Batu tunggal di Bukit Raja, Utan Aji Perlis
Assalammu’alaikum..wrt, hari ini Selasa 31/07/2012M bersamaan 11 Ramadhan 1433H.
Kisah ini adalah mengenai penemuan Makam anaknda Sulong kepada Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III yakni Kaifa Tabim Sheikh Ali, Raja Toung Oo Burma.
Makam Kaifa Tabim Sheikh Ali@Tok CaNai@Tok Tina Aluih@Tok Aulia'
Sebenarnya kisah ini ada kaitan dengan Almarhum Tuanku Nai Long Kasim, selepas ‘penemuan terakhir’ inilah
maka Tuanku Nai Long Kasim telah mula menulis semula dan menghantar surat2
tuntutan yang pernah di siarkan oleh saudara Ahmad Tarmizi dalam blog kedahcybersyburi.
Pada awal Febuari 2009 setelah hamba pulang dari Istimak
Bangkok yang berlangsung pada 27, 28 dan 29 Januari 2009, hamba telah minta En
Ahmad Tarmizi bin Hj Sulaiman untuk bawa hamba bertemu dengan Tuanku Nai Long
Kasim. Maka pada hari Jumaat 6 Februari 2009 sekitar jam 10pagi hamba buat kali
pertama telah dapat bersuamuka dan bersalaman dgn Tuanku Nai Long Kasim yang
mana hamba telah membaca kisahnya sejak Julai 2008 melalui blog sejarahnagarakedah.
Almarhum Tuanku Nai Long Kasim dan Hamba
En Ahmad Tarmizi yang snap gambar ini
Alangkah gembiranya hati apabila dapat berjumpa dengan Waris
Mutlak Yang Dipertua Nagara Kedah. Selepas memperkenalkan diri dan kami berbual
tentang sejarah realiti Nagara Kedah. Sedang kami menikmati hidangan teh O dan kuih yang mak ngah
hidangkan, hamba maklumkan kepada Tuanku Nai Long Kasim bahawa hamba asalnya
orang Perlis, tinggal di kampong Sungai Baru Utan Aji. Dengar saja ‘Utan Aji’
terus Tuanku Nai Long Kasim sebut tentang satu lagi makam yang beliau sedang
cari sejak beberapa tahun lalu yang terletak di Utan Aji namun belum beliau
jumpai makam tersebut hingga saat ini. Maka secara spontan hamba sebut, “di
kampong saya ada makam lama berbatu aceh, Tok Tina Aluih namanya.” Tiba-tiba
Tuanku Nai Long Kasim bangun dan berkata, “Hah! yang tu saya duk cari, jom kita
pi tenggok la ni jugak.” Hamba tenggok jam dah 12.30 tengah hari, dah dekat nak
waktu solat Jumaat. Sambil bersiap pakai baju kemeja merah dan seluar panjang
Tuanku Nai Long Kasim mengajak kami bergerak waktu itu juga untuk ke Perlis.
Waktu itu kami berada di kediaman beliau di Kg. Alor Pakngah Pendang, Kedah.
Maka dengan menaiki kereta kancil yang berwarna kuning
bernombor plat WGS (warna diraja dan berplat WanGSa) kami bertiga bergerak
menuju ke kampong hamba di Perlis. Dipendekkan cerita, tibalah kami ke lokasi
makam tersebut. Turun saja dari kereta, Tuanku Nai Long Kasim terus saja menuju
ke makam dan berkata, “Betullah makam ni
milik Tok Aulia’, tengok papan tandanya”. Papan tanda makam tertulis ‘Kubur
Tok Tina Aluih’. Kata Beliau aluih tu aulia’ sebenarnya. Selepas berdoa dan hadiahkan
al-Fatihah kepada pemilik makam, maka Tuanku Nai Long Kasim menceritakan siapa
sebenarnya pemilik makam tersebut. Katanya inilah makam Tok Canai atau Tok Aulia’ yang nama sebenarnya Kaifa Tabim Sheikh Ali Aulia’
ibni Sultan Rijaluddin yang merupakan Maharaja Syburi dahulunya Raja Thong Oo,
Burma. Apa yang di tulis kisahnya di papan kenyataan di sisi makam tersebut
adalah kisah rekaan penjajah semata-mata.
Almarhum Tuanku Nai Long Kasim di hadapan papan kenyataan makam
Selepas melawat makam Maharaja Syburi, hamba membawa Tuanku
Nai Long Kasim melawat kawasan sekitarnya yang sekarang ini menjadi kawasan
kuari tinggal, Bukit Raja nama
kawasan tersebut, semasa meninjau kawasan itu kami telah menemui beberapa ketul
batu bata lama seperti yang ada di muzium arkeologi lembah bujang. Seterusnya, Tuanku
Nai Long Kasim berhasrat untuk berjumpa dengan orang tua di kampong tersebut
bagi bertanyakan kisah tentang Bukit Raja dan makam Tok Canai. Maka hamba telah
membawa beliau bertemu dengan nenek saudara hamba (Tok Lang Bedah, berumur
hampir 90 tahun) yang tinggal bersebelahan dengan rumah ibubapa hamba.
Setelah sessi soal jawab bersama Tok Lang Bedah maka Tuanku
Nai Long Kasim mengesahkan bahwa benar di situlah Makam Kaifa Tabim Sheikh Ali
Aulia’ Maharaja Syburi Thong Oo dan di Bukit Raja itulah terletaknya Kota
bersemayamnya Maharaja Syburi. Makam dan Kota Maharaja Syburi tersebut
dahulunya di jaga oleh Penghulu Arau(Perlis)
Syed Ahmad leluhur Raja Perlis Tuanku Syed Hamzah Raja Perlis yang ke-5.
Selepas Tuanku Syed Hamzah diturunkan tahta di zaman British berkuasa semula setelah
Jepun menyerah kalah maka British telah melantik Tuanku Syed Harun Putra menjadi
Raja Perlis ke-6.
Semasa Tuanku Syed Harun Putra memerintah, makam dan kawasan
bukit Raja dibiarkan berhutan rimba sehingga digelar orang kampong ‘hutan
Tualang’ sebab banyak terdapat pokok tualang, selepas itu hutan dipugar dan
ditanam pokok getah yang mana sempat Tok Lang Bedah termasuk orang2 kampung
menorah getah di sana dan seterusnya aktiviti kuari tanah telah dijalankan
sehingga akhirnya menyebabkan hilangnya kesan2 Kota Istana Maharaja Syburi
Kaifa Tabim Sheikh Ali Aulia’.
Almarhum Tuanku Nai Long Kasim menunjukkan batu bata lama Kota Raja Syburi di Bukit Raja
Menyebut tentang Raja Perlis ke-5 Tuanku Syed Hamzah, En
Ahmad Tarmizi memaklumkan kepada Tuanku Nai Long Kasim bahawa cucunda Tuanku
Syed Hamzah ada di Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. Maka Tuanku Nai Long
Kasim mengajak kami bertemu dengan Cucunda Tuanku Syed Hamzah. Selepas selesai
minum dan menikmati sikit juadah di rumah hamba kami pun bergerak semula menuju
ke Kepala Batas, Kedah. Hampir jam 5.30 petang kami pun tiba di rumah kediaman
Syed Mohd Anuar ibni Syed Yusoff Ibni Tuanku Syed Hamzah.
Syed Mohd Anuar menyambut kami dengan baiknya, Almarhum Tuanku Nai Long Kasim telah bercerita tentang lawatan kami ke Makam Sheikh Ali Aulia’ dan menerangkan maksud kedatangan kami untuk memastikan bahwa Syed Mohd Anuar adalah waris Tuanku Syed Hamzah. Setelah menunjukkan salasilah keluarga dan buku tentang ahlul Bait Rasulullah s.a.w. maka Almarhum Tuanku Nai Long Kasim mengesahkan bahwa benarlah Syed Mohd Anuar adalah waris Tuanku Syed Hamzah Raja Perlis ke-5 yang telah wafat didalam buangan setelah dilucutkan tahtanya oleh penjajah British.
Syed Mohd Anuar menyambut kami dengan baiknya, Almarhum Tuanku Nai Long Kasim telah bercerita tentang lawatan kami ke Makam Sheikh Ali Aulia’ dan menerangkan maksud kedatangan kami untuk memastikan bahwa Syed Mohd Anuar adalah waris Tuanku Syed Hamzah. Setelah menunjukkan salasilah keluarga dan buku tentang ahlul Bait Rasulullah s.a.w. maka Almarhum Tuanku Nai Long Kasim mengesahkan bahwa benarlah Syed Mohd Anuar adalah waris Tuanku Syed Hamzah Raja Perlis ke-5 yang telah wafat didalam buangan setelah dilucutkan tahtanya oleh penjajah British.
Melihat keadaan rumah dan kesederhanaan hidup Syed
Mohd Anuar maka Almarhum Tuanku Nai Long Kasim berasa simpati dan berjanji untuk
menuntut keadilan bagi pihak kerabat Tuanku Syed Hamzah. Pada petang itu juga
kami berempat telah pergi untuk fotokopi salinan salasilah keluarga Syed Mohd
Anuar untuk Almarhum Tuanku Nai Long Kasim membuat surat tuntutan kepada kerajaan negeri
Perlis agar memberi pengiktirafan dan wang pampasan kepada keluarga Syed Mohd
Anuar ibni Syed Yusuff waris serta kerabat Tuanku Syed Hamzah. Selepas itu kami
pulang ke rumah kediaman Almarhum Tuanku Nai Long Kasim antara waktu Magrib dan Insyak.
Almarhum Tuanku Nai Long Kasim, Syed Mohd Anuar dan En Ahmad Tarmizi di kedai fotostat
Bermula saat inilah Almarhum Tuanku Nai Long Kasim kembali bersemangat
semula membuat dan menghantar surat2 tuntutan kepada pihak-pihak yang
berkenaan. Almarhum Tuanku Nai Long Kasim telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke akhir
hayatnya dalam memperjuangkan keadilan terhadap hak waris Sultan-sultan dan
Raja-raja yang sebenarnya.
Kali terakhir hamba pergi bersama Syed Mohd Anuar bertemu Almarhum Tuanku Nai Long Kasim di kediamannya pada 23 April 2012 yakni sebulan sebelum Almarhum wafat, kami sempat bertanya adakah apa-apa lagi perkara yang boleh kami
tolong? Maka jawab Almarhum Nai Long Kasim, “Dah
tak dak apa lagi dah, semua dah selesai”. Kami berdua sempat bersalaman dan
memohon maaf serta memohon mengundur diri sebab semua kerja2 yang perlu kami
buat untuk membantu Almarhum Tuanku Nai Long Kasim juga telah selesai.
Hadiahkan al-Fatihah kepada Almarhum Tuanku Nai Long Kasim.
Almarhum Tuanku Nai Long Kasim dan En Ahmad Tarmizi
Hamba yang snap gambar ini
Maka benarlah berjuangan Almarhum Tuanku Nai Long Kasim telah selesai
setelah menemui ‘makam terakhir’ yang diwasiakan
kepada beliau untuk di cari kembali, dengan itu Allah s.w.t. telah menjemput Almarhum Tuanku Nai Long Kasim kembali kerahmat-Nya pada waktu Magrib 25 Mei 2012.
Wallahu’alam.
Sekian wassalam.
Catatan oleh Anaknda Bertuah
Selesai ditulis pada 4.48 ptg 30/07/2012 bersamaan 10
Ramadhan 1433H di saat azan Asar mula berkumandang.
Telah hamba 'edit' beberapa baris ayat dan di 'update' pada 27 Ogos 2012.
BalasPadamAssalamualaikum.... saya yg tinggal di kampung binjal baru hari ni tau cerita yg sebenarnya. Masyallah...
BalasPadamWa'alaikummussalam...wrth, saudara Rocky tinggal dekat dgn makam ke? Saya asal org kampung Sungai Baru Utan Aji je. Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti. Mungkin saudara kenal saya ni. sekian wassalam. Selamat membaca.
PadamSiapa nama sebenar tuan penulis, tok bedah org kg saya. Masri anak tok lang bedah. Dia sedang cari tuan penulis. Boleh wasap saya 0124147130
PadamAssalamualaikum saudara.. Nenek saya berumur 86 tahun masih lagi tinggal di Kampung Sentua..
BalasPadamWa'alaikummussalam saudara Zam Harith... Semoga nenek saudara sentiasa sihat selalu. Mungkin dia boleh cerita tentang sejarah kampung Sentua dan Utan Aji... Semoga dapat saya berjumpa saudara dan nenek suatu hari nanti...
PadamTahniah!
BalasPadamTMP
Saya kenal dengan arwah tok bedah, sy di sg baru utan aji
BalasPadam