Ayahnda

Ayahnda

Rabu, 4 April 2012

Mutiara Hikmah Tiga Empat Lapan (348)



Assalamualaikum…wrt, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kekasih Allah yang paling Agung Saidina Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda radhiallahu’anhum.

Dalam artikel kali ini hamba akan coretkan tentang petua dan hikmah 3 perkara, 4 perkara dan 8 perkara. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dan kebaikan. insyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w.,

“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan”.
3 bahagian Ilmu fardhu ain iaitu;
  1.       Ilmu Feqah
  2.       Ilmu Tauhid
  3.       Ilmu Tasawwuf



Petua Saidina Ali k.w., pintu kota ilmu Rasulullah s.a.w. :

3 perkara yang dapat menambahkan ilmu dan menghilangkan kahak;
  1.       Bersugi
  2.       Berpuasa
  3.       Membaca Al-Quran (dengan melihat mushaf)

Petua sesetengah Hukama’:

3 amalan seharian untuk mencapai kerjaya yang cemerlang;
  1.       Kurangkan tidur
  2.       Kurangkan makan
  3.       Elakkan dari bercakap perkara sia-sia

3 perkara yang dapat menghilangkan dukacita;
  1.       Zikrullah
  2.       Berjumpa wali-wali Allah
  3.       Mendengar kata-kata hikmah


Petua Al-Imam Syafi’e r.a.;

4 perkara yang dapat menguatkan badan;
  1.       Makan daging
  2.       Menghidu wangi-wangian
  3.       Banyak mandi (selain mandi hadas besar)
  4.       Memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas

4 perkara yang dapat melemahkan badan;
  1.       Banyak dukacita
  2.       Terlalu banyak minum air (secara sekaligus)
  3.       Banyak makan makanan yang masam atau yang telah basi
  4.       Terlalu banyak jima’(bersetubuh)

4 perkara yang dapat menguat dan menajamkan penglihatan;
  1.       Duduk mengadap ke arah kiblat
  2.       Bercelak sebelum tidur
  3.       Melihat kepada warna hijau (sebaik-baiknya melihat tumbuhan hijau)
  4.       Membersihkan persekitaran rumah, halaman, tempat belajar dan sebagainya

4 perkara yang dapat melemahkan penglihatan;
  1.       Melihat kepada perkara-perkara atau benda yang kotor dan jijik
  2.       Melihat kepada salib
  3.       Melihat kemaluan
  4.       Duduk membelakangi kiblat


4 perkara yang dapat menambahkan akal dan menguatkan minda;
  1.       Meninggalkan perkataan yang sia-sia
  2.       Bersugi gigi
  3.       Duduk bersama orang-orang soleh
  4.       Duduk di dalam majlis para ulama’

Petua sesetengah Hukama’:

4 perkara yang dapat menggembirakan dan menghiburkan hati;
  1.       Melihat warna hijau (sebaik-baiknya warna asli seperti tumbuh-tumbuhan)
  2.       Melihat air yang mengalir seperti air sungai, air terjun dan sebagainya
  3.       Melihat wajah orang yang dikasihi seperti ibu bapa, guru-guru, orang-orang soleh, anak-anak dan sebagainya
  4.       Melihat buah-buahan, khususnya yang masih ranum di atas pokok

4 perkara yang dapat melemahkan penglihatan;
  1.       Berjalan berkaki ayam
  2.       Sentiasa berwajah muram dan serius
  3.       Banyak menangis
  4.       Membaca tulisan-tulisan yang terlalu kecil

4 perkara yang dapat melemahkan tubuh badan;
  1.       Dukacita tentang perkara dunia
  2.       Banyak bersedih
  3.       Berlapar (bukan kerana berpuasa)
  4.       Berjaga malam (bukan kerana tujuan beribadat)


4 perkara yang menyakiti tubuh badan;
  1.       Banyak bercakap
  2.       Banyak tidur
  3.       Banyak makan
  4.       Banyak jima’

4 perkara yang dapat menguatkan tubuh badan;
  1.       Memakai pakaian yang lembut
  2.       Memasuki bilik air yang bersuhu sederhana (tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas)
  3.       Makan makanan yang manis atau berlemak
  4.       Menghidu wangi-wangian

4 perkara yang dapat menghilangkan maruah;
  1.       Berdusta
  2.       Tidak malu (tidak bersopan)
  3.       Banyak bertanya tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah
  4.       Melakukan maksiat

4 perkara yang dapat menyerikan wajah;
  1.       Menjaga maruah
  2.       Menunaikan janji (tidak berdusta)
  3.       Pemurah
  4.       Taqwa iaitu melakukan suruhan agama dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama


4 perkara yang dimurkai Allah s.w.t.;
  1.       Membesar diri atau takabbur
  2.       Hasad dengki
  3.       Berdusta
  4.       Batu api atau menghasud

4 perkara yang dapat membuka pintu rezeki;
  1.       Beribadat pada waktu malam
  2.       Banyak beristigfar pada waktu sahur (1/3 malam)
  3.       Banyak bersedekah
  4.       Berwirid pada waktu pagi dan petang

4 perkara yang dapat menutup pintu rezeki;
  1.       Tidur pada waktu pagi
  2.       Meninggalkan solat
  3.       Malas
  4.       Tidak amanah (khianat)


4 perkara yang dapat mengurangkan akal dan menghilangkan kecerdikan;
  1.       Selalu makan makanan atau buah-buahan yang masam
  2.       Tidur meniarap
  3.       Dukacita tentang perkara dunia
  4.       Banyak bersedih dan berputus asa

4 perkara yang dapat menguatkan minda dan menguatkan hafalan;
  1.       Tenang hati
  2.       Bersederhana dalam makan dan minum
  3.       Berjadual dalam pemakanan
  4.       Mengeluarkan lemak yang berlebihan dari badan


8 Petua sesetengah ulama’;

  1.       Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.
  2.       Sesiapa duduk bersama orang-orang kaya, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat tamak pada dunia.
  3.       Sesiapa duduk bersama orang-orang fakir miskin, Alah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
  4.       Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.
  5.       Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat.
  6.       Sesiapa duduk bersama orang-orang soleh, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.
  7.       Sesiapa duduk bersama ulama’, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya ilmu dan wara’.
  8.       Sesiapa duduk bersama orang-orang fasiq, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.

Maka pilihlah apa yang engkau kehendaki sekiranya engkau mempunyai akal dan hati.

Kata Al-Arif billah Ibnu ‘Ataillah di dalam kitabnya Al-Hikam;

Ilmu, jika disertai dengan takut kepada Allah maka ia dapat menolongmu dan menjadi sahabatmu. Jika tidak, maka ia boleh menjadi musuhmu dan membawa kehancuran kepadamu.


Kata Al-Arif billah, Sidi Syeikh Mukhtar r.a.;

4 jenis manusia yang terhijab dari dari mempelajari ilmu orang-orang soleh;
  1.       Orang yang takabbur atau membesar diri
  2.       Orang yang merasa cukup dengan apa yang telah ia ketahui
  3.       Orang yang enggan (malas)
  4.       Orang yang malu yang tidak kena pada tempatnya

Imam As-Syafie pernah mengadu kepada gurunya, Imam Wakie’;

Aku mengadu kepada Wakie’ kerana kurangnya hafalanku, Beliau lalu menyuruhku supaya meninggalkan segala jenis maksiat (zahir dan batin). Beliau berkata; ‘Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah itu tidak dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang melakukan maksiat’.

Sekian wassalam.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    terima kasih diucapkan kepada tuan, ikhlas daripada kami semua

    BalasPadam
  2. Subhanallah....
    Sama-sama kasih jua kepada Cucu-cicit Bani Jawi sekalian...

    BalasPadam