Bahagian Terakhir.
Assalamu’alaikum…wrt.
Tuan-tuan yang mulia, kita selalu kata saya orang Pakistan,
saya orang Malaysia tetapi sebenarnya kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w.
Allah s.w.t. jadikan kita umat Nabi Muhammad s.a.w., Allah ta’ala hantar kita
seperti mana baginda s.a.w. dihantar untuk umat seluruh alam sehingga hari
kiamat. Setiap kita ini bertanggungjawab untuk agama seluruh alam sampai hari
kiamat. Seperti mana Allah s.w.t. terima doa Nabi Muhammad s.a.w., orang yang
sudah membuat keputusan bahawa dia bertanggungjawab untuk agama sampai hari
kiamat, Allah s.w.t. akan terima doa dia seperti mana Allah ta’ala terima doa
Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah ta’ala : “Wahai Muhammad, beritahu kepada
mereka bahawa Aku mengutuskan kamu untuk menghadapkan manusia kepada Allah.
Kamu dihantar untuk mengajak manusia kepada Allah.”
Wahai manusia kenal-lah Allah, yakin-lah kepada Allah, Allah
yang menciptakan, Allah yang berkuasa, Allah yang buat segala-galanya, kenal
Allah, terima Allah, kamu akan Berjaya. Allah bersama kita, kita kena usaha
untuk dapat hidayat, kita kena bertaubat kepada Allah. Kita kata kita orang
Malaysia, kita jatuhkan kedudukan kita di sisi Allah, kita bukan untuk Malaysia
sahaja, tapi kita dihantar oleh Allah untuk manusia seluruh alam sampai hari
kiamat. Allah akan jadikan fikir dan doa kita memberi kesan ke seluruh alam.
Wanita-wanita kita di rumah, bila mereka duduk di rumah, mereka fikir hidayat
untuk seluruh alam, mereka niat baik untuk seluruh alam, doa mereka akan di
terima untuk asbab hidayat kepada umat seluruh alam hingga hari kiamat. Dengan
doa mereka Allah s.w.t. akan ubah hati manusia seluruh alam. Kita kena taubat
kepada Allah s.w.t. dengan hati yang benar-benar memohon ampun daripada Allah
s.w.t., “Ya Allah, selama ini kami tidak sedar macam mana Nabi s.a.w dihantar
untuk sebarkan agama Islam kesuluruh alam, kami tidak anggap diri kami ini juga
dihantar untuk sebarkan Islam ke seluruh alam, kami tidak menjadikan maksud
hidup nabi s.a.w. sebagai maksud hidup kami. Ampunkanlah kami ya Allah.” Semoga
dengan taubat yang bersungguh-sungguh, Allah s.w.t. terima taubat kita dan
Allah s.w.t. tukarkan dosa kita kepada pahala, Allah s.w.t. berikan taufiq
kepada kita untuk buat kerja ini dan Allah s.w.t. pilih kita unutk kerja agama
ini.
Jadi tuan-tuan yang mulia, kita harus sedar dan kita perlu
menyedarkan setiap orang Islam bahawa kita dihantar untuk fikir atas agama
Islam. Kita perlu faham dan beri faham setiap orang Islam bahawa inilah kerja
kita dan kita kena beritahu manusia seluruh alam, usahakan supaya mereka kenal
akan Allah s.w.t., agar mereka terima Allah sebagai Robb, mereka terima Allah
sebagai pencipta, Allah sebagai khaliq, Allah malik, Allah memiliki
segala-galanya, maka kita bertanggungjawab membawa diri kita dan mereka kepada
perkara ini. Allah s.w.t. hantar kita untuk maksud ini. Allah s.w.t. telah
sedarkan kita bahawa inilah tujuan hidup kita. Selama ini kita tidak faham akan
kerja ini, kita tidak sedar bahawa kerja ini adalah maksud hidup kita
sebenarnya.
Oleh itu kita kena bertaubat, minta ampun kepada Allah s.w.t.
atas kesalahan kita selama ini. Orang buta, orang cantik, orang tempang, orang
sihat, orang bisu, setiap orang Islam walaupun dia cacat, Allah s.w.t. hantar
dia untuk sebarkan agama Islam ke seluruh alam. Inilah tujuan kita, maksud
hidup kita untuk sebarkan manafaat kepada umat seluruh alam. Jika kita
mempunyai sifat nafsi-nafsi atau mementingkan diri sendiri, Allah s.w.t. akan
hukum kita. Kita kena minta ampun kepada Allah s.w.t., “Ya Allah, ampunkan kami
ya Allah.” Allah ta’ala jadikan kita untuk asbab hidayat, Allah terima akan
terima doa kita, Allah ta’ala akan tukar keadaan di seluruh alam. Macam mana
Nabi s.a.w. buat usaha keatas manusia di Mekah dan Madinah, Allah s.w.t. telah
sebarkan kesannya ke seluruh alam, Allah ta’ala akan sebarkan kesan fikir kita,
risau rungsing kita, Allah s.w.t. akan jadikan itu sebagai perantaraan unutk
hidayat. Setiap daripada kita ini, setiap anak-anak kita, setiap wanita-wanita
kita, setiap orang miskin, orang kaya, dan kita semua kena anggap kita ini ada
tanggungjawab seluruh alam. InsyaAllah.
Tuan-tuan yang mulia, kita kena solatul hajat tiap-tiap hari,
solatul hajat semasa waktu tahajjud, selepas Zohor kita boleh sembahyang,
selepas Isyak kita boleh sembahyang dan selepas solat kita berdoa, “ Ya Allah
berikanlah hidayat kepada saya dan semua orang Islam di dunia supaya saya dan mereka
kembali kepada kerja Nabi s.a.w., supaya saya dan mereka kempali kepada fakir
Nabi s.a.w., supaya saya dan mereka semua buat usaha agama ini ya Allah, supaya
saya dan mereka amalkan cara hidup Nabi s.a.w., sunnah Nabi s.a.w. dalam setiap
bahagian kehidupan kami. Ya Allah, berikan hidayat kepada mereka yang bukan
beragama Islam supaya mereka beriman kepada Mu dan ikut cara Baginda s.a.w. Ya
Allah, janganlah Engkau biarkan kami bergantung dan berhajat kepada selain
daripada Engkau, untuk segala hajat kami sama ada hajat kami secara individu
atau pun istimai’, jangan biarkan kami berharap kepada sesiapa selain daripada
Engkau ya Allah, jangan jadikan kami bergantung kepada sesiapa selain Mu untuk
hajat kami ya Allah.”
Kita sembahyang solatul hajat dan kita doa mohon kepada
Allah dengan sungguh-sungguh.
Setiap hari kita kena buat amalan untuk betulkan yakin kita
kepada Allah, setiap hari kita buat kerja Nabi s.a.w. iaitu kita kena berusaha
unutk hidupkan majlis iman yakin di masjid kita, setiap hari kita mahu hidupkan
majlis ta’alim di masjid kita, setiap hari kita tilawah Al-Quran dan zikir
kepada Allah, setiap hari kita kena latih bawa sifat-sifat ini dalam sembahyang
kita dan setiap hari kita perlu usaha macam mana dapat berakhlak seperti akhlak
Nabi s.a.w. Untuk ini tuan-tuan yang mulia, kita kena banyak istigfar dan kita
kena minta ampun kepada Allah s.w.t., ucapkanlah :
“Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melaikan Engkau
(ya Allah) Maha Suci (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku) sesungguhnya
aku adalah dari orang-orang yang menginaya diri sendiri.”
Surah al-Anbia’ ayat 87.
Istigfar ini hendaklah dibaca sekurang-kurangnya 300 kali
dalam satu hari, manafaatnya Allah s.w.t. akan keluarkan kita dari setiap
masalah, dan hidarkan kesempitan hidup kita.
Dengan ini kita hendaklah banyak beristigfar dan minta Allah
s.w.t. mudahkan segala kerja kita iaitu macam mana hendak bawa diri kita dan
manusia kepada kerja Nabi s.a.w. dan juga macam mana kita hendak bawa orang
bukan Islam supaya mereka terima Islam dan mereka pun dapat taat kepada
perintah Allah s.w.t. dan ikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Bila seseorang fikir
dengan cara ini, jadilah fakir Nabi s.a.w. sebagai fakir dia, maka Allah s.w.t.
akan Bantu dia, macam mana Allah s.w.t. Bantu Baginda s.a.w.
“Ya Allah seperti mana Engkau Bantu Baginda s.a.w., ya Allah
bantulah kami. Macam mana Engkau telah jadikan Nabi s.a.w. sebagai perantaraan
untuk hidayat, ya Allah jadikanlah kami juga sebagai perantaraan untuk hidayat
untuk manusia seluruh alam. Ya Allah, macam mana Engkau telah terima doa Nabi
s.a.w. maka Engkau terimalah akan doa kami yang lemah, hina dina, daif lagi
banyak dosa ini.”
Kita kena tawajjuh kepada Allah semata-mata dan doa “Ya Allah
terimalah kami, kesiankan kami, terimalah semua orang Islam seluruh alam unutk
kerja Baginda s.a.w.”
Wasiat Ayahnda :
Orang yang hendak
(kenal) Allah tetapi tidak mahu berguru (dengan guru mursyid-murabbi). Semuanya
dia hendak buat sendiri. Dia mengajar dirinya sendiri, kemudian dia buat kertas
soalan sendiri, dan dia jawab kertas soalan itu. Selepas itu, dia semak jawapan
tadi samada betul atau salah, lalu dia pun berilah markahnya sendiri.
Akhirnya
dia pun perasan.
Betul semua yang aku jawab!
Cara-cara memohon guru mursyid :
1.
Selalu buat sembahyang hajat.
2.
Banyakan membaca (istigfar)
dan banyak Selawat.
3. Berdoa selalu : “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan
berkat para WaliMu yang besar-besar, pertemukan aku dengan orang yang Engkau
kasihi untuk membimbing hambaMu yang daif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini
semata-mata dengan RahmatMu sahaja, Ya Allah!”
Assalamualaikum..wrt
BalasPadamAgama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam, rakyat satu Malaysia tahu. Sekarang dah 54 tahun negara kita merdeka jadi mengapa perlu berparti-parti lagi, mari semua orang yang berbakat dan layak menjadi pemimpin duduk semeja bersama para ulamak dan cerdik pandai berbincang untuk praktikkan Undang-undang Islam dan Hukum hakam yang telah 1433 tahun Allah ta'ala perintahkan dan telah berjaya diamalkan dengan gilang gemilangnya oleh para sahabat Rasulullah dan para khalaifah Islam dan pemimpin Islam sejak zaman berzaman dahulu, walaupun dalam negara yang berbilang bangsa dan agama. Tak perlu lagi slogan negara berkebajikan atau satu Malaysia, sebab Umat Islam itu umpama satu badan dan Islam amat menitikberatkan kebajikan untuk penganutnya dan manusia seluruh alam.
Negara kita mempunyai Raja dan Sultan yang beriman dan berdaulat, lantik seorang sultan atau raja yang layak dan adil menjadi tonggak atau Khalifah di bumi Malaysia ini, untuk memimpin kita seluruh rakyat Malaysia agar dapat mentaati Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. Insya Allah Malaysia akan berjaya dunia dan akhirat dengan Rahmat dan Izin Allah Raja Segala Raja di Dunia dan di Akhirat.
Sekadar Nasihat dan pandangan ke arah kebaikan bersama.
Sekian wassalam.