Ayahnda

Ayahnda

Khamis, 23 Februari 2012

ALLAH Ta'ala, Tuhan yang menentukan Sejarah


Assalamu'alaikum...wrt.

Manusia merancang tetapi Tuhan menentukan. Rancangan manusia terhad kepada apa yang diketahui sementara penentuan Tuhan menyeluruh kepada semua sistem makhluk.

Maka tidak ada seorang pun manusia menjangka akan tercetusnya kebangkitan rakyat Arab yang kini dikenali sebagai Muslim Bunga Arab. Seperti masa sepuluh tahun lalu, tidak ada seorang pun manusia menjangka akan kejatuhan Kesatuan Soviet. Begitu juga tidak ada seorang manusia pun yang menjangka, suatu revolusi Islam boleh meletus 20 tahun lalu.


Sememangnya manusia melakukan kajian dan mempunyai kemampuan membuat analisa dan ramalan hinggakan agensi-agensi pemikir atau think tanks muncul di semua pusat-puat peradaban. Bukan itu saja, manusia mengarang dan membuat cerita penuh imaginasi baik dalam bentuk buku atau filem yang menggambarkan pelbagai kemungkinan masa depan. Tetapi secara terperinci segala amaran dan ramalan sering kali meleset walaupun ada perkara-perkara umum yang menampakkan kebenaran.


Dalam tradisi Islam, Rasulullah s.a.w. mengingatkan supaya umat Islam tidak bernujum, maknanya jangan meramalkan masa depan. Ini kerana tidak ada manusia yang boleh mengetahui tentang masa depan, dan apa saja ramalan adalah sebenarnya suatu penipuan. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mendakwa mengetahui mengenai masa depan. Apa pun bentuk ramalan yang dinyatakan hanya dalam bentuk wahyu.


Perancangan tanpa Ramalan.

Justeru jika ramalan dilarang, bagaimana pula dengan rancangan? Tidakkah rancangan itu berdasarkan ramalan? Rasulullah s.a.w. banyak buat rancangan. Tetapi rancangan Baginda s.a.w. tidak berasaskan ramalan. Ia berbentuk wawasan dan prinsip.

Justeru manusia hanya mampu berwawasan dan berprinsip, tetapi tidak lebih dari itu. Dalam Islam, kenabian atau nubuwah bermakna seseorang itu mendapat wahyu untuk dirinya dan tak perlu disebarkan. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang rasul Tuhan dan bukannya setakat seorang nabi. Namun dari segi panggilan, baginda disebut sebagai Nabi Muhammad s.a.w atau Rasulullah s.a.w.


Apabila disebut Rasulullah, pastinya yang dirujuk ialah Nabi Muhammad s.a.w. walaupun terdapat Rasulullah lain seperti Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu kepada para rasul dan nabi. Sebab itulah juga selawatnya ialah s.a.w., sementara yang lain hanya a.s. Sebab itu, apabila menyebut Nabi Muhammad s.a.w., maka adalah lengkap dengan memanggilnya sebagai Rasulullah s.a.w., dan bukan saja Rasulullah tanpa s.a.w. kerana ia boleh bermaksud rasul-rasul yang lain.


Dalam bahasa Inggeris, Nabi Muhammad s.a.w. disebut Prophet Muhammad pbuh. Pbuh itu adalah s.a.w. Sementara Rasulullah diterjemahkan kepada Mesengger of Allah atau Utusan Allah. Istilah prophet bermaksud orang yang mampu melihat pada masa depan, atau peramal. Maka nubuwah atau kenabian diterjemahkan sebagai prophecy.




Tetapi masa depan yang dimaksudkan secara khusus bukanlah peristiwa dunia yang akan berlaku. Ia lebih merujuk kepada hidup sesudah mati, atau keadaan selepas kiamat.


Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan