Ayahnda

Ayahnda

Rabu, 21 September 2011

Hakikat Syurga Ciptaan Allah s.w.t. sebagai tempat tinggal Ayahnda Adam a.s.



Assalammu'alaikum...wrt.

Ulama berselisih pendapat tentang syurga yang dijadikan sebagai tempat tinggal Ayahnda Adam a.s. sebagaimana disebut di dalam Al-Quran, yang kemudian Allah s.w.t. memerintahkan Adam a.s. turun ke bumi, apakah tempat syurga itu di langit atau di bumi.

Pendapat yang kuat adalah, bahawa syurga itu berada di bumi. Sebagai alasan bahwa Allah s.w.t. menciptakan Adam a.s. di bumi, seperti dapat difahami dari firman Allah s.w.t. “Inni ja’ilun fi’l-Ardhi Khalifah” di sini Allah s.w.t. tidak menyebutkan, bahwa Dia memindahkannya ke langit. Kemudian Allah s.w.t. memberi sifat syurga yang dijanjikan di langit adalah syurga yang kekal. Apabila sifat syurga itu yang dimaksud, maka tidak mungkin Iblis menipu Adam a.s. dengan perkataan,


“Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?” (Surah Thohaa ayat 120)

Syurga yang kekal itu adalah kenikmatan, bukan tempat taklif bebanan, padahal Adam a.s. dan Hawa dibebani peraturan tidak boleh merasai buah pohon itu. Demikian pula Allah s.w.t. telah mengambarkan bahwa penghuni syurga yang kekal di langit itu tidak akan keluar lagi.


“Mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya”. (Surah al-Hijr ayat 48)


“Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Huud ayat 108)


Maka keluarnya Ayahnda Adam a.s. dan Ibunda Hawa dari syurga menunjukkan bahwa syurga itu bukan syurga yang dijanjikan didalam Al-Quran untuk orang-orang mukmin pada hari kiamat nanti.

Dari segi lain, ketika Iblis membangkang untuk bersujud kepada Adam a.s., ia dikutuk dan dikeluarkan dari syurga. Jika syurga itu dimaksudkan syurga yang kekal, maka syaitan tidak akan dapat menjangkau syurga untuk menggoda Adam a.s. dan Hawa, sehingga mendapat murka Allah s.w.t.


Berdasarkan keterangan tersebut, jelas bahwa syurga yang Allah s.w.t. berikan sebagai tempat tinggal Adam a.s. bukanlah Jannatu‘l-Khuldi yang dilangit. Memang, tidak diragui kemungkinan bahwa syurga yang ditempati Adam a.s. merupakan syurga yang tempatnya lebih tinggi dibandingkan permukaan bumi yang ada pepohonan, buah-buahan dan kenikmatan, sesuai dengan keterangan Allah s.w.t. :


“Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya.” (Srah Thohaa ayat 118 – 119)


Maksudnya, bahwa di dalam syurga itu engkau tidak akan kehausan, telanjang kerana tiada pakaian, perut tidak kelaparan dan tidak terjemur matahari kerana tempatnya terbuka tanpa pepohonan. Tetapi, tatkala Adam a.s. dan Hawa a.s. melanggari laranggan Allah s.w.t., mereka di turunkan ke bumi yang penuh kelelahan, kesulitan dan ujian.


Wahai insan,
Dirikanlah istana iman
Biarkan gugur kuntum nafsu yang mekar
Tunaikan perintah yang wajib
Iringi dengan yang sunat
Lemparkan yang haram ke lubuk durjana
Patahilah tunas makruh
Semaikanlah benih yang halal
Timbalah amal bekalan akhirat
Campakkan butir-butir dosa
ke tanah merkah yang tandus dan gersang

“Padahal kamu adalah tetap akan memerlukan seseorang untuk membimbing dirimu ke jalan yang benar dan lurus.
Siapakah yang dapat kamu harapkan dan beri sepenuh kepercayaan untuk menunjukkan jalan kebenaran yang lurus itu?”
Melainkan Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w, para ambia’, para aulia’,
serta murubbi dan mujaddid di zaman hayatmu.

Madah Anaknda Bertuah


Adapun orang yang berpendapat bahwa Adam a.s. dan Hawa tinggal di Jannatu’l-Khuldi yang ada di langit, dan akhirnya diperintah turun ke bumi beralasan dengan firman Allah s.w.t.


“Kami berfirman, turunlah kamu dari syurga itu” (Surah al-Baqarah ayat 38)

Akan tetapi dapat dibantah, bahwa lafazh ihbithu dapat juga berarti al-intiqal (pindah dari satu tempat ke tempat lain) seperti firman Allah s.w.t.


“…Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta…” (Surah al-Baqarah ayat 61)


Dan firman Allah s.w.t. kepada Nabi Nuh a.s. untuk meninggalkan perahunya,


“Difirmankan. “Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh berkat Kami atasmu.” (Surah Huud ayat 48)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan