkan mereka.
Tuan-tuan
yang mulia, apabila yakin Allah telah masuk dalam hati kita, kita boleh pergi
ke mana tanpa ada apa-apa kebimbangan, dicampak dalam laut pun Allah s.w.t.
akan perlihara kita. Campak di mana pun, dalam keadaan apa pun kita tidak
bimbang., Allah ta’ala akan pelihara kita. Kita
perlu bawa diri kita dan semua orang Islam kepada fikir bagaimana untuk
mendapat faedah daripada zat dan kudrat Allah s.w.t.
Sekarang ini orang yang membuat usaha
tabligh pun semasa solat tahajjud minta dunia daripada Allah ta’ala, kita minta kebendaan daripada Allah ta’ala? Sepatutnya kita minta ampun daripada Allah
s.w.t. dan minta Allah s.w.t. bersama kita kerana harta benda tidak boleh
bagi apa-apa kepada kita. Walaupun kita dapat harta seluruh dunia pun, apa yang
kita boleh buat jika Allah ta’ala tidak bersama kita? Walau kita memerintah
seluruh dunia pun, apa yang boleh kita lakukan jika Allah ta’ala tidak bersama
kita? Selain daripada Allah s.w.t. tiada siapa boleh buat apa-apa.
Usaha
Rasulullah s.a.w. ialah untuk membawa
semua manusia yakin kepada Allah s.w.t., semua manusia sehingga hari kiamat
datang kepada Allah s.w.t. dan buat kerja ini Allah s.w.t. beri kepada kita dan
setiap individu umat Islam Allah ta’ala telah beri kerja ini, yakni bawa
manusia dan jin seluruh alam yakin kepada Allah s.w.t. Setiap individu umat
Islam perlu berusaha siapkan diri dengan sifat-sifat terpuji, seperti sifat
para Nabi dan Rasul. Perlu berusaha mencapai sifat (1)Siddiq, (2)Amanah, (3)Tabligh dan (4)Fatanah yakni sifat wajib bagi para da’ie, Nabi dan Rasul. Kita
semua perlu belajar kerja ini, dan perlu belajar sifat seperti para sahabat
Baginda Rasulullah s.a.w. yakni kita perlu berusaha mencapai (1)Hakikat dua kalimah syahadah, (2)Hakikat
solah yang khusyuk dan khuduq, (3)Hakikat Ilmu masail dan fadhail, (4)Hakikat
zikir zahir dan batin, (5)Hakikat ikramul muslimin, (6)Hakikat ikhlas niat
lillahi ta’ala, dan (7)Hakikat
mujahadah jihad fisabilillah.
Allah
s.w.t. Maha Pencipta, Allah s.w.t. Khaliq, Allah s.w.t. Malik, Allah s.w.t.
memiliki segala-galanya, Allah s.w.t. berkehendakkan semua orang Islam mengikut
kehendak Allah ta’ala. Allah s.w.t. memberitahu kepada Nabi-nabi a.s. “Bawa
manusia kepada Aku, bawa manusia yakin kepada Aku”. Bawa manusia kenal
Allah s.w.t. Allah ta’ala jadikan manusia, Allah ta’ala jadikan langit, Allah
ta’ala jadikan bumi, Allah ta’ala jadikan syurga, Allah ta’ala jadikan neraka,
semua dijadikan oleh Allah ta’ala, Allah s.w.t. ciptakan dengan kudrat Dia dan
semua adalah ciptaan Allah s.w.t. Makhluk tidak boleh buat apa-apa, semua
terikat dengan perintah Allah s.w.t. Allah ta’ala yang memberi manafaat, Allah
ta’ala memberi mudarat, Allah ta’ala yang memberi kejayaan, Allah ta’ala yang
memberi kegagalan. Dialah pencipta, Dialah yang menjadikan segala-galanya. Mata
kita tidak dapat melihat tanpa izin Allah s.w.t., setiap anggota badan kita
dijadikan oleh Allah s.w.t. Setiap saat dan setiap ketika Allah s.w.t. yang
berkuasa atas segala-galanya, semua keadaan datang dari Allah ta’ala, Allah
ta’ala yang memberi senang, Allah ta’ala yang memberi susah. Kelaparan datang
dari Allah s.w.t. Allah ta’ala memberi kita sihat, Allah ta’ala memberi kita
sakit. Semua itu Allah ta’ala jadikan supaya manusia kenal Allah s.w.t., yakin
dengan Allah s.w.t.
Bersambung
… insyaAllah.
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah
itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih
hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka
berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.
Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu
adalah kemenangan yang besar”.
Surah Yunus ayat 62, 63, dan 64.
Pada
pertemuan Ayahnda dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani kali kedua. Sultan Auliya’
ini telah berkata:
“Mahmud kamu tinggalkan cara
perkembangan Islam di Jawa (yakni amalan Gerak Makrifat) dan ambillah cara
perkembangan di India
yang dipelopori Maulana Ilyas”.
Kemudian
Syeikh Abdul Qadir Jilani telah mengarahkan beliau memeluk Maulana Ilyas,
pengasas Jemaah Tabligh. Maulana Ilyas murid Sultan Auliya’ Syeikh Abdul Qadir
Jilani di abad 14 Hijrah. Maulana Ilyas merupakan Ghaus dan Mujaddid kurun ke
14 Hijrah.
salam,saya ingin bertanya apakah maksud ghaus dan mujaddid?
BalasPadamWassalam, kepada saudara Tanpa Nama... apa yang hamba tahu dan faham Ghaus adalah pangkat tertinggi dikalangan para wali (Aulia'). Makna Ghaus saudara boleh rujuk kepada Alim Ulamak (Bahasa Arab sebenarnya).
BalasPadamMakna Mujaddid semua orang sedia maklum, seorang Mujaddid tidak semestinya Ghaus, tetapi seorang Ghaus pasti seorang Mujaddid. Terdapat ramai Mujaddid dalam satu zaman (abad) tetapi hanya seorang Ghaus untuk satu zaman (abad).
Wallahu'alam.
p/s : Saudara bolehlah rujuk kepada Ulamak yang lebih arif, hamba hanya memberi maksud tersebut berdasarkan pendapat dan ilmu hamba yang cetek kerna sesungguhnya hamba ini daif dan banyak kekurangannya.... Jazakallah.