Ayahnda

Ayahnda

Selasa, 1 Januari 2013

KELUAR Khuruj 3 hari, 40 hari, 2 bulan, 4 bulan, 7 bulan dan satu tahun Bukan MAKSUD..



Segala pujian hanya untuk Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui segalanya...

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua orang tuaku, dosa-dosa kedua mertuaku, dosa-dosa nenek moyangku, dosa-dosa isteri/suami dan anak-anak cucuku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazahku, dosa-dosa syeikh-syeikhku, dosa-dosa maulana-maulanaku, dosa-dosa saudara-saudaraku, dosa-dosa sahabat-sahabatku, dosa-dosa jiran-jiranku, dosa-dosa orang kampungku, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat seluruh alam yang masih hidup mahupun yang telah mati.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa besar kami, dosa-dosa kecil kami, dosa-dosa yang kami sengaja dan tak sengaja, dosa-dosa yang kami buat terang-terangan atau sembunyi-sembunyi, dosa-dosa yang kami sedar atau tak sedar.

Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkan nur hidayat dan taufiq-Mu kepada kami dan seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. di seluruh alam ini. Perbaikilah dan sempurnakanlah iman niat, amal ibadah, mu'amalat (jual beli dan kerja buat), mu'asyarat (nikah kawin dan kekeluargaan) dan akhlaqiat (akhlak dan budi pekerti) kami. 


Ya Allah Ya Tuhanku, hidupkanlah masjid kami dan masjid seluruh alam dengan amalan dakwah (mengajak manusia kepada Allah), ta'alim ta'alum (belajar dan mengajar ilmu agama), ibadah (wajib dan sunat) dan khidmat (buat kebajikan semata-mata kerana Allah) seperti amalan masjid Nabawi di zaman Rasulullah s.a.w. 

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kampung kami dan kampung umat seluruh alam seperti kampung Madinah al-Munawarah di zaman Rasulullah s.a.w. Dimana seluruh lelaki akil baligh akan solah berjemaah di tempat azan di kumandangkan, seluruh wanita akil baligh apabila keluar dari rumah akan tutup aurat dengan sempurna serta solat di awal-awal waktu, dan seluruh kanak-kanak lelaki dan perempuan akan taati kedua ibu bapa serta belajar ilmu agama sejak kecil lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah rumah kami dan rumah umat Islam seluruh alam seperti rumah sahabat di zaman Rasulullah s.a.w. Dimana di setiap rumah hidupnya amalan masjid yakni dakwah, ta'alim ta'alum, ibadah dan khidmat, dari setiap rumah lahirnya 'alim dan 'alimah, hafiz dan hafizah, lahirnya para dai'e yang akan berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala.


Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah diri kami dan diri setiap umat Islam seluruh alam mempunyai sifat seperti sahabat Rasulullah s.a.w. yakni Hakikat dua kalimat Syahadah, Hakikat Solah yg khusyuk dan khuduq, Hakikat Ilmu, Hakikat Zikir, Hakikat Ikramulmuslimin, Hakikat Ikhlas niat, dan Hakikat Berkorban diri juga harta untuk agama Allah Ta'ala.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta selawat dan salam kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda s.a.w.

Amin Ya Rabbal'alamin.

Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Isnin 31/12/2012M bersamaan 17 Safar 1434H... di kesempatan ini hamba mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru Masihi yang ke 2013 kepada semua warga Bumi (Dunia) yang sementara ini. Semoga kita semua beroleh pengampunan dan rahmat dari Allah Ta'ala Tuhan yang mencipta seluruh alam dunia dan alam akhirat.

Doa yang hamba nukilkan diatas adalah DOA KHAS yang selalu didoakan oleh hamba-hamba Allah yang berjuangan dengan ikhlas menegakkan Kalimah ALLAH Ta'ala di muka bumi ini sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kini.

Ayuhlah sama-sama kita berdoa seperti doa tersebut diatas memohon kepada Allah Ta'ala dengan sungguh-sungguh dan setulus hati, semoga ada dikalangan saudara-saudari yang makbul doanya, insyaAllah.


Sesungguhnya program keluar khuruj 3 hari, 40 hari, 2 bulan, 4 bulan, 7 bulan dan 1 tahun yang diamalkan oleh jemaah tabligh (diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas rah.) merupakan suatu jalan atau tariqat untuk membawa manusia mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala

Dan sesungguhnya maksud usaha atas iman ini adalah untuk mencetuskan dalam diri setiap insan sinar jasbah (keinginan) untuk berusaha menjadi hamba Allah s.w.t. yang sebenar-benar hamba. 

Maka keluar khuruj tersebut bukanlah maksud dalam usaha ini. Wallahu'alam.


Kata-kata Hikmah Allahyarham Ayahnda Syeikh Mahmud al-Majzub :

"Selaku umat Rasulullah s.a.w. di abad 15 ini, saya akan bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah ini."

"Saya ialah penyambung dan penyempurna kerja-kerja Maulana Muhammad Ilyas rah. di abad ke 15 Hijrah ini."

"Perjalanan saya maufakat dengan perjalanan Maulana Muhammad Ilyas rah. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 Hijrah) dari segi menghancurkan hati kepada Allah s.w.t. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya (maksudnya) sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, taukeh kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi Jutawan!"

"Pada abad ke-15 Hijrah ini, saya mendapat projek yang besar daripada Allah Ta'ala, iaitu mentarbiah dan melantik 300 (tiga ratus) orang Abdal di seluruh dunia."

"MUJAHADAH, ialah menundukkan nafsu untuk mengikuti garisan Syariat dan Thoriq serta meninggalkan keinginan nafsu dalam setiap aspek kehidupan."

"Orang yang dikatakan Dai'e ilallah (Penyeru - Pendakwah ke jalan Allah) ialah orang (nafsu) Rodhiah ke atas."

"Saya hendak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t."

Sekian terima kasih, wassalam. Wallahu'alam.


Pondok Derang, Kedah Darul Aman. 

11 ulasan:

  1. Terima kasih wahai saudaraku Rafiz Rahim.

    BalasPadam
  2. salam singgah wahai Ab...:)

    teruskan perkongsian ilmu...kami kawan2 akan sentiasa support Ab...:)

    ps:sdr Wangsa mana ya?

    BalasPadam
  3. Wassalam wahai puteri annur yg berseri2, terima kasih atas sokongan... Saudara wangsa mgkn sibuk skrg ni... Doakan smg segala urusannya berjalan dgn lancar. InsyaALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...:0

      semoga Ab dan sekeluarga sihat2 dan ceria belaka...

      Padam
  4. as salam kepada semua yg dikasihi,

    alhamdulillah baru2 ini Tuhan rezekikan saya utk lebih mengetahui ttg isu2 palestin, juga betapa bersungguh2nya naga2 nusantara yg baru bgn dr lena pergi ke palestin membantu saudara2 'sekampung' kita di tanah waqaf orang islam itu

    semoga jiwa, doa, usaha, fikiran serta segala apa yg yg boleh dilakukan utk membangunkan tanah melayu yg tercinta ini, juga kita peruntukan kepada 'kampung halaman' kita yg satu lagi di timur tengah itu

    ikuti pengalaman manis adflin shauki ke gaza bersama aqsa syarif

    TV Alhijrah - Bicara - 17 Dec 2012 - Palestin Saudara Kita
    http://www.youtube.com/watch?v=uJpPxK4DkqE

    Gaza : Apa Cerita? [Perkongsian Nasrul,Zain,Afdlin,Ustazah Maznah]
    http://www.youtube.com/watch?v=6yA5RAwtj80

    BalasPadam
  5. Wassalammu'alaikum...wrt, terima kasih saudaraku wangsa. Semoga 'Naga' dan 'Wangsa' yang telah bangkit akan terus berjuang menegakkan kebenaran serta sebarkan kebaikan ke seluruh dunia. InsyaALLAH.

    BalasPadam
  6. Kepada new hope.... terima kasih.
    Saudara sememangnya pemikir yang baik dan berpandangan jauh.... Alhamdulillah....

    BalasPadam
  7. Fatwa Ulama:

    Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

    Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
    Dan Allah Maha Mengetahui.

    (Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611, Askimam.com)

    Dipetik dari blog : http://duniatabligh.blogspot.com/2010/03/mengapa-keluar-3hari-40hari-4bulan.html

    BalasPadam
  8. Doa Maulana Saad Al-Kandahlawi

    Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
    Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
    Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
    Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
    Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
    Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
    Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
    Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
    Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
    Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
    Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
    Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
    Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
    Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
    Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
    Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
    Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
    Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
    Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
    Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
    Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
    Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
    Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
    Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
    Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
    Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
    Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
    Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
    Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
    Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
    Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
    Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
    Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
    Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
    Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
    Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
    Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
    Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dank Au Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
    Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
    Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
    Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
    Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
    Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )
    Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
    Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
    Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
    Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
    Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
    Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
    Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
    Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
    Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
    Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
    Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami

    BalasPadam