Ayahnda

Ayahnda

Sabtu, 18 Ogos 2012

Pengenalan Projek Memartabatkan Insan (PMI)



PENERANGAN PROJEK

Projek PMI adalah suatu projek unik yang berkonsepkan Kerja Amal Berganjaran dimana peserta akan bekerjasama untuk menyedarkan masyarakat mengenai kewajipan terhadap golongan yang amat memerlukan. Usaha ini adalah dianggap sebagai suatu kerja amal dan dengan itu mereka akan berkongsi sebahagian daripada hasil yang diterima dari berbagai sumber sebagai ganjaran. Dengan kemudahan sistem dan teknologi, projek ini bukan sahaja dapat menjana dana kebajikan, tetapi juga akan dapat  meningkatkan ekonomi peserta dengan cepat dan mudah. Ini juga bermakna bahawa setiap orang akan mampu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tanpa mengira keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan masing-masing.

MATLAMAT PROJEK
  1. Memberi kesedaran terhadap tanggungjawab dan membolehkan peserta membantu mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira kedudukan dan keadaan ekonomi masing-masing.  
  2. Mewujudkan dana kebajikan untuk disalurkan kepada golongan sasaran tanpa dipengaruhi oleh kepentingan peribadi, pengaruh politik, karenah birokrasi dan sebagainya.
  3. Membolehkan peserta memperbaiki taraf hidup dan ekonomi dengan cepat dan mudah disamping peka dengan kepentingan dan keperluan pelan perlindungan diri dan keluarga.
  4. Memberi peluang kepada peserta untuk memiliki pelan perlindungan diri tanpa dibebani dengan caruman yang berterusan.

MENGAPA PROJEK DILAKSANAKAN

Setiap orang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan masing-masing terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Golongan yang amat mengharapkan sumbangan dan kerja amal orang lain untuk meneruskan kehidupan ini termasuklah anak-anak yatim, fakir miskin, golongan tua, mereka yang ditimpa bencana dan sebagainya. TETAPI KEBANYAKAN ORANG HANYA SEKADAR BERSIMPATI SAHAJA DENGAN PENDERITAAN GOLONGAN YANG WAJIB DIBANTU INI.

Ramai yang faham dan sedar terhadap tanggungjawab ini, tetapi terpaksa mengabaikannya kerana mereka merasakan bahawa diri mereka sendiri juga berada dalam kesempitan dan kesusahan. Dengan itu mereka bukan sahaja terpaksa mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat, tetapi juga tidak berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga dengan sempurna. 

Melalui projek ini, peserta bukan sahaja dapat melaksanakan kewajipan sosial masing-masing , tetapi juga dapat menyelesaikan masalah kewangan melalui ganjaran yang cepat dan mudah disamping menikmati pelan perlindungan diri dan keluarga tanpa dibebani dengan caruman yang berterusan. Hanya sedikit usaha sahaja diperlukan untuk merealitikannya.


KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut ganjaran kepada peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan