Allahyarham Maulana Ibrahim (Pakteh) dalam kenangan (Al-Fatihah)
Assalammu'alaikum....wrt, hari ini Isnin 21/01/2013M bersamaan 09/03/1434H juga bersamaan 02/02/10,001 tahun PuSaka (bulan Dalu), sempena hari yang mulia (Isnin) dan bulan yang mulia ini (Rabi'ulAwal) marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga genaplah 4 bulan 2 hari Allahyarham Maulana Ibrahim (Pakteh) telah kembali ke rahmatullah. Hari ini juga genaplah umur anaknda Nur Fatimah Zahra 4 bulan 2 hari. Selamat makan, minum, mandi, tidur dan melihat keindahan dunia ini wahai anaknda.
Pada artikel kali ini hamba mengajak saudara dan saudari bersama-sama kita menerokai alam langit dan sedikit tentang bumi sebagai iktibar juga renungan tentang kekerdilan diri kita sebagai hamba kepada Allah Ta'ala yang Maha Hebat dan Maha Perkasa. Sebagai penutup artikel kali ini hamba paparkan serba sedikit pengajaran dari kisah Ayahnda Syu'aib a.s. buat panduan seluruh umat di dunia ini.
Nikmatilah suara dan keindahan langit dan bumi ciptaan Allah Ta'ala
Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Mukminuun ayat 17,
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh jalan (langit) dan Kami sekali-kali tidak lalai terhadap ciptaan Kami."
A. Tingkatan kejadian Makhluk.
Peringkat atau susunan tingkatan kejadian makhluk atau alam ini merangkumi daripada bentuk-bentuk kehidupan yang paling kecil hingga sampai kepada Allah Ta'ala. Pembinaan peringkat ini direka bentuk oleh Allah Ta'ala, dipelihara dan diimbangi dengan sempurna oleh iradat-Nya. Secara kasar, seluruh makhluk atau kejadian ini terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama : Alam yang diketahui, meliputi alam nyata, dunia dan manusia (insan) seluruhnya.
Kedua : Alam yang tidak diketahui, meliputi alam langit dan yang ghaib.
Dunia atau alam di bawah, iaitu dunia di bawah bulan (sublunary world) adalah alam yang terjadi daripada empat perkara : 1) Kebumian, 2) Tumbuh-tumbuhan, 3) Kebinatangan dan 4) Kemanusiaan. Keempat-empat ini tersusun rapi. Kemanusiaan yang paling atas. Alam atau dunia ini diperintah oleh hukum-hukum tabi'i (natural law) dan tertakluk kepada tumbuh, membesar dan binasa, atau hidup dan mati.
B. Manusia makhluk terbaik.
Di atas alam nyata itu terletak alam langit yang sebelas (11) bilangannya. Setiap langit ini diduduki oleh malaikat dan roh-roh manusia yang telah meninggal dunia.
Alam kemanusiaan adalah penyambung alam bumi (dunia) dengan alam langit. Bagi kebanyakan manusia langit pertama itu dilambangkan atau diwakilkan oleh BULAN. Kita mula-mula mencapai pengetahuan alam langit dengan melihat bulan. Bagi mereka yang menduduki langit pertama (bulan), maka bulan menjadi bumi dan langit kedua melambangkan aspirasi yang lebih tinggi - Utarid (Mercury) itulah langit mereka. Demikianlah seterusnya susunan tingkatan (peringkat) langit-langit itu. Bumi dan segala isinya hingga langit pertama, bagaikan sebentuk cincin di tengah padang pasir yang luas. Langit pertama dan segala isinya hingga langit kedua, bagaikan sebentuk cincin di tengah padang pasir yang luas. Demikianlah seterusnya saiz langit demi langit itu.
Wallahu'alam.
Manusia menduduki tempat yang paling tinggi dalam heraki makhluk ini, kerana manusia diberi akal. Akal itu tidak ada pada pokok, binatang dan air. Makhluk yang rendah tingkatannya ini hanya boleh menurut naluri yang disediakan oleh Allah Ta'ala. Makhluk-makhluk tersebut taat hanya kepada hukum-hukum tabi'i yang telah Allah Ta'ala tetapkan. Seseorang itu tidak boleh berhujah dengan rusa, pasti ia melompat lari walau apapun tujuan kita menghampirinya. Begitu juga dengan binatang-binatang peliharaan. Anjing misalnya walaupun kita pelihara, ada yang juga naik berang lalu mambaham tuannya.
Binatang yang dijinak dan dipelihara biasanya hilang kehebatan tabi'i jenisnya. Binatang yang hebat semulajadinya, kerana disitulah tempat duduknya yang sebenar. Singa dan harimau tidak membunuh sewenang-wenangnya dalam alam semulajadinya. Memang singa dan harimau itu diciptakan Allah Ta'ala untuk membunuh dan kerana itu ia mesti membunuh. Itulah nalurinya yang dijadikan Allah Ta'ala.
Hanya manusia yang boleh menggunakan akal dan kita boleh memilih sama ada hendak membuat sesuatu atau tidak. Proses ini digelar ikhtiar. Dengan ihktiar kita boleh memilih. Seseorang manusia kalau kita katakan padanya sesuatu tindakan itu merbahaya dan boleh membunuhnya jika dilakukan, namun ia dengan pilihan atau ikhtiar tetap melakukannya dan tidak peduli pendapat orang lain. Binatang tidak ada kebebasan memilih. Ikan tetap ikan juga.
Keputusan pertimbangan mental yang kita buat tercapai melalui akal. Dengan kerana akal-lah manusia itu lebih tinggi darjatnya daripada makhluk yang lain dalam dunia ini. Wallahu'alam.
Apabila kita
naik melepasi lapisan kebumian, kita masuk ke alam langit. Yang paling zahir
ialah langit mintakul-buruj (zodiak) - Tujuh bilangannya. Inilah
alam planet.
Yang pertama
ialah BULAN. Warnanya putih dan keperakkan dan terbina daripada empat unsur
termasuk eter/gas (ether).
Yang kedua
ialah UTARID (Mercury). Warnanya kelabu. Allah Ta'ala berfirman bahwa Dia
jadikan Utarid dengan campuran fikir-Nya, iaitu fikiran-Nya yang maha mendalam
sekali.
Yang ketiga
ialah ZUHRAH (Venus). Warnanya kuning. Zuhrah menguasai alam ibarat (misal),
perumpamaan dan alam puisi. Allah Ta'ala berfirman bahwa Zuhrah dicipta dengan
campuran khayalan-Nya atau imaginasi-Nya.
Yang keempat
ialah MATAHARI (Sun). Ia dikuasai oleh Israfil a.s. - Malaikat Peniup Sangka
Kala. Nabi s.a.w. dikatakan pernah bersabda bahwa Israfil memberitahu Baginda
s.a.w. bahwa Izrail a.s. (Malaikat Maut) meneliti muka 70,000 orang setiap hari
dan ia memilih siapa yang akan dipanggil untuk meninggalkan dunia ini. Allah
Ta'ala jadikan Matahari dari cahaya hati-Nya dan pancaran Cinta-Nya.
Yang kelima
ialah MARIKH (Mars). Warnanya merah darah. Izrail a.s. menguasai planet ini.
Marikh diciptakan daripada Waham (keputusan) Allah Ta'ala.
Yang keenam
ialah MUSTARI (Jupiter). Ia dikuasai oleh Mikail a.s. dan dijadikan dari cahaya
Himmah (renungan fikiran) Allah Ta'ala.
Yang ketujuh
ialah ZUHAL (Saturn). Warnanya hitam. Oleh kerana ia terletak di tempat paling
tinggi dalam peringkat itu, maka ialah yang pertama diciptakan di kalangan
planet-planet. Wallahu'alam.
Tujuh langit yang mula itu (dari paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi) dinamakan " sama' " bererti langit. Perkataan sama' (langit) dikaitkan melalui bunyi sama' iaitu perkataan Arab bererti "renungan mental yang mendalam hingga ke peringkat dzauk". Setiap langit ada perkaitan dengan yang di atas dan yang di bawahnya.
D. Penghuni di setiap lapis Langit.
Langit ini diduduki oleh pelbagai makhluk. Ada juga ditempatkan dalam salah-satu langit itu roh orang yang telah meninggal dunia dan sedang menunggu hari kiamat. Malaikat berada dalam langit-langit tersebut, bergantung kepada tugas dan pangkat masing-masing.
Disamping roh dan malaikat, Allah Ta'ala ciptakan juga Jin. Manusia dijadikan daripada unsur yang empat: angin, air,api dan tanah; tetapi Jin dari unsur "api yang tidak berasap". Menurut Al-Quran, Jin itu boleh membentuk dirinya seperti manusia. Biasanya Jin ini tidak membahayakan dan cenderung kepada manusia tetapi kemungkinan mereka boleh menjadi jahat. Mereka boleh mempengaruhi manusia dan mengganggu urusan manusia dan membuat ketidakseimbangan yang kita kenali sebagai penyakit. Perumpamaan yang terang ialah penyakit memulas perut pada bayi yang mudah dipengaruhi Jin. Beberapa bacaan dan herba tertentu dapat menghalau Jin itu. InsyaAllah.
E. Kembara Rohani menerobos Angkasa.
Apabila roh dikeluarkan dari badan atau kehidupan keduniaannya, roh itu pun naik melalui lapisan-lapisan langit itu. Dengan itu seseorang masih terkenang kepada kedudukan dan keadaannya yang terdahulu dan juga memandang ke masa depan. Inilah hakikat wujud langit. Mereka yang percaya dengan reinkarnasi (kepercayaan bahwa roh dihidupkan semula ke dalam jasad lain) mendapat konsep tersebut disebabkan mereka sedikit saja mengetahui kejadian langit secara keseluruhan.
Apabila kita sampai ke langit paling tinggi dalam mintakul-buruj atau zodiak (zodiac), kita pun sampai di ambang pintu 'Arasy. Ini hanya perumpamaan saja kerana tidak ada orang yang boleh duduk atau mendekati singgahsana ('Arasy) Allah Ta'ala. Di sini langit ke lapan.
F. Lapisan Langit di atas Sidratul Muntaha.
Langit ke lapan (8) ini merupakan had sempadan atau perbatasan alam fizikal (jasmaniah) kita ini. Alam yang kita kaji dan selidik dengan teropong, sinaran laser, dan gelombang radio sampai ke perbatasannya di langit ke lapan ini saja. Sungguhpun sains belum tiba ke sempadan ini, mungkin suatu hari nanti manusia sampai ke sana, jika diizinkan Allah Ta'ala.
Kejadian-kejadian yang berlaku di langit ke lapan diarahkan oleh Allah Ta'ala sendiri. Dalam alam rendah ini, Allah Ta'ala mengarah dan mewakilkan pengantara untuk melakukan kerja-Nya. Kalau kejadian seperti bintang berekor, komet atau tahi bintang (meteorite) terjadi dalam alam mintakul-buruj kita ini, maka id disebabkan oleh tindakan dari langit ke sembilan. Peredaran planet dalam langit dunia atau langit bumi ini diaturkan dari langit ini. Wallahu'alam.
Langit ke sembilan (9) ialah "bersifat hablur" (berbentuk seperti hablur) yang digelar 'Arasy (bererti singgahsana) Allah Ta'ala. Keadaannya tidak mampu diketahui akal manusia. Ia diluar konsep akal kita dan tidak dapat diperihalkan. Seorang sufi besar pernah berkata bahwa sesiapa yang dapat sampai ke 'Arasy, pasti akan lenyap daripada kita.
Langit ke sepuluh (10) tidak mengandungi planet dan bintang. Itulah sebabnya langit ini digelar "langit tanpa bintang". Disinilah sumber tempat digerakkan semua alam-alam yang lain itu dengan perintah Allah Ta'ala jua.
Langit ke sebelas (11) digelar "langit bagi segala langit" (Empyrean). Ia bercahaya. Di sini cahaya semata-mata. Syeikh Jalaluddin Rumi r.a. memperihalkan langit ini dengan katanya, "Apa peduli dengan langit bagi segala langit dan langit-langit yang dibawahnya? Perjalanan kita ialah menuju "Taman Mawar KESATUAN" iaitu 'kesatuan' hamba dengan Khaliqnya."
G. Nur Muhammad (Roh Kenabian)
Allah Ta'ala menjelaskan dalam Al-Quran bahwa tatkala Dia hendak menciptakan makhluk; pertama yang dijadikan-Nya ialah Nur Muhammad (Roh Kenabian). Roh ini dijadikan dari Nur (Cahaya)-Nya sendiri. Dengan kata lain, bagi semua Nabi yang Allah Ta'ala hantar ke dunia ini dengan maklumat untuk manusia tentang kejadian makhluk, Allah Ta'ala jadikan bagi mereka satu roh. Dia utuskan dan letakkan roh ini ke dalam 124,000 bentuk manusia, silih berganti, perempuan dan lelaki, ada yang kita ketahui dan ada yang tidak kita ketahui. Roh kenabian itu terbit dari Nur Allah sendiri. Itulah sebabnya para anbiya' dapat mempengaruhi dunia ini dengan berkesan sekali. Allah Ta'ala memberi mereka kuasa pencahayaan ke atas alam ini.
Wallahu'alam.
H. Bunga Ros (Mawar) simbol CINTA.
Selanjutnya Allah Ta'ala berfirman bahwa jika tidaklah dijadikan-Nya roh kenabian, tidaklah akan Dia jadikan alam semesta raya ini. Setelah Allah Ta'ala menjadikan Roh Kenabian ini, Allah Ta'ala menjadikan bunga ros atau bunga mawar. Inilah sebabnya bunga ros atau mawar memiliki bau yang sangat harum dan digelar "ibu segala wangian".
Sesiapa yang melihat bunga ros (mawar) akan tersenyum dan terasa sukacita. Orang dari seluruh dunia memulia dan menjaganya dengan baik. Sebenarnya bunga ros itu simbol CINTA itu sendiri.
Apabila kita bercakap tentang cinta dan kita mahu dicintai atau kita mencintai, maka apa yang kita maksudkan ialah kita harap dan rindu dengan 'CINTA HAKIKI' itu yang akan menguasai kita dan membakar kita menjadi abu hingga kita mati dalam kecintaan. Seseorang manusia tidak dapat memberi cinta begitu agung dan luhur terhadap seseorang yang lain. Hanya cinta Allah Ta'ala yang dapat menghancurkan kita. Inilah yang dicari oleh ahli Sufi dan orang Sufi yang mati dalam percubaan mencapai cinta itu.
Wallahu'alam.
Sama-sama kita kenangkan Junjungan Mulia, Manusia Agung Utusan Allah Ta'ala sebagai Ikutan Terbaik umat manusia seluruh alam hingga hari kiamat.
Perbanyakkan Selawat dan Salam keatas Baginda s.a.w.
I. Di mana Bumi dipijak, di situ Langit dijunjung.
Bumi dan langit tidak dapat dipisahkan. Selagi ada langit selagi itu adanya bumi. Apabila runtuh roboh langit maka akan hancur binasalah bumi ini. Apabila lebur binasanya bumi ini akan musnah punahlah segala kehidupan di daratan, di lautan dan di mana jua makhluk itu berada. Janji Allah Ta'ala pasti berlaku, setiap amal kebaikan dan keburukan akan dihitung dan dibalas dengan setimpal di hari pengadilan kelak setelah hancur binasanya langit dan bumi.
Setiap yang berpijak di permukaan bumi pasti akan bersemadi di dalam perutnya bumi suatu masa nanti. Telah banyak dan terlalu banyak buktinya jika hendak diberitakan. Adakah mampu setiap yang masih hidup di bumi ini menjunjung langit? Apakah maksudnya langit dijunjung? Siapakah yang menguasai Langit dan Bumi? Bukan langit yang harus dijunjung namun perintah TUAN yang menguasai Langit itu yang wajib dijunjung oleh setiap yang hidup di Bumi yang akan binasa ini. Tiada manusia yang hidupnya menongkat langit. Maka ayuh saudara-saudariku yang bijak bistari, fikir-fikirkanlah dengan akalmu yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala. Selagi dirimu mampu berfikir dengan waras.
Wallahu'alam.
Untuk siapakah Bumi ini Allah Ta'ala ciptakan? Adakah Bumi ini bulat (spera) seperti BOLA? atau Bumi ini terhampar bagai permaidani merah berlapis-lapis (7 lapis)? Nantikan pencerahannya di artikel yang akan datang. InsyaAllah.
J. Pengajaran dan Tauladan dari kisah Ayahnda Syu'aib a.s.
1) Islah dan Asasnya.
Dalam kisah Ayahnda Syu'aib a.s., Al-Quran menjelaskan kepada kita cara Islah yang harus ditempuhi, agar dapat memberi bekas amaliah dalam pembinaan masyarakat.
Firman Allah Ta'ala dalam kisah Ayahnda Syu'aib a.s.,
"..... Dan aku tidak berkehendak mengerjakan apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya lah aku kembali."
Surah Hud ayat 88.
Brhenti sejenak dalam pernyataannya, "Dan aku tidak berkehendak mengerjakan yang aku larang kamu daripadanya". Ayahnda Syu'aib a.s. menekankan kepada kaumnya dalam perkataan ini, bahwa dirinya tidak akan mengerjakan larangan-larangan yang ditujukan kepada mereka. Ini merupakan ajaran bagi penegak kebenaran yang harus berhati-hati dalam bertingkah laku kerana dia akan menjadi 'cermin' keteladanan. Tingkah laku lebih memberikan bekas daripada pembicaraan, yang keduanya bersumber dari penegak kebenaran, berupa pembicaraan dan hukum.
Suatu nasihat yang disampaikan secara mantap sehingga dapat diterima secara rasional sama sekali tidak akan membuahkan suatu amalan jika pemberi nasihat tersebut tidak memulai mengamalkan segala perintahnya, dan meninggalkan segala larangannya. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala mencela orang yang mengajak berbuat baik kepada orang lain, sedangkan dirinya tidak mengamalkannya.
Allah Ta'ala berfirman,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri."
Surah al-aqarah ayat 44.
Kemudian kita lanjutkan pernyataan Ayahnda Syu'aib a.s. pada ayat ini,
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan." Maka tampak di sini bahwa kecintaan Ayahnda Syu'aib a.s. terhadap kebaikan merupakan kecintaan murni yang jauh dari maksud-maksud kebendaan. Inilah cara yang harus ditempuh oleh penegak kebenaran dan kebaikan untuk mencapai keberhasilan dan ridha Allah Ta'ala.
Menyeru berbuat baik dengan menghindarkan diri dari motivasi kebendaan dan kepentingan peribadi inilah yang pada akhirnya akan mendapat keberhasilan dan keberuntungan kerana sesuai dengan risalah yang benar. Kebenaran selalu akan mendapat sokongan, dan hawa nafsu akan selalu padam, yang mengakibatkan penyesalan dan kerugian.
Di mana pun, kebenaran akan selalu mendapat sokongan lantaran bersumber dari Al-Khaliq (Allah) pencipta alam dan pengelolanya. Hal ini diisyaratkan oleh akhir ayat, "Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya lah aku kembali."
3) Kesan dan Pengaruh Solat.
Dalam kisah Ayahnda Syu'aib a.s., terkandung suatu penjelasan tentang pengaruh solat terhadap tingkah laku manusia, seperti dikatakan oleh kaumnya. Mereka berkata, "Hai Syu'aib, apakah solatmu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang di sembah oleh bapak-bapak kami atau melarang kami berbuat apa-apa yang kami kehendaki tentang harta kami?"
Kaum Ayahnda Syu'aib a.s. mengamati pengaruh solat terhadap diri Ayahnda Syu'aib a.s. dan para pengikutnya. Bagaimana solat dapat merubah tingkah laku dan membebaskan dari penyembahan selain Allah Ta'ala, meninggalkan perbuatan menipu dalam menimbang dan menakar. Sehingga mereka sangat marah terhadap Ayahnda Syu'aib a.s. dengan mengucapkan perkataan tersebut. Kerana mereka sendiri masih tetap dalam pendirian lama, tidak mahu merubah tingkah laku dan keyakinan mereka.
Memang benar, solat dapat merubah mental pengikut Ayahnda Syu'aib a.s. kerana solat mempunyai sasaran pembentukan sikap mental yang bersih pada manusia sehingga dapat menggerakkan rasa takwa dan hati-hati. Di samping itu, solat juga mengingatkan manusia kepada keabadian hidup pada hari akhirat,
"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapat segala kebajikan di hadapkan (kehadapannya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh...."
Surah Ali-Imran ayat 30.
Oleh sebab itu, solat mampu memelihara orang yang mengerjakannya dari kesalahan dan mencegah perbuatan keji, serta mengalihkan pandangan manusia dari dunia material yang penuh fitnah kepada keridhaan Allah Ta'ala. Al-Quran menjelaskan pengaruh solat sebagai berikut,
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar."
Surah Al-Ankabut ayat 45.
Jadi, masyarakat akan kukuh dan stabil apabila anggota masyarakatnya mengerjakan solat danberibadah kepada Allah Ta'ala secara benar. Dengan sendirinya mereka akan terbebas dari sesembahan yang batil, kekuasaan thaghut dan kejahatan yang sukar dibenteras.
4) Anjuran Berbuat Amanah.
Pada sisi lain yang dapat kita rujuk dari kisah Ayahnda Syu'aib a.s. adalah tuntutan amanah dan istiqomah dalam transaksi jual beli, larangan penipuan/kecurangan dalam takaran dan timbangan serta berbuat kerosakan di dunia. Sebab, semuanya itu mengakibatkan kemurkaan Allah Ta'ala dengan siksa yang pedih sebagaimana telah ditimpakan ke atas kaum Madyan dan penduduk Aikah.
Perlu dicatatkan di sini bahwa negara-negara moden sangat memperhatikan masalah timbangan dan takaran dengan menetapkan hukuman keras (contohnya Akta Timbang dan Sukat) terhadap orang-orang yang berbuat licik dalam masalah ini. Sedangkan Islam telah lebih dini menetapkan aturan-aturan yang baik dalam kehidupan sosial.
Islam tidak mencukupkan dengan peraturan-peraturan itu saja tetapi lebih jauh lagi mengajarkan, ".... dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya." Asy-Syai' di sini mengandung pengertian segala bentuk material dalam mu'amalah manusia, termasuk masalah pengertian ma'nawiyah, seperti memuliakan manusia dan menempatkannya sesuai dengan kemampuan, jasa dan pengorbanannya terhadap masyarakatnya. Sehingga tiap-tiap individu ditempatkan sesuai dengan martabat dan kemampuan ilmiahnya.
Kalimat wa la tabkhasu'n-nasa asyya'ahum merupakan wasiat Allah Ta'ala kepada kita untuk menghimpun segala segi kebaikan. Maksudnya agar manusia senantiasa berjalan di atas landasan kebaikan dalam segala aspek kehidupannya, sehingga terciptalah suatu masyarakat yang teratur dan baik.
Salam , artikel semuanya menarik...
BalasPadamTopik yang ditulis agak berat dan perlukan pemahaman yang tinggi... jadi sebaiknya pecah2kan menjadi beberapa bahagian...
Wa'alaikummussalam... Ya benar kata saudara Rafiz, topik yang agak berat dan perlukan pemahaman yang tinggi.
BalasPadamNamun bagi ahlinya topik ini agak ringan dan mudah bagi mereka memahaminya.
InsyaAllah AB akan cuba pecah2kan menjadi beberapa bahagian... Terima kasih atas pandangan dan nasihat saudara.
salam singgah wahai Ab yang baik budi, benar kata sdr Rafiz tu, penulisan mmg agak berat dan memerlukan pemahaman yang tinggi,annur benda2 mcm ni kena study bawak balik umah dulu,baru dapat beri komen yang membina...lagipun annur skrng da stat bz ada urusan,jadi agak jarang dapat layan tenet lama2,Ab ada baiknya Ab letak link kat blog utk langgan guna email,email senang sikit bg annur nak bukak,sgt praktikal..wallahualam...
BalasPadampenchinta
BalasPadamsalam AB...artikel yg begitu menarik..terima kasih
penchinta
Wassalam dan Terima kasih Puteri Annur kerana sudi singgah dan bagi pendapat walaupun sedang bz (Biznes ke?)...
BalasPadamLink email tu mcm mana ye?? Ab tak berapa pandai... macam manapun nanti Ab cuba, insyaAllah...
-AB-
salam Ab,kena amek kat bahagian design>layout>add gadget>follow through email...ini membolehkan orang yang jarang bukak tenet,dan hanya bukak email je dapat baca post Ab...selalu utk orang bz,cara ni berguna...wallahualam...\
Padamsekadar perkongsian...:D
Wassalam... Terima kasih Annur.... Ab akan cuba, insyaAllah...
Padamhehe,dah ok dah...cantikkk...:D
PadamSalam jua buat penchinta, terima kasih jua buatmu kerna sudi membaca dan menyumbangkan pendapat...
BalasPadamSemoga kita semua menemui Cinta Hakiki....
-AB-
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... alhamdulillahirobbil a'lamiin,
BalasPadamallahuakhbar, allahuakhbar, allahuakhbar... walillah ilhamd,
terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga, amin.
kami jua turut sama mendoakan akan kesejahteraan dan kebahagiaan, amin.
turut sama jua kami doakan '...dan jadilah dirimu rahmatan lil a'lamiin...', insyaAllah.
salam hormat, salam penuh kasih dan sayang daripada kami semua;
amin Ya Rabb, amin, Ya Rabbul a'lamiin...
Salam hormat dan salam kasih sayang jua drp hamba yg serba kurang ini. Semoga kebaikan demi kebaikan jua yg kita perolehi dgn berkat mukjizat Rasulullah s.a.w, berkat karamah para auliya', berkat restu ayahnda dan bonda. Dengan Rahmat Allah Ta'ala semata-mata, insyaALLAH... Jazakallahukhoiran kasira.
BalasPadam