Ayahnda

Ayahnda

Jumaat, 19 Ogos 2011

Riwayat Hidup Ayahnda Adam a.s. ketika diturunkan ke Bumi.



Riwayat menyatakan bahawa Ayahnda Adam a.s. diturunkan pada bulan Muharram tanggal 10. Maka di waktu malam gelap gulita Adam a.s. dan Ibunda Hawa harus turun kebumi termasuklah jua Iblis yang menggoda yang jadi biang keladinya.

Dengan mengucur air mata Ayahnda Adam a.s. dan Ibunda Hawa mau tidak mau harus menerima nasibnya. “Tangan mengencang, bahu memikul.”

Pada malam itulah Jibrail a.s. membawa Adam a.s. dan Hawa turun ke bumi. Ayahnda Adam a.s. diturunkan atas Bukit Ruhun di Surandib atau Pulau Sailan (Cylon), sedang Ibunda Hawa di Jiddah. Begitulah akibatnya kedua insan yang telah melanggar larangan Tuhan, harus berpisah dari segala kesenangannya di Syurga, dan kini menuntut penghidupan baru yang serba sukar.


Tersebut di dalam riwayat, setelah Adam a.s. diturunkan ke dunia, hampir seratus tahun lamanya keduanya tidak bertemu. Dan bagaimanakah seterusnya jika Ayahnda Adam a.s. hingga sampai ajal ia tidak bertemu dengan Ibunda Hawa? Sudah barang tentu tidak akan ada turunannya seperti sekarang ini.

Kemudian Allah s.w.t memerintahkan malaikat Jibrail a.s. turun ke bumi mendapatkan Ayahnda Adam a.s. supaya melakukan ibadat haji, yakni tawaf bersama Ibunda Hawa. Dengan melakukan tawaf tujuh kali pusingan sebagai keduanya menyatakan taubat kepada Allah s.w.t. Maka dengan jalan begitu dosa keduanya akan diampuni Allah s.w.t.


Kemudian atas petunjuk Jibrail a.s. bahwa Ayahnda Adam a.s. harus menemui Ibunda Hawa di Juddah. Demikianlah Adam a.s. lalu pergi mencari Hawa. Setelah berbulan-bulan berjalan barulah Ayahnda Adam a.s. bertemu dengan Ibunda Hawa di padang Arafah. Itulah sebabnya dinamakan padang Arafah, artinya mengenal kembali.

Setelah Ayahnda Adam a.s. menceritakan bahawa keduanya diwajibkan Tawaf tujuh kali mengitari Hajarul-Aswad. Maka untuk mendirikan tempat ibadat dititahkan malaikat oleh Allah s.w.t. mengambil batu dari Syurga untuk dijadikan ‘tugu' atau Ka’abah. Dan disaat itu dibangunkan sebuah tempat ibadat yang dinamakan “Baitul Makmur” dengan bantuan para malaikat. Selesai masjid itu lalu ditengah-tengahnya diletakkan ‘Hajarul-Aswab’. Ayahnda Adam a.s. dan Ibunda Hawa lalu tawaf sambil mengucapkan : 


“Ya Tuhan kami. Kami telah menzhalimi diri kami. Dan andaikata Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.”

Demikian keduanya mengucapkan kata-kata itu sambil menangis, kerana dosanya takut tidak diampuni.

Demikian diceritakan dalam riwayat itulah masjid pertama yang didirikan di zaman Ayahnda Adam a.s. Kemudian ketika taufan dan banjir di zaman Ayahnda Nuh a.s. masjid Baitul Makmur dipindahkan ke langit yang ke tujuh yang kini dijadikan qiblat untuk ibadat para malaikat di situ. Ketika Ayahnda Baginda Muhammmad s.a.w mikraj, baginda pernah sembahyang di situ menjadi Imam jemaah para malaikat.

Kembali kita bicarakan riwayat Ayahnda Adam a.s. setelah beliau bertemu kembali dengan Ibunda Hawa, lalu mereka bergerak ke tanah yang subur dan aman untuk mendirikan rumah kediaman sehingga mempunyai beberapa orang anak. Maka dari anak cucu keturunan Ayahnda Adam a.s. meluas dan tersebar ke mana-mana seluruh pelusuh muka bumi. Sehingga menjadi bermacam-macam bangsa dan bersuku-suku puak manusia.

Sebagaimana Allah s.w.t menyatakan di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 :


“Hai sekalian manusia, sebetulnya Kami ciptakan kamu asal dari seorang lelaki (Ayahnda Adam a.s.) dan seorang perempuan (Ibunda Hawa). Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling berbakti di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Di bawah ini di cantumkan beberapa ayat dari surah Ar-Rum ayat 22 dan 23, serta ayat 26 dan 27. Semoga cukup sebagai bahan pengetahuan dan pemikiran kita semua..


“Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya (Allah), Ia ciptakan beberapa langit dan bumi. Dan dijadikannya berbeza-beza bahasamu serta berlainan warna kulitmu. Sesungguhnya dalam soal yang demikian itu adalah benar-benar suatu tanda-tanda bagi orang-orang yang berilmu pengetahuan.” (22)

“Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya, ialah tidurmu di waktu malam. Dan di waktu siang usahamu mencari kurniaNya (rezeki). Sesungguhnya dalam soal yang demikian itu, adalah benar-benar suatu tanda-tanda bagi golongan yang suka mendengar.” (23)


“Dan kepunyaanNya siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya tunduk kepadaNya (Allah).” (26)

Dialah yang menciptakan manusia dari permulaan kemudian Dia yang mengulangnya hidup kembali, kerana itu sangat mudah atasNya dan Dia mempunyai sifat yang Maha Tinggi, di langit dan di bumi, dan di alam Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (27)

Demikianlah para pembaca sekalian, kita telah bicarakan riwayat Ayahnda Adam a.s. dan Ibunda Hawa serta Iblis laknatullah yang membuat gara-gara, sehingga ketiganya dikeluarkan dari Syurga. Wallahu’alam.


Dunia ini hanya lakonan
Cuma lakonan semata
Namun aku bukan artisnya
Tapi aku tetap menjadi seorang dari mereka.

Besok semua akan dikumpul
Dihitung segala watak dan lakonannya
Watak yang betulkah yang kita lakonkan?
Kita ikut arahan pengarah atau ikut nafsu sendiri?
Tidakkah kau ingat!
Tidakkah kau sedar!!
Saat itu semakin hampir!!
Kini kita perlu ingat,
Saat itu pasti akan tiba
Tiba dengan seketika
Tempoh masa yang amat singkat.

Bersabarlah kita hanya berlakon
Lakonan hidup di dunia
Dunia yang sementara.

Madah Anaknda Bertuah

SELAMAT PERPUASA DAN BERIBADAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-54, INGAT JANGAN TERLALU GEMBIRA SEBAB KITA MASIH DALAM PENJARA DI DUNIA INI. JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH.

2 ulasan:

  1. Adakah perkara-perkara ini ada kaitan dengan sejarah Nabi Adam a.s. setelah turun ke dunia?

    1. Gunung (Bukit)
    2. Telaga Tok Sheikh
    3. Batu Hampar
    4. Sungai Muda
    5. Selat Malacca
    6. Tasik Chinni
    7. Tasik Dayang Bunting
    8. Danau Toba
    9. Lembah Bujang

    Apakah 'nama-nama' yang Allah s.w.t. ajarkan kepada Nabi Adam a.s.?

    Marilah pakat-pakat kita pikir-pikir guna akal masing-masing.

    BalasPadam
  2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a., bahawasanya ketika menurunkan Adam a.s. dari Syurga, Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku menurunkanmu bersama dengan sebuah rumah atau tempat yang di sekelilingnya digunakan untuk tawaf sebagaimana halnya 'Arsy-Ku. Di sekitarnya dijadikan tempat solat sebagaimana juga halnya 'Arsy-Ku". Ketika ada badai taufan, maka ia diangkat. Para nabi mengerjakan haji, tetapi mereka tidak mengetahui tempatnya. Lalu diberikannya petunjuk kedudukan rumah itu kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Baginda membangunkannya di atas bumi diantara 5 buah gunung (bukit); Hira', Tsabir, Labanan, Thur dan Khair. Maka dari itu, manafaatkanlah semampumu.

    Menurut Haitsami bahawa para perawinya termasuk perawi yang shahih. Majma' al-Zawaid.

    BalasPadam