Assalamu'alaikum...wrt. Hari ini Khamis 07/06/2012M bersamaan 17/07/1433H, hamba teringat akan Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. maka sebelum hamba sambung kisah Ayahnda Ibrahim a.s marilah sama-sama kita renungi dan hayati kembali pesanan dan wasiat Baginda Rasulullah s.a.w. kepada kita dan seluruh ummat Islam hingga ke hari kiamat. Semoga kita sekalian mendapat manfaat yang banyak dan peringatan yang penting dari Khutbah ini. InsyaAllah ta'ala.
Khutbah ini
disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,
Gunung
Arafah.
Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim
sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa
sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan
kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas
isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia,
dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat
haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim
yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
beramal soleh.
Ingatlah bahawa
kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas
segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang
akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku
sampaikan kepada kamu.
Bersama Habib Ali Din
Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dari ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan