Assalamu’alaikum…wrt.
Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita taufiq
untuk mengikut segala susunan yang telah Allah s.w.t. membangkitkan Rasulullah
s.a.w. sebagai qudwatun hasanah
(contoh ikutan yang baik) dan para sahabat radiyallah hu anhum, para tabien,
tabiu’l tabien sehingga sekarang ini, zaman kita di abad 15
hijrah.
Semoga dengan ini kita dapat sama-sama cuba
memperbaiki diri kita, yang dikatakan membaiki diri ialah kita perlulah bersifat
zuhud dan yakin dengan Allah s.w.t. Yang dikatakan zuhud ialah kita meninggalkan
segala media yang bercampur aduk di dalam kejadian manusia yakni meninggalkan
segala pemikiran dan perasaan yang bercampur aduk dengan kejadian manusia yang
sememangnya penuh dengan zulmah.
Orang yang tidak ada zuhud akan
terasa dia orang yang baik. Dia akan terasa dia ada
kebolehan akan timbul keakuan (ego) dalam dirinya. Akan
banyaklah timbul persoalan dalam dirinya yang tidak bersesuaian dengan kehendak
Tuhan. Dia akan mempersoalkan kenapalah Allah
jadikan begini? Kenapalah Allah buat aku begini? Kenapalah nasib aku begini? Semua persoalan
sebegini timbul kerana tidak adanya sifat zuhud dalam jiwa
dia.
Apabila tidak
ada zuhud akan timbulnya penyakit “tamak”. Dari
penyakit “tamak” akan timbul pula ‘syak wasangka”
terhadap Allah s.w.t. Syak wasangka
adalah pasangan bagi tamak. Kedua-dua sifat ini ada pada iblis
dan ada juga pada manusia. Dengan sebab itu apabila
Allah s.w.t. memerintah kepada Iblis supaya sujud kepada Adam a.s., Iblis
kata dia lebih baik dari Adam a.s. Timbul persoalan dari diri dia, kenapa dia
perlu sujud kepada Adam a.s.? Dari situ timbullah “aba
was takbara”. Jadi dalam masalah kita untuk menghilangkan penyakit ini
perlulah kita membuat asuhan sejak dari kecil lagi, tetapi sekiranya kita
berjumpa dengan penawar penyakit ini di tengah jalan yakni di usia kita yang telah melepasi usia kanak-kanak. Maka perlulah
kita cuba bersungguh-sungguh
dalam zuhud supaya hancur dan hilanglah tamak dari dalam diri
kita.
Sifat tamak ini adalah sifat yang keji yang Tuhan Rabbul
‘alamin jadikan bagi manusia, yang Tuhan Rabbul ‘alamin letakkan dalam diri
manusia. Tuhanlah yang menjadikan
manusia, Tuhan Rabbul ‘alamin jadikan Adam a.s, dari Adam a.s. Tuhan Rabbul ‘alamin melahirkan Qabil. Qabil anak
Ayahnda Adam a.s. yang Tuhan laknat. Kenapa Allah s.w.t. melaknat Qabil? Kerana
Qabil ada sifat tamak. Dia tamak terhadap seorang
perempuan. Dia telah membantah kepada hukuman dan
susunan Tuhan Rabbul ‘alamin. Tuhan Rabbul ‘alamin telah menetapkan
supaya dia berkahwin dengan adik perempuan Habil dan adik perempuan dia
dikahwinkan dengan Habil. Dia tengok pasangan dia tak lawa,
pasangan Habil lebih lawa dari pasangan dia. Padahal perkara itu adalah hukuman
dan susunan dari Allah s.w.t., akhirnya dia membantah susunan dan hukuman Allah
s.w.t. kerana tamak. Bila tamak, dia tidak ikut
kehendak Tuhan Rabbul ‘alamin. Dia membantah perintah Allah s.w.t. dan
Rasul Allah yakni ayahnda Adam a.s. Dari situ
berlakulah pertelingkahan, berlakulah pembunuhan. Sampai sekarang berlaku
pertelingkahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengikut Qabil yang membantah
perintah dan hukuman Allah s.w.t. dan Rasul a.s..
Qabil menjadi kafir sebab tamak, hasad dia kepada Habil,
sanggup Qabil membunuh saudara kandungnya kerana tamak nakkan
perempuan. Contohilah Habil, orang
yang yakin kepada Allah s.w.t., orang yang takut kepada Tuhan Rabbul ‘alamin,
orang yang memahami prinsip “la hau lawala quwata illa billah al-a’liyil
a’zim”.
Untuk mengelakkan dari terjerumus dengan tindak tanduk
Qabil ini hendaklah kita mengikut peribadi Habil yakni “yakin” dengan Allah s.w.t. dan
Rasul Allah. Inilah perbezaan diantara Habil yang Tuhan Rabbul ‘alamin rahmati
dan Qabil yang Tuhan Rabbul ‘alamin laknati. Sedikit
sahaja bezanya, yang mendapat rahmat kerana yakin dan yang dilaknat kerana
tamak. Tuhan Rabbul ‘alamin telah menjadikan Qabil dan tamak dalam diri
dia. Dia menjadi tamak terhadap seorang perempuan.
Makam
Habil
Penyakit
tamaklah punca manusia mendapat laknat dari Allah s.w.t. Samada tamak terhadap perempuan atau harta benda atau
anak pinak, kesemua perkara ini Tuhan Rabbul ‘alamin jadikan sebagai ujian bagi
manusia yang Tuhan Rabbul ‘alamin pesertakan dengan penyakit tamak. Untuk memperbaiki diri kita supaya tidak mengalami nasib seperti
Qabil hendaklah kita bersifat dengan zuhud yakni menghilangkan perasaan kita
dari sifat tamak. Zuhud bererti jangan kita campur aduk atau campur
tangan dengan setiap apa yang Allah s.w.t. jadikan,
dunia ke! Hawa kita ke! (keinginan nafsu kita ke!)
Jangan kita campur tangan dalam urusan dan pentadbiran Allah
s.w.t. yang mengatur segala-galanya dengan kehendak dan dengan
kebijaksanaanNya. Hendaklah kita yakin dengan Allah s.w.t. yang
menciptakan keseluruhannya dan setiap sesuatu, samada perkara yang telah
berlaku, yang sedang berlaku ataupun perkara yang akan
berlaku.
Perangai
Qabil inilah punca kamu lambat sampai kepada Tuhan Rabbul
‘alamin. Inilah punca kamu boleh mendapat
laknat daripada Tuhan Rabbul ‘alamin. Tidak ada lain, cubalah kamu memerhati dengan insaf. Tidak kiralah kamu kecil, besar, tua atau muda, lelaki atau
perempuan.
Punca sesat
adalah dari dzon (syak wasangka) yang sama dengan dzon
iblis. Dzon yang
sesat ini bukan ada pada iblis sahaja tetapi ada juga pada manusia, bahkan manusia lebih jahat dan lebih
dahsyat dari iblis. Sebab kebodohan dan kejahilan
manusia itu sendiri terhadap kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Iblis, dia nak
menyesatkan manusia dia memohon dan meminta izin dari pada Allah s.w.t. terlebih
dahulu. Manusia tidak! Dia nak buat sesuatu dia tidak
tunduk kepada Allah s.w.t., dia ikut nafsu jahat dia sahaja. Iblis nak buat jahat pun dia tunduk kepada kebesaran Tuhan Rabbul
‘alamin. Perkara ini telah Allah s.w.t. rakamkan dalam Al-Quran supaya
manusia-manusia mengambil iktibar iblis telah berkata
:
“Demi
kemuliaanMu Ya Allah! Aku menyesat
kesemua manusia.” (Surah Shood
ayat 82)
Maknanya iblis mempunyai tauhid, dia makhluk Allah yang
bertauhid. Tetapi manusia nak buat
jahat mereka tidak tunduk kepada kebesaran Allah s.w.t.! Mereka ikut nafsu tamak
mereka! Mereka syak wasangka kepada Tuhan Rabbul
‘alamin! Inilah yang dikatakan manusia ini lebih
dahsyat daripada Iblis.
Penyakit tamak ini telah ada sejak Ayahnda Adam a.s.
lagi, apabila tamaknya Ayahnda Adam a.s. nak duduk syurga, lupalah Baginda
dengan Tuhan Rabbul ‘alamin yang telah menjadikan manusia yang mana Tuhan Rabbul
‘alamin telah mengistiharkan Ayahnda Adam a.s. akan menjadi Khalifah di bumiNya.
Apabila tamaknya Ayahnda Adam a.s. nak duduk dalam
syurga lupalah Baginda dengan pesanan Allah s.w.t. Allah s.w.t. talah memesan
kepada Ayahnda Adam a.s. dan isterinya Ibunda Hawa,
“Dan janganlah
kamu wahai Adam dan Hawa! Mendekati pohon ini (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu berdua dari orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah ayat 35).
Peringatan ini Allah s.w.t. telah berikan kepada Ayahnda
Adam a.s., tetapi disebabkan perasaan tamaknya Ayahnda
Adam a.s. nak duduk dalam syurga berpunca dari hasutan Iblis kepadanya. Iblis
telah menghasud Ayahnda Adam a.s., dia bertanya Ayahnda
Adam a.s. “Seronok tak, Adam duduk dalam syurga?” Ayahnda Adam a.s. menjawab “Tentulah seronok”. Iblis
bertanya lagi, “kalau Tuhan Rabbul ‘alamin bagi kamu hidup kekal dalam syurga
ini, awak mahu tak Adam?” “Tentu sekali” jawab Ayahnda
Adam a.s. “Kalau awak nak kekal tinggal di sini, awak makanlah buah khuldi
itu”. Oleh kerana tamaknya Ayahnda Adam a.s. nak
hidup kekal dalam syurga, termakanlah baginda dengan acah pujukan Iblis. Jadilah
Ayahnda Adam a.s. orang yang zalim, terjunlah ia ke bumi ini sebelum sampai masa
yang bersesuaian dengan rahmat kasih sayang Allah s.w.t. tetapi dihantar Ayahnda
Adam a.s. ke bumi ini dengan kemurkaan Allah s.w.t. dan bukan dengan rahmat
kasih sayang Tuhan Rabbul ‘alamin. Inilah yang telah berlaku dengan Ayahnda Adam
a.s. dan ini juga adalah penyakit manusia sebab kita
semua adalah anak cucu cicit piut Ayahnda Adam a.s.
Apabila diturunkan Ayahnda Adam a.s. ke bumi ini, dia terus bertaubat dan mengaku telah
melakukan satu kesilapan yang besar. Selama 40 tahun Baginda
menangis dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. kerana telah melanggar
perintah Allah s.w.t. yang berpunca dari penyakit tamak nakkan syurga. Kalaulah tamak nakkan syurga pun Allah
s.w.t. keluarkan dari syurga, apatah lagi kalau kita tamak nakkan dunia!
Padahal jasad kita penuh dengan melakukan derhaka kepada Tuhan
Rabbul ‘alamin! Jasad kita bukan macam jasad Ayahnda Adam a.s. yang maksum! Kamu tolong fakir perkara ini! Ayahnda Adam
a.s. tamak nak syurga tetapi dia dengar nasihat Iblis laknatullah, terus Allah s.w.t.
keluarkan dari syurga sebelum sampai masanya. Inilah kejadian
manusia yang paling, paling ketara. Kejadian yang mudah
lupa peringatan dari Tuhan Rabbul ‘alamin, mudah terpengaruh dengan pujukan
Iblis disebabkan Tamak.
Ayahnda Adam a.s.
bersungguh-sungguh bertaubat disebabkan terikut hasutan Iblis dengan mamakan
buah pohon khuldi, selama 40 tahun Baginda bertaubat. Tetapi kita ini ummat
Saiyidul Mursalin, ummat Rasulullah s.a.w. tidak perlu bertaubat selama 40 tahun
seperti Ayahnda Adam a.s., hanya 40 hari sahaja. Sebagai ummat
Rasulullah s.a.w., untuk mendapat kekuatan iman dan bebas dari zulmah kejadian
kita, kita hanya memerlukan 40 hari sahaja. Perkara ini berpandukan
dengan hadis Rasulullah s.a.w.,
“Barangsiapa
bersungguh-sungguh mengikhlaskan diri kepada Allah selama 40 hari, nescaya akan
terpancarlah pancaran-pancaran hikmah dari dalam jiwanya di atas lidahnya
(lisannya)”.
Hadis riwayat Imam Ahmad dalam kitab Tanwirul
qulub.
Dalam sebahagian hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan
tentang 40 hari dalam sembahyang berjemaah,
“Seseorang
yang bersembahyang berjemaah kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbir
yang pertama, ditulis baginya dua jaminan, pertama bebas dari neraka dan kedua
bebas dari sifat munafik”.
Hadis riwayat Imam Tirmizi.
Perkara ini semua telah dijelaskan oleh junjungan kita
Rasulullah s.a.w., tetapi kenapa tidak mahu ikut? Kerana Tamak. Punca tidak mahu ikut Rasulullah s.a.w.
tidak ada lain ialah tamak dan syak wasangka! Teori ramai orang boleh, tetapi untuk mempraktikkannya?
Selagimana tidak timbul zuhud dan yakin janganlah mimpi nak jadi pengikut
Rasulullah s.a.w. Hanya perkara ini datang dari jiwa yang zuhud dan yakin tidak
ada lain jawapanya selain dari dua perkara
ini.
Dengan ini marilah sama-sama kita cuba membaiki diri
masing-masing. Kita pakat-pakat cuba
memperbaiki diri.
Wallahu ‘alam. Sekian
Wassalam.
Dalam air teh,
kopi dan milo ada air mineral; untuk mendapat air mineral semula, kita kena buat
mineral pot. Begitu juga dalam jasad manusia ada roh (latifah
rabbaniah). Roh kenal TuhanNya, tetapi bila roh masuk ke dalam jasad jadi
haru biru. Maka di sini kita perlu membuat mineral pot, caranya dengan berzikir,
beristigfar dan berselawat. Nabi Adam a.s. membuat proses
mineral pot selama 40 tahun.
(Kata-kata hikmah Ayahnda)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan