Ayahnda

Ayahnda

Selasa, 14 Ogos 2012

Hidupkan kembali Fikrah Jihad


Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Isnin 13/08/2012M bersamaan 24 Ramadhan 1433H. Dalam artikel kali ini hamba persembahkan Fikrah Jihad yang perlu setiap umat Islam hayati demi menegakkah Islam sebagai Ad-Deen dunia dan akhirat.

Sejarah Jihad
Sebaik Daulah Islamiyah berjaya didirikan di Kota Madinah Al Munawwarah, umat Islam diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah Ta'ala yang sentiasa merancang untuk mengganggu ketenteraman umat Islam dan negara Islam serta berusaha untuk menghapuskan terus kewujudan umat Islam.

Allah s.w.t. berfirman; 


"Dan bersiap sedialah kamu untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan kuda yang lengkap bersedia untuk menggerunkan dengannya akan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah Ta'ala mengetahuinya." (Surah Al-Anfal ayat 60)

Baru dua tahun terdirinya Daulah Islamiyah di Madinah, tentera-tentera musyrikin Makkah telahpun dihantar untuk menyerang negara dan umat Islam di sana. Dengan dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w., umat Islam bangkit di atas nama Jihad untuk turun ke medan perang Badar, dan bertarung dengan musuh-musuh Allah Ta'ala dari kaum musyrikin Quraisy. Peperangan yang pertama berlaku dalam sejarah Islam itu, telahpun menunjukkan kekalahan di pihak musuh yang mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda dari tentera Islam.

Tidak ada kekuatan yang dimiliki oleh 313 tentera Islam, melainkan keimanan mereka yang mendorong mereka turun ke medan perang di atas nama Jihad Fisabilillah. Perjuangan mereka tidak kerana bangsa atau puak, tetapi kerana Islam.


Peperangan demi peperangan berlaku seterusnya dan selepas peristiwa di Uhud,  kemenangan sentiasa berpihak kepada golongan yang mengangkat bendera Jihad. Al-Ahzab (Khandak), Khaibar, Hunain, Yarmuk, Qadisyiah dan lain-lain lagi, semuanya telah memberikan kemenangan yang gilang gemilang kepada umat Islam yang telah berjaya menundukkan kuasa-kuasa kuffar.

Tetapi apabila umat Islam meninggalkan Jihad dan berpecah-belah antara mereka, kuasa-kuasa kuffar sedikit demi sedikit telah berjaya menguasai umat Islam dan negara Islam. Lantaran meninggalkan jihadlah yang telah menyebabkan tumbangnya Khalifah Abbasiyah di Baghdad oleh bangsa Tartar dalam tahun 665H dan di sebabkan atas dasar Asabiah (nasionalisma) dan meninggalkan Jihad menyebabkan kuasa-kuasa kuffar berjaya melenyapkan sistem pemerintahan Islam dengan tumbangnya Khilafah Islamiah yang terakhir, Daulah Othmaniah di Turki dalam tahun 1924M.

Negara umat Islam kemudiannya difara'id satu demi satu. Pakistan dan India diberikan kepada Inggeris. Mesir juga dijajah Inggeris. Libya diambil oleh Itali. Magribi (Morocco) diambil oleh Perancis. Bahkan semua negara umat Islam dijajah oleh kuasa kuffar. Bumi suci Palestin kini dinajisi oleh Yahudi hinggakan tiada lagi tercatat kalimah Palestin di atas peta dunia. Kashmir dirampas oleh Hindu. Bosnia, Croatia, Mindanao dijajah oleh Kristian. Bahkan Arakan (Burma), Singapura (Temasik), Pattani (Legeh), Ayutaya (Thailand), Tajikistan (Singkiang), Bukhara, Kemboja dan lain-lain lagi, semuanya berada di bawah cengkaman kuffar.


Di zaman penjajahan, umat Islam terus hanyut, dilupakan dan melupakan kalimah "JIHAD". Pelbagai cara dilakukan oleh penjajah untuk menjauhkan umat Islam dari memahami kalimah ini. As syeikh Said Ramadhan Al Butti, di dalam kitabnya 'Fiqh Sirah' telahpun menjelaskan bagaimana para orientalis Barat 'bermain' dengan kalimah jihad sehingga umat Islam sendiri merosakkan maksud sebenar perkataan itu.

Mereka sengaja mengembar-gemburkan bahawa Islam ini bangkit dengan 'pedang', Islam adalah agama yang menyeru pengikutnya atau penganutnya supaya menyerang orang lain dan melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah. Umat Islam pula digambarkan sebagai penganas, pelampau, fundamentalis dan golongan yang sangat menggerunkan. Tidak mempunyai sikap rasional di dalam menghadapi sesuatu permasalahan dan berbagai-bagai tuduhan lagi.

Mendengarkan tuduhan yang begitu menyakitkan telinga sebahagian umat Islam bangkit untuk menafikannya. Mereka menjawab: "Agama kami tidak pernah menganjurkan umatnya dari melakukan keganasan, pertumpahan darah dan menyerang orang lain. Agama kami menggalakkan berlemah lembut, berdakwah dengan baik dan tidak berlaku kasar dengan pihak musuh. Dipukul pipi kanan, dihulurkan pula pipi kiri. Jihad tidak diperintahkan di dalam agama kami melainkan untuk mempertahankan diri", dan bermacam-macam lagi yang menunjukkan 'Islam itu lembut'.



Dipihak orientalis pula, mereka terus melakukan serangan serta tuduhan seperti yang dinyatakan di atas. Mereka sebenarnya tidak bertujuan untuk menuduh Islam seperti itu, tetapi mereka mempunyai niat dan tujuan jahat: supaya umat Islam menjawab tuduhan-tuduhan itu dengan jawapan yang akan menjauhkan mereka dari Jihad.

Umat Islam yang sejati akan tetap mempertahankan bahwa Islam itu 'lembut', telah terperangkap dengan hujahnya sendiri dan akhirnya menolak Hakikat Jihad itu berlaku dengan 'pedang'.

Sehingga hari ini umat Islam telah membuat berbagai-bagai tafsiran mengenai jihad seperti, jihad melawan nafsu, jihad membasmi kemiskinan, jihad mencari nafkah keluarga dan lain-lain. Akhirnya semua perkara diistilahkan sebagai jihad dengan melupakan pokok jihad yang sebenarnya. Lebih dari itu, pemimpin sekular umat Islam juga menggunakan kalimah 'jihad' dalam melaksanakan program anjuran mereka hingga akhirnya ada orang yang menganjurkan program maksiat juga digelar sebagai mujahid.



Umat Islam juga telah melupakan Surah At-Taubah dan Al-Anfal yang khusus membicarakan soal Jihad. Begitu juga dengan ayat-ayat Jihad dari surah-surah yang lain. Kalaupun mereka membaca ayat-ayat tersebut, mereka akan membuat tafsiran ajaib dan cuba mentakwilkan ayat-ayat Allah Ta'ala, walaupun ianya merupakan ayat-ayat muhkam dan jelas maksud pengertian dan kehendaknya. Umpamanya dalam firman Allah Ta'ala: 



"Dan perangilah orang-orang musyirikin itu semuanya sepertimana mereka memerangi kamu sepenuhnya..." (Surah At-Taubah ayat 30)

Perkataan di dalam bahasa Arab secara jelas memberi makna "perangilah". Dan apa yang dikehendaki oleh ayat ini ialah, supaya umat Islam memerangi golongan musyrik. Tetapi masih ada dikalangan umat Islam menafsirkannya dengan "memerangi hawa nafsu".

Sungguh menghairankan. Golongan kuffar membunuh umat Islam setiap hari di Bosnia, Palestin, Kashmir, Tajikistan, Rohingya, Syria dan Lain-lain lagi. Tetapi umat Islam masih belum melakukan apa-apa lagi tindakan dan mereka cuba pula menyembunyikan kewajipan Jihad yang difardhukan di dalam Islam.



Musuh menggunakan api dan besi, tetapi umat Islam masih menggunakan pancutan air. Orientalis barat juga didapati cuba menganjurkan mazhab baru dan jamaah-jamaah kerohanian yang akan menyeru umat Islam supaya mementingkan penyucian diri dan menjauhi Jihad. Ajaran-ajaran Qadiyaniyah, Bahaiyah dan Baya'iyah sememangnya merupakan ajaran-ajaran yang sengaja diwujudkan oleh orientalis untuk melupakan umat Islam kepada Jihad. 

Mirza Ghulam Ahmad, pengasas ajaran Qadiyani pernah berkata, "Bermula hari ini, aku membuang hukum jihad dan pedang. Tiada jihad lagi pada hari ini. Oleh itu barang siapa mengangkat senjata bagi memerangi golongan kuffar bererti dia telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan amalan Nabi."

Ada juga jemaah-jemaah dakwah yang menyeru kepada amalan-amalan sunat cuba mengetepi soal politik dan Jihad serta bagaimana menghadapi musuh-musuh Islam. Dengan itu wujudlah golongan yang menangis apabila melihat gambar tentera Yahudi yang dibunuh oleh Mujahiddin Hamas sambil berkata, "Aduhai... apalah malangnya nasibku. Aku tidak sempat hendak menyeru Yahudi itu kepada Islam. Apalah yang akan aku jawab di hadapan Tuhan nanti..."



Pernah berlaku, di suatu ketika, beberapa orang Arab dari kumpulan tersebut pergi ke Afghanistan untuk berdakwah kepada mujahiddin-mujahiddin Arab yang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah Ta'ala di medan Jihad. Sesampainya di sana, salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri dan seterusnya menyapaikan 'bayan' kepada para mujahiddin. Antara lain katanya, "...Marilah kita sama-sama memperkukuhkan keimanan kepada Allah Ta'ala terlebih dahulu. Tanpa keimanan yang kukuh, tuan-tuan tidak akan mampu untuk berhadapan dengan komunis. Marilah kita menuju kepada Jihad yang lebih besar iaitu Jihad melawan Hawa Nafsu..."

Sedang dia rancak berkata-kata, tiba-tiba bangkit seorang mujahid Arab dan berkata, "Saudara..., kami sekarang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah. Kalau saudara sudah memiliki iman yang kukuh, marilah kita bersama-sama dengan kami menunaikan tugas Jihad yang suci ini. Di belakang sana musuh-musuh Allah dari puak komunis. Jika kami tidak mempunyai iman maka sudah pasti kami tidak berada di sini... Adakah kami telah berjaya melawan hawa nafsu yang inginkan kami duduk bersenang senang bersama anak dan isteri kami, lalu kami datang ke pergunungan yang kontang ini semata-mata untuk berjihad di jalan Allah. Tiba-tiba saudara mengajak kami supaya pulang 'mencari iman' dengan meninggalkan Jihad..."

Demikianlah berjayanya perancangan dan racun yang ditaburkan oleh golongan orientalis sehingga umat Islam menjadi keliru tentang pengertian Jihad yang sebenarnya.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. ; "Hiduplah dalam keadaan mulia (dapat melaksanakan ajaran Islam) atau (jika tidak dapat melaksanakan), matilah dalam keadaan mati Syahid."


Maka menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit membebaskan semua negeri yang pernah dikuasai oleh umat Islam yang kini berada di tangan kuffar. Ini kerana, negeri yang pernah diperintah oleh umat Islam, adalah merupakan milik tetap bagi umat Islam, termasuk Andalus (Sepanyol dan Portugal) yang dibuka oleh umat Islam pada tahun 92 Hijrah. Andalus terus diperintah oleh Islam lebih 800 tahun. Kerajaan Islam Andalus kemudiannya ditumbangkan oleh tentera-tentera Salib (Kristian) dan semua orang Islam yang ada di sana pada ketika itu dibunuh. Maka Andalus wajib dibebaskan oleh umat Islam dan bumi umat Islam.

Perkara ini sering ditekankan oleh As-Syahid Dr. Abdullah Azzam Rahimahullah (telah syahid pada 24 November 1989M di Arbab Road Peshawar, Pakistan dalam satu letupan ketika sedang menuju ke Masjid As-Syuhada' untuk menunaikan Solat Jumaat). Beliau begitu yakin dengan jalan (jihad) yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafus saleh dalam membebaskan umat Islam dan tanah air mereka dari cengkaman kuasa kuffar. As-Syahid Dr. Abdullah Azzam juga turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahwa Jihad hanya sesuai di zaman Rasulullah s.a.w. sahaja tidak sesuai di zaman moden ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Jihad itu berterusan hingga hari Qiamat."


Persediaan

Apabila disebut bahwa berjihad membebaskan bumi umat Islam itu fardhu ain, bukanlah bererti seseorang itu mesti keluar ke medan perang dengan segera tanpa membuat apa-apa persediaan. 



Persediaan itu adalah sangat perlu kerana Jihad itu sendiri mempunyai beberapa marhalah atau peringkat :

1. I'dad : iaitu membuat persiapan diri dengan bentuk kekuatan zahir dan batin. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran surah al-Anfal ayat 60.

2. Ribat : iaitu berjaga-jaga di medan perang sebelum berlakunya pertempuran. Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Nilai berribat (berjaga) sehari pada jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya."

3. Qital : iaitu peperangan ataupun pertempuran. Allah s.w.t. berfirman menjelaskan perkara ini ;



"Kamu diwajibkan berperang (qital) sedangkan peperangan itu adalah satu perkara yang kami benci. Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu dan boleh jadi juga kamu suka kepada sesuatu, padahal ianya buruk bagi kamu (tidak baik). Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (baik buruknya) sedangkan kamu tidak mengetahuinya." : (Surah Al-Baqarah ayat 216)

As-Syahid Dr. Abdullah Azzam menegaskan bahwa membuat persediaan adalah lebih penting dan lebih wajib daripada qital (pertempuran) kerana mereka yang tidak ada persediaan iman dan ilmu peperangan serta tidak tahu menggunakan senjata sudah pasti tidak mampu untuk berhadapan dengan qital.


Di dalam surat wasiatnya, As-Syahid menulis ; "Wahai kaum wanita... Didiklah anak-anak kalian dengan sifat-sifat kepahlawanan dan biasakanlah mereka dengan keriuhan medan perang dan gegap gempita dentuman peluru-peluru dari senjata api. Jadikanlah rumah-rumah kalian itu sebagai kandang singa ; dan bukannya reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut."

Perkara yang sama juga telahpun diperhatikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lampau. Saidina Umar Al-Farooq bin Al Khattab r.a. pernah berkata ; "Ajarlah anak-anak kalian melampung (berenang) dan memanah (menembak) dan perintahkanlah (latihan) mereka melompat ke kuda yang sedang berlari untuk menonggangnya..."

Wallahu'alam... Sekian wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan