Ayahnda

Ayahnda

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Hari Merdeka ke 54


Assalammu'alaikum..wrt, sempena hari lebaran yang mulia pada 1 Syawal 1432 dan hari kemerdekaan negara Malaysia tercinta pada 31 Ogos 2011, hamba merakamkan ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin serta Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 54 kepada seluruh muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia.


Marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama-sama membangunkan negara tercinta. Juga kita sebagai ummat Islam marilah sama-sama kita bekerjasama memupuk semangat cintakan tanahair yang aman makmur dengan semangat perpaduan sebagai hamba Allah s.w.t. dan anak bangsa keturunan Ayahnda Adam a.s. Usahlah kita mengenang sengketa lama, ayuhlah menuju kehadapan bersama membina kedamaian dan kesejahteraan.


Kemerdekaan ertinya bebas mengamalkan cara hidup yang terbaik yakni Islam dalam suasana yang aman, damai dan sejahtera di sebuah negara Malaysia yang harmoni berbilang bangsa dan agama.


Semoga kemerdekaan yang sedang kita nikmati ini akan di kekalkan oleh Allah s.w.t sehingga ke akhir hayat kita dan ke akhir hayat bumi ini. Renungkan firman Allah s.w.t., "Barangsiapa bersyukur maka Kami tambah nikmat kepadanya, barangsiapa kufur (tak bersyukur) ingatlah bahawa azab Kami amat pedih." Marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah s.w.t. serta tidak lupa juga kita berterima kasih kepada usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan negara Malaysia tanahair kita yang tercinta. Segala kebaikan akan di balas dengan kebaikan jua hendaknya, InsyaAllah.


Bebaskan dan merdekakan dirimu dari belenggu hawa nafsu amarah dan sifat-sifat mazmumah (buruk dan keji), hiasilah dirimu dengan sifat-sifat mahmudah (baik dan mulia). Berusahalah wahai insan membina jasmani dan rohanimu sehingga menjadi insan yang Kamil (sempurna) sebelum ajal dan maut datang menjemputmu kembali ke hadapan mahkamah Allah s.w.t. Wassalam. Wallahu'alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan